Anda di halaman 1dari 1

Cara bermain

1. Gelanggang galah panjang dilakar di atas tanah yang


berukuran lebih kurang 2m X 1.5m.(panjang dan lebar
bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan
pemain).
2. Ketua kumpulan dipilih dan pemain yang menjaga
gelanggang dan tempuh gelanggang akan ditentukan.
3. Selepas penentuan, pemain yang jaga gelanggang
akan pijak di atas garisan yang dilukis. Ketua akan
menjaga garisan tengah dan bebas ke mana-mana
garisan depan atau belakang.
4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di
depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya
dengan ketua pihak lawan.
5. Seterusnya, penempuh berlari masuk ke dalam
gelanggang.
6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan
paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang
dan kemudiannya berpatah balik.
7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah
melepasi garisan paling akhir melepasi garisan
permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada
pemain yang ingin berhenti.

Anda mungkin juga menyukai