Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan

Benua Australia merupakan sebuah benua yang terletak berhampiran dengan kepulauan Indonesia dan juga New Guinea. Australia merupakan pulau yang terbesar di dunia malah ia juga adalah sebuah benua yang mana menjadi sebuah negara yang kita kenali sebagai Australia. Kedudukan benua Australia yang berhampiran dengan kepulauan Indonesia dan New Guinea telah menyebabkan ia menjadi salah satu tapak penempatan terawal yang dihuni oleh manusia di muka bumi ini iaitu masyakat asli Australia atau Masyarakat Abroriginal. Kedudukan Australia yang terbentang antara 110 LS sehingga 440 LS dan 1130 BT sehingga 1530 BT.1 Panjang benua ini dari barat ke timur adalah sekitar 4000 km dan jarak dari utara ke selatan iaitu 3 900 km manakala luas benua ini termasuklah pulaupulau sekitarnya ialah sekitar 7.8 juta km persegi.2 Benua ini yang mana merupakan sebuah negara terdiri daripada beberapa buah negeri iaitu Australia Selatan, Australia Barat, New South Wales, Tasmania, Queensland, Victoria dan beberapa tanah jajahan yang lain.3 Pembentukan sejarah benua Australia ini sememangnya amat unik kerana ia bermula dengan apa yang kita kenali dengan mitos dan legenda yang mana ia telah membawa kepada pembentukan benua Australia di dalam peta dunia. Hal ini kerana benua Australia sebenarnya tidak wujud seperti mana benua-benua yang lain di zaman awal penerokaan yang dilakukan oleh pelayar-pelayar Eropah. Justeru itu, benua Australia sememangnya unik dan mempunyai kelebihan yang tidak ada pada benua-benua yang lain.

2.0

Latar Belakang Benua Australia.

Benua Australia merupakan sebuah benua yang terletak berhampiran dengan Kepulauan Indonesia dan New Guinea. Australia merupakan sebuah benua yang mana ia juga merupakan sebuah negara yang mana kita kenali sebagai Australai pada hari ini. Benua Australia dahulunya tidak wujud dalam peta dunia seperti mana negara-negara yang lain. Hal ini kerana benua Australia ini dianggap sebagai sebuah benua yang hilang atau istilah yang lebih dikenali sebagai terra Australis. Terra Australis atau Terra Incognita dalam bahasa Latinnya yang bermaksud tanah selatan yang tidak diketahui atau tanah selatan yang hilang. Benua Australia merupakan sebuah benua yang diandaikan hilang dan muncul di dalam peta dunia sekitar abad ke-15 sehingga abad ke 18. Selain daripada itu, benua ini juga mempunyai nama lain yang merujuk kepada benua Australia antaranya ialah Magallinica ataupun Magellinica yang bermaksud tanah Magellen,
1 2 3

http://www.crayonpedia.org/mw/BAB.3 benua australia.

Ibid.

Ibid.

La Australia del Espiritu Santo dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud tanah selatan Roh Kudus dan juga La Grande Islands de Java iaitu dalam bahasa Perancis yang bermaksud pulau Jawa yang hilang.

3.0

Mitos Benua Australia.

Mitos menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga mitos bermaksud cerita-cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep dan kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadiankejadian alam. Selain daripada itu, mitos juga bermaksud cerita rakyat yang disebarkan secara lisan. Watak-watak dalam kejadian-kejadian di dalamnya tidak dapat diterima oleh akal biasa.4 Mitos berkenaan benua Australia ini sebenarnya sudah lama wujud dan ia telah lama menimbulkan persoalan samada benua yang dikatakan hilang itu benar-benar wujud atau tidak. Mitos ini sebenarnya telah bermula dengan Ptolemy pada abad ke-2 yang mana ia kemudiannya telah dihidupkan semula oleh seorang rahib yang bernama rahib Roger Bacon sekitar abad ke-13. Namun segala persoalan berkaitan mitos ini akhirnya telah terjawab dan dapat diselesaikan apabila Kapten James Cook yang telah belayar merentasi bulatan Antartik buat pertama kalinya dalam dua haluan iaitu dari Lautan Pasifik dan Lautan Hindia dalam abad ke-18. Hasil daripada pelayaran tersebut James Cook telah menafikan kewujudan benua ini. Namun demikian, kewujudan mitos inilah yang mendorang para pelayar dan pengembara awal untuk melakukan pelayaran bagi mencari tahu kewujudan benua yang dikatakan sebagai tanah selatan yang hilang ini. Terdapat beberapa mitos yang berkaitan dengan kewujudan benua ini Mitos yang sering kali dikaitkan dengan kewuudan benua Australia ini adalah mitos atau lagenda yang dikaitan dengan Saint Brendan atau lebih dikenali sebagai St. Brendan. Mitos ini banyak ditemui didalam manuskrip di Eropah Barat. St. Brendan dikatakan telah lahir sekitar tahun 484 Masihi di Ciarraighe Luachra berhampiran Tralee, County Kerry, Muster, Ireland. Beliau dikatakan telah meninggal dunia pada tahun 577 Masihi di Annaghdown, County Galway, Connaccht, Ireland.5 St. Brendan telah dibaptiskan di Tubrid, berhampiran Ardfert oleh Bishop KPL. Selama lima tahun, beliau telah dididik di bawah Saint Ita, Brigid Muster dan beliau telah menamatkan pengajian dibawah St. KPL. Sekitar tahun 512 sehingga tahun 530 Masihi, St. Brendan dikatakan telah membina sel-sel monastik di Ardfert dan di Shanakeel atau Baalynevinoorach di kaki Bukit Brandon.6 Di kawasan inilah dikatakan beliau telah diberitahu tentang satu pelayaran yang terkenal untuk mencari sebuah kawasan iaitu Syurga (paradise).

