Anda di halaman 1dari 50

UQI10102/ UQI10602 PENGAJIAN ISLAM

SEM 2 SESI 2022-2023

TOPIK 8
AKHLAK DAN TASAWUF

PENSYARAH KURSUS PENGAJIAN ISLAM


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik, pelajar akan dapat :
• Menerangkan dengan tepat konsep akhlak dan tasawuf
dalam Islam
• Menghuraikan permasalahan akhlak dan penyelesaiannya
dari perspektif Islam
• Menganalisa isu-isu semasa berkaitan adab dan akhlak
masa kini dan langkah-langkah penyelesaiannya
8.1 Pendahuluan 8.2 Konsep
Akhlak

Kandungan
Topik
8.3 Konsep 8.4 Adab dan
Tasawuf Pembahagiannya

UWA10102 Pengajian Islam Shakila Ahmad ~ shakila@uthm.edu.my


KONSEP AKHLAK

UWA10102 Pengajian Islam Shakila Ahmad ~


shakila@uthm.edu.my
PENGENALAN
Ad-din Islam merangkumi tiga aspek utama yang
merupakan teras ajaran Islam dan sebagai asas
pembangunan individu muslim. Teras-teras tersebut ialah
akidah, syariah dan akhlak. Seorang muslim perlulah
memenuhi dan melengkapi diri dengan ketiga-tiga teras ini
agar menjadi individu muslim yang sempurna. Justeru,
sebagai umat Islam, kita hendaklah memberi perhatian
dan mengambil kira ketiga-tiga teras ini agar mendapat
kebahagiaan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM
1- Melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sebagaimana salah satu
tujuan perutusan Nabi Muhammad SAW yang ditegaskan melalui sabda
baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
(Riwayat al-Baihaqi)

2- Merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia kerana


mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembinaan peradaban dan
berperanan mendorong manusia untuk berbuat kebaikan serta melarang
kemungkaran sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran,
ayat 110 yang bermaksud:
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang
dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan
mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah…”
PENGERTIAN AKHLAK
• Dari perkataan al-khuluk iaitu tabiat, kelakuan,
perangai, tingkah laku, adat kebiasaan,
• Perkataan al-khuluk ini disebut dalam surah al-
Bahasa Qalam, ayat 4 yang bermaksud:
• “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad)
mempunyai akhlak yang amat mulia”

• Satu sifat atau sikap keperibadian yang


membentuk kehidupan yang sempurna
Istilah berdasarkan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh
Allah SWT

• Hal yang telah tetap dalam diri atau jiwa yang


Imam al- melahirkan tindakan, perbuatan, perlakuan atau
perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan
Ghazali pemikiran.
PEMBAHAGIAN AKHLAK
Akhlak mahmudah
Segalaifat terpuji seperti bertakwa,
bijaksana, tegas, cermat, sabar, jujur,
amanah, melayan suami atau isteri
dengan cara yang baik dan
sebagainya.
Akhlak
Akhlak mazmumah
Segala sifat keji yang perlu dijauhi
seperti hasad dengki, khianat,
curang, boros, bersangka buruk,
marah, malas, takut terburu-buru,
mungkir janji dan sebagainya.
KEDUDUKAN AKHLAK
Kedudukan akhlak dalam Islam boleh dilihat dalam beberapa
aspek seperti berikut:

Antara sebab
utama
Hasil dari Berkait rapat pengutusan
Salah satu dari pegangan dengan aspek Rasulullah
Komponen akidah yang kejiwaan dan SAW ke alam
asas Islam sahih dan dalaman ini bertujuan
selain akidah pengamalan manusia iaitu untuk
dan syariah ibadah yang hati menanamkan
komited kemuliaan
akhlak
CIRI-CIRI AKHLAK
BIL CIRI CATATAN
Islam menyeru umatnya supaya berakhlak mulia tidak
1 Umum dan mendalam kira dimana mereka berada dan bukan masa-masa
tertentu.
Ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia sama
2 Sempurna ada rohani atau jasmani dan gerak laku manusia
keseluruhannya.
Konsep, metode dan pelaksanaan mestilah selari dengan
matlamat Islam, menolak sesuatu perkara yang
Sejagat dan selari matlamatnya baik tetapi pelaksanaannya tidak baik.
3 Contohnya, bersalaman antara lelaki dan perempuan
yang bukan mahramnya adalah haram walaupun
tujuannya untuk merapatkan hubungan.

