Anda di halaman 1dari 33

PERATURAN-PERATURAN

PERMAINAN TRADISIONAL DAN


PERGURUSAN PERTANDINGAN
PERMAINAN TRADISIONAL
BATU
SEREMBAN WAU
ACI SOROK

SEPAK CONGKAK
RAGA JENIS
PERMAINAN
TRADISIONAL

GASING
KONDA
KONDI
GALAH KABADI
PANJANG
Ada lima langkah utama dalam permainan gasing, iaitu melilit
tali, melilit gasing, memusing gasing, memangkah, dan
mengangkat gasing.

1. Melilit tali

Melilit tali merupakan langkah yang paling penting. Tali yang


tidak diikat dengan kemas akan terurai dan
berkemungkinan gasing tidak dapat berpusing dengan ligat.

Terdapat dua cara melilit tali iaitu:

• Melilit di lengan
• Melilit di jari kelingking
2. Melilit gasing

▪ Lilitan gasing akan dibuat pada bahagian leher gasing.

▪ Gasing boleh dililit menggunakan dua cara, sama ada


dililit pada bahagian lengan dan kemudian dililit
pada gasing ataupun melilit tali pada pokok dan kemudian
dililit pada gasing.
3. Memusing gasing

❖Biasanya pemain gasing mempraktikkan gaya permainan


secara pusingan sorong tarik .

❖Bagi pusingan sorong dan tarik, gasing perlu sentiasa


berada dalam keadaan mengiring. Pemain akan
menumpukan perhatian pada sasaran di hadapan dan
badan dibongkokkan kira-kira 45 darjah.
4.Memangkah gasing

❑Pemain yang ingin memangkah gasing pihak lawan, perlu


menumpukan perhatian tepat mengenai sasaran
supaya gasing dapat berpusing dengan lama dan
menghasilkan uri yang ligat.

❑ Terdapat empat gaya ketika memangkah, iaitu pangkah


hentak, pangkah layang, dan pangkah tebang.
5. Mengangkat gasing

➢Gasing akan diangkat ketika masih berpusing. Tujuannya


adalah untuk memastikan pusingan gasing dapat bertahan
dengan lebih lama.

➢Semasa gasing masih ligat berpusing, pemain akan cuba


mengangkat gasing dan memastikan gasing tersebut tidak
berhenti ketika diangkat.

➢Sebelum gasing diangkat, pemain terlebih dahulu


menentukan liuk gasing. Liuk gasing adalah pusingan
terendah bahagian patak dengan bumi.
❖ Arah pusingan badan juga perlu ditentukan untuk
disesuaikan dengan arah pusingan gasing.

❖Gasing akan diangkat menggunakan tali dan cokok.

❖Untuk memastikan gasing berpusing ligat,


mengangkat gasing perlu dibuat berhati-hati
dan gasing perlu berada dalam keadaan tegak serta tali
yang digunakan perlu tegang.
Pasukan pemain

❖Permainan ini dimainkan antara dua pasukan.

❖Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain; iaitu tujuh


pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan.

❖Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak


sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang
satu lagi bertindak sebagai pihak lawan
1. Pasukan penyerang akan menghantar seorang
penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan.
2. Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh
atau menjatuhkan mana-mana pemain dari pasukan
pihak lawan.
3. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan
meninggalkan padang.
4. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah
rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama
lain.
5. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain
pertahanan akan meninggalkan padang.
6. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan
penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti
berehat.
7. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi,
penyerang itu akan meninggalkan padang.
8. Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut
perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak
menipu dengan menarik nafas yang lain, beliau
dikehendaki menyebut ‘kabadi’ secara berterusan
9. Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan
mana-mana pemain semasa beliau masih lagi menahan
nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan.
Penyerang tersebut kemudiannya akan kembali semula
ke gelanggangnya.
10. Namun, apabila penyerang sudah berjaya
mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan pasukan
pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali
semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika
penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum
berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar.

11. kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang


dan pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi
permainan tamat.
Peraturan am permainan
❑Tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan kabaddi;
seorang referee, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga
masa dan seorang pencatat markah.

