Anda di halaman 1dari 11

Bahasa Malaysia kertas 1 Tahun Empat

Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya terdapat satu
sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan tersebut dan tandakan jawapan kamu dengan
menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 berdasarkan gambar 1

Gambar 1
1. Orang buta itu melintas jalan _____ memegang sebatang tongkat.

A. sambil C. maka
B . tetapi D. kecuali

2. Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang _____________


di negara kita.

A. tertinggi
B. terpendek
C. terpanjang
D. kukuh

Soalan 3 berdasarkan gambar 2

Gambar 2

3. Puan Zulaikha ________________ pokok-pokok bunganya pada


setiap pagi.

2
Bahasa Malaysia kertas 1 Tahun Empat

A. menjirus
B. memandi
C. menebas
D. menyiram

4. Orang tua itu ________________ kayu api di atas kepalanya.

A. membimbit
B. menjunjung
C. menggalas
D. mengepit

5. Fiona ingin _______ kemampuannya bermain alat muzik itu kepada rakan-
rakannya.

A. berbukti
B. terbukti
C. dibuktikan
D. membuktikan

Soalan 6 berdasarkan gambar 3

Gambar 3

6. Orang buta itu sedang menganyam se_______ bakul rotan.

A. ketul C. buah
B. bidang D. gugus

7. _________________ sekeluarga akan bertolak ke kuantan pada pukul 5.00


petang.

A. Kamu
B. Kami
C. Kalian
D. Dia

3
Bahasa Malaysia kertas 1 Tahun Empat

8. ” ________________ berjanji akan taat setia kepada tuanku” sembah


Hang Nadim kepda sultan.

A. Beta
B. Hamba
C. Patik
D. Aku

9. Sebelum ke sekolah, abang __________ tali lehernya kemas-kemas.

A. memasang
B. mengikat
C. menggulung
D. menyimpul

10. Aktiviti __________ gunung itu bermula pada pukul 8.00 pagi.

A. menaiki
B. mendaki
C. melepasi
D. memecah

11. Abang memegang tangan adiknya __________ semasa melintas


jalan.

A. hati-hati
B. kuat-kuat
C. rapi-rapi
D. ketat-ketat

12. Pak Mat mengait buah rambutan __________ Afiq pula


memungutnya.

A. manakala
B. ketika
C. tetapi
D. malahan

Soalan 13 berdasarkan gambar 4

4
Bahasa Malaysia kertas 1 Tahun Empat

Gambar 4

13. Pak Seman memotong se_________ padi dengan menggunakan


se_________ sabit.

A. ikat…batang
B. rumpun…laras
C. genggam…kaki
D. cekak…bilah

14. Polis menemukan dua _______________ pistol di dalam laci itu.

A. butir
B. pucuk
C. bilah
D. batang

15. Pegawai polis itu memakai pakaian seragam yang sangat ________.

A. cantik
B. kemas
C. ketat
D. lusuh

16. __________________, cantiknya pemandangan di tasik ini!

A. Ah
B. Cis

C. Aduh
D. Wah

17. Basikal itu hadiah ____________ ayah sempena hari lahir saya.

A. dari
B. daripada

5
Bahasa Malaysia kertas 1 Tahun Empat

C. oleh
D. untuk

18. Semalam Imran telah menghantar e-mel ____________ Saiful.

A. hingga
B. pada
C. kepada
D. dengan

Soalan 19 berdasarkan gambar 5

Gambar 5

19. Pihak bomba bertungkus-lumus _______ kebakaran hutan itu.

A. melenyapkan C. memusnahkan
B. memadamkan D. menghapuskan

20. _______________ sayur dan ikan itu dibeli oleh ibu Aisyah di pasar
tani.

A. Semua
B. Setiap

C. Sebilangan
D. Sejumlah

21. Sayur-sayuran itu disimpan di dalam ________________ supaya tidak


busuk.

A. peti surat
B. peti sejuk

6
Bahasa Malaysia kertas 1 Tahun Empat

C. peti emas
D. peti besi

Pilih simpulan bahasa yang betul (soalan 22 dan 23)

22. Para penonton tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil


yang_______________ itu.

A. ambil berat
B. berat sebelah
C. berat tulang
D. berat hati

23. Laila ___________ kerana Suzila menghilangkan pen kesayangan


-nya.

A. busuk hati
B. tangkai jering
C. panas hati
D. ringan tulang

Soalan 24 berdasarkan gambar 6

Gambar 6

24. A Ai Ling memeliharakan seekor kucing.


B Ai Ling memandikan kucing kesayangannya itu.
C Siapakah nama kucing kesayangan Ai Ling?
D. Kucing Ai Ling kecil dan comel.

Soalan 25 dan soalan 26

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

25. Sungai itu menjadi tohor akibat aktiviti pembalakan haram.

7
Bahasa Malaysia kertas 1 Tahun Empat

A. dalam
B. panjang
C. cetek
D. kotor

26. Bangunan itu condong akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku
baru-baru ini.

A. liku
B. bongkok
C. senget
D. tegak

Soalan 27
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

27. Ubat itu dikatakan dapat melegakan sakit kepala.

A Bilakah ubat itu mula digunakan?


B Bagaimanakah caranya untuk melegakan sakit kepala?
C Apakah kegunaan ubat itu?
D Siapakah yang dapat melegakan sakit kepala?

Soalan 28 hingga Soalan 29


Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

28. I Suasana di majlis itu gamat dengan kehadiran penyanyi pujaan


ramai.
II Budak yang gamat itu didenda oleh gurunya.
III Mak Cik Limah membeli sepuluh botol minyak gamat dari Pulau
Langkawi.
IV Kanak-kanak perempuan itu gamat cantik.

A. I saja
B. I dan II saja
C. I dan III saja
D. II, III, dan IV saja

29. I Tenunan songket itu halus buatannya.


II Benang emas yang digunakan untuk menenun songket sangat
halus.
III Jari-jemarinya sungguh lembut dan halus.
IV Kerja tangannya yang halus itu disukai oleh kerabat diraja.

8
Bahasa Malaysia kertas 1 Tahun Empat

A. I dan III saja


B. II dan IV saja
C. I, II, dan III saja
D. I, II, III, dan IV

Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

30. I Suhaila dinasihatkan untuk sabar dan tabah.


II Penubuhan kelab itu akan dirasmikan esok.
III Guru Besar mengatakan bahawa dia berasa bangga dengan
kejayaan itu.
IV Tiada sesiapa yang berani melawan orang gila itu.

A I dan III saja


B II dan IV saja
C I, II, dan IV saja
D II, III, dan IV saja

Soalan 31 hingga soalan 35

Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap pagi sarapan dihidangkan untuk anda. Ada nasi lemak, mi goreng, roti
canai, roti bakar, dan bermacam-macam lagi hidangan yang bersilih ganti setiap hari.
Malah, ibu anda akan berleter panjang sekiranya anda enggan menjamah hidangan
tersebut. Mengapa, ya? Apa agaknya yang akan terjadi sekiranya anda tidak bersarapan?
Anda diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan kerana sarapan penting untuk
kesihatan anda. Jangan biarkan perut anda kosong. Makanlah sedikit makanan sebagai
alas perut. Jika tidak, perut anda akan sakit. Anda mungkin juga akan diserang penyakit
gastrik. Jika hal ini berlaku, sudah tentu anda tidak dapat mengikuti pelajaran dengan
baik. Tugas-tugas anda yang lain akan terganggu juga.
Sesetengah orang sanggup meninggalkan sarapan kerana ingin kurus. Ada juga
yang berbuat demikian kerana ingin berjimat cermat. Tetapi tindakan tersebut adalah
berbahaya. Jangan ikat perut. Tahukah anda bahawa perut yang kosong tidak dapat

9
Bahasa Malaysia kertas 1 Tahun Empat

membekalkan tenaga kepada anda? Badan anda akan menjadi lemah. Asid di dalam perut
pula akan menghakis lapisan perut anda menyebabkan perut anda sakit. Hal ini demikian
kerana tidak ada makanan yang dapat diproses oleh asid tersebut untuk disalurkan ke
seluruh bahagian tubuh.
Oleh itu, bersarapanlah sebelum anda memulakan hari anda. Mudah-mudahan
kesihatan anda terjaga dan terang hati anda ketika menghadapi pelajaran. Namun begitu,
anda tidak seharusnya makan terlalu banyak kerana dikhuatiri anda akan kekenyangan
dan berasa mengantuk. Makanlah dalam kuantiti yang sederhana kerana banyak makan
akan mendatangkan penyakit juga. Jadi, beringat-ingatlah. Kata orang, perut punca segala
penyakit.

31. Mengapakah kita diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan?


A. kerana ibu akan berleter jika kita tidak makan
B. kerana sarapan penting untuk kesihatan
C. kerana banyak makanan lazat dihidangkan untuk sarapan
D. kerana kita tidak akan pandai jika tidak bersarapan

32. Apakah akibatnya jika kita tidak bersarapan?


A. kita akan diserang penyakit gastrik
B. kita tidak akan bersemangat untuk belajar

C. kita akan menghadapi masalah kesihatan


D. kita akan dapat menguruskan badan

33. Apakah salah satu punca sakit perut?

A. terlalu banyak makan ketika lapar


B. tidak makan makanan yang berkhasiat ketika bersarapan
C. tiada tenaga yang dibekalkan oleh perut yang kosong
D. lapisan perut dihakis oleh asid kerana tiada makanan untuk
diproses