4 Berganjaran Islam menyediakan balasan yang setimpal dengan


perbuatan manusia sama ada yang baik atau buruk.
BIL CIRI CATATAN
Keperluan rohani dan jasmani diambil kira dalam
sistem akhlak Islam. Umpamanya setiap manusia
5 Seimbang dan nyata diwajibkan berusaha untuk mendapatkan keperluan
harian demi untuk beribadat kepada Allah SWT.

Akhlak Islam lahir dari sumber agama yang cukup


menjamin kebaikan yang mutlak dan selaras kepada
semua manusia. Maka dengan sendirinya akhlak Islam
6 Bersifat tetap bersifat tetap dan kekal tanpa berubah. Ini kerana
penggubal dan penciptanya meraikan dalam sistem
akhlaknya iaitu semua faktor yang menjamin
terlaksananya kebaikan yang tetap dan berterusan.

Akhlak Islam adalah selaras dengan fitrah semulajadi


Selaras dengan manusia dalam kehidupan dan tamadunnya, bukan
7 bertentangan dan bercanggah dengan fitrahnya.
fitrah
FAEDAH MEMPELAJARI ILMU AKHLAK

Membentuk semangat dan kecenderungan


seseorang individu untuk melakukan kebaikan
sehingga ia berusaha mewujudkan kebaikan
untuk semua. Seterusnya berusaha
menghindari tindakan yang jahat, dan berupaya
mencegah kejahatan dalam kalangan ahli
masyarakat.
KESAN MEMPELAJARI ILMU AKHLAK

Membentuk semangat persaudaraan


1 sesama manusia.

Membentuk keperibadian yang kuat dan


2 jiwa yang kukuh.

3 Membentuk kesedaran terhadap kehidupan


sosial.
KONSEP TASAWUF

UWA10102 Pengajian Islam Shakila Ahmad ~


shakila@uthm.edu.my
KONSEP TASAWUF DALAM ISLAM
Tasawuf selalu diberikan gambaran yang menyentuh sudut-sudut tertentu
sahaja terutamanya ketinggian akhlak, kezuhudan, peribadatan dan
kekeramatan lahiriah. Menggambarkan tasawuf dengan gambaran-
gambaran tersebut ternyata tidak tepat dan tidak menyentuh intipati
sebenar dan menyeluruh tentang tasawuf. Pengertian sebenar tasawuf
ialah pencapaian darjah ihsan yang digambarkan dalam hadis Nabi
Muhammad SAW yang bermaksud:

“Ihsan itu ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau


melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia
melihat engkau”
(Hadis Riwayat Muslim)
Hakikat ihsan itu tercapai dengan dua perkara iaitu :
1) Ibadah yang sempurna danberterusan
2) Kehadiran hati, kesedaran jiwa serta penyaksian batin terhadap makna-
makna ketuhanan (hakikat-hakikat tauhid) dalam ibadah

Hakikat sebenar tasawuf ialah tercapainya kebersihan diri, zahir dan batin.
1) Kebersihan zahir bermaksud keterikatan anggota lahiriah manusia dengan
peraturan atau hukum-hukum agama iaitu apa yang diistilahkan sebagai
ibadah.
2) Kebersihan batin pula bermaksud kebersihan hati daripada sifat-sifat tercela
dan terhias diri seseorang dengan sifat-sifat terpuji iaitu apa yang disebut
sebagai `ubudiyyah.
3) Kemuncak kebersihan batin manusia ialah terbuangnya sesuatu yang lain
daripada Allah SWT dari lubuk hati dan zahir kebenaran Allah SWT di hati itu
sehingga ia dapat melihat dengan jelas tanda-tanda keagunganNya iaitu apa
yang dinamakan `ubudah.

Justeru, kebersihan batin inilah yang membawa kepada tercapainya darjat IHSAN
seperti yang digambarkan dalam hadis.

* Bincangkan tentang Muraqabah, mushahadah , ahwal dan maqamat


PENGERTIAN TASAWUF
Berasal dari kata nama saf, iaitu bulu biri-biri
kerana golongan masyarakat yang mengamalkan
ajaran tasawuf memakainya sebagai pakaian
Sudut untuk melambangkan kezuhudan mereka.
Bahasa Pemakaian baju bulu kambing oleh mereka yang
mengamalkan tasawuf sebagai langkah untuk
membezakan dan sekaligus menolak cara hidup
bermewah-mewah masyarakat Islam pada masa
kemunculan istilah ini.
PENGERTIAN
TASAWUF
Tasawuf tidak mempunyai satu makna yang
khusus dan selaras. Ia berbeza menurut
pengertian dan pengamalan golongan sufi itu
sendiri. Imam al-Ghazali mentakrifkan tasawuf
Sudut sebagai ilmu jalan akhirat atau ilmu berkenaan
Istilah hati dan akhlak mahmudah dan mazmumah atau
perkara-perkara yang diredhai dan dibenci oleh
Allah SWT.
Tasawuf ialah ilmu jalan akhirat atau ilmu berkenaan
hati dan akhlak mahmudah dan mazmumah atau
Imam
perkara-perkara yang diredhai dan dibenci oleh Allah
Al-Ghazali
SWT.

