Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN RAGBI SENTUH

PERATURAN RAGBI SENTUH


Peraturan asas dan cara bermain ragbi sentuh

PENGENALAN APA ITU RAGBI SENTUH?

Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana iadigunakan sebagai permainan
pemanasan untuk code rugby. Kesederhanaan daripermainan ini adalah unik; anda cuma memerlukan bola ragbi,
padang untuk bermaindan beberapa orang rakan.Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan sentuhan
yang minimum dantidak merbahaya.Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau
mudadan lelaki mahupun perempuan. Permainan ini hamper sama dengan rugby union,tetapi tanpa lineouts, scrum,
rucking dan tackle.Ia cepat, mudah dan permainan ini menarik untuk meningkatkan kemahiran asaslarian(running),
pengendalian bola(handling), mengelak(evasion) dan memberisokongan(support), sementara mengembangkan prinsip-
prinsip asasserangan(attacking) dan pertahanan(defensive), tanpa takut tercedera keranapermainan ini memang tidak
merbahaya.

BAHAGIAN 1 - MENGAPA MEMILIH RAGBI SENTUH?

Fleksibiliti:

Ragbi sentuh sangat sesuai untuk pemain baru dan pemain berpengalaman. Anda boleh bermain sama ada lelaki, wanita
atau dicampurkan lelaki dan wanita dalam satu kumpulan. Ragbi Sentuh adalah permainan yang melibatkan
pelanggaran/sentuhan yangminimum(tidak merbahaya), ia juga merupakan sukan rekreasi kerana boleh dimainkandi
padang dan juga ketika aktiviti sosial.

Ragbi Sentuh adalah permainan yang mudah dimainkan di mana-mana. Ia boledimainkan di padang mahupun di pantai.
Permainan ini sangat mudah untuk dipelajaridan dimainkan. Ragbi Sentuh juga boleh digunakan untuk melatih pemain
untukmengelak dengan mudah, mengejar dan sebagai aktiviti pemanasan.

BAHAGIAN 2 - MEMAHAMI PERMAINAN

Objektif permainan:

Objektif permainan ini kepada setiap pasukan adalah untuk mendapatkan nilai'touchdown' dan untuk mengelakkan pihak
lawan daripada melakukan touchdown.Bola mungkin akan dihantar kepada pemain lain, mungkin akan terjatuh ke
hadapandan mungkin juga dipintas oleh pihak lawan ketika pemain membuat hantaran. Selainitu, bergerak bersama-
sama bola akan member kelebihan untuk mendapatkan kawasanpadang dan untuk mendapatkan peluang
mendapatkan skor.Pemain pasukan yang bertahan perlu mengelakkan pemain dari pasukan menyerangmemperolehi
kelebihan kawasan padang dan juga mata. Sama ada pasukanmenyerang atau bertahan kedua-duanya boleh
memulakan sentuhan.

Permulaan Permainan:

Pasukan yang memenangi balingan syiling akan memilih kawasan padang ataupasukan mana yang akan memulakan
permainan dengan tab dari tengah kawasanpadang. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan ke pihak
lawan yang bertahan.Jika sentuhan dianggap terlalu kuat, hukuman/penalti akan diberikan kepada pihak yang melakukan
sentuhan. Pasukan yang mendapat hukuman perlu kembali 10meter ke belakang untuk meneruskan
permainan. DUMMY HALF boleh membawa bola tetapi tidak dibenarkan untuk disentuh ketikamembawa bola. Jika
disentuh ketika membawa bola, bola akan diserahkan kepadapasukan yang bertahan dan dimulakan dengan Rollball .

Tempoh Permainan:

Tempoh permainan boleh divariasikan supaya sesuai dengan keadaan tempatan. Tapisebagai panduan cuba 2 x 10
minit.