4 5 6

http://www.irishcultureandcuctoms.com/Asaints/BrendanNav.html.

Ibid.

http://www.irelandseye.com/irish/people/saints/brendan.

St. Brendan terkenal dalam pelayaran lagenda beliau ke pulau yang diberkati seperti mana yang telah diterangkan didalam pelayaran abad kesembilan St. Brendan yang menceritakan bagaimana beliau telah keluar belayar ke Lautan Atlantik dengan enam puluh jemaah untuk mencari Garden of Eden. Tambahan pula, pelayaran St. Brendan ini adalah untuk menyebarkan agama Kristian ke benua lain dan juga kawasan laut. Setelah belayar selama tujuh tahun akhirnya St. Brendan dikatakan telah menemui tanah yang dijanjikan tersebut. Tanah tersebut dikatakan mempunyai tanah yang subur, rumput yang menghijau dan mempunyai flora dan fauna yang indah. Selain daripada itu, terdapat beberapa pulau yang membentuk kawasan Terra Repromissionis Sanctorum, Tanah yang dijanjikan ataupun Syurga Duniawi. Ada yang menyatakan bahawa pulau yang ditemui oleh St. Brendan itu terletak tidak jauh dari Ireland. Namun mitos ini tidak dapat dipastikan kesahihanya. Namun lagenda ini telah mendorong para pelayar Eropah untuk mencari Tanah yang Dijanjikan sepertimana yang ditemui oleh St. Brendan dalam kisah pelayarannya. Selain daripada mitos ini, terdapat juga mitos lain yang menceritakan dan juga mempunyai kaitan dengan benua Australia iaitu mitos berkenaan dengan harta Raja Solomon. Mitos ini dikaitkan dengan benua Australia kerana kewujudan pasifik yang dikaitkan dengan teks Judeo- Kristian mengenai harta Raja Solomon. Seorang penyair Finland dikatakan telah menemui laluan rahsia yang menunjukkan tempat harta Raja Soloman disimpan. 7 Dalam mitos ini, Raja Solomon dikatakan telah menemui lombong emas yang digunakan oleh beliau untuk membina kuil besar. 8 Lombong emas lagenda Ophir ini mempunyai sumber kualiti emas yang banyak dan lombong ini dipercayai terletak di Nejo, Ethiopia di selatan sungai Nil biru. Penyair Finland ini dipercayai telah menemui lokasi harta karus Raja Solomon tersebut didalam sebuah kitab purba iaitu kitab Yehezkiel.9 Melalui kitab tersebut, Walter Juvenlius dapat mengetahui bahawa ketua agama kuil Raja Solomon tersebut telah menyembunyikan harta tersebut di kawasa luar bandar iaitu di dalam sebuah gua.10 Beliau yakin dan percaya bahawa terowong yang dimaksudkan didalam kitab tersebut adalah terowong yang sama yang digunakan oleh seorang pegawai Inggeris iaitu Warren. Justeru itu, beliau telah memulakan ekspedisi mencari harta Raja solomon tersebut. Selain daripada Walter Juvenlius yang mencari Raja solomon ini tersapat juga pencari harta karun yang turut memburu harta Raja Solomon ini. Orang yang dimaksudkan ialah Allan Quatermain iaitu seorang penjelajah Inggeris dan juga seorang bangsawan Inggeris iaitu Sir Hendry Gurtis dan juga Kapten Good yang turut membantu mereka mencari harta Raja Solomon ini.11 Namun pelbagai halangan dan rintangan terpaksa mereka tempuhi semasa ekspedisi mencari harta tersebut dan akhirnya mereka berjaya menemui
7 8 9

http://www.gebus.com/solomone.eng.htm. http://www.niletripcom/ethiopia/20wonders.html. http://www.gebus.com/solomone.eng.htm.

10 11

Ibid. Ibid.

harta tersebut dan telah kembali ke England. Namun para pemburu harta karun yang lain gagal untuk menemui harta Raja Solomon tersebut kerana mereka mendengar pelbagai versi mengenai mitos ini.

4.0

Penemuan Benua Australia.

Benua Australia atau tanah selatan yang hilang ini sebenarnya telah banyak ditemui oleh para peneroka dan pelayar Eropah mahu pun pelayar Inggeris namun kebanyakan mereka tidak menyedari bahawa mereka sudah pun menjumpai benua Australia. Kebanyakan pelayar dan peneroka awal ini datang ke kawasan ini adalah untuk mencari tanah selatan yang hilang dan juga untuk mencari kawasan perdagangan yang baharu ataupun untuk menguji peralatan-peralatan navigasi yang telah dicipta. Pelayaran dan pengembaraan ini bukan sahaja telah menemui banyak kawasan-kawasan yang baharu dan belum diterokai oleh manusia malah juga telah mewujudkan benua Australia melalui proses pemetaan yang dilakukan oleh para pelayar ini. Benua Australia ini sebenarnya telah lama ditemui oleh masyarakat peribumi Australia itu sendiri iaitu masyarakat Abroriginal. Menurut sebuah buku iaitu The Official Bicentennial Diary menyatakan bahawa masyarakat Abroriginal merupakan orang terawal yang menemui benua Australia daripada orang Eropah namun ia tidak pernah dicatatkan. Masyarakat Abroriginal ini dipercayai telah masuk ke benua Australia ini sekitar tahun 40 000 atau sekitar 70 000 tahun yang lalu. Menurut seorang tokoh iaitu Elkin , penduduka asli Australia ini telah memasuki benua ini dari arah utara iaitu dari Semenanjung York di sebelah timur sehinggalah ke pantai di daerah Kimberly di sebelah barat Australia. Keadaan ini menunjukkan bahawa manusia terawal yang telah menemui benua ini adalah masyarakat Abroriginal yang mana masyarakat ini telah menjadikan benua ini sebagai kawasan petempatan mereka yang berserakan di seluruh pelosok benua Australia. Selain daripada masyarakat Abroriginal ini, terdapat juga pengembarapengembara dan juga pelayar-pelayar awal juga sampai ke benua ini namun mereka menyangka benua ini adalah bersambungan dengan New Guinea dan sebagainya. Oleh itu, menjelang lewat tahun 1500an, penjelajahan dari negara seperti Sepanyol dan Portugis telah mula berkembang. Ekoran daripada itu, dua laluan laut telah dibuka oleh pelayar-pelayar ini samada mereka dari Sepanyol atau Belanda iaitu laluan ke India dan Hindia Timur. Keadaan ini didorong oleh persaingan untuk mendapatkan kawasan tanah jajahan baharu dan pada tahun 1615 sebuah pelayaran perintis yang telah dilakukan oleh Willem Schouten dan Yakub le Maire. Dalam pelayaran perintis ini, mereka telah melalui cape Horn dan sehingga ke pantai barat Chile selatan Lautan Pasifik sehingga mereka menemui Amerika Selatan dan menganggap ia adalah sebahagian daripada tanah selatan yang hilang itu. Setelah itu, satu pelayaran telah dibuat oleh Sepanyol dan mereka telah sampai ke Kepulauan Solomon. Pada awal tahun 1600, kelasi Sepanyol telah mendarat di Kepulauan Hebribes dan telah mengisytiharkan pulau-pulau yang

