Anda di halaman 1dari 4

KALIBRASI EDM

PENGENALAN
Kalibrasi boleh didefinisikan sebagai ujian peralatan ukur yang dijalankan
bagi memperolehi perbezaan nilai bacaan alat yang diuji dengan nilai
piawai. Arahan dan prosedur bagi menjalankan kalibrasi ini adalah
berpandukan kepada Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia Bil 3 Tahun 2003.

Antaranya ialah dalam menjalankan kerja ukuran,Pegawai Ukur atau


Juruukur Tanah Berlesen hendaklah memastikan alat-alat ukur yang
digunakan dibuat kalibrasi mengikut prosedur dan dalam tempoh yang
ditetapkan oleh Jabatan. Selain itu, hasil kalibrasi alat-alat hendaklah
disahkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan atau pegawai yang diberi kuasa
oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan dan disimpan sebagai rekod.

Tentukuran alat EDM dilaksanakan bagi mengesan ralat sistematik


disamping untuk memastikan alat tersebut dalam keadaaan baik . Had
maksimum constant error yang dibenarkan adalah 10mm, jika tidak alat
berkenaan hendaklah diservis.

OBJEKTIF
Untuk menyemak dan memastikan alat EDM dalam keadaan yang baik
dalam membuat kerja ukur.

PERALATAN
1. Total Station/EDM
2. Prism

3. Pikat
4. Tukul

PROSEDUR KERJA:
1. Alat EDM didirisiap di atas pillar no.1 dan prism dipasang di atas pillar
no.2 dan merekodkan pengukuran jarak .

2. Seterusnya,prisma digerakkan ke pillar no.3 dan pengukuran jarak


direkodkan.
3. Ulangi langkah 2 sampai prism digerakkan ke pillar no.4,5,6,7,8,9,10
dan mencatatkan ukurannya.
4. Pindahkan alat EDM ke pillar no.2 dan prism ke pillar no.3 dan
rekodkan ukurannya.
5. Ulangi langkah sampai prism dipindahkan ke pillar
no.4,5,6,7,8,9,10.Rekodkan ukurannya.
6. Hitungkan perbandingan antara yang diukur dan jarak seperti asal.
7. Untuk mengira purata,jarak yang diperhatikan dengan jumlah jarak
asas dibahagi dengan jumlah jarak yang diperhatikan.
Perbezaan selisih yang dibenarkan tidak melebihi 10mm.

RESULT

ANALISIS
Jarak Seperti (B) adalah merupakan jarak piawai yang akan dibekalkan
JUPEM. Dapatkan nilai Perbezaan Asal (A – B). Jumlahkan kesemua nilai
perbezaan asal ini iaitu -0.039 perlu dibahagikan dengan bilangan bacaan
jarak iaitu 17 kali. Hasilnya adalah -0.002m (2mm) adalah dalam had
constant error yang dibenarkan iaitu ± 10mm. Ini bermakna alat berada
dalam keadaan baik dan tidak perlu diservis.
KESIMPULAN
Jika didapati perbezaannya melebihi ± 10mm, EDM yang diuji itu
tidak boleh diguna. Ia hendaklah dikenakan ujian kalibrasi untuk
memastikan sama ada ianya dalam keadaan baik atau perlu
diperbaiki.

SOALAN
1) Bilakah ujian kalibrasi perlu diadakan?
-sekali setiap enam (6) bulan
2) Sampai tahun 2002,berapakah tapak ujian alat EDM and GPS
dibina di Semenanjung Malaysia?
Sejumlah 31 tapak ujian (19 tapak bagi menguji alat EDM dan 13
tapak menguji alat GPS)

3) Apakah spesifikasi untuk tapak ujian pillar EDM dan GPS?


Spesifikasi bagi pembinaan pillar tapak EDM dan GPS adalah
serupa.Pillar dibina daripada konkrit setinggi 1.5meter dan
mempunyai tapak bersaiz 1.5m×1.5m×1.5m.Satu plet stainless
steel dengan skrew ⅝ inci dipasang di tengah pillar bagi
menempatkan tribrach. Setiap pillar dibina mengikut
spesifikasi yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai