Anda di halaman 1dari 2

1) Halangan Fizikal

 Disebabkan oleh  gangguan yang berlaku secara langsung atau nyata semasa proses komunikasi
berlaku.

 Ini menyebabkan maklumat yang disampaikan menjadi kurang jelas atau tidak diterima
sepenuhnya.  

 Contohnya : bunyi bising , bau busuk, keadaan bilik yang terlalu panas atau terlalu sejuk

 Halangan fizikal dalam bilik darjah boleh dikaitkan dengan kekurangan kemudahan misalnya
peralatan elektrik seperti kipas atau penghawa dingin rosak yang menyebabkan keadaan kelas
panas dan tidak kondusif untuk pembelajaran.

 Contoh yang sama juga ialah alat bantu mengajar yang tidak berfungsi dengan baik seperti
komputer dan alat peranti paparan yang berkemungkinan tergendala semasa proses pegajaran
dan pembelajaran. Perabot yang tidak lengkap atau rosak juga menyumbang kepada halangan
fizikal untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

 Selain dari itu, pendawaian elektrik yang tidak diselengara dengan baik juga menyebabkan
halangan dan gangguan apabila kelas berlangsung. Seperti contoh berlakunya litar pintas. Untuk
mengelakkan gangguan kerosakan tersebut, pihak pengurusan institusi hendaklah memastikan
kemudahan institusi sentiasa diselenggaran dan diperiksa.

2) Halangan psikologikal

 Disebabkan wujudnya tanggapan  yang berbeza antara penghantar dan penerima mesej

 Perbezaan tanggapan ini wuujud disebabkan penghantar dan penerima mempunyai  latar
belakang pendidikan     atau pengalaman hidup yang berbeza.

 Contohnya seorang rakyat Palestin yang tinggal di Malaysia mengandaikan berlaku letupan bom
jika ada orang main mercun. Ini kerana pengalaman hidup yang dilalui oleh individu tersebut.

 Dalam organisasi, setiap pekerja mempunyai ciri peribadi yang berbeza. Ada yang berfikiran
positif dan ada pula yang berfikiran negatif apabila pihak pengurusan mengambil tindakan
tertentu.

 Contohnya : Encik Malek seorang eksekutif pentadbiran telah dipindahkan dari jabatan
kewangan ke jabatan sumber manusia kerana, pihak pengurusan syarikat berpendapat beliau
yang mempunyai pengalaman luas dapat membantu jabatan sumber manusia untuk
meningkatkan kualiti pentadbiran. Jika Encik Malek menganggap pertukarannya bersifat
dendaan, mungkin beliau tidak dapat menerima pertukaran jawatan tersebut.

 Timbul disebabkan pemikiran atau tanggapan yang berbeza antara penghantar mesej dengan
penerima mesej. Tanggapan individu dipengaruhi oleh latar belakang pendidika , budaya,
kepercayaan dan pengalam hidup individu tersebut.
 Contoh bunyi daripada loceng kecemasan kebakaran. Seseorang yang pernah terlibat dalam
kejadian kebakaran mungkin akan berasa cemas lalu meninggalkan tempat kerjanya dengan
secepat mungkin.

 Orang yang tidak pernah terlibat dalam kejadian kebakaran mungkin akan membiasakan diri
dengan loceng bunyi kecemasan kebakaran akan meneruskan kerjanya secara biasa setiap kali
mendengar bunyi loceng kecemasan kebakaran.

3) Sosiologikal

-Halangan yang disebabkan oleh faktor sosial seperti perbezaan umur, jantina, budaya, negara, bahasa,
taraf pendidikan yang menyebabkan mungkin salah faham berlaku.

Contohnya, apabila kita bertemu dengan kawan atau rakan yang berlainan budaya sperti dari Sabah atau
Sarawak, sukar untuk memahami pertuturan mereka. Ia menganggu semasa berkomunikasi sebab kita
tidak faham apa yang mereka sampaikan

- Contohnya seorang pemuda India bercakap dengan seorang tua berbangsa Cina, mereka mempunyai
halangan bahasa, umur, dan mungkin juga taraf hidup dan latar belakang kehidupan

Contohnya: Penduduk kampung gagal memahami maklumat tentang penyakit berbahaya yang
disampikan oleh seorang doktor kerana perbezaan sosial dan budaya.

4) Semantik

-Disebabkan oleh penggunaan perkataan yang mempunyai banyak makna dan pilihan perkataan

-Seperti contoh, penggunaan bahasa inggeris dalam ceramah dimana audience atau pelajar yang
mempunyai latar belakang pendidikan bahasa tersebut yang sederhana. Perkara iniakan menyebabkan
pelajar kurang fasih dengan penyampaian sesuatu ceramah tersebut hingga menyebabkan maklumat
tidak diterima dengan efektif

-Contohnya perkataan berada membawa maksud mempunyai kemampuan atau ada dilokasi berkenaan.

-Contohnya ,p‫ا‬enggunaan jargon oleh org yg berpengetahuan khusus sperti pereka perisian kenderaan
menyulitkan komunikasi yg berkesan

Anda mungkin juga menyukai