Rollball
Rollball ini dipengaruhi oleh bahagian.Posisi pemain yang menyerang mestilah berhadapan dengan garisan
skor(scoreline)pihak lawan(bertahan) , berdiri selari dengan garisan tepi, dan bola digulingkan kebelakang di atas tanah. Ia
mesti digulingkan di antara kaki dan jarak digulingkan tidaklebih dari satu (1) meter. Apabila bola berada pada tandanya,
pasukan penyerang perlumelangkah melebihi bola tersebut.Jika bola yang digulingkan melebihi dari 1 meter, hukuman
akan diberikan kepadapasukan bertahan.'Voluntary Rollball' terjadi apabila seorang pemain tidak menyentuh dan
tidakmenggulingkan bola di antara kakinya. Ini tidak dibenarkan dan akan mengakibatkanpihak pembangkang mendapat
kelebihan penalti.

Ukuran Padang:

Ukuran Padang boleh berbeza-beza, tetapi permainan kebiasaannya akan dimainkanpada ukuran setengah padang
ragbi iaitu 50x70meter. Goal Post tidak diperlukanuntuk memainkan permainan ragbi sentuh.

Jumlah pemain:

Pasukan boleh terdiri daripada maksimum pemain sehingga14 pemain, iaitu 6 pemaindi atas padang pada satu-satu
masa. Sebagai cadangan, satu pasukan terdiri dari 8hingga 10 orang pemain untuk penglibatan maksimum dan aktiviti
kepada setiappemain.

Kaedah penilaian:

Satu skor diberikan pada pemain menyerang jika menyentuh bola di tanah selepasgarisan skor pihak lawan. Satu skor
bernilai 5 mata.Orang yang mengambil peranan 'DUMMY HALF' (orang yang menerima bola dari pihaklawan untuk
memulakan permainan) boleh melepasi garisan skor pihak lawan, tapi tidakboleh skor.
Penalti:
Jika seorang pemain diberi penalti, pasukannya harus mundur 10 meter.Penalti diambil dengan menempatkan bola di
tanah, melepaskan bola, menyentuh boladengan kaki dan mengangkat bola kemudian meneruskan permainan.Setelah
skor dibuat oleh mana-mana pasukan, permainan akan dimulakan semuladengan tab di tengah padang oleh pasukan
non-scoring.

BAHAGIAN 3 - ASAS PERMAINAN

Hantaran(Passing):
Forward Pass berlaku ketika bola di lempar oleh pembawa bola dan ketika bolatersebut dilemparkan ia berada di
hadapan pemain yang melemparkan bola. Dalamsituasi ini, penalty akan diberikan.

Sentuhan:
Touch and Pass terjadi ketika seseorang yang telah disentuh kemudian membuathantaran. Jika berulang kali
melakukankannya, penalti akan diberikan.Pemain dari kedua-dua pasukan mempertahan dan penyerang akan
menggunakankuasa minimum untuk cuba mengelak dari disentuh dan menyentuh.Sentuhan 'boleh dilakukan pada
setiap bahagian badan pemegang bola,sama adapakaian mereka atau bola.Setelah disentuh, pembawa bola
dikehandaki untuk berhenti serta merta dan kembalike tanda di mana ia disentuh. Kemudian lakukan Rollball tanpa
menagguhkan masa.

Offside:
Pemain menyerang adalah offside ketika pemain ketika pemain tersebut melebihi daripemain lain yang menyerang yang
memiliki bola atau orang terakhir yang memegangbola. Seorang pemain bertahan akan offside jika tidak mundur
10meter(sewaktu Rollball)atau 10meter(ketika penalti atau permulaan semula selepas membuat skor)

Seorang pemain bertahan akan offside jika terdapat pemain yang tidak mundur 10meter (ketika Rollball) atau 10 meter
(ketika penalti dan ketika memulakan permainan selepasmelakukan skor).Untuk semua insiden offside, pihak lawan akan
diberikan hukuman.

BAHAGIAN 4 - PERATURAN UMUM

Umum:
'Overstepping' atau off the mark' terjadi ketika pemain yang telah disentuh berjalanmelebihi titik/tanda di mana mereka
disentuh. Dalam kes ini, penalti akan diberikankepada pasukan pembawa bola yang disentuh tersebut.Jika bola jatuh ke
tanah atas sebarang sebab, perubahan pemilikan dan permainanakan berlaku dan permainan akan dimulakan kembali
dengan sebuah Rollball.Penggembalaan atau Obstruction akan menyebabkan penalti diberikan kepada pihakpembawa
bola.Penyimpangan(Deviation) yang terjadi disarankan dengan meneruskan permainan apabila pasukan bertahan tidak
mundur 10meter dan jika pasukan bertahan menghalang pergerakan pemain menyerang. Penalti akan diberikan kepada
pasukan bertahan.Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul,melanggar dengan
sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yangsedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat
sin-binned selama 5 minit tanpa penggantian.