Tasawuf ditaktifkan sebagai Imam


budi pekerti atau akhlak Nawawi

Tasawuf bermaksud ilmu yang terbit di dalam hati para wali


apabila mereka mempraktikkan al-Quran dan al-Sunnah.
Sebagaimana ilmu yang terbit daripada ulama-ulama fiqh, setiap
amalan yang dilakukan dengan panduan kedua-duanya akan
Al- menerbitkan pelbagai ilmu, adab-adab, rahsia-rahsia dan hakikat
Sya’rani yang tidak dapat diungkapkan secara lisan, dengan syarat jika
amalan itu bebas daripada kecacatan dan kehendak hawa nafsu.
PENGERTIAN ILMU TASAWUF
Ilmu yang menyuluh perjalanan seorang
mukmin dalam membersihkan hati dengan
sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang
mulia dan menghindari atau menjauhkan diri
daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji PENGERTIAN
dan tercela. Ilmu tasawuf bertujuan mendidik ILMU
nafsu dan akal supaya sentiasa berada di TASAWUF
dalam landasan dan peraturan hukum syariat
Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf
nafsu muthmainnah. Syarat-syarat untuk
mencapai taraf nafsu mutmainnah ialah
banyak bersabar dan banyak menderita yang
dialami oleh jiwa.
KEDUDUKAN TASAWUF DALAM ISLAM
Iman itu boleh
diumpamakan
sebagai tapak
Tasawuf adalah binaan, Islam itu
maqam ihsan. Ia pula ialah
pelengkap, Ihsan merujuk
merupakan kepada amalan
sebahagian dari penyempurna dan
penyeri binaan. batin manusia
tiga bahagian iaitu penyaksian
utama agama hati terhadap
iaitu Islam, iman Kedudukan hadrat Ilahi.
dan ihsan. Tasawuf
Dalam Islam
Iman merujuk kepada
Islam itu merujuk kepada keyakinan hati terhadap
amalan lahiriah iaitu rukun-rukun iman yang
pelaksanaan terhadap berpaksi pada enam rukun
perintah-perintah agama utamanya iaitu kepercayaan
yang berpaksi pada lima kepada Allah SWT, para
rukun utamanya iaitu malaikat, kitab-kitab, rasul-
syahadah, solat, puasa, rasul, hari akhirat dan qada’
zakat dan haji. serta qadar.
MATLAMAT TASAWUF
Mengenal Allah SWT. Penyucian,
dengan cara pembersihan dan
beribadah kepadaNya peningkatan jiwa
dengan cara sehingga ia layak
bersungguh- sungguh memperolehi
dalam beribadah ma’rifah Ilahi.
ELEMEN ASASI TASAWUF

Terdapat beberapa elemen yang membentuk tasawuf. Antara


elemen utama yang membentuk tasawuf ialah kesucian diri
(safa’) dan penyaksian hati, peribadatan, akhlak dan
kezuhudan. Elemen-elemen seperti peribadatan, berakhlak
mulia dan kezuhudan lahiriah secara berasingan tidak
menggambarkan hakikat sebenar tasawuf, namun ia adalah
sebahagian daripada elemen yang membentuk tasawuf dan
tidak dapat dipisahkan daripadanya. Ketekunan melakukan amal
ibadah tidak semestinya menunjukkan kesufian. Demikian juga
memiliki akhlak yang mulia dan kezuhudan. Namun seorang sufi
itu pasti menekuni amal ibadah, berakhlak mulia dan bersifat
zuhud dalam bentuk yang sesuai dengan keadaan mereka
Berikut merupakan penerangan bagi setiap elemen asasi tasawuf:
BIL ELEMEN CATATAN
Kesucian diri merupakan intipati bagi tasawuf. Ia bermaksud sucinya diri
daripada pelanggaran terhadap hukum syariat, sifat-sifat kecelaan, pegangan
Kesucian diri
atau keyakinan yang batil dan juga tumpuan, tilikan serta pergantungan hati
dan
kepada sesuatu yang lain daripada Allah SWT. Kesucian diri ini akan
1 penyaksian
membawa kepada penyaksian hati terhadap kebenaran ketuhanan Allah
hati
SWT., keagungan, keindahan dan kesempurnaanNya. Pencapaian penyaksian
hati ini akan membuahkan keyakinan yang mantap selain akhlak mulia dan
ibadat yang murni.
Tasawuf juga mengandungi elemen peribadatan iaitu kesungguhan,
ketekunan, ketertiban dan keikhlasan dalam melaksanakan amal ibadah. Ini
Peribadatan bererti sufi itu ialah orang yang
2
menekuni amal ibadah dan bersungguh-sungguh melaksanakannya dalam
bentuk yang lebih sempurna, teratur dan istiqamah.

