Anda di halaman 1dari 11

Memang tidak dapat dinafikan, proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah

bermula di peringkat sekolah rendah lagi, iaitu menerusi subjek Kajian Tempatan kepada para
pelajar di tahap dua (tahun 4 hingga 6). Kemudian, di peringkat menengah diteruskan dengan
mata pelajaran Sejarah dari tingkatan satu hingga lima. Di peringkat rendah, para pelajar
didedahkan dengan konsep asas sejarah, bermula yang dekat dengan diri mereka, keluarga,
masyarakat, kawasan setempat dan peristiwa penting sejarah negara. Di peringkat sekolah
menengah pula, mereka mempelajari sejarah politik, ekonomi dan sosial negara berlatar
belakang zaman prasejarah, Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan, perang dunia,
prakemerdekaan, sehinggalah negara mencapai kemakmuran pada hari ini. Jika dilihat secara
kasar, kurikulum sejarah itu amat tuntas dan holistik sifatnya. Namun di manakah kecacatan
yang menjadi punca pengabaian mata pelajaran sejarah ini? Adakah guru yang kurang
kemahiran dipaksa mengajar sejarah atau pun penggubalan kurikulum itu kurang menarik
perhatian pelajar? Sememangnya persoalan ini kritis untuk dijawab. Pakar pedagogi dan
mereka yang terlibat dengan pembinaan kurikulum ini sahaja yang boleh merungkaikannya.
Tetapi, itu persoalan yang terus berlaku dan akan terus berlaku, selagi kesan pembinaan
generasi yang prihatin sejarah tidak dapat dilahirkan.
Anjakan paradigma masyarakat tentang kepentingan ilmu sejarah perlu dilakukan. Sejarah
bukanlah suatu mata pelajaran yang bersifat metafora, sebaliknya berdiri di atas fakta yang
kukuh. Setiap perkara yang berlaku sama ada berkaitan dengan diri sendiri, masyarakat atau
negara, perlu disedari ada kaitan dengan sejarah. Sekurang-kurangnya kita pernah berkata,
tidak ingatkah apa yang telah berlaku dahulu. Hal ini merujuk kepada peristiwa yang pernah
berlaku sebelum ini. Ini juga suatu disiplin dalam sejarah. Masyarakat perlu ada kefahaman
bahawa Sejarah itu bukanlah suatu mata pelajaran yang perlu menghafal semata-mata tentang
sesuatu peristiwa. Sebaliknya, jika ditelusuri banyak kemahiran yang cuba digarap melalui
pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Para pelajar diajar tentang kemahiran Kajian Masa
Depan. Melalui kemahiran ini, para pelajar dilatih menggunakan fakta yang sedia ada untuk
meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Selain itu, semangat ingin tahu
disemaikan ke dalam jiwa pelajar. Mereka dididik dengan kemahiran Inkuiri Penemuan.
Kemahiran ini penting bagi melahirkan insan pelajar yang sentiasa mempersoalkan fakta yang
diperoleh, lantas mereka mencari kebenaran ke atas fakta tersebut. Ini merupakan sebahagian
daripada penerapan yang ada dalam mata pelajaran sejarah yang mungkin tidak disedari oleh
para ibu bapa.
Kita tidak mahu generasi muda pada hari ini terus alpa dengan kemodenan yang dicanang oleh
liberalisasi ekonomi. Secara tidak sedar, kita mungkin dijajah kembali dalam bentuk yang
baharu. Musuh dalam selimut, atau gunting dalam lipatan begitulah boleh diibaratkan kepada
perkembangan teknologi moden seperti Internet dan 3G, sekiranya rakyat tiada jati diri yang
kukuh. Janganlah kita menjadi seperti kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong
keciciran. Pembinaan jati diri ini hanya dapat dipupuk melalui kesedaran terhadap kepayahan
generasi terdahulu membina sebuah negara bangsa. Mata pelajaran Sejarah merupakan faktor
penting dalam mencapai usaha tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixz
z2c6WgLL6i

Salam perjuangan buat semua guru Sejarah yang dihormati lagi
disegani meski di manapun kalian semua sedang berkhidmat kini
demi membangun jiwa anak bangsa agar menjadi insan terpimpin
dan memimpin peradaban ke mercu kegemilangan.

Pada kali ini Minda Sejarah akan berkongsi satu tajuk penting ke
arah merealisasikan matlamat melahirkan ciri-ciri guru sejarah
yang berkesan.

Apakah rasionalnya guru sejarah perlu mempunyai ciri-ciri
cemerlang? Jawapannya adalah sangat mudah iaitu seorang
murid akan lebih cemerlang jika dibimbing oleh seorang guru
yang cemerlang.

Tidaklah bermakna penulis merupakan pencinta dan pembimbing
sejarah yang berkesan apatah lagi cemerlang, namun sekadar
berkongsi serba sedikit pengalaman diri dan rakan-rakan guru
sejarah lain yang telah mencipta kecemerlangan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru sejarah berkesan memiliki ciri-ciri personal, profesional,
sosial dan interpersonal yang unggul. Selain daripada mendapat
latihan yang baik dan berpengalaman dalam mata pelajaran
sejarah, guru sejarah berkesan juga mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam merancang kurikulum, mengurus kurikulum
dan melaksanakan kurikulum sejarah dengan berkesan dalam
pelan tindakan organisasi pembelajaran di sekolah. Pada
umumnya seorang guru sejarah berkesan mempunyai ciri-ciri
berikut :

(1) Dapat mengembangkan stail, kaedah, pendekatan, strategi
pengajaran yang berkesan bagi mencorakkan pembelajaran yang
bermakna, memupuk minat dan mengembangkan potensi murid-
murid.

(2) Dapat menyusun dan merancang pembelajaran yang
mencabar kebolehan murid ke arah pengembangan pemikiran
dan menggalakkan murid berfikir secara kritis, analitikal dan
kreatif.

(3) Dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang menarik dan
menjadikan mata pelajaran sejarah relevan, penting dan berguna
kepada pembangunan dan perkembangan diri murid.

(4) Mempunyai kebolehan istimewa seperti kebolehan bercerita,
berlakon, daya imaginasi, kemahiran berkomunikasi, berjenaka,
daya intelektual yang tinggi, disegani dan dihormati murid.

(5) Mempunyai personaliti yang disenangi oleh murid, menjadi
pendorong dan 'role model' kepada para pelajar.

(6) Mengamalkan pembelajaran aktif (active learning),
mendorong penglibatan aktif murid dan memberi peluang yang
luas kepada murid mengembangkan kebolehan dan potensi
mereka.

(7) Kreatif dan inovatif, khususnya dari segi pengajaran,
pembelajaran, personaliti dan penggunaan pelbagai inivasi media
dan teknologi pembelajaran.

(8) Patriotik dan 'Cinta Tuhan', iaitu satu kualiti kebolehan guru
sejarah membangkitkan semangat, memupuk kesedaran,
menyuburkan idealisme, dan membina wawasan bersama dalam
pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah.

(9) Mempunyai kewibawaan dan karisma sebagai guru dan
pemimpin pendidikan yang berkesan dalam pengajaran mata
pelajaran sejarah.

(10) Menonjolkan ciri-ciri personal yang berkesan seperti ikhlas,
mesra, penyayang, ceria, tenang, berfikiran positif dan terbuka,
bijak, bertimbang rasa, bermotivasi tinggi, mempunyai wawasan
dan inspirasi serta berkebolehan menjana perubahan dan
kemajuan diri murid.

(11) Mempunyai kebolehan berhujjah, kemampuan menjana dan
mencetuskan pemikiran aras tinggi, berpengetahuan yang luas,
dedikasi terhadap tugas pengajaran, minat dan dorongan
profesional bagi memaju dan meningkatkan kualiti pengajaran,
semangat berusaha menjadikan diri cemerlang dan pakar bidang
yang diajar serta sentiasa berusaha memajukan diri dalam
profesion perguruan yang diceburi.

Tuntasnya, kegagalan dan keengganan guru sejarah mengekalkan
sifat-sifat guru sejarah yang berkesan, cemerlang dan bermotivasi
tinggi boleh memberi impak yang buruk kepada kemajuan dan
perubahan pendidikan yang perlu berlaku di peringkat sekolah.

Perlaksanaan kurikulum sejarah di sekolah mungkin tidak
berlaku secara dinamik dan progresif sekiranya kurang kesediaan
dalam kalangan guru sejarah bagi melaksanakan pembaharuan,
selaras dengan perkembangan arus pendidikan semasa.

