Anda di halaman 1dari 2

GALAH PANJANG

1. Sejarah/Asal usul

Asal usul permainan ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang mencipta
permainan ini. Ini disebabkan permainan galah panjang ini telah bermula seawal
tahun 1960-an dan terus berkembang ke serata Tanah Melayu. Permainan ini bukan
sahaja dimainkan di Tanah Melayu tetapi juga di negara-negara lain seperti, Brunei
Singapura dan Thailand. Namun begitu, nama dan corak permainan telah berubah
mengikut masyarakat setempat.

2. Peralatan diperlukan

● Tepung untuk garisan gelanggang


● Wisel
● Kawasan tanah yang rata dan lapang

3. Cara bermain

● Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan
lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemai. Satu petak
galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
● Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga
gelanggang dengan berpijak di atas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan
menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau
belakang.
● Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua
akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka
berlari masuk ke dalam gelanggang.
● Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir
melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain
yang ingin berhenti.
4. Pemarkahan

Anda mungkin juga menyukai