Ketinggian akhlak juga merupakan antara elemen asasi tasawuf. Ini bererti
Akhlak
3 sufi itu ialah orang yang berakhlak mulia dan bersih daripada akhlak yang
keji.
Antara elemen asasi tasawuf ialah kezuhudan dengan erti kata
Kezuhudan ketidakcenderungan hati kepada perkara keduniaan, bukan semata-mata
4
meninggalkan perkara keduniaan.
FAEDAH MEMPELAJARI ILMU
TASAWUF

Menyampaikan kepada mengosongkan hati


daripada yang lain daripada Allah SWT.
dan menghiasinya dengan memandang
kepada Tuhan sekalian alam.
CARA MENCAPAI TASAWUF
Menurut Imam al-Ghazali, setiap maqam agama itu seperti
taubat, sabar, syukur, redha, tawakal dan sebagainya adalah terdiri
daripada tiga perkara iaitu ilmu, amal dan hal (nur). Ilmu diperolehi
menerusi pengkajian dan pembelajaran dan ilmu itu pula menghendaki
pengamalan.

Amal yang jujur bersungguh-sungguh, istiqamah dan berdasarkan


ilmu akan membuahkan hal (intipati ilmu tasawuf). Amal yang
menghasilkan tasawuf ialah amal yang berfungsi membersihkan
hati iaitu apa yang diistilahkan sebagai mujahadah dan riyadhah.

Amalan, tatacara, adab-adab serta tunjuk ajar dalam


melaksanakan mujahadah dan riyadhah dinamakan tarekat.
Tarekat ialah berusaha sedaya upaya menumpukan tumpuan
hati kepada Allah SWT. menerusi amalan yang dilaksanakan.
SIFAT-SIFAT AHLI TASAWUF
Imam al-Ghazali telah menggariskan sepuluh sifat mahmudah (terpuji) dan
sepuluh sifat mazmumah (tercela) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin
tentang menentukan maqam di dalam tasawuf dan merupakan sifat-sifat
yang perlu ada dan tidak perlu ada di dalam diri ahli tasawuf iaitu:

BIL SIFAT

Antara sifat yang perlu ada dalam diri ahli tasawuf


Sifat
ialah taubat, khauf (takut), zuhud, sabar, ikhlas,
1 mahmudah
tawakkal, zikrul maut (mengingati mati), kasih kepada
Allah SWT. dan redha dengan qada’ Allah SWT.
Antara sifat yang tidak perlu ada dalam diri ahli
Sifat
tasawuf ialah banyak makan, banyak bercakap,
2 mazmumah
pemarah, dengki, kedekut, kasihkan kemegahan,
kasihkan dunia, sombong, bangga diri dan riya’.
KESAN MEMPELAJARI ILMU TASAWUF

Mewujudkan
persaudaraan,
perpaduan dan sifat
rahmat sesama .
Menimbulkan Membentuk insan
kesedaran bertanggungjawab.
jiwa. Antara kesan
mempelajari
ilmu tasawuf
ialah:
Membina
Memperteguhkan keperibadian
keimanan dan dan akhlak
membina jati diri mulia.
HUBUNGAN AKHLAK DENGAN TASAWUF
Para sufi memberikan takrif-takrif tasawuf dan sufi yang berpaksikan kepada unsur-unsur
akhlak seperti pendidikan jiwa, pengendalian hawa nafsu atau keinginan dan pendisiplinan
manusia dengan akhlak-akhlak yang mulia. Banyak takrif-takrif tasawuf yang diberikan
daripada sudut akhlak. Oleh yang demikian, maka ada juga yang menyatakan bahawa tasawuf
adalah akhlak. Tasawuf yang berasaskan akhlak Islam ini merupakan roh atau jiwa Islam
kerana hukum hakam Islam kesemuanya dikembalikan kepada asas akhlak.