Faktor-faktor penentu seperti perubahan sikap guru, penguasaan
aplikasi inovasi dan teknologi maklumat, latihan dalam
pengurusan dan perlaksanaan, memperkenalkan teknik dan
strategi baru yang efektif dan mampu dilaksanakan, pemberian
insentif kepada guru, pembentukan 'teamwork' dalam organisasi
sekolah dan sebagainya perlu diambilkira dalam perlaksanaan
pembaharuan dan perubahan ke arah merealisaikan lebih ramai
guru sejarah yang mempunyai ciri-ciri guru sejarah cemerlang.
http://sejarah2u.blogspot.com/2009/07/minda-sejarah-ciri-ciri-
guru-sejarah.html
CIRI-CIRI GURU BERKESAN MENGIKUT
PRESPEKTIF SOSIOLOGI




Definisi Guru Berkesan di Sekolah.
Menurut Sufean Hussin ( 2005 :293 ), guru berkesan di
sekolah digambarkan mempunyai pengetahuan akademik yang
tinggi dan mendalam tentang pedagogi am dan khususnya
dalam menterjemahkan kandungan mata pelajaran, memiliki
kesedaran belajar merupakan proses sepanjang hayat,
berkeupayaan menghasilkan sasaran pembelajaran yang
diingin dan memiliki motivasi personiliti yang tinggi sebagai
seorang guru. Hal ini turut disokong oleh Ishak ( 1993 ) dalam
Sufean Hussin ( 2005 :293 ), bahawa motivasi merupakan
penentu utama yang mengerakkan seorang guru memiliki ciri
profesionaliti yang dihadkan ( amalan mengajar tertumpu
kepada autonomi bilik darjah dan berdasarkan pengalaman
berbanding teori ) dan dilanjutkan ( pendidikan bilik darjah
dalam konteks yang lebih luas berdasarkan teori dan penilaian
yang sistematik ) menurut T.Marimuthu ( 1990 :112 ) melalui
kajian ke atas 591 orang guru dari 34 buah sekolah di
Malaysia berhubung dengan perlaksanaan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) yang mendapati
35.6% merasakan minat semakin menurun terhadap kerjaya
mereka, 54.8% ingin beralih kerja, 54.7% kurang yakin
mengajar dan 92.3% memiliki motivasi personaliti yang
semakin luntur.

Bagaimana Menjadi Guru Berkesan di Sekolah?

Menurut Salvin ( 1994 : 42 ), guru berkesan bukan
sahaja berperanan sebagai penyalur ilmu pengetahuan, bahkan
juga berfungsi sebagai pengembang dan pengukuh kemahiran
para pelajarnya yang penting dalam menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan yang ditentukan oleh ciri
kualiti, kemahiran, personaliti dan pelbagai kaedah mengajar
guru.

1 Kualiti Guru.

Guru yang berkualiti boleh dimaksudkan sebagai guru
yang mempunyai aspek darjah kecemerlangan dan bermutu
tinggi, iaitu guru yang tahu membuat perancangan yang
sistematik terutamanya awal beberapa minggu semasa sesi
persekolahan bermula agar memahami isi kandungan bahan
yang diajar bagi membolehkan pelajar mengikuti arahan guru
dengan jelas dalam mencapai objektif pembelajaran dan
suasana pembelajaran yang sempurna dapat dihasilkan
menurut Sufean Hussin ( 2005 :292 ), disamping mempunyai
ilmu pengetahuan yang tinggi, iaitu pengetahuan Imperatis (
tindakan yang perlu dilakukan bagi mencapai objektif atau
sasaran ) dan profesional yang merngkumi aspek
pembelajaran, kemahiran, minat, teknologi, pedagogi, undang-
undang atau polisi tertentu yang secara tidak langsung
merangkumi peranan dan tanggungjawab terhadap profession
keguruan.

