Anda di halaman 1dari 4

BIODATA ABU BAKAR AL-SIDDIQ

 Nama sebenar adalah Abdullah bin Abi Quhafah


 Lahir selepas 2 tahun kelahiran Rassulullah SAW
 Berketurunan Bani Tamim
 Orang pertama yang memeluk Islam
 Digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Rasulullah SAW dalam peristiwa
Isra’& Mikraj
 Seorang yang jujur,berbudi perkerti yang baik,perangai yang terpuji
 Orang yang memahami Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah
 Menjadi Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama mulai 11 Hijrah hingga 13 Hijrah (632
Masihi hingga 634 Masihi)
 Wafat pada 23 Jamadilakhir 13 Hijrah dan dimakamkan bersebelahan makam
Rasulullah SAW di Madinah

SIFAT-SIFAT PERIBADI ABU BAKAR AS-SIDDIQ

1. KASIH SAYANG

 Suka menolong dan dermawanAbu Bakar as-Siddiq adalah seorang pedagang


yang sangat kaya.
 Beliau rela mendermakan hartanya untuk berdakwah.
 Beliau juga menolong Bilal bin Rabbah yang disiksa oleh majikannya,serta
membebaskannya.

2. JUJUR

 Beliau sangat jujur dalam berdagang.Inilah yang Beliau sangat berhasil dalam
perdagangan.

3. RENDAH HATI

 Hal ini dibuktikan pada pidatonya di awal pemerintahan,yaitu”Bantulah aku jika


aku berada di jalan yang benar,dan bimbinglah aku jika aku di jalan yang
salah.Taatilah aku selama aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya,dan jika aku
menduhakai Allah dan Rasul-Nya maka janganlah engkau mengikutku.”

4. BERJIWA TENANG

 Hal ini dibuktikan ketika Nabi Muhammad Saw meninggal dunia.


 Beliau sangat tenang menghadapi kehilangannya dan dengan ikhlas menerima
kepergiannya.
5. SUKA BERMUSYAWARAH

 Dalam keadaan sakit,Abu Bakar as-Siddiq meminta sahabat-sahabatnya


berkumpul untuk memutuskan siapa penggantinya kelak.Mesti telah menunjuk
Umar bin Khattab,Beliau tetap menawarkan posisi pengganti kepada sahabat
lainnya.

6. SETIA

 Hal ini dibuktikan bahwa Beliau selalu menemani Nabi Muhammad Saw pada saat
hijrah ke Madinah.

KEGIGIHAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ DALAM MENUNTUT ILMU

 Beliau gigih berusaha menuntut ilmu

IKTIBAR DALAM MENCONTOHI ABU BAKAR AS-SIDDIQ DALAM MENUNTUT ILMU

 Iktibar yang kita dapat mencontohi


SUMBANGAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ

1. MENERUSKAN GERAKAN TENTERA

 Sebelum nabi wafat,baginda telah membentuk pasukan tentera yang diketuai oleh
Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu
berada di bawah jajahan Byzantine.
 Tindakan in dilakukan kerana beberapa orang utusan nabi di bunuh.
 Selepas kewafatan nabi Khalifah Abu Bakar berhasrat untuk menyambung semula
usaha