Anda di halaman 1dari 3

Berbakti kepada Keluarga Kebelakangan ini, Anis bangun awal pagi.

Banyak perkara yang perlu dilakukannya sebelum ke sekolah. Anis ingin meringankan beban ibunya. Anis tidak mahu ibunya banyak berjalan kerana luka di kakinya belum sembuh. Luka itu lambat sembuh kerana ibunya menghidap penyakit kencing manis. Anis menyediakan sarapan. Dia turut

membekalkan makanan untuk ayahnya yang bekerja sebagai buruh binaan. Dua orang adiknya dibekali makanan juga untuk dibawa ke sekolah. Mujurlah waktu persekolahannya dan adik-adiknya itu sama. Mudahlah dia mengurus segala keperluan mereka. Pulang saja dari sekolah, Anis menyediakan bahanbahan masakan untuk memudahkan ibunya

memasak. Selepas itu, Anis mencuci pakaian kotor keluarganya. Petang itu, ayah Anis membawa ibunya ke klinik. Apabila mereka pulang, Anis segera bertanya tentang keadaan ibunya. Menurut ayah Anis, ibunya akan lebih cepat sembuh jika dapat dirawat seminggu sekali. Namun, setiap rawatan Anis memerlukan termenung. bayaran. Anis Selepas menjelaskan hal tersebut kepadanya, ayah mula memahami masalah yang mengusutkan fikiran ayah dan ibunya. Anis masuk ke bilik. Dia keluar semula dengan membawa buku simpanan banknya. Dia menghulurkan buku simpanan bank itu kepada ayahnya. Anis menyatakan hasratnya untuk menggunakan wang itu bagi membiayai rawatan ibunya. Ayah dan ibu Anis tidak

bersetuju. Namun, Anis tetap bertegas. Bagi Anis, wang masih dapat dikumpulkan. Namun buat masa ini, kesihatan ibunya perlu diutamakan. Ayah dan ibu Anis akhirnya akur dengan hasrat Anis. Mereka sungguh terharu. Sebaliknya, Anis berasa sangat gembira dan berbangga kerana dapat menyumbangkan bakti kepada keluarganya.

Anda mungkin juga menyukai