Anda di halaman 1dari 20

* GCI 1022-CABARAN DAN

ISU SEMASA DUNIA


*ISU-ISU GLOBAL
DAN KAITANNYA
TERHADAP NEGARA
4.8 IMPAK ISU-ISU GLOBAL
TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN
Globalisasi dalam pendidikan memberikan
kesan positif dan negatif. Kesan positif yang
dapat diberikan melalui globalisasi dalam
pendidikan. Antaranya ialah:
*budaya pembelajaran sepanjang hayat
*kebolehan berkomunikasi dalam bahasa
ibunda dan bahasa antarabangsa
*menguasai kemahiran teknologi untuk
keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian
*pendidikan negara terbuka kepada dunia luar
*perubahan peranan guru dalam bilik darjah
*peluang pendidikan terbuka luas
*persaingan sihat dalam meningkatkan mutu
pendidikan dan inovasi
*perkongsian sumbangan hasil penyelidikan
tentang pengajaran dan pembelajaran
Terdapat beberapa  kesan
negatif melalui globalisasi dalam
pendidikan iaitu:

* kadar pengangguran semakin meningkat


* pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar
negara
* meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
* perdagangan pendidikan
*penyebaran sumber-sumber yang tidak
bersesuaian dengan intelek dan rohani
*berlaku penindasan dalam merampas
peluang dan sumber bagi kemajuan
sistem pendidikan sesebuah negara
*pemantauan mendalam dari aspek
permasalahan antisosial
*CABARAN-CABARAN YANG
DIHADAPI NEGARA DAN
LANGKAH-LANGKAH
MENANGANINYA

5.1 CABARAN PERTAHANAN


*ANCAMAN DARI LUAR
*ANCAMAN DALAMAN
5.1 Cabaran pertahanan
ANCAMAN DARI LUAR
*Semenjak dari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Malaysia
telah menggunakan kaedah pragmatik dalam usaha untuk
mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman luar.

*Kaedah pragmatik yang dimaksudkan adalah penggunaan


diplomasi yang diperkuatkan dengan keupayaan ketenteraan
bagi menghadapi ancaman dari luar.
* Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bermaksud warganegara
luar yang masuk ke Malaysia tanpa mempunyai apa-apa
dokumen yang sah.
* Terdiri daripada rakyat Indonesia, Thailand, Filipina,
Myanmar, India, Pakistan, Banglades, Nepal, China, Afrika
dan lain-lain
* Kemasukan PATI ke negara ini melalui dua cara iaitu
1. membolosi diri mereka melalui sempadan darat atau laut
yang mana dibantu oleh tekong-tekong darat yang terdiri
dari rakyat tempatan
2. melalui pintu masuk sempadan dan membawa dokumen
yang sah tetapi tidak keluar setelah tempoh keizinan telah
tamat.
*LANGKAH MENGATASI:
* Usaha mengesan mereka ini agak sukar kerana mereka
tidak lagi bekerja dengan majikan yang mula-mula
mereka di daftarkan alamatnya.

* Langkah terbaru penggunaan Sistem Penguatkuasaan


Bergerak Imigresen (MIES) yang mampu mengesan
ketulinan dokumen terutama status seseorang pekerja
asing yang menggunakan pasport, melalui nombor
pasport atau kad pengenalan pintar pekerja asing secara
automatik oleh agensi penguatkuasa mungkin serba
sedikit akan membantu mengatasi masalah ini.
*Ancaman Dalaman terhadap Kedaulatan Malaysia
Ancaman dalaman yang dihadapi oleh Malaysia
terdiri daripada gerakan fanatism politik, agama
dan kaum. Sesetengah ancaman ini masih wujud,
tetapi dalam bentuk lain. Sekaligus memerlukan
pantauan berterusan oleh pihak berkuasa. Tetapi
fokus perbincangan hari ini bukanlah ancaman
daripada kumpulan-kumpulan ini.
*RUSUHAN KAUM
*Isu perpaduan kaum akhir-akhir ini menampakkan riak yang
kurang sihat dan jika tidak ditangani dengan bijak akan
mencetus ancaman baru yang bakal menghuruharakan
ketenteraman awam.
*Pengamal-pengamal politik dalam negara sekarang ini sentiasa
memanipulasikan isu ini semata-mata untuk saham politik.
*Mereka sengaja memainkan sentimen hak dan keistimewaan
kaum bagi meraih sokongan demi kelangsungan hidup parti
masing-masing.
*Jika sentimen ini tidak dibendung, cepat atau
lambat rusuhan kaum pasti akan berlaku yang
mana kesan kemusnahan akan lebih besar
daripada sejarah rusuhan 13 Mei.

*Jika rusuhan kaum di Malaysia berlaku, siapa lagi


yang boleh dijadikan penguatkuasa untuk
mententeramkan keadaan kerana komposisi
penguatkuasa dalam negara juga terdiri dari
pelbagai kaum yang sedikit sebanyak akan terikut
dengan sentimen ini.
*BERSIH
4.0
* Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 ialah
gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil yang
menuntut diadakan pembaharuan dalam pilihan raya di
Malaysia.

* Bersih kini dipimpin oleh Maria Chin Abdullah dari WDC


(Pembangunan Wanita Kolektif).

* Bersih 4 ialah perhimpunan keempat dianjurkan Bersih 2.0


dalam tempoh lapan tahun.
*Perhimpunan pertama diadakan pada 10 Nov 2007;
perhimpunan kedua yang dikenali sebagai "Walk for
Democracy" pula pada 9 Julai 2011, dan yang ketiga adalah
perhimpunan "Sit In" yang diadakan pada 28 April 2012.

*Lima tuntutan Bersih 4:


** Pilihan raya bebas dan adil
** Sebuah kerajaan yang telus
** Hak untuk berdemonstrasi
** Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
** Menyelamatkan ekonomi negara
*LANGKAH MENGATASI
*melalui perancangan beberapa program yang
mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan diri. 
*Program yang dilaksanakan perlu merangkumi
aktiviti-aktiviti yang berunsurkan perpaduan. 
*Program seperti “Program 1 Malaysia”, program
penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi
program-program yang lain perlu
diperbanyakkan. 
*Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-
perayaan setiap etnik yang diamalkan dalam
Negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh
Negara
* Hal ini akan menjalinkan hubungan yang erat
antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum. 
*  Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi
pendapat dan membina kumpulan dengan
masyarakat kaum lain.
*Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan
keupayaan bersatu dan berusaha menghindari
segala faktor yang boleh memecahbelahkan
kesepakatan. 
*SEKIAN TERIMA
KASIH 

Anda mungkin juga menyukai