Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah

Aktiviti 2: BEKAS ALAT TULISKU

Cadangan Masa: 60 Minit


Tunjang Utama : Fizikal da Estetika-Kreativiti dan Estetika
Standard pembelajaran : (KTI 1.2.12) Menggunakan bahan kutipan sesuai untuk
utama penghasilan sebuah karya kreatif
Standard pembelajaran : (KTI 1.1.4) Memanipulasi bahan secara kreatif untuk
yangdisepadukan penghasilan karya dengan bimbingan.
Objektif pelajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat:
a) Menamakan barang-barang yang boleh dikitar
semula
b) Membuat bekas alat tulis daripada kotak terpakai
Kemahiran utama : Membuat bekas alat tulis daripada bahan terbuang
Kosa kata : Kotak,penyedut minuman(straw),gunting,gam
Alatan dan bahan : Kotak terpakai, penyedut minuman,gam,gunting

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru meminta murid menamakan barang-barang yang boleh dikitar semula.


Contoh : kotak,kertas, suratkhabar,botol plastik,kaca dan lain-lain

2. Guru menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bekas


pensel pada hari ini.

Bahan-bahan yang diperlukan

3. Murid membuat aktiviti kitar semula kotak untuk dijadikan bekas alat tulis
dengan bimbingan guru.
4. Murid mempamerkan hasil karya mereka
Bekas penselku siap.....
Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah

Aktiviti 1: MARI BERCERITA - AKTIVITI HARIANKU

Cadangan masa: 40 minit

Tunjang Utama : Sains dan Teknologi

Standard pembelajaran : (ST 10.1.3) Menyatakan waktu untuk menjalankan


utama sesuatu aktiviti. (Contoh : 7 pagi, 12 tengah hari )

Standard pembelajaran : (BM 2.4.1) Menceritakan apa yang didengar semula


yang disepadukan menggunakan ayat mudah
(KTI 2.1.10) Menyanyi dengan sebutan yang jelas

Objektif pelajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat menyatakan aktiviti


yang
biasa dilakukan pada waktu pagi,tengahari,petang dan
malam

Konsep utama : Kita mengikut rutin yang tertentu dalam sehari

Kosa kata :
Rutin,pagi.tengahari,petang,malam,makan,sukan,tidur,bangun

Alatan dan bahan : Kad gambar aktiviti dan lembaran kerja

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru menayangkan video Upin dan Ipin bertajuk "Gosok Jangan Tak Gosok" sebagai
set induksi
2. Guru meminta murid menceritakan tentang video yang ditayangkan sebentar tadi

3. Guru menunjukkan empat gambar aktiviti harian yang biasa dilakukan


(contoh: gosok gigi,pergi ke sekolah,makan tengahari,main di padang,
bersedia untuk tidur) dan bersoal jawab dengan murid tentang kandungan gambar
tersebut.

4. Guru meminta murid menyusun gambar 1-4 mengikut urutan yang betul
pagi ,tengah hari,petang dan malam

5. Guru menanya murid tentang waktu mereka menjalankan aktiviti dalam gambar 1-4

6. Guru membuat rumusan pengajaran dan pembelajaran tentang rutin harian


yang telah dilalui oleh murid sepanjang hari dari pagi hingga malam.

7. Murid menyanyi lagu " Bangun Pagi " dengan melakukan pergerakan kreatif

"Bangun Pagi"
Bangun pagi gosok gigi
Cuci muka terus mandi
Pakai baju minum susu
Pergi sekolah senang hati

Anda mungkin juga menyukai