berada di sekitar dan berhampiran kawasan tersebut dengan nama Terra Australis dan mereka telah menamakanya sebagai La Australia del Espiritu Santo.12 Namun para pelayar ini tidak menyedari bahawa mereka telah pun menemui benua Australia tersebut. Selain pelayar dari negara Sepanyol dan Portugis, pelayar dari negara Belanda terutamanya pelayar daripada Syarikat Hindia Timur Belanda atau VOC telah mula meneroka di sekitar Kepulauan Pasifik untuk mencari kawasan perdagangan baharu dan juga untuk mencari tanah jajahan yang baharu iaitu pada tahun 1602. Belanda yang bersaing dengan negara-negara lain untuk mendapatkan pasaran rempah ratus di kawasan Hindia Timur dan telah mula melancarkan eksplorasi yang lebih jauh pada tahun 1606. Keadaan ini telah menjadikan mereka antara orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di benua Australia. Setelah penerokaan yang dilakukan oleh negara-negara Eropah berkenaan, barulah pelayaran dan penerokaan oleh individu-individu tertentu semakin giat dilakukan. Pelayar pertama yang dikatakan telah melakukan pelayaran ke perairan benua Australia oleh Willem Janszoon.13 Beliau bersama-sama dengan anak kapalnya telah melakukan pelayaran ke benua ini pada tahun 1606 dan mereka dikatakan telah bertemu dengan masyarakat peribumi benua ini iaitu masyarakat Aboriginal bersama dengan kapal mereka iaitu Kapal Duyfken. Pada 18 November 1605, Willem Janszoon telah memulakan pelayaran beliau dari Bantam dan belayar ke pantai barat New Guinea. Beliau telah belayar sehingga sampai ke Laut Arafura tanpa menyedari bahawa beliau telah terlepas pandang akan Selat Torres.14 Beliau juga telah berjaya sampai ke Teluk Caepentaria dan telah mendarat di pantai barat Cape York di Queensland. Dalam pelayaran ini, Willem Janszoon telah berjaya mencartakan 320 kilometer (km) pantai Australia. Beliau juga tidak menyedari bahawa beliau telah sampai ke benua Australia dan menyangka bahawa ia adalah sebahagian daripada bahagian selatan New Guinea. Selepas pelayaran ke benua Australia ialah Abel Tasman pada tahun 1644.15 Beliau terkenal kerana pelayaran yang dilakukan oleh beliau iaitu pelayaran pertama pada tahun 1642 sehingga tahun 1643 iaitu semasa beliau berkhidmadt dengan VOC. Matlamat utama pelayaran yang dilakukan oleh Abel Tasman ini adalah untuk mencari kepastian berkenaan dengan kewujudan benua Australia. Dalam pelayaran beliau yang pertama iaitu pada tahun 1642 sehingga 1643 iaitu yang mana dalam pelayaran ini beliau telah melalui Mauritius dari Batavia di Indonesia. Laluan yang diambil oleh Abel Tasman ini kemudiannya telah tersasar ke selatan sehingga menyebabkan beliau terlepas pandang akan benua Australia dan beliau kemudiannya naik ke atas melalui New Zealand. Beliau juga seperti pelayar lain yang menyangka New Zealand itu adalah sebahagian daripada benua Amerika Selatan. Semasa beliau berlabuh di pantai selatan New Zealand, Abel Tasman telah
12 13 14 15

Kelly Celcus, The Australis-A-Franciscan Quest, The Americas, 1948, Volume 4, hlm.431.

Ibid. Ibid.

Ibid.

