Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI REKREASI DI PULAU JEREJAK

LATAR BELAKANG PULAU JEREJAK Pulau Jerejak dengan keluasan 362 hektar, terletak 1.5 batu nautika dari tanah besar. Kawasan hutan pesisir pantai yang berusia lebih 4,000 tahun ini memiliki 210 spesies dari 71 keluarga flora dan 39 spesies fauna. Francis Light dikisahkan sampai ke Pulau Jerejak pada awal tahun 1786, sebelum `menemui' Pulau Pinang. Nama Pulau Jerejak muncul buat pertama kali dalam rekod kolonial apabila Kolonel Arthur Wellesly of Wellington, England mencadangkan agar pulau ini dijadikan pangkalan tentera laut British pada tahun 1797, bertujuan melindungi bandar baru 'Jamestown' (kini Bayan Lepas). Pada 1910, Pulau Jerejak dijadikan pusat kuarantin kesihatan pendatang asing, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini. Pulau yang pernah hangat berikutan isu menjadikannya sebagai pusat kasino menerima jolokan sebagai 'sanatorium' yang diperoleh selepas Perang Dunia Kedua apabila terdapat ramai mangsa perang yang menghidap batuk kering. Berikutan itu kerajaan British membina hospital bagi pesakit tibi dan kusta di bahagian timur pulau ini yang boleh memuatkan 150 orang pada satu-satu masa. Kemudian Pulau Jerejak mendapat gelaran 'penjara' kerana pada 12 Jun 1969, pulau ini dijadikan sebuah penjara keselamatan tertinggi dengan nama samaran Alcatraz Malaysia. Sebelum itu Pulau Jerejak dijadikan Kem Tahanan Politik British atau Penjara Pulau Jerejak, sebagai pulau buangan tahun 1948-1949. Antara pejuang nasionalisme yang dipenjarakan di sini adalah Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestaman, Ustaz

Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Salleh, Cikgu Muhd Yusof Ayob, Rashid Karim dan Ibrahim Karim. Pada tahun 1981, berlaku rusuhan apabila 100 orang tahanan mengamuk dan memusnahkan sebahagian bangunan Pusat Pemulihan Akhlak kerana tidak berpuas hati dengan pelanjutan tempoh tahanan. Pada tahun-tahun berikutnya, bilangan tahanan bertambah sehingga mencecah 982 orang. Sebagai langkah keselamatan, nelayan tidak dibenarkan menghampiri pulau ini dalam lingkungan 200 meter dari pantai. Bagaimanapun, tujuh orang tahanan berjaya memboloskan diri, empat orang pada Januari 1988 dan tiga pada Mei 1988. Bagi mengelakkan perkara ini berulang, kerajaan memutuskan menutup pusat itu pada tahun 1990 dan tahanan dipindahkan ke Muar dan Simpang Renggam, Johor secara berperingkat sehingga 13 Ogos 1993. Pada tahun 2000 Pulau Jerejak, yang terkenal dengan jolokan 'sanatorium' dan 'penjara' ini, dijadikan sebagai pusat peranginan dengan tujuan untuk menarik kedatangan pelancong sesuai dengan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan. Perpindahan kesemua tahanan telah 'menamatkan riwayat' Pulau Jerejak sebagai tempat 'buangan' yang sekali gus meninggalkan sisa-sisa sejarah yang terus diabai dan dilupakan, meskipun ia dijadikan pusat pelancongan yang semakin popular. Sejarah baru ini bermula pada tahun 2003, apabila sebuah pusat pelancongan didirikan dan mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2004 dengan nama Jerejak Resort dan Spa. Sesuatu yang menarik di Jerejak Resort & Spa ialah ia didirikan di atas kawasan yang dulunya merupakan pusat rawatan kusta. Walaupun mewujudkan banyak perbalahan kerana dikhuatiri akan memusnahkan ekosistem dan warisan tinggalan sejarah di pulau ini, ia tetap diteruskan.

Anda mungkin juga menyukai