Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN RAGBI SENTUH

PERATURAN RAGBI SENTUH


Peraturan asas dan cara bermain ragbi sentuh

PENGENALAN – APA ITU RAGBI SENTUH?

Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana iadigunakan sebagai permainan
pemanasan untuk code rugby. Kesederhanaan daripermainan ini adalah unik; anda cuma memerlukan bola ragbi, padang
untuk bermaindan beberapa orang rakan.Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan sentuhan yang minimum
dantidak merbahaya.Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau mudadan lelaki
mahupun perempuan. Permainan ini hamper sama dengan ‘rugby union’,tetapi tanpa lineouts, scrum, rucking dan tackle.Ia
cepat, mudah dan permainan ini menarik untuk meningkatkan kemahiran asaslarian(running), pengendalian bola(handling),
mengelak(evasion) dan memberisokongan(support), sementara mengembangkan prinsip-prinsip asasserangan(attacking)
dan pertahanan(defensive), tanpa takut tercedera keranapermainan ini memang tidak merbahaya.

BAHAGIAN 1 - MENGAPA MEMILIH RAGBI SENTUH?

Fleksibiliti:

Ragbi sentuh sangat sesuai untuk pemain baru dan pemain berpengalaman. Anda boleh bermain sama ada lelaki, wanita
atau dicampurkan lelaki dan wanita dalam satu kumpulan. Ragbi Sentuh adalah permainan yang melibatkan
pelanggaran/sentuhan yangminimum(tidak merbahaya), ia juga merupakan sukan rekreasi kerana boleh dimainkandi padang
dan juga ketika aktiviti sosial.

Ragbi Sentuh adalah permainan yang mudah dimainkan di mana-mana. Ia boledimainkan di padang mahupun di pantai.
Permainan ini sangat mudah untuk dipelajaridan dimainkan. Ragbi Sentuh juga boleh digunakan untuk melatih pemain
untukmengelak dengan mudah, mengejar dan sebagai aktiviti pemanasan.

BAHAGIAN 2 - MEMAHAMI PERMAINAN

Objektif permainan:

Objektif permainan ini kepada setiap pasukan adalah untuk mendapatkan nilai'touchdown' dan untuk mengelakkan pihak
lawan daripada melakukan ‘touchdown’.Bola mungkin akan dihantar kepada pemain lain, mungkin akan terjatuh ke
hadapandan mungkin juga dipintas oleh pihak lawan ketika pemain membuat hantaran. Selainitu, bergerak bersama-sama
bola akan member kelebihan untuk mendapatkan kawasanpadang dan untuk mendapatkan peluang mendapatkan
skor.Pemain pasukan yang bertahan perlu mengelakkan pemain dari pasukan menyerangmemperolehi kelebihan kawasan
padang dan juga mata. Sama ada pasukanmenyerang atau bertahan kedua-duanya boleh memulakan sentuhan.

Permulaan Permainan:

Pasukan yang memenangi balingan syiling akan memilih kawasan padang ataupasukan mana yang akan memulakan
permainan dengan ‘tab’ dari tengah kawasanpadang. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan ke pihak lawan
yang bertahan.Jika sentuhan dianggap terlalu kuat, hukuman/penalti akan diberikan kepada pihak yang melakukan
sentuhan. Pasukan yang mendapat hukuman perlu kembali 10meter ke belakang untuk meneruskan permainan. “DUMMY
HALF” boleh membawa bola tetapi tidak dibenarkan untuk disentuh ketikamembawa bola. Jika disentuh ketika membawa
bola, bola akan diserahkan kepadapasukan yang bertahan dan dimulakan dengan “Rollball” .

Tempoh Permainan:

Tempoh permainan boleh divariasikan supaya sesuai dengan keadaan tempatan. Tapisebagai panduan cuba 2 x 10 minit.

Rollball
Rollball ini dipengaruhi oleh bahagian.Posisi pemain yang menyerang mestilah berhadapan dengan garisan
skor(scoreline)pihak lawan(bertahan) , berdiri selari dengan garisan tepi, dan bola digulingkan kebelakang di atas tanah. Ia
mesti digulingkan di antara kaki dan jarak digulingkan tidaklebih dari satu (1) meter. Apabila bola berada pada tandanya,
pasukan penyerang perlumelangkah melebihi bola tersebut.Jika bola yang digulingkan melebihi dari 1 meter, hukuman akan
diberikan kepadapasukan bertahan.'Voluntary Rollball' terjadi apabila seorang pemain tidak menyentuh dan
tidakmenggulingkan bola di antara kakinya. Ini tidak dibenarkan dan akan mengakibatkanpihak pembangkang mendapat
kelebihan penalti.