1. Abu Bakar al-Kattani: Tasawuf itu adalah akhlak. Barangsiapa yang bertambah baik
daripada segi akhlaknya, maka akan bertambah ia pada kesucian hatinya.
2. Abu Muhammad al-Hariri: Tasawuf ialah masuk ke dalam akhlak yang baik dan keluar
daripada akhlak yang hina.
3. Abu al-Hasan al-Shazili: Melatih hawa nafsu ke arah pengabdian kepada Allah SWT. dan
menundukkan nafsu di bawah hukum hakamNya.

Dalam usaha untuk mencapai akhlak, para sufi memahami bahawa ia dapat dicapai dengan
kewujudan semangat di dalam diri manusia untuk berjihad melawan hawa nafsu,
membersihkan dirinya daripada segala sifat tercela dan menghiasinya dengan segala sifat yang
terpuji. Pelaksanaan mujahadah ini dikenali juga sebagai jihad al-akbar dan juga dihuraikan
sebagai tazkiyat an-nafs. Tazkiyat an-nafs ialah satu proses pembersihan, pencahayaan dan
pencerahan jiwa dan hati daripada sifat-sifat yang keji.
ADAB DALAM ISLAM
Adab berasal daripada perkataan Arab iaitu (‫ )أدب‬yang
membawa maksud perilaku dan perbuatan kebaikan,
kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan serta
kemanusiaan. Sementara tafsiran skop dan perincian
adab mungkin berbeza dalam kebudayaan yang
berlainan. Kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-
tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang
melalui kepatuhannya terhadap beberapa konteks.
Justeru, seseorang itu menunjukkan adab dengan
mempamerkan kelakuan dan kepandaian membuat
pilihan yang betul.
PEMBAHAGIAN ADAB

Adab dalam Islam memiliki aturan dan


syariat yang melibatkan semua aspek
kehidupan. Ia juga merupakan antara
keistimewaan dan keindahan akhlak
Islam. Berikut merupakan pembahagian
adab dalam Islam:
1) ADAB TERHADAP ALLAH SWT
1. Mensyukuri segala rahmat dan nikmat Allah SWT. dengan melakukan segala
suruhan dan perintahNya dan menjauhi segala tegahan dan laranganNya serta
selalu memujiNya sama ada dengan kata-kata atau amal perbuatan serta
memanfaatkan segala yang dianugerahkan hanya untuk beribadah kepadaNya.

2. Malu untuk berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah SWT. kerana kaum
muslimin meyakini bahawa Allah SWT. Maha Mengetahui di atas segala-galanya dan
sentiasa memperhatikan setiap tingkah laku manusia. Sehingga hati mereka
sentiasa takut kepada Allah SWT. dengan mengingatNya serta mengagungkanNya.

3. Sentiasa menyerahkan diri kepadaNya dan bertawakkal kepadaNya kerana kaum


muslimin mengetahui dan melihat bahawa Allah SWT. menguasai diri setiap
manusia.

4. Mencari rahmat dan kasih sayang Allah SWT. dengan merendahkan diri dan sentiasa
berdoa mencari keredhaanNya dengan ucapan dan amal yang soleh. Setiap amalan
soleh yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh akan
dibalas dengan pahala yang berlipat ganda serta dijanjikan syurga.
2) ADAB TERHADAP RASUL
Allah SWT. telah mewajibkan setiap mukmin untuk hormat kepada Nabi Muhammad SAW
kerana Baginda adalah manusia terbaik akhlak dan budi pekertinya. Baginda memiliki
kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan
sempurna. Beberapa cara beradab terhadap Nabi Muhammad SAW antaranya ialah:

Mengagung dan menghormati


Hendaklah mentaati Menjadikan Rasulullah SAW Rasulullah SAW apabila
Rasulullah SAW di samping sebagai orang yang paling namanya disebut dan
mengikuti jejak langkahnya dicintai, dihormati dan berselawat serta salam ke
dalam urusan dunia dan diagungkan dari seluruh atasnya. Mengakui
agama. makhluk Allah SWT. kebenarannya dan
menghargai sifat- sifatnya.

