Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

Kehadiran islam dalam sains dan teknologi adalah untuk memjadi panduan kepada para
saintis dan jurutera teknologi dalam menjalankan kerja mereka. Dengan panduan daripada
agama islam juga, mengehadkan perkara – perkara atau kajian – kajian yang boleh dilakukan
agar tidak merosakkan ciptaan Allah S.W.T. Sains tidak dapat lari daripada hukum dan syariat
demi menjaga kepentingam manusia daripada kemusnahan akibat kajian – kajian sains dan
teknologi yang tidak terkawal yang mampu menggugat keselamatan manusia dan alam. Firman
Allah S.W.T:

Maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Surah Ar – Rum,
Ayat 41)

Antara kepentingan etika agama islam dalam sains dan teknologi adalah keimanan
kepada Allah S.W.T, kepatuhan kepada syariah dan etika dan mementingkan aspek
kemanusiaan dan Ihsan.

1) Keimanan kepada Allah S.W.T

Teras kepada semua jenis amalan dalam Islam adalah iman. Seorang ahli sains perlu
mempunyai keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa memohon
bantuan daripadaNya. Mereka perlu sedar Allah maha melihat, sentiasa mengawasi segala
pemikiran dan perbuatan manusia. Allah adalah pencipta dan pemilik alam yang menjadi
bahan kajian dan penggunaan manusia untuk sains dan teknologi. Sesungguhnya, keimanan
kepada Allah akan melahirkan generasi muslim yang bermoral.
2) Kepatuhan kepada Syariah dan etika

Seseorang ahli sains perlu mempunyai ketaatan yang tinggi terhadap peraturan-
peraturan dan ketentuan Allah dengan mengambil kira tentang halal dan haram dalam
kerjayanya. Matlamat yang murni dalam pembangunan dan penggunaan teknologi seharusnya
seiring dengan cara yang tidak melanggar batasan ajaran Islam. Patuh kepada peraturan Allah
menjadi asas yang penting kepada etika sains dan teknologi sekalipun berlawanan dengan
tuntutan keinginan kerana sains tidak boleh bersifat neutral dan bebas.

3) Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan

Dalam penggunaan sains dan teknologi, aspek kemanusiaan dan ihsan merupakan
suatu yang tidak boleh diendahkan. Para saintis adalah khalifah Allah di bumi. Mereka
bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian alam. Mereka
perlu menghindari diri dari menggunakan sewenang-wenangnya segala isi kandungan alam
semata-mata untuk kepentingan sanis, material dan kekayaan. Mereka perlu melindungi dan
jaga alam sekitar, bersifat belas kasihan dan menghormati hak-hak manusia dan kehidupan
yang lain seperti flora dan fauna untuk hidup dengan selesa.

RUJUKAN

1. http://kelasdip2.blogspot.com/2016/03/etika-islam-dalam-sainsteknologi-
dan.html?m=1
2. http://almusliminpsp.blogspot.com/2017/03/etika-perkataan-etika-berasal-
daripada.html?m=1

Anda mungkin juga menyukai