Anda di halaman 1dari 5

Wacana

1.

2.

3. 4

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi. Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai: i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan' ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen). Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. pendahuluan b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal) c. penutup d. graf, jadual, peta dan statistik.

5.

6.

7.

Ia dapat digambarkan seperti berikut:

8.

Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.

9.

Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana. Fungsi 1. Tambahan Contoh dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping. pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya. iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan. contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai. rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan. apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya. oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu. seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan. tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan. sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.

2. Urutan 3. Penyataan semula 4. Contoh

5. Rumusan 6. Tempat 7. Waktu 8. Sebab dan kesan 9. Bandingan 10. Pertentangan 11. Pengesahan

(kembali ke laman utama) http://www.tutor.com.my/stpm/wacana.htm dilayari pada 11.23 pagi 2 /9/2009

Definisi wacana
1. KAMUS WEBSTER, 1983 bererti: -Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan -Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan -Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah 2. KAMUS DEWAN EDISI BARU 1993 bererti: - Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan - Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa 3. STUBBS, MICHAEL: Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti ertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas; yang disebut teks bagi wacanaadalah ayat bagi ujaran. 4. ASMAH HAJI OMAR: Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. 5. HARIMURTI KRIDALAKSANA: Wacana ialah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya), paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. 6. CARLSON : Wacana ialah rentetan ujaran yang berkesinambungan dan gramatis serta tersusun rapi 7. HENRY GUNTUR TARIGAN: Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yangg mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. @ Kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas terdapat lapan unsur penting wacana , iaitu 1. Satuan bahasa 2. Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya

3. Mengatasi ayat / klausa 4. Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan) 5. Berkesinambungan 6. Rasa kohesi (kesepaduan) 7. Dalam bentuk lisan / tulisan 8. Mempunyai permulaan dan penutup CIRI-CIRI WACANA : 1. Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi yang lain 2. mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokus kepada tajuk atau isu yang diketengahkan 3. mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana,penggunaan ayat 4. Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya 5. Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama 6. Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca 7. Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian 8. Mempunyai gaya : bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi, mempengaruhi pemilihahan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek dll 9. Mesti memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya JENIS-JENIS WACANA: 1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan 2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung 3. Berdasarkan bentuk : wacana prosa, puisi dan dramai

http://mystudentsportal.blogspot.com/2008/06/definisi-wacana-1.html

Anda mungkin juga menyukai