Mencintai para solihin dan


Membenarkan segala yang para pengikutnya kerana
Merendahkan suara di makam
dibawa oleh Rasulullah SAW mereka mencintai Rasulullah
dan masjidnya bagi yang
sama ada soal agama dan SAW serta memusuhi
berpeluang menziarahinya
dunia. golongan fasiq kerana mereka
membenci Rasulullah SAW
3) ADAB TERHADAP AL-QURAN
Al-Quran merupakan sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah SWT. yang
dikurniakan kepada Rasulullah SAW sebagai nabi dan rasul akhir zaman. Manusia
yang berpegang teguh dengan al-Quran akan mendapat keselamatan dan
kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Antara adab-adab terhadap al-Quran
ialah:

Dibaca ketika Dibaca dalam


Berwudhuk sebelum suci daripada keadaan
membacanya hadas besar menghadap
dan kecil kiblat

Dibaca dengan
Dibaca dengan khusyuk, tadabbur
Dibaca dengan memperelokkan
tartil dan tidak dan menghayati
suara
terlalu cepat dengan bersungguh-
sungguh
4) ADAB TERHADAP DIRI SENDIRI
Kaum muslimin percaya bahawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat bergantung pada perilaku
dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Oleh demikian, kaum
muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih dan menyucikan jiwanya kerana
jiwa yang suci dapat menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang buruk. Antara adab
terhadap diri sendiri ialah:
i. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
ii. Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap minggu.
iii. Memotong rambut setiap kali ia panjang, menjaga kebersihannya dan menyikatnya selalu.
iv. Mengutamakan bahagian kanan dalam semua perkara yang mulia seperti ketika mandi,
berwudhuk, makan dan minum.
v. Mengutamakan kiri bagi perkara yang tidak mulia seperti menanggalkan pakaian dan kasut,
beristinjak, meludah dan lain-lain.
vi. Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, makanan dan minuman serta memuji
Allah SWT. selepas bersin.
vii. Membiasakan diri dengan amal soleh seperti beribadah, bersedekah, sembahyang sunat,
berzikir dan membaca al-Quran.
viii. Memberi nasihat kepada orang yang mengenali kebaikan dan sedia menerima nasihat orang
lain.
Membiasakan hidup sederhana, mensyukuri yang sedikit dan meninggalkan hidup bermewah-
mewah dan bersenang-senang di dunia kerana sifat itu menjauhkan diri daripada takbur.
ix. Ikhlas kerana Allah SWT. dalam semua pekerjaan.
UWA10102 Pengajian Islam Shakila Ahmad ~
shakila@uthm.edu.my
5) ADAB TERHADAP IBU BAPA
Ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak-anak.
Pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak sejak dalam kandungan sehingga
dewasa amat bernilai harganya. Allah SWT. berfirman dalam al-Quran surah
Luqman ayat 14:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu
dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat
kembali (untuk menerima balasan).
Bercakap dengan hormat
dan sopan santun
Menunjukkan muka manis
ketika berkomunikasi dengan
ibu bapa.
Merendahkan suara di
terhadap ibu bapa
Antara adab anak
hadapan ibu bapa.
Menggunakan bahasa yang
baik ketika bercakap dengan
ibu bapa.
Tidak melunjurkan kaki ke
arah ibu bapa ketika
duduk.
Menumpukan perhatian
ketika ibu bapa bercakap.

