Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN KECIL (TENNIS ROUNDERS)

KONSEP PERMAINAN Permainan ini mirip akan permainan rounders. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan dengan menggunakan bola tenis atau bola getah dan raket tenis sebagai alat pemukul. Pemain dari pasukan pertama akan menjadi pasukan pemukul manakala pasukan kedua bertindak sebagai pasukan pertahanan iaitu pasukan yang cuba mematikan ahli-ahli dari pasukan pemukul. Permainan dimulakan dengan pitcher iaitu orang yang ditugaskan untuk membaling bola kepada pemukul membaling bola kepada ahli pertama daripada pasukan pemukul. Apabila pemukul itu telah berjaya memukul bola tersebut, dia harus berlari menuju ke base pertama dan seterusnya. Jika pemain pertama dari pasukan pemukul itu berjaya memijak base sebelum pemain pasukan pertahanan dapat menangkap bola atau melempar bola mengenai badannya, pemain tersebut masih dikira hidup tetapi jika sebaliknya pemain tersebut dikira mati. Jika pemain pertama berhenti di base pertama, pemain kedua dari pasukan pemukul harus melakukan pukulan dan berlari ke base pertama. Pemain kedua tidak boleh berlari dengan memintas pemain pertama. Jika hal ini berlaku pemain kedua dikira mati. Giliran permainan akan bertukar apabila 3 orang ahli dari pasukan telah mati ataupun bola yang telah dipukul oleh pasukan pemukul dapat disambut oleh pasukan pertahanan. Permainan rounders ini berkisar kepada kemahiran berlari, memukul bola menggunakan raket tenis, kemahiran melempar dan menangkap bola. Skor atau run dihasilkan dari seorang pelari yang berjaya berlari memijak semua base secara berurutan dan kembali memijak home plate. Setiap pelari yang berjaya mengelilingi dan menginjak home plate mendapat satu mata. Kumpulan yang berjaya mendapat skor atau mata tertinggi ketika pertandingan berakhir dikira sebagai pemenang.

TEKNIK Teknik yang digunakan dalam permainan kecil yang dikendalikan oleh kami ialah teknik pukulan forehand. Selain itu, kami juga menggunakan pendekatan yang berbeza, di mana pemain pasukan pemukul perlu membawa raket tenis mereka sewaktu berlari mengelilingi base. Teknik yang ketiga digunakan oleh kami ialah berlari sisi iaitu samada sisi kanan atau sisi kiri sewaktu berlari ke arah base. PERALATAN 1. Raket Tenis 2. Bola Kecil- Getah/Tenis 3. Tapak Base 4. Wisel 5. Stopwatch

BILANGAN KUMPULAN 2 Pasukan (setiap pasukan terdiri daripada 5 orang pemain)

Anda mungkin juga menyukai