Anda di halaman 1dari 6

Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar Domino’s Pizza 2019

SK TASIK PUTERI 2
BANDAR TASIK PUTERI
48000 RAWANG,
SELANGOR
TEL : 03-60342529 : FAX : 03-60342726

KERTAS CADANGAN
LAWATAN SAMBIL
BELAJAR KE DOMINO’S
PIZZA
TARIKH
11 APRIL 2019
(KHAMIS)

TEMPAT
DOMINO’S PIZZA MAISON RAWANG

ANJURAN
PPKI SK TASIK PUTERI 2
Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar Domino’s Pizza 2019

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR DOMINO’S PIZZA MURID-MURID


PPKI SKTP2 2019 ANJURAN PROGRAM PENDIDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PEMBELAJARAN) SK TASIK PUTERI 2, RAWANG,SELANGOR.

1.0 PENDAHULUAN

Sejajar dengan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas


Masalah Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Asas, Komponen
kemahiran hidup membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran
asas dalam aspek masakan, jahitan, pertukangan, perkebunan, pemeliharaan
haiwan dan mendobi. Selain itu membolehkan pelajar menguasai kemahiran
kemahiran asas dalam komponen kemahiran hidup, mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran yang diperolehi ke dalam kehidupan seharian.

Berpegang kepada pepatah ‘Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,
maka Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sk Tasik Puteri 2 telah
bercadang untuk menganjurkan program LDP pembuatan pastri dan lawatan sambil
belajar Dominos Pizza. Lawatan ini merupakan program yang amat baik sebagai
landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada
murid-murid pendidikan khas. Melalui program ini juga diharapkan guru-guru dapat
mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih merangsang minat
murid-murid terhadap aktiviti kemahiran asas daripada golongan istimewa ini.

2.0 RASIONAL

Lawatan sambil belajar murid-murid PPKI adalah suatu usaha untuk mengasuh dan
mendekatkan diri murid istimewa untuk menimba pengalaman dan pengetahuan
secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang
pendidikan khasnya dan kehidupan amnya. Lawatan ini akan menjadi asas
melahirkan insan istimewa yang pelbagai kemahiran di peringkat sekolah. Lawatan
sambil belajar tersebut akan memberi tumpuan kepada modul yang dikendalikan
oleh guru-guru pengiring yang mempunyai kemahiran asas dalam bidang
berkenaan.

3.0 OBJEKTIF
Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar Domino’s Pizza 2019

3.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid PPKI dalam program membuat


pastri iaitu pizza.
3.2 Memberi pengalaman secara langsung kepada murid-murid PPKI dalam
pembuatan pizza.
3.3 Meningkatkan kreativiti murid-murid PPKI dalam penghasilan pizza yang
pelbagai perisa dan isi atas pizza
3.4 Mengembangkan semangat sosialisasi murid-murid istimewa terhadap
persekitaran luar.
3.5 Menggalakkan perkembangan minda dan sahsiah murid-murid
bermasalah pembelajaran melalui program ini.

4.0 MATLAMAT

4.1 Mengurangkan perasaan rendah diri ketika menuntut ilmu pengetahuan


dalam kalangan murid terhadap kekurangan dalam kehidupan yang dilalui.

4.2 Mendidik murid-murid hidup berdikari, bersaing secara sihat dan berkongsi
pengalaman bersama rakan-rakan dan guru-guru.

4.3 Memberi kesedaran kepada murid bahawa sikap berdisiplin perlu diamalkan
di mana-mana sahaja mereka berada.

5.0 DESTINASI
DOMINO`S PIZZA MAISONS RAWANG, SELANGOR

6.0 CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH :13 MAC 2019


HARI :RABU
MASA :8.00 PAGI – 1.00 PETANG

7.0 TEMA

“PELAJARI AKTIVITI DUNIA LUAR, BERFIKIRAN POSITIF DAN HIDUP CERIA “

8.0 SASARAN

8.1 Penyertaan:
- 7 orang guru dan pembantu pengurusan murid pendidikan khas
- 15 orang murid PPKI Sk Tasik Puteri 2
Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar Domino’s Pizza 2019

Jumlah = 22 orang

JUMLAH PESERTA LAWATAN KESELURUHAN = 22 ORANG

9.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Puan Roshida Bt Isa


Pengerusi : Pn Siti Fatimah @ Marina Bt Ibrahim
Setiausaha : Pn. Aishah Bt Haron
Bendahari : Pn Siti Syarehan Bt Saidin
Disiplin dan Keselamatan : En Ahmad Mahfuz bin Mohamad

Pengangkutan : Pn. Norahafizah Bt Abd Razak

Kebersihan : Pn. Ida Irma Bt Wahab

Dokumentasi : Pn. Aishah Bt Haron


Fotograf : Pn Siti Khadijah Bt Tan
Peralatan dan Bahan : En Ahmad Mahfuz bin Mohamad

10.0 JADUAL PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI

11.4.2019 8.00 pagi Berkumpul & Taklimat


Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar Domino’s Pizza 2019

8.45 pagi Bertolak ke Domino’s Pizza


9.30 pagi Taklimat oleh pihak Domino’s
Pizza
10.00 – 12.00 Sesi membuat pizza
tengahari

1.00 petang Berkumpul dan bertolak balik ke


sekolah

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


KOS(RM)
1 Pengangkutan sepanjang1 buah van x 150
lawatan
2. Bayaran Pastri rm10 Rm10 x 21 220
2 Perbelanjaan Luar JangkaanUbat-ubatan dan lain-lain. 100
(Lain-lain)
JUMLAH 460

12.0 SENARAI SUMBER KEWANGAN

BIL SUMBER JUMLAH (RM)


1. Bayaran Pastri murid rm10 x 15 150
2. Bayaran Pastri guru dan ppm rm10 x 7 70
3. PCG 200
JUMLAH 420

14.0 PENUTUP

Program yang sesuai dan intensif dapat membantu pelajar-pelajar pendidikan khas
memperkembangkan minat dan bakat ke peringkat yang lebih tinggi. Program
Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar Domino’s Pizza 2019

pembuatan pastri ini sangat bermanfaat bagi mereka. Terdapat pelbagai program
bagi mempertingkatkan perkembangan mereka. Apa yang terbaik dilakukan adalah
menggunakan pelbagai kaedah dan salah satunya adalah dalam memperkenal dan
melaksanakan program kemahiran hidup asas penyediaan makanan.

Guru-guru dan ibubapa memainkan peranan utama dalam diri pelajar-pelajar ini dan
kerjasama yang sepenuhnya dituntut bagi memastikan perkembangan positif dalam
diri mereka. Semoga program yang bermanfaat ini mendapat kerjasama daripada
semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan dan bantuan ke arah
menjayakan program ini dan beroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T.
Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang berbakti
untukNya. Amin.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………… ……………………….
(Aishah Binti Haron) (Siti Fatimah@Marina Bt Ibrahim)
Penyelaras PPKI, SK Tasik Puteri 2

Disahkan oleh:

…………………………..…
(Puan Roshida Bt Isa)
Guru Besar,
SK Tasik Puteri 2

Anda mungkin juga menyukai