Ukuran Padang:

Ukuran Padang boleh berbeza-beza, tetapi permainan kebiasaannya akan dimainkanpada ukuran setengah padang ragbi
iaitu 50x70meter. ‘Goal Post’ tidak diperlukanuntuk memainkan permainan ragbi sentuh.

Jumlah pemain:

Pasukan boleh terdiri daripada maksimum pemain sehingga14 pemain, iaitu 6 pemaindi atas padang pada satu-satu masa.
Sebagai cadangan, satu pasukan terdiri dari 8hingga 10 orang pemain untuk penglibatan maksimum dan aktiviti kepada
setiappemain.

Kaedah penilaian:

Satu skor diberikan pada pemain menyerang jika menyentuh bola di tanah selepasgarisan skor pihak lawan. Satu skor bernilai
5 mata.Orang yang mengambil peranan 'DUMMY HALF' (orang yang menerima bola dari pihaklawan untuk memulakan
permainan) boleh melepasi garisan skor pihak lawan, tapi tidakboleh skor.
Penalti:
Jika seorang pemain diberi penalti, pasukannya harus mundur 10 meter.Penalti diambil dengan menempatkan bola di tanah,
melepaskan bola, menyentuh boladengan kaki dan mengangkat bola kemudian meneruskan permainan.Setelah skor dibuat
oleh mana-mana pasukan, permainan akan dimulakan semuladengan “tab” di tengah padang oleh pasukan non-scoring.

BAHAGIAN 3 - ASAS PERMAINAN

Hantaran(Passing):
“Forward Pass” berlaku ketika bola di lempar oleh pembawa bola dan ketika bolatersebut dilemparkan ia berada di hadapan
pemain yang melemparkan bola. Dalamsituasi ini, penalty akan diberikan.

Sentuhan:
“Touch and Pass” terjadi ketika seseorang yang telah disentuh kemudian membuathantaran. Jika berulang kali
melakukankannya, penalti akan diberikan.Pemain dari kedua-dua pasukan mempertahan dan penyerang akan
menggunakankuasa minimum untuk cuba mengelak dari disentuh dan menyentuh.Sentuhan 'boleh dilakukan pada setiap
bahagian badan pemegang bola,sama adapakaian mereka atau bola.Setelah disentuh, pembawa bola dikehandaki untuk
berhenti serta merta dan kembalike tanda di mana ia disentuh. Kemudian lakukan Rollball tanpa menagguhkan masa.

Offside:
Pemain menyerang adalah offside ketika pemain ketika pemain tersebut melebihi daripemain lain yang menyerang yang
memiliki bola atau orang terakhir yang memegangbola. Seorang pemain bertahan akan offside jika tidak mundur
10meter(sewaktu Rollball)atau 10meter(ketika penalti atau permulaan semula selepas membuat skor)

Seorang pemain bertahan akan offside jika terdapat pemain yang tidak mundur 10meter (ketika Rollball) atau 10 meter (ketika
penalti dan ketika memulakan permainan selepasmelakukan skor).Untuk semua insiden offside, pihak lawan akan diberikan
hukuman.

BAHAGIAN 4 - PERATURAN UMUM

Umum:
'Overstepping' atau ‘off the mark' terjadi ketika pemain yang telah disentuh berjalanmelebihi titik/tanda di mana mereka
disentuh. Dalam kes ini, penalti akan diberikankepada pasukan pembawa bola yang disentuh tersebut.Jika bola jatuh ke tanah
atas sebarang sebab, perubahan pemilikan dan permainanakan berlaku dan permainan akan dimulakan kembali dengan
sebuah Rollball.Penggembalaan atau Obstruction akan menyebabkan penalti diberikan kepada pihakpembawa
bola.Penyimpangan(Deviation) yang terjadi disarankan dengan meneruskan permainan apabila pasukan bertahan tidak
mundur 10meter dan jika pasukan bertahan menghalang pergerakan pemain menyerang. Penalti akan diberikan kepada
pasukan bertahan.Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul,melanggar dengan sengaja
menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yangsedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat ‘sin-binned’
selama 5 minit tanpa penggantian.

Anda mungkin juga menyukai