Anda di halaman 1dari 6

a) Asal Usul Galah Panjang

Asal-usul permainan ini sukar untuk dikenalpasti dan sukar untuk mengenalpasti pengasas permainan ini. Hal ini adalah disebabkan oleh permainan Galah Panjang ini telah dimainkan seawal tahun 1960-an dan terus berkembang ke serata Tanah Melayu. Permainan ini bukan sahaja dimainkan di Tanah Melayu, tetapi juga di negara-negara lain seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand. Namun begitu nama dan corak permainan telah berubah mengikut masyarakat setempat. Galah panjang turut juga dikenali dengan nama galah hadang di sesetengah kawasan di Malaysia. Permainan ini sangat sesuai sekali untuk dimainkan di kawasan luar rumah yang lapang. Permaian ini kebiasaannya dimainkan oleh kanak-kanak dan permaianan ini tiada had umur (boleh dimain oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira umur, bangsa dan jantina). Galah panjang juga turut dimainkan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini adalah secara berkumpulan. Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

b) Gambah Rajah Gelanggang

MULA/TAMAT Rajah 1 : Gelanggang Galah Panjang dan kedudukan pemain

PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG


Petunjuk Pasukan pertahanan (pengawal) Pasukan penyerang Arah larian Kawasan yang perlu pasukan penyerang sampai sebelum kembali semula di garisan permulaan

PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG


c)Peralatan
Tiada alatan diperlukan semasa bermain.

d)Pemakaian
Pemain perlu berpakaian sukan lengkap semasa bermain.

e)Pemain
Pemain bagi setiap pasukan sekurang-kurangnya 7 orang

PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG


f) Cara Bermain
1. Permainan ini melibatkan dua kumpulan, iaitu penyerang dan pertahanan. 2. Setiap kumpulan akan diperuntukkan masa sebanyak 5 minit. 3. Giliran untuk memulakan permainan ditentukan melalui undian (balingan syiling). 4. Kedudukan pemain dan penjaga garisan adalah seperti rajah 1. 5. Pasukan pertahanan akan bertahan di atas garisan pertahanan. 6. Pasukan penyerang akan cuba menembusi pertahanan pihak lawan. 7. Bagi memulakan permainan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan pengawal garisan. 8. Ketua pasukan pertahanan akan menjaga garisan tengah. 9. Pasukan pertahanan akan cuba menghalang pemain pasukan penyerang daripada menyeberangi garisan dengan mendepakan tangan atau mencuit badan penyerang bagi mematikan penyerang. 10. Pasukan penyerang pula akan cuba melepasi setiap garisan sehingga ke garisan bertanda X, dan perlu berpatah balik sehingga ke garisan permulaan. 11. Sekiranya garisan berjaya dilepasi oleh sekurang-kurangnya seorang ahli pasukan penyerang tanpa disentuh oleh pasukan pertahanan,maka pasukan penyerang yang bermain akan mendapat 1 mata. 12. Sebaliknya jika semua pemain daripada pasukan yang bermain dapat disentuh dan dikira mati, pasukan lawan pula akan bermain. 13. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua pasukan penyerang, maka seluruh ahli pasukan penyerang akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penyerang.

PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG


14. Pemenang akan ditentukan dengan kumpulan jumlah mata yang paling banyak.

g) Peraturan Permainan
1. Setiap pemain pertahanan hanya menjaga garisan masing-masing. 2. Permainan perlulah dimainkan secara berkhemah. 3. Pemain perlu berpakaian sukan lengkap semasa bermain. 4. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah pasukan penyerang, maka anak buah penyerang tersebut akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang. 5. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua pasukan penyerang, maka seluruh ahli pasukan penyerang akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penyerang. 6. Mata dikira berdasarkan jumlah mata yang di menangi.

h)Undang-Undang Permaian (The Dos & Donts)


1. Mana-mana ahli daripada kumpulan penyerang atau pertahanan keluar daripada kawasan permainan masing-masing, pemain tersebut terpaksa dikeluarkan dari permainan dan dikira mati. 2. Pasukan penyerang tidak boleh berpatah balik ke kotak di belakang mereka sehingg melepasi garisan bertanda X. 3. Setiap pemain pasukan pertahanan hanya perlu menjaga di garisan mereka yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai