Anda di halaman 1dari 15

Pantun Nasihat (Wei Bin)

Angin teluk menyisir pantai,


Hanyut rumpai di bawah titi,
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati.

Pergi mendaki Gunung Daik,


Hendak menjerat kancil dan rusa.
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.

Pantun Nasihat (Aqil)


Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Daun sirih ulam Cik Da,


Makan sekapur lalu mati,
Walaupun banyak ilmu di dada,
Biar merunduk resmi padi.

Pantun Nasihat (Meng Fatt)


Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu ,
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu.

Kemumu di tengah pekan ,


Dihembus angin jatuh ke bawah,
Ilmu yang tidak diamalkan,
Bagai pohon tidak berbuah.

Pantun Nasihat (Akmal)


Tumbuh melata si pokok tebu,
Pergi pasar membeli daging,
Banyak harta tak ada ilmu,
Bagai rumah tidak berdinding.

Tulis surat di dalam gelap,


Ayatnya banyak yang tidak kena,
Jagalah diri jangan tersilap ,
Jikalau silap awak yang bencana.

Pantun Nasihat (Saiessan)


Hendak belayar ke Teluk Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Pakai baju warna biru,


Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Pantun Nasihat (Syahmi Zakwan)


Lagu bernama serampang laut,
Ditiup angin dari Selatan,
Layar dikembang kemudi dipaut,
Kalau tak laju binasa badan.

Padi segemal kepuk di hulu,


Sirih di hilir merekap junjungan,
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.

Pantun Nasihat (Azkiyaa)


Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana,
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.

Jangan pergi mandi di lombong,


Emak dan kakak sedang mencuci,
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.

Pantun Nasihat (Abirami)


Buah cempedak bentuknya bujur,
Sangat disukai oleh semua,
Jika kita bersikap jujur,
Hidup kita dipandang mulia.

Jikalau tuan mengangkat peti,


Tolong masukkan segala barang,
Jikalau anak-anak bersatu hati,
Kerja yang susah menjadi senang.

Pantun Nasihat (Jamna)


Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.

Kayu bakar dibuat arang,


Arang dibakar memanaskan diri,
Jangan mudah menyalahkan orang,
Cermin muka lihat sendiri.

Pantun Nasihat (Ahnaf)


Selasih tumbuh di tepi telaga,
Selasih dimakan si anak kuda,
Kasih ibu membaa ke syurga,
Kasih saudara masa berada.

Masuk hutan pakai sepatu,


Takut kena gigitan pacat,
Kalau kita selalu bersatu,
Apa kerja mudah dibuat.

Pantun Nasihat (Zhi Yao)


Bandar baru Seberang Perai,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan tulang berkecai,
Budi yang baik dikenang juga.

Encik Dollah pergi ke Jambi,


Pergi pagi kembali petang,
Kalau Tuhan hendak memberi,
Pintu berkancing rezeki datang.

Pantun Nasihat (Syakirin)


Orang haji dari Jeddah,
Buah kurma berlambak-lambak,
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.

Pinang muda dibelah dua,


Anak burung mati diranggah,
Dari muda sampai ke tua,
Ajaran baik jangan diubah.

Pantun Nasihat (Abirami )


Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pangkal kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.

Kapal kecil jangan dibelok,


Kalau dibelok patah tiangnya,
Budak kecil jangan dipeluk,
Kalau dipeluk patah tulangnya.

Pantun Nasihat
Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Pantun Nasihat
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Sorong papan tarik papan,


Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan awak makan,
Suruh mengaji awak tak mahu.

Anda mungkin juga menyukai