Anda di halaman 1dari 8

Galah Panjang

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Permainan galah panjang kebiasaannya terdiri daripada sepuluh pemain sahaja.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/224-jenis-jenis-sukan/935-permainantradisional.html

Galah panjang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan

orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.
[sunting]Cara

bermain

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain. 1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter. 2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang. 3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. 4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang. 5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya. 6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. 7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.
[sunting]Syarat

permainan

1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang. 2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.
[sunting]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Galah_panjang

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Peraturan Permainan Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

http://jiwang.org/health-education/53252-peraturan-permainan-galah-panjang.html

PENGENALAN PERMAINAN GALAH PANJANG Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Permainan ini dimainkan oleh semua golongan masyarakat iaitu golongan kanak-kanak dan golongan dewasa. Ia juga dijadikan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong.

Gambar 4: Permainan galah panjang

Permainan ini dimainkan secara dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Gambar 5: Jumlah pemain galah panjang

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Gambar 6: Bahagian-bahagian gelanggang galah panjang

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

KEBAIKAN PERMAINAN GALAH PANJANG

1. Aspek Sosioemosi

Permainan ini dapat membina sosialisasi kanak-kanak tersebut. Ini kerana biasanya permainan ini akan dimainkan secara berkumpulan.Secara tidak langsung disini kanak-kanak tersebut dapat bergaul dengan masayarakat disekitarnya terutama yang sebaya dengannya.

Permainan ini memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan untuk memenangi pelawanan secara tidak langsung kanak-kanak ini dapat terdidik untuk bekerja dalam kumpulan serta memupuk sikap toleransi.Semasa bermain galah panjang, kanak-kanak akan melepaskan emosinya. Mereka akan berteriak, tertawa, dan bergerak. Kegiatan seperti ini boleh digunakan sebagai terapi untuk kanak-kanak melepaskan emosi mereka dan mereka berasa gembira.

Gambar 7: Galah panjang membina sosialisasi kanak-kanak

2. Aspek Fizikal

Permainan ini memerlukan strategi serta kepantasan pergerakan. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini, kanak-kanak dapat membinagaya hidup yang sihat serta mendorong kepada kehidupan yang lebih harmonis. Ini kerana dewasa ini kanak-kanak sudah terdedah dengan permainan computer, jika dikaji penggunaan masa yang banyak untuk permainan cyber ini adalah sesuatu yang tidak bagus untuk kesihatan mereka amnya.

Permainan galah panjang ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti untuk memanaskan badan dan membina pergerakan otot kasar mereka.

Gambar 8: Galah panjang memerlukan strategi dan kepantasan pergerakan

3. Aspek Intelektual

Permainan galah panjang ini dapat mengembangkan kecerdasan intelektual mereka. Hal ini kerana mereka perlu memikirkan strategi yang sesuai untuk menang disamping mereka diberikan pengetahuan tentang cara-cara untuk bermain.

Gambar 9 : Galah panjang mengembangkan kecerdasan intelektual kanak-Kanak. http://sharldepiepiapie.blogspot.com/2011/02/pengenalan-permainan-galah-panjang.htm

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti Geladang dan main tayang. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Gelanggang ini dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah panjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah

Anda mungkin juga menyukai