bertemu dengan orang Maori dan beliau telah menamakan kawasan tersebut sebagai Murderers Bay. Semasa pelayaran beliau ke utara, Abel Tasman tidak menyedari Selat Cook dan sekali lagi beliau menyangka New Zealand adalah sebahagian daripada benua Australia tersebut. Setelah itu, Abel Tasman telah melakukan pelayaran beliau yang kedua iaitu pada tahun 1644. Beliau telah melakukan pelayaran ke pantai utara dan barat laut Australia melalui selatan New Guinea. Dalam pelayaran kedua ini, Abel Tasman telah berjaya memetakan bahagian utara Australia. Namun demikian pelayaran beliau ini telah dianggap gagal oleh pihak VOC kerana gagal untuk mencapai matlamat VOC untuk mencari kawasan perdagangan yang baru. Setelah pelayaran yang dilakukan oleh Abel Tasman, benua Australia sering dikunjungi oleh para pelayar Eropah yang lain antaranya adalah William Dampier. Beliau dikatakan telah menemui benua Australia pada tahun 1696.16 Willem Dampier telah belayar dengan kapalnya iaitu Kapal Roebuck dan dengan kapal itulah beliau belayar dan telah sampai ke pantai barat dari Shark bay.17 Dalam pelayaran itu, beliau amat berminat tentang flora dan fauna yang terdapat di sekitar pantai timur laut Australia. Selain daripada itu, beliau juga telah berjaya menghasilkan percartaan baru pantai, arah mata angin dan arus laut di sekitar benua Australia. Tambahan pula semasa beliau berada di Australia, beliau dikatakan sering bertemu dengan orang kulit hitam atau dalam erti kata laianya bertemu dengan masyarakat Aboriginal. Selepas penjelajahan yang dilakukan oleh William Dampier, satu pelayaran terkenal yang telah dilakukan oleh seorang pelayar Inggeris iaitu Kapten James Cook.18 Seperti mana yang kita tahu dan yang direkodkan, James Cook telah menemui benua Australia pada tahun 1770 iaitu beberapa tahun selepas penjelajahan yang dibuat oleh Abel Tasman. Pelayaran pertama beliau ke benua Australia iaitu dengan kapal HM Endeavour pada 26 Ogos 1768. Dalam pelayaran pertama ini, beliau telah melalui Cape Horn iaitu hujung Amerika Selatan dan telah sampai ke Tahiti pada 13 April 1769.19 Sebenarnya pelayaran James Cook ini adalah untuk melihat fenomena alam semula jadi iaitu fenomena planet Zuhrah berada sebaris dengan bumi dan juga matahari yang mana jarak antara bumi dan matahari boleh dikira.20 Setelah selesai merekod fenomena tersebut, James Cook kemudiannya telah belayar ke arah selatan untuk mencari tentang kewujudan benua Australia. Beliau kemudiannya telah belayar ke New Zealand pada 6 Oktober 1769 yang mana James Cook bersama dengan anak kapalnya telah bertembung dengan orang Maori dan telah bertarung dengan mereka. Namun demikian, James Cook telah berjaya memetakan dua pulau utama tersebut dan telah membuktikan
16 17 18 19 20

http://www.historyofaustraliaonline.com/William Dampier.html.

Ibid.
http://www.historyofaustraliaonline.com/Captain Cook First Journy to Australia.html

Ibid.
A.Kippis et al.,A Narrative of Voyages Round The World performed by Captain James Cook, printed For Scoot Webster and Geary, hlm.25.

bahawa tiada yang dimaksudkan dengan benua selatan yang besar.21 Beliau kemudiannya belayar ke bahagian timur Australia dan memetakannya namun kapal beliau telah terperangkap di Great Barrier Reef iaitu di bahagian luar timur Australia.22 Setelah itu, James Cook telah belayar melalui selat antara Australia dan New Guinea dan telah sampai ke Batavia pada Oktober 1770 dan telah kembali ke England pada 13 Julai 1771 setelah tiga tahun dalam penerokaannya.23 Setelah setahun kembali dari pelayarannya yang pertama, James Cook telah belayar kembali iaitu pada tahun 1722 sehingga 1775. Dalam pelayarannya yang kedua ini telah membawa James Cook ke Antartika dan Pulau Paskah untuk membuktikan bahawa tiada wujudnya benua selatan yang besar. Pada 13 Julai 1772, beliau telah belayar dari Cape Town, Afrika Selatan dan seterusnya ke Pulau Bouvet yang berhampiran dengan benua Antartika. Beliau menjadi orang pertama yang sampai ke bulatan Antartika. Namun dua buah kapal daripada armada James Cook telah berpisah pada bulan Februari 1773 dan telah bertemu semula di New Zealand pada bulan April 1773 iaitu sebulan selepas mereka terpisah.24 Mereka telah meneroka kawasan utara dan juga kawasan timur New Zealand termasuk juga kawasan Tahiti dan Tonga. Setelah itu, James Cook bersama armada telah belayar dari Cape Horn ke Cape of Good Hope dan kemudiannya telah kembali ke England dan tiba pada 29 Julai 1775.25 Sekembali James Cook ke England, beliau telah melakukan pelayaran terakhir beliau iaitu pada tahun 1776 sehingga 1779. Matlamat pelayaran beliau pada kali ini adalah untuk mencari Passage Northwest iaitu laluan baru yang mana melalui bahagian utara Amerika Utara ke Asia. Beliau telah menulakan pencarian tersebut dari arah Lautan Pasifik. Selain daripada itu, James Cook telah berjaya memetakan kawasan di sekitar benua Australia melalui permerhatian yang dilakukan beliau. James Cook kemudiannya telah belayar dan talah sampai ke kepulauan Krismas pada 25 Disember 1777 dan kemudiannya belayar semula dan tiba di kepulauan Sandwich yang kemudiannya dikenali sebagai Hawaii. James Cook dikatakan telah dibunuh oleh puak di pulau tersebut. Walaupun pelayaran James Cook ini gagal menemui benua Australia namun ia telah menyelesaikan persoalan tentang tanah selatan yang hilang.