Ragbi Sentuh

Permainan ini tidak banyak bezanya dengan permainan ragbi yang biasa. Cuma perbezaannya
adalah jumlah pemain, ukuran gelanggang, peraturan dan cara bermain.

Berikut adalah perbezaan ragbi sentuh dengan ragbi yang sebenar:

1. Jumlah pemain seramai 7 orang sahaja dalam satu pasukan. Hanya 5 orang sahaja yang akan
bermain.
2. Jika pihak lawan telah melakukan touch sebanyak 5 kali, bola tersebut akan jatuh ke tangan
pihak lawan.
3. Tiada tekel, skrum dan tendangan try dalam permainan ini.
4. Cara sentuhan yang diambil kira adalah dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, namun
ada sesetengah permainan menggunakan undang-undang sentuhan satu tangan sahaja.
5. Gol akan dikira apabila try berjaya dilakukan.
6. Bola yang dipegang tidak boleh jatuh. Jika terjatuh, bola tersebut akan jatuh ke tangan pihak
lawan.

7. Roll Ball akan dilakukan sebagai hantaran apabila bola terjatuh dan touch sebanyak 5 kali.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN RAGBI

Menghantar dan menerima Bola

Dalam permainan ragbi, kemahiran menghantar bola merupakan kemahiran asas yang paling
mustahak. Menghantar bola dengan tepat atau menerima bola dengan sempurna semasa berlari
membantu keberkesanan permainan.

Asas membuat hantaran bola

1. Pegang kemas bola dengan kedua belah tangan. Berat badan kamu perlulah berada pada kaki
belakang.

2. Tukar berat badan kamu ke kaki hadapan serentak itu juga, hayun kedua belah lengan
sehingga bola melintasi badan menuju ke arah sasaran kamu.

3. Perhati sasaran kamu. Di peringkat ini, kamu tidap perlu melihat bola. Biasakan melihat rakan
sepasukan di sekeliling. Hantaran bola selalunya tepat jika kamu dapat menentukan sasaran
dengan cepat.

4. Setelah melepaskan bola ke arah sasaran, pastikan lengan kamu membuat hayun lajak ke arah
penerima bola.

5. Selepas menghantar bola, segeralah berundur supaya kamu berada di belakang pembawa bola
dan bersedia untuk menerima bola.

Mengelak dan mengacah

Kemahiran menukar arah dengan cepat ketika berlari atau larian yang mengelirukan bertujuan
menghindarkan pihak lawan menyentuh kamu. Kemahiran ini digunakan apabila pihak lawan
berlari meluru ke arah kamu.

Apabila pihak lawan mendekati kamu, langkah kaki ke arah yang berlawanan, kemudian tukar
arah larian dengan pantas. Tindakan ini menyebabkan pihak lawan tidak pasti arah larian dapat
mengimbangi badannya.

Menghalang atau Bertahan


kemahiran ini dilakukan apabila pihak lawan menguasai bola dan semakin maju ke hadapan.
Satu barisan melintang perlu dilakukan bagi menghalang kemaraan pihak lawan. jika mereka
semakin maju ke hadapan, semakin dekatlah mereka dengan kawasan gol dan sekaligus
memberi mereka peluang untuk melakukan try. Benteng panjang yang dilakukan akan
menyukarkan mereka untuk maju ke hadapan kerana peluang untuk mereka maju ke hadapan
amat tipis. Touch yang dilakukan akan menyebabkan bola jatuh ke tangan pihak lain.

Roll Ball

Roll akan dilakukan apabila bola terjatuh ke tanah. Roll juga akan dilakukan apabila touch
sebanyak 5 kali dilakukan.

GOL

Pasukan yang berjaya membuat try akan mendapat 1 mata.

Anda mungkin juga menyukai