2.Kemahiran Guru

Menurut Mohamad Johdi Hj Salleh ( 2007 : 92 )
seseorang guru yang efektif semestinya mempunyai kemahiran
yang mendalam dalam bidang atau objek yang diajar
terutamanya dalam aspek menetapkan matlamat dan rancangan
pengajaran, iaitu penetapan matlamat yang tinggi dalam setiap
sesi pengajaran dan mengatur rancangan untuk mencapai
matlamat tersebut. Dalam pada itu, guru juga perlu ada
kemahiran dalam pengurusan bilik darjah, iaitu membentuk
dan mengekalkan suasana kelas yang sesuai untuk sesi
pembelajaran berdasarkan penguasaan strategi untuk
membentuk peraturan dan arahan, mengetuai aktiviti kelas dan
mengawal kelakuan pelajar. Disamping itu, pertuturan
merupakan satu kemahiran komunikasi yang penting bagi guru
yang melibatkan perlakuan mendengar dan bercakap kerana
guru bukan hanya tertumpu sebagai tenaga pengajar dalam
bidang akademik semata-mata, sebaliknya guru turut
berperanan sebagai pemberi dan penyampai maklumat ilmu
pengetahuan yang turut dpengaruhi oleh intonasi suara guru
yang menarik dalam menggunakan perkataan, frasa, dan ayat
bagi menepati maksud pelajaran yang hendak disampaikan.

3.Personaliti Guru

Dalam pada itu, penampilan seseorang guru dapat
mempengaruhi keberkesanan dalam pengajaran dan
penerimaan pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan
kerana cara penampilan, gerak badan guru, dan sahsiah guru di
dalam bilik darjah dapat mencerminkan keyakinan dan
kesungguhan seseorang guru yang harus menjadi model atau
contoh yang baik kepada pelajar. Hal ini kerana, kajian
menunjukkan bahawa seseorang pelajar adalah lebih
cenderung dalam menjadikan guru sebagai sasaran idola dalam
persaingan mereka, maka tingkah laku guru adalah penting
dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan. Penampilan
yang cuba diterangkan disini adalah berkaitan dengan cara
guru berpakaian yang disifatkan hendaklah kemas, ringkas dan
tidak memakai perhiasan yang keterlaluan serta sederhana dari
segi fesyen dan warnannya juga tidak terlampau terang dan
berkilat-kilat agar tidak menggangu konsentrasi pelajar.

4. Pelbagai Kemahiran Mengajar

Proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan
lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakkan
pelbagai keadah mengajar yang bersesuaian dengan isi
pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh setiap murid
seperti yang diutarakan oleh Zamri Mahamod dan Mohamed
Amin Embi ( 2006 : 118 ), bahawa para guru seharusnya
menyedari akan kepentingan pemilihan kaedah mengajar yang
berkesan berdasarkan keadaan dan kemampuan pelajar itu
sendiri dan bukannya berdasarkan kemahuan sesoarang guru
yang secara tidak langsung menjadikan pengajaran dan
pembelajaran memberikan daya tarikan baru yang menarik
perhatian pelajar yang turut disokong oleh Mohamad Johdi Hj
Salleh ( 2007 :92 ), bahawa guru seharusnya perlu sentiasa
mengubahsuai kaedah untuk menghasilkan pengajaran yang
efektif berdasarkan kajian dan penyelidikan mengenai keadah
pengajaran yang bersesuaian untuk sesuatu isi pengajaran,
topik atau kemahiran bagi menilai kelebihan dan kekurangan
bagi mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran disamping
mencari kaedah-kaedah yang baru yang berperanan sebagai
sumber kefahaman, minat dan komitmen murid. Misalnya,
penyelididkan yang dilakukan oleh Zamri Mahamod dan
Mohamed Amin Embi ( 2006 :120 ), mendapati bahawa guru
yang menggunakan kaedah mengajar yang sesuai membantu
pelajar memahami penggunaan bahasa dengan baik.


Kesimpulan.


Secara keseluruhannya, guru berkesan di sekolah adalah
guru yang tahu mengimbangi peranannya dengan mengambil
kira aspek kualiti, kemahiran, personaliti dan kepelbagaian
kaedah mengajar yang bertitik mula dari dalam diri guru
tersebut yang akhirnya menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan berdasarkan perlakuan mengajar
yang menekankan perancangan, perlaksanaan dan penilaian
yang mana tahap penentuannya ditunjukkan berdasarkan
keputusan dan kesan pengajaran mengikut perlakuan dan
prestasi pelajar.
http://addinadeen.blogspot.com/2013/10/ciri-ciri-guru-berkesan-mengikut.html

Anda mungkin juga menyukai