Anda di halaman 1dari 3

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

SESI PETANG
SMK BUNTONG 2022

1.TARIK UPIH PINANG

Permainan ini dimain secara berkumpulan.


Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang
tarik dan seorang lagi duduk di atas upih. Upih tersebut boleh dinaiki oleh seorang,
dua orang, tiga orang atau berapa sahaja asalkan muat dan bergantung kepada saiz
upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua sahaja. Biasanya yang lebih
tua atau kuat akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya.
Setiap ahli diwajibkan menarik setiap ahli kumpulan dimana peserta pertama akan
menarik peserta kedua dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat dan
mereka akan bertukar peranan

2. BALING TIN

Permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian bawahnya
dengan susunan empat, tiga, dua dan satu. Pemain pula dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan pelontar.

Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan akan


melontar bola mengenai susunan tin. Sekiranya tin itu jatuh, pasukan pelontar akan
lari untuk mengelak balingan dari pasukan penyerang.
3.GALAH PANJANG

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar
bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak
galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.

2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua.


Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan
siapa yang menempuh gelanggang.

3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga


gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga
garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.

4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua


akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari
masuk ke dalam gelanggang.

5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan
yang dijaganya.

6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh
oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir
melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang
ingin berhenti.

4.PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU


1.Pilih seorang kanak-kanak untuk menjadi “Datuk Harimau”
2.Kanak-kanak lain berdiri dibelakang  ‘ Datuk Harimau’ pada jarak lebih kurang 2
meter.
3.Kanak-kanak yang berjalan di belakang akan berteriak menyebut ‘ pukul berapa
datuk harimau?’
4.’Datuk Harimau’ kemudiannya menjawab ‘ pukul 1’ atau ‘pukul 3’
5.Apabila  ‘Datuk Harimau’ menjawab ‘ Pukul…. Aku lapar…’ ia akan menoleh ke
belakang dan cuba menangkap kanak-kanak di belakangnya.
6.Setiap kanak-kanak yang berada di belakang perlu menyelamatkan diri agar tidak
ditangkap oleh ‘Datuk Harimau’ itu.
7.’Datuk Harimau’ boleh menangkap murid pada bila-bila masa dan tidak semestinya
menunggu sehingga selesai pukul 12.
8.Mereka yang telah ditangkap akan menjadi ‘Datuk Harimau’ dipusingan
seterusnya.
9.Permainan ini boleh diulang-ulang seberapa benyak pusingan.Pemain yang paling
kerap ditangkap dikira kalah.

Anda mungkin juga menyukai