Anda di halaman 1dari 4

Skrip Majlis Perasmian Princess Hour Sabtu, 21 April 2012 Bil 1 MC Pengumuman Mengumumkan ketibaan.

_____________________________________ ______________________________________

diiringi oleh Pensyarah Penasihat Helwi, Ustazah Nurul Huda Binti Mohd Bisri dan Pengerusi Helwi, Saudari Nur Ain Syafiqah Binti Mohd Darus untuk masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat. PAUSE Kita buka majlis kita dengan ummul furqan kita, Al-Fatihah.

VIP AMBIL TEMPAT 2 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera.

Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal Bismillah Pembuka Bicara.

Yang Berusaha ___________________________ __________________________________________ __________________________________________

Yang Dihormati Ustazah Nurul Huda Bt Mohd Bisri Pensyarah Penasihat Helwi

Yang Berbahagia para panel jemputan forum kita pada hari ini. Seterusnya Pengerusi Helwi, Saudari Nur Ain Syafiqah Binti Mohd Darus, Barisan Warden, Dan para muslimat yang dikasihi sekalian.

Bagi memberkati Majlis Perasmian Princess Hour ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudari Siti Munirah Bt Mansor untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan

BACAAN DOA 4 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudari Siti Munirah Bt Mansor atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Bagi meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan, Pengerusi Helwi, saudari Nur Ain Syafiqah Binti Mohd Darus untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.. UCAPAN ALU-ALUAN 5 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudari Nur Ain Syafiqah Binti Mohd Darus atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Segar Seri pagi melilit pagar, Berbalam kabus di Tasik Chini, Ucapan alu-aluan telahpun didengar Upacara perasmian menyusul kini.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha ______________________________________________ untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Princess

Hour. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. UCAPAN PERASMIAN 6 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha

______________________________ atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Tanpa melengahkan masa lagi, tibalah masa yang kita nantikan, iaitu sesi perbincangan forum yang bertajuk AKU, DIA dan CINTA oleh saudari Noor Asyanti Abu Bakar dan saudari Shahida Azizan. Dengan itu, majlis segala hormatnya, menjemput para panel jemputan untuk mengambil tempat untuk sesi forum kita pada pagi ini. Majlis seterusnya diserahkan kepada moderator bagi memulakan perbincangan forum kita pada hari ini. Dipersilakan

CABUTAN BERTUAH : Tuah ayam tampak di kaki, tuah kita siapa yang tahu. Majlis kita pada hari ini diserikan lagi dengan sesi cabutan bertuah. Dengan itu, majlis menjemput Yang Berusaha ____________________________,diiringi Pensyarah Penasihat Helwi, Ustazah Nurul Huda Bt Mohd Bisri, menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah. Diharap para muslimat yang lain dapat bersabar untuk sesi cabutan bertuah yang seterusnya. Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan sesi perbincangan forum . Dengan itu, majlis diserahkan kepada moderator untuk menyambung kembali sesi perbincangan forum kita pada hari ini. Selepas sesi soal jawab 9 Berakhirlah sudah sesi perbincangan forum kita pada hari ini,Diharap

perbincangan forum sebentar tadi dapat memberi banyak input kepada para muslimat dalam menjalani kehidupan seharian sebagai muslimah sejati.

Seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu sesi cabutan bertuah . Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha ____________________________, diiringi Pensyarah Penasihat Helwi, Ustazah Nurul Huda Bt Mohd Bisri bagi upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang cabutan bertuah.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah. Diharap para muslimat yang lain dapat bersabar untuk sesi cabutan bertuah yang seterusnya pada majlis yang akan diadakan malam nanti.

Kini, majlis akan diserikan lagi dengan persembahan nasyid jemputan daripada kumpulan Soutul Xandria, dengan ________________________________________________________ ________________________________________________________. Dipersilakan.

PENUTUP 12 Dengan berakhirnya persembahan nasyid itu tadi, maka berakhirlah Majlis Perasmian Princess Hour. Majlis memohon kemaafan atas segala kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung. Kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan sural Al- Asr. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai