Anda di halaman 1dari 2

Petani dan mata air ajaib...

Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata air itu
boleh mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga
banyaknya. Mata air itu boleh membuat si petani menjadi kaya raya
seberapapun yang diinginkannya, sebab mata air wang emas itu
hanya akan berhenti bila si petani mengucapkan perkataan “cukup”.
Seketika si petani terpana melihat kepingan wang emas berjatuhan
di depan matanya.

Diambilnya beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu.


Setelah semuanya penuh, dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk
disimpan disana. Pancuran wang terus mengalir sementara si petani
terus mengisi semua karungnya, seluruh tempayannya, bahkan
mengisi penuh rumahnya.

Masih kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun


emasnya. Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus
mengalirkan wang emas hingga akhirnya petani itu mati tertimbus
bersama ketamakannya kerana dia tak pernah boleh berkata cukup.

Perkataan yang paling sukar diucapkan oleh manusia kemungkinan


adalah perkataan “cukup”. Bilakah kita boleh berkata cukup? Hampir
semua pegawai merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan
dengan kerja kerasnya.

Peniaga hampir selalu merasakan keuntungan perniagaanya masih di


bawah target. Isteri mengeluh suaminya kurang beri perhatian
padanya. Suami berpendapat isterinya kurang mengerti
kehendaknya. Anak-anak menganggap orang tuanya kurang murah
hati.
Semua merasa kurang dan kurang. Bilakah kita boleh berkata cukup?

Cukup bukanlah pasal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan


kepuasan hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh
bersyukur. Tak perlu takut berkata cukup.

Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti berusaha


dan berkerja. “Cukup” jangan diertikan sebagai keadaan berpuas
hati.

Mengucapkan perkataan cukup membuat kita melihat apa yang telah


kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan
kerakusan manusia membuat kita sukar berperkataan cukup.
Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada diri kita hari
ini, maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia.

Belajarlah untuk mengucapkan perkataan “Cukup” .

Anda mungkin juga menyukai