34. Nyatakan maksud simpulan bahasa ikat perut.

A. tidak ada selera makan


B. menahan lapar kerana ingin berjimat
C. makan sedikit sebagai alas perut
D. berpuasa kerana ingin menguruskan badan

35. Pada pendapat anda, apakah tujuan kita makan?

A. untuk mengelakkan rasa lapar yang berpanjangan


B. untuk menikmati makanan yang lazat dan pelbagai
C. untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan

10
Bahasa Malaysia kertas 1 Tahun Empat

D. untuk mengawal berat badan yang semakin kurang

Soalan 36 hingga soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Hari ini Azrul bagai dipaksa-paksa ke sekolah. Tetapi dia tiada pilihan lain. Lagipun
selama ini dia tidak pernah ponteng sekolah. Namun, teringat akan Helmi, hatinya terasa
tawar. Berat hatinya untuk bertemu muka dengan Helmi. Pada mulanya memang dia
berniat untuk ponteng dari sekolah tetapi teringat pula dia akan pesan ibu.
“Azrul, jangan membiasakan diri berbuat begitu. Pergilah saja. Beritahu cikgu,
Azrul orang susah. Tentu cikgu tidak marah,” kata ibu.
“Itu pendapat ibu, tetapi belum tentu Helmi memahaminya,” balas Azrul.
Lamunan Azrul terhenti. Dia sudah sampai di sekolah. Dia masuk ke kelas dan
terus duduk di tempat duduknya. Kala itu Helmi pun datang menghampirinya.
“Kamu ada wang?” tanya Helmi kepada Azrul.
Azrul terperanjat. “Tidak ada wang,” jawab Azrul.
“Kamu kedekut. Dua ringgit saja, bayarlah,” Helmi mendesak lagi.
Pelajar-pelajar lain memandang ke arah Azrul dan Helmi. Ada yang mencebikkan
bibir. Ada yang bersimpati dengan Azrul. Namun, masing-masing tidak berani campur
tangan.
Azrul berasa amat malu. Hatinya tersinggung. Dadanya sebak. Tanpa berfikir
panjang Azrul meluru keluar.
Cikgu Rosmah masuk ke kelas lantas bertanya “Apa yang berlaku? Azrul ke
mana?”
Helmi bangun. Dia kelihatan serba salah. Dalam keadaan terpaksa, dia pun
menjelaskan hal yang sebenarnya.
“Helmi, kamu dilantik sebagai ketua oleh rakan-rakan sekelas. Kamu harus
menjaga hati mereka. Kamu tidak boleh berlaku kasar. Nanti mereka akan membenci
kamu dan tidak akan bekerjasama dengan kamu,” kata Cikgu Rosmah.
“Lagipun, tujuan kita mengadakan perayaan Hari Guru bukanlah kerana cikgu
ingin akan hadiah. Setiap guru akan berasa bangga kalau murid-muridnya berjaya dalam
pelajaran dan menghormati guru,” kata Cikgu Rosmah lagi
Selepas waktu rehat hari itu, Helmi mendekati Azrul. Helmi menghulurkan
tangannya. Mereka berjabat salam. Namun, hati Azrul tertanya-tanya kerana hairan
dengan tindakan Helmi itu.

36. Mengapakah Azrul tidak mahu ke sekolah?


A. kerana dia tidak mahu bersemuka dengan Helmi
B. kerana dia terpaksa meminta wang daripada murid-murid
C. kerana dia berasa malu atas kesalahannya
D. kerana dia berasa malas

11
Bahasa Malaysia kertas 1 Tahun Empat

37. Apakah pesan ibu kepada Azrul?


A. jangan suka bergaduh
B. jangan suka meniru
C. jangan ponteng sekolah
D. jangan bersikap kasar

38. Mengapakah murid-murid mengumpulkan duit?


A. untuk membantu orang-orang susah
B. untuk membeli hadiah Cikgu Rosmah
C. untuk mengisi tabung kelas
D. untuk mengutip derma

39. Penyataan yang berikut benar tentang cerita tadi, kecuali…

A. Azrul tidak pernah ponteng sekolah.


B. Helmi adalah ketua kelas yang bersopan-santun.
C. Azrul dan keluarganya hidup susah dan miskin
D. Cikgu Rosmah telah menasihati Helmi.

40. Pada pendapat anda, bagaimanakah cerita ini berakhir?

A. Helmi dan Azrul dibawa berjumpa dengan Guru Besar.


B. Azrul berhenti sekolah kerana ibunya tidak mampu
membayar yuran sekolah.
C. Cikgu Rosmah membantu Azrul dengan menanggung
perbelanjaan sekolahnya.
D. Helmi insaf dan Azrul memaafkan kesalahan Helmi lalu
mereka berkawan baik.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

Nasuha Muzamir B. Yusof Pn. Azlinda Bt Mohd Shukor Pn. Lily A/P Savarinathan
Guru B.Malaysia Tahun 4 Ketua Panitia B.Malaysia Penolong Kanan Kurikulum
Sk Hulu Kelang Sk Hulu Kelang Sk Hulu Kelang

12

Anda mungkin juga menyukai