Anda di halaman 1dari 6

THABAT

BY ANISSYA

GROUP

Thabat bermaksud tetap , teguh dan tidak berubah .


- ajaran islam yang dinyatakan secara tetap (qatie) tidak boleh diubah atau dipinda dasar
, prinsip dan pelaksanaannya .
- Hal ini bertujuan untuk menjamin kemuliaan dan ketinggian hidup manusia itu sendiri .
- Walaupun ajaran islam ini bersifat berubah dan luwes mengikut kemampuan dan
situasi , tetapi ada beberapa perkara yang tetap dan tidak berubah .

DEFINISI THABAT

PERKARA YANG TERMASUK


DALAM KONSEP THABAT

AKIDAH :- bermaksud kepercayaan dan keimanan terhadap

Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Esa dan mencipta segala
sesuatu sera wajib disembah dengan sepenuh hati .
- menurut kepercayaan Uluhiyyah dan Rububiyyah ,
umat manusia tidak diberi kelonggaran untuk mempercayai
wujudnya tuhan lain yang lebih berkuasa di alam ini sera
menyembah selain Allah SWT .
- Contoh konsep Thabat dalam akidah dapat dilihat
melalui sirah Nabi Muhammad SAW apabila baginda
ditawarkan dengan harta , pangkat dan wanita untuk
bertoleransi dengan kepercayaan orang Musyrikin Mekah
namun Rasulullah tetap tegas menolaknya .

IBADAT :-

- Umat islam dilarang sama sekali untuk bertolerasni


dalam perkara yang boleh menjejaskan atau merosakkan ibadat
ibadat khusus.
- Contoh ibadat khusus ialah solat , puasa , zakat dan
haji . Ibadat ini tidak boleh ditoleransi dalam aspek rukun , syarat
sah dan masa pelaksanaannya . Hal ini telah ditetapkan oleh syarak
dan tidak boleh diubah sama sekali .
- Contoh puasa ramadhan hendaklah dilakukan pada
bulan Ramadhan .
- Umat islam wajib melakukan ibadat tersebut pada
waktu dan keadaan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT .

KETETAPAN HUKUM SYARIAH :- Dalam perundangan islam , Allah SWT telah

menetapkan bahawa terdapat 5 hukum utama iaitu wajib ,


sunat , harus , makruh dan haram .
- Hukum ini telah dijelaskan dalam al-Quran , Hadis
, ijmak dan qias .
- Contohnya daing lembu adalah halal dan daging
khinzir adalah haram .

PERKAITAN
ANTARA
MURUNAH DAN
THABAT

Allah SWT yang mencipta manusia pasti mengetahui


tentang kelemahan dan kelebihan manusia .
Allah SWT telah menetapkan bahawa asa dan prinsip
ajaran islam adalah tetap tetapi bersifat luwes dan anjal
dalam cara pelaksanaannya .

Hakikatnya , konsep Murunah dan Thabat ini saling berkaitan antara satu
sama lain dan sekaligus menunjukkan bahawa ajaran Islam amat sesuai
dengan sifat semulajadi manusia .

Anda mungkin juga menyukai