Anda di halaman 1dari 5

PERMAINAN TARIK UPIH

CARA PERMAINAN:

Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang
tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila
orang menarik kita. Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau
terlanggar tunggul kayu atau ketul batu. Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga
orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh
itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja.

Peraturan Permainan Tarik Upih Pinang

Biarpun cuma sekadar permainan mengisi masa lapang, ia masih mempunyai


peraturan untuk dipatuhi dan pemain yang melanggarnya berdepan risiko
disingkirkan atau lebih buruk dipulaukan untuk beberapa ketika.

Ia memerlukan seorang pemain duduk di pangkal pelepah pinang, manakala


rakan sepasukannya akan menarik pelepah itu sehingga ke garisan penamat yang
dipersetujui kedua-dua pasukan.

Sesampai di garisan penamat, kedudukan akan bertukar dan si penarik upih


kini mengambil giliran duduk di pangkal pelepah dan ditarik ke garisan mula.
Pasukan yang sampai dulu dikira pemenang.
BOWLING BUAH KELAPA

Senarai keperluan

1)Bahan atau peralatan : buah kelapa, botol mineral

2)Tempat : kawasan lapang.

3)Bilangan kanak-kanak : 10 orang.

Cara cara permainan

1) Kanak-kanak berada dalam satu kumpulan

2)Kanak-kanak akan membaling botol mineral yang telah disusun dengan

menggunakan buah kelapa.

3)Kanak-kanak yang banyak menjatuhkan botol mineral terpantas akan dikira


pemenang .
Langkah-Langkah Permainan

1) susun botol mineral mcm ni.....

2) baling.....siapa jatuhkan botol mineral paling pantas dikera menang..


SEPAK TAKRAW (Timbangan)

KEDUDUKAN PEMAIN.

Sebelum membuat lambungan untuk memulakan permainan bagi setiap Pusingan,


semua pemain hendaklah berdiri didalam kawasan bulatan 6m mengarah kepusat
bulatan 2m. Susunan pemain dari yang bernombor 1 hingga 5/6 hendaklah mengikut
arah pusingan jam.

Kedudukan yang sama hendaklah dikekalkan semasa pemainnan sedang berjalan

Pemain gantian hendaklah mengambil tempat pemain yang diganti.

CARA BERMAIN

Semua anggota badan kecuali tangan atau lengan boleh digunakan semasa pemain
menerima atau menghantar bola.

Permainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi melebihi paras kepala oleh
pemain No. 1 kepada pemain No. 3, No. 4 atau No. 5 dengan melalui dan melintasi
kawasan bulatan 2m. Pemain yang menerima bola tersebut hendaklah menimbang
bola dan diberi ke pemain no seterusnya

Pindahan atau hantaran bola daripada seorang pemain kepada pemain yang lain
hendaklah melebihi paras kepala dengan melaui dan lelintasi bulatan 2m.

Permainan diberhentikan apabila berlaku perkara-perkara batal atau tempoh masa


bagi sesuatu pusingan mencukupi.

Timbangan paling banyak akan dikira sebagai pemenang.


CARA BERMAIN PERMAINAN BALING TIN

Permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian bawahnya
dengan susunan empat, tiga, dua dan satu.

Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan akan


melontar pundi lacang mengenai susunan tin. Sekiranya tin itu jatuh kesemua akan
mendapat 1 mata.

Jika hanya 1 tin atau 2 tin jatuh tidak mendapat mata dan perlu menyusun semula tin
seperti asal. Ahli seterusnya yang akan membuat balingan.

Kumpulan yang terpantas akan dikira sebagai pemenang.

Anda mungkin juga menyukai