Berdiri untuk memberi


hormat kepada ibu bapa
6) ADAB MENUNTUT ILMU
Ilmu adalah teras sistem nilai agama Islam dan menduduki tempat yang amat
tinggi dalam pandangan syarak, akhlak dan tamadun Islam. Menuntut ilmu
merupakan suatu perkara yang amat penting pada masa kini. Tunutan menuntut
ilmu selari dengan arahan Allah SWT. dalam al-Quran surah al-Mujadalah ayat 11:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang
dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh- bolehnya
supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu
bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang- orang yang
beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama
(dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam
PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
Hal ini bertujuan untuk menjadikan sesuatu generasi atau tamadun itu menjadi
maju dan bertambah baik dalam apa jua bidang yang diceburi. Antara adab
terhadap ilmu ialah:
Penuntut ilmu tidak seharusnya membuat Penuntut ilmu haruslah
pilihan sendiri terhadap ilmu yang mengagungkan ilmu serta isi
dipelajari. Sebagai seorang penuntut ilmu kandungan yang terdapat di
yang berwibawa, perlulah sentiasa dalamnya, membesarkan guru dan
mendampingi guru untuk mengelakkan memuliakannya. Ilmu yang dituntut
diri daripada belajar bersendirian. Mereka itu tidak akan diperoleh melainkan
juga perlu kerap bertanya tentang dengan cara hormat kepada guru.
persoalan sesuatu ilmu yang dibimbangi
kesahihannya kepada guru mereka supaya
tidak tersesat.
Sebagai seorang penuntut ilmu yang beragama
Islam, memuliakan kitab dengan cara
muthala’ah (mengulangkaji) dan mengaji
Penuntut ilmu haruslah menghormati guru adalah sangat dituntut. Maka sebaiknya bagi
kerana cara ini merupakan salah satu sebab penuntut ilmu itu perlu berwudhuk sebelum
keberkatan ilmu itu diperoleh. Antara tatacara menuntut ilmu supaya sentiasa dalam keadaan
menghormati guru adalah tidak berjalan di bersuci. Selain itu, jangan meletakkan sesuatu
hadapan guru, duduk di tempat guru, memulai di atas kitab. Sebagai contoh, meletakkan kitab
mengajak bicara kecuali atas keizinan tafsir di atas kitab-kitab lain, meletakkan kaki di
daripada guru dan menanyakan hal-hal yang atas kitab atau melunjurkan kaki ke arah kitab.
membosankan guru. Tambahan lagi, penuntut ilmu perlu menulis
catatan yang kemas dan tersusun di atas kitab.
Ia termasuk dalam konteks menghormati kitab.
7) ADAB DALAM MENUNAIKAN IBADAH
Mengingati Allah
Bertawakkal SWT. dalam segala
Bersyukur atas kepada Allah SWT. urusan dan
nikmat yang serta mengelakkan mengelakkan diri
dikurniakan oleh daripada berikhtiar daripada terlupa
Allah SWT. dan dan berusaha untuk
mengelakkan diri bersungguh- mengucapkan
daripada sungguh tanpa syukur kepada
berbangga atas berdoa. Allah SWT.
sesuatu kejayaan

Bertaubat Malu terhadap


Mengikhlaskan niat kepada Allah Bersabar atas ujian Allah SWT. serta
beribadah hanya SWT. serta Allah SWT. serta mengelakkan diri
kerana Allah SWT. mengelakkan mengelakkan diri daripada berbuat
dan mengelakkan perasaan takut daripada maksiat dan tidak
daripada berniat kepada makhluk menyalahkan berasa bersalah
kerana mahu pujian lain seperti takdir dan atas kejahatan
orang ramai hantu dan jin. berburuk sangka. yang dilakukan.
8) ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL

Adab dalam kehidupan bersosial amat luas iaitu


adab terhadap muslim dan bukan muslim,
menerima dan melayan tetamu, bekerja, menjaga
alam, berjual beli dan sebagainya. Namun dalam
topik ini, adab dalam kehidupan bersosial
berfokus kepada adab dengan rakan dan tetamu.
8.1) ADAB BERGAUL DENGAN RAKAN
1. Hendaklah bersikap rendah diri dan menjauhi sikap sombong, takbur serta suka
menunjuk-nunjuk.
2. Bergaul sesama rakan dengan lemah lembut.
3. Menjaga hati rakan dengan tidak melakukan perbuatan yang menyakiti hati
mereka seperti memalingkan muka apabila bertemu dengan mereka, melihat
dengan sinis dan buruk sangka terhadap mereka.
4. Hendaklah menghormati persahabatan dengan menjaga rahsia dan keaiban
rakan kita dan tidak memalukan atau menjatuhkan maruah mereka di hadapan
orang lain.
5. Bertolak ansur serta bantu membantu dalam sesuatu perkara.
6. Bersedia melindungi sahabat kita daripada perkara yang tidak baik dengan
memberi teguran dan nasihat yang baik. Kita juga mestilah menunjukkan sikap
terbuka dan bersedia menerima teguran, seterusnya berubah kepada yang lebih
baik.
7. Semasa berbual dengan rakan, bercakaplah dengan sopan sambil tersenyum
dengan suara yang tidak ditinggikan dan cukup jelas.
8. Tidak berbohong, memaki, mengadu domba, mengejek, menyindir atau
memperolokkan mereka dan memanggil mereka dengan panggilan yang tidak
disukai.
8.2) ADAB MELAYAN TETAMU
Tetamu membawa maksud sesiapa sahaja orang yang diundang untuk menghadiri
jamuan dan lain-lain. Penekanan terhadap adab melayan tetamu amat penting
memandangkan orang moden kadangkala terlalu sibuk sehingga mengabaikan
tetamu sedangkan tetamu datang membawa keberkatan dan kerahmatan. Antara
adab melayan tetamu ialah:

Menyediakan
Memberikan keperluan yang
layanan yang terbaik kepada
baik kepada Bersikap tetamu
Menunjukkan mengikut
tetamu seperti ramah, muka yang kemampuan
berjabat tangan berlapang manis dan yang ada seperti
ketika bertemu dada, ikhlas, sentiasa makanan dan
dan gembira dan senyum di minuman,
mempersilakan suka dengan hadapan tempat tinggal
tetamu masuk ke kedatangan tetamu. serta pakaian
dalam rumah tetamu.
dengan penuh yang selesa dan
ceria dan mesra. cantik.
9) ADAB DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN

Adab dalam kehidupan seharian meliputi segala perbuatan


manusia sepanjang hari sama ada adab berkawan, ketika
musibah dan menerima nikmat, berjiran, berhias diri,
bermusafir, berjuang dan sebagainya. Namun dalam topik
ini, adab dalam kehidupan seharian berfokus kepada adab
ketika ditimpa musibah dan adab berpakaian.
9.1) ADAB KETIKA DITIMPA
MASALAH
Umat Islam wajar mengetahui, memahami dan mengamalkan adab yang
diajarkan oleh Allah SWT. ketika mereka ditimpa musibah sama ada dalam
bentuk perasaan takut terhadap musuh, kelaparan, kehilangan harta benda,
kehilangan nyawa, kekurangan hasil tanaman dan lain-lain lagi. Keadaan
tersebut selari dengan firman Allah dalam surat al- Baqarah ayat 55:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah
khabar gembira kepada orang- orang yang sabar.
Tujuan Allah SWT. menguji adalah untuk mengesahkan seseorang sebagai orang
yang betul-betul beriman kepadaNya. Ketika ditimpa musibah, maka seorang
muslim perlu melakukan beberapa perkara berikut sebagai adab menerima
musibah, iaitu:
Mengucapkan kalimah tarji’ iaitu ‫ََن ُعو ِج َرا‬
‫ ِإ َلَ ِيه َو ِإنَّا ِِّٰل ََ َّل َِه ِإنَّا‬. Sekiranya terlupa
mengucapkannya sebaik sahaja mendengar berita
musibah, boleh mengucapkannya ketika ingat.
Menjadikan kedua-
dua sifat sabar dan
solat sebagai
pembimbing diri.
Melaksanakan solat dua rakaat. Sebaik sahaja selesai solat, maka dia boleh
berdoa dan mengadu masalahnya kepada Allah SWT. Dia juga digalakkan
untuk berdoa dengan doa ini: “Ya Allah, berilah daku pahala dalam
musibahku ini, dan gantikanlah buatku yang lebih baik daripadanya”
Tetap bersabar dalam hati dan
tidak menyalahkan Allah SWT.
serta mempertahankan amal
soleh dan meninggalkan maksiat.
9.2) ADAB KETIKA BERPAKAIAN
Islam tidak pernah menetapkan pakaian tertentu bagi perempuan dan lelaki. Asalkan
pakaian tersebut menutup aurat dan tidak menimbulkan fitnah dan kegairahan, maka
ia telah memadai. Antara adab atau etika berpakaian menurut Islam ialah:

Memakai pakaian
Memakai pakaian Pakaian yang dipakai
yang longgar dan
yang menutup aurat haruslah tidak jarang.
labuh.

Tidak memakai
Tidak memakai pakaian yang menyerupai
pakaian bercorak dan
pakaian agama lain.
berwarna keterlaluan

Pakaian perempuan tidak menyerupai lelaki dan pakaian lelaki tidak


menyerupai perempuan.
KESIMPULAN

Seorang muslim haruslah belajar mendidik diri dan orang di bawah


tanggungjawabnya dengan cara Islam dan menerapkan pendidikan
akhlak dalam kehidupan seharian. Perhatian khusus diberikan dalam
mendidik jiwa manusia untuk kekal berakhlak dengan sifat terpuji di
bahagian qalbu atau hati. Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad
SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika ia baik,
baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya ia rosak dan
kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging
dimaksudkan ialah hati”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rujukan
• 1. Rusyja Rustam dan Zainal A. Haris (2018), Buku Ajar Pendidikan
Agama Islam Di Perguruan Tinggi. Yogyakarta: Deepublish.
• 2. Ahmad Ibn 'Ajiba, Abdalhaqq Bewley (2021), Four Gems of
Tasawwuf. Diwan Press.
• 3. Cathérine Mayeur-Jaouen (2019), Adab and Modernity: A civilising
process ? Description: Laiden: Brill.
SEKIAN
TERIMA KASIH

UQI10102/ UQI10602 Pengajian Islam


asharif@uthm.edu.my
khadijah@uthm.edu.my

Anda mungkin juga menyukai