❑Mata dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk


menyentuh/menjatuhkan dan kembali ke gelanggang pasukan dalam
tempoh satu nafas.

❑Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana


bahagian badannya menyentuh kawasan luar dari garisan
gelanggang semasa sesi permainan berlangsung, pemain tersebut
secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan kecuali
semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan.
❑Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain
dalam pasukan pihak lawannya dalam masa sesi
permainan akan mendapat 2 mata bonus “lona”.

❑Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi


dijalankan mengikut asas ketinggian dan berat untuk
memastikan keadilan dalam permainan.
GALAH PANJANG
❖Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana
tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan
kepantansan setiap pemain

❖Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan


melakukan pemilihan ketua.

❖ Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa


yang menjaga gelanggang dan siapa yang menempuh
gelanggang
❖Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga
gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak
diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga
garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan
depan atau belakang.

❖Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di


depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya
dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari
masuk ke dalam gelanggang.

❖Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh


tidak melepasi garisan yang dijaganya.
❖Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan
paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan
kemudiannya berpatah balik.

❖Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi


garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan
permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin
berhenti.

❖Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah,


maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain
dan dikehendaki keluar gelanggang.

❖Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka


seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan
bertukar giliran antara penjaga dan penempuh
Peraturan am
➢Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika
salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan
bertahan.
➢Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang
setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan
menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
➢Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya
terkeluar dari garisan gelanggang.
➢Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari
pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali
ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini
dan permainan akan dijalankan semula.
➢Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi
akan dikira memenangi perlawan tersebut.
KONDA KONDI
PERALATAN

❖Dua batang kayu kecil berukuran 15cm dan 30cm


panjang.

❖ Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan


berukuran 2cm garis pusat.

❖Kayu yang pendek dipanggil ‘anak’ dan yang panjang


dipanggil ‘ibu’ .Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi
meletakkan kayu panjang.
❑Sebuah lubang dikorek di tempat permainan.
❑Kayu pendek diletakkan secara melintang di atas lubang.
❑Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap
pasukan sama banyak bilangannya.
❑Permainan akan dimulakan dengan pemain menguis
kayu pendek ke hadapan dengan mengunakan kayu
panjang.
❑Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu
panjang.
❑Apabla pihak lawan dapat menangkap kayu pendek,
pasukan yang bermain dikira mati.

❑Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat.

❑Permainan diteruskan apabila pemain berjaya


melaksanakan langkah 1.

❑Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak


akan memenangi permainan itu.
❖Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu dapat
ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain
yang menguis kayu pendek dikira ‘mati’.

❖Jika pemain dalam kumpulan B berjaya menangkap kayu


pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua
pemain dalam kumpulan A dikira ‘mati’ dan kumpulan B
akan memulakan permainan pula.

❖Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu


pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu
pendek dikira ‘mati’ dan terpaksa memberhentikan
permainan, pemain lain dari kumpulan yang sama,
pemain yang seterusnya pula akan meneruskan
permainan.
SEPAK RAGA
❖Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri
dan membentuk satu bulatan.

❖Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain


melambung bola kepada rakannya dengan tangan.

❖Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya


sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke
arah pemain lain.

❖Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau


bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
❖ Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.
➢Sekarang sepak raga dikenali sebagai Sepak Takraw.

➢Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang


dipisahkan oleh jaring.

➢ Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain.

➢Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian


belakang gelanggang.

➢ Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan


gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di
gelanggang lawan.
ACI SOROK
❑Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan
mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara
lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain.

❑Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan


menutup matanya kiraan akan dibuat 1 hingga 10 atau
kurang bilangannya secara kuat.

❑Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari


rakan pemain lain yang menyorok di sekitar kawasan
yang telah ditetapkan.
➢Jika terdapat pemain yang menyorok di luar kawasan
yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil
peranan sebagi pencari pula.

➢Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari


mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya,
dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui.

➢Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua


pemain yang menyorok ditemui.

➢Setelah selesai kesemua pemain yang menyorok ditemui


dan tiada seorang pun yang dapat membantu,pemain
yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.

Anda mungkin juga menyukai