21 22 23

Ibid.

Ibid.
Robert Montgomery Martin, History of Austral-Asia:Comfrising New South Wales, Swan River,

South Australia, London:, Whittaker & co. Ave Maria, Secong Edition, hlm.21.

24 25

Ibid. Ibid, hlm.22.

5.0

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pembentukan benua Australia di dalam peta dunia yang kita ketahui sekarang adalah bermula dari pengembaraan dan penerokaan yang telah dilakuakn oleh masyarakat Eropah. Pengembaran dan penerokaan ini adalah didorong oleh mitos dan lagenda yang mana menjadi titik tolak kepada penjelajahan ini. Hal ini kerana mitos dan lagenda ini telah menimbulkan rasa ingin tahu yang mana telah mendorong manusia untuk mencari tahu tentang kewujudan sesuatu perkara itu dan dalam hal ini penerokaan untuk mencari tanah selatan yang hilang atau lebih dikenali sebagai terra Australis yang kemudiannya dikenali sebagai benua Australia. Penemuan benua ini bukan sahaja penting alam ilmu pelayaran namun pelayaran dan penerokaan yang dilakukan oleh para pelayar Eropah ini telah menemui jalan perdagangan yang amat penting dalam pelayaranpelayaran yang seterusnya. Selain daripada itu, ia juga telah menarik minat ramai pelayar lain untuk melakukan pelayaran dan penerokaan untuk meneroka kawasankawasan yang lain dan seterusnya meningkatkan ilmu pelayaran yang dimiliki oleh mereka. Oleh itu, mitos dan penemuan benua Australia ini amat penting kerana ia telah mewujudkan masyarakat pelayar yang mahir dan ia juga telah mencipta dan mewujudkan benua Australia di dalam peta seperti mana yang kita lihat pada hari ini.

6.0

Rujukan.

A Kippis et al., A Narrative of Voyages Round The World performed by Captain

James Cook. London: Printed for Scoot Webster and Geary.

R. A. Major. 1887. Early Voyages To Terra Australis Now Called Australia. London: Printed for The Hakluyt Society.

Robert Montgomery Martin. History of Austral-Asia: Comfrising New South Wales,

Swan River, South Australia. Second Edition. London: Whittaker & co. Ave
Maria.

Kelly Celcus. 1948. The Australis- A- Franciscan Quest. Volume 4. The Americas.

http://www.crayonpedia.org/mw/BAB.3 BENUA AUSTRALIA. Diakses pada 27. Sep.2012.

http://www.irishcultureandcustom.com/Asaints/BrendanNov.html Diakses pada 27.Sep.2012.

http://www.gebus.com/solomone.eng.html. Diakses pada 27.Sep.2012.

http://www.niletrip.com/ethiopia%20wonders.html. Diakses pada 29. Sep.2012.

http://www.historyofaustraliaonline.com/William Dampier.html.

http://www.historyofaustraliaonline.com/Captain Cook First Journy to Australia.html

http://www.irelandseye.com/irish/people/saints/brendan

10

7.0 Lampiran

Peta benua Australia yang dianggap sebagai tanah selatan yang hilang.

Peta benua Australia yang dilukis oleh Cornelius Wytfliet pada tahun 1597.

11

Peta benua Australia iaitu Melchisedech Thevenot Hollandia Nova , Paris 1663 (http://xoomer.virgilio.it/dicuoghi/Piri_Reis/Finaeus_eng.htm )

Gambar Pelayar yang menemui Benua Australia. 1. Willem Janszoon.

12

2. Abel Tasman.

3. William Dampier.

4. James Cook.

13

Peta Pelayaran pelayar-pelayar ke Benua Australia.

Penjelajahan oleh orang Eropah sampai tahun 1812


1606 Willem Janszoon 1606 Lus Vaz de Torres 1616 Dirk Hartog 1619 Frederick de Houtman 1644 Abel Tasman 1696 Willem de Vlamingh 1699 William Dampier 1770 James Cook 17971799 George Bass 18011803 Matthew Flinders

Peta pelayaran Abel Tasman pada tahun 1644.

14

Peta pelayaran William Dampier pada tahun 1696.

Peta pelayaran James Cook pada tahun 1770.

15

Anda mungkin juga menyukai