Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN TUGAS PEMBINAAN TANGGA

HARI : ISNIN

MASA : 8.00 am 12.00 pm

TEMPOH MASA DIBERI : 5 jam

PEMANTAUAN : ENCIK MOHD BAKHRI BIN MELAN

LANGKAH-LANGKAH KERJA PEMBINAAN :

1) Para pelajar dikehendaki berada dibengkel sebelum sesi pembelajaran dijalankan.


2) Selepas itu,para pelajar memberi tumpuan dengan sepenuhnya dan mendengar arahan
pensyarah bagi tugasan pembinaan tangga.
3) Kemudiannya,para pelajar akan dibahagikan kepada 7 kumpulan mengikut senarai
yang telah ditetapkan oleh pensyarah bengkel dan pelajar beratur mengikut ahli
kumpulan masing-masing.
4) Setiap kumpulan akan menghantar ketua kumpulan untuk dibekalkan pelan pembinaan
tangga tersebut.
5) Pelajar difahamkan untuk memahami dan mentafsir pelan pembinaan tangga tersebut.
6) Sebelum melakukan kerja-kerja pembinaan tersebut,pensyarah akan memberikan serba
sedikit taklimat mengenai pembinaan tangga yang akan dijalankan.
7) Tentang aspek-aspek keselamatan juga dititikberatkan ketika penerangan tugasan bagi
mengelakkan pelajar daripada kecederaan dan kemalangan semasa sesi pembinaan
tangga dijalankan.
8) Langkah pertama,pelajar akan membuat pembersihan kawasan untuk pembinaan
tangga dan merancang tanda anak tangga dengan sebaiknya.
9) Seterusnya pelajar diarahkan untuk mengumpulkan bahan-bahan dan peralatan yang
akan digunakan masa sesi pembinaan tersebut.
10) Para pelajar diberi masa selama 5 ke 6 jam untuk menyiapkan pembinaan tangga
tersebut.
11) Bagi pembinaan tangga konkrit ialah membuat kotak bentuk (acuan),memasang
tetulang,menuang kontrit dan dibiarkan ia mengeras dan akan dibuka kotak bentuknya.
12) Seterusnya,para pelajar akan membina pelantar tangga terlebih dahalu mengikut saiz
yang telah ditetapkan sebelum membina anak tangga.
13) Bagi saiz lebar pelantar yang minimum mestilah sama dengan lebar tangga yang akan
dibina sekiranya berlainan maka tangga akan dibuka semula membuat pengukuran yang
baru.
14) Selesai sahaja pembinaan pelantar tangga maka pelajar akan membina bahagian-
bahagian anak tangga.
15) Sebelum membina anak tangga,pelajar akan membina terlebih dahulu bahagian tepi
tangga supaya semasa penuangan konkrit tidak keluar dari acuan tersebut.
16) Setelah selesai pemasangan tepi tangga,pelajar akan membina anak tangga. Lebar yang
minimum bagi jejak adalah 225mm dan tinggi mestilah maksimum penaik 180mm. saiz
anak tangga mestilah seragam di sepanjang larian dan jumlah penaik maksimum pada
satu larian adalah 16.
17) Bagi ukuran bahagian utama tangga ialah curam tangga maksimum meatilah 42. Clear
height (head room) minima 2000mm dan tinggi minima susur tanggan 900mm
manakala lebar minima 900mm,tinggi maksima penaik 180mm dan lebar minima jejak
225mm.
18) Setelah selesai pembinaan tangga tersebut,pensyarah akan menguji kekuatan dan
keteguhan setiap kayu yang dipasang untuk menampung bancuhan konkrit.
19) Setelah selesai diuji pensyarah mengisi markah-markah mengikut kumpulan dan
individu sebagai tanda pelajar tersebut sudah selesai menyiapkan segala tugasan
pembinaan tangga konkrit tersebut.
20) Kemudiannya,pensyarah mengambil gambar ahli kumpulan tersebut sebagai tanda
bukti.
21) Seterusnya,pensyarah meminta pelajar untuk membuat laporan tentang pembinaan
tangga konkrit tersebut dengan sempurna.
22) Akhir sekali,pelajar diminta membuka semula pembinaan tangga dan menyimpan
semula bahan dan peralatan yang diguna ditempatnya semula dengan kemas,selamat
dan mudah untuk dicari semula apabila ingin menggunakannya.

Anda mungkin juga menyukai