Berpunca drpd penyejukan mendadak air hujan dalam awan Ia berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Kombinasi seperti angin, hujan dan faktor ketinggian awan diperlukan dalam proses pembentukan air batu ketika hujan lebat. Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar.
Pembentukan hujan batu
Punca Hujan batu di Jerantut
Jabatan Meteorologi Pahang mengaitkan hujan batu dengan Taufan Katrena di Filipina dan Vietnam. Ekor taufan Katrena bertembung dengan aktiviti awan Kumulonimbus yang membawa hujan dan ribut petir pada ketinggian 6,000 dan 9,000 meter dari paras bumi . Kemudian ia menyebabkan air bertukar menjadi ais dengan saiz ketulan yang besar diatmosfera dan tidak sempat mencair apabila memasuki ruang udara. Ribut pertir berlaku diJerantut, Bera, Maran dan Rompin. Tetapi hanya Jerantut menerima hujan air batu.
Akibat kepada manusia
Akibat suhu berubah cuaca berubah-ubah (tiupan angin kencang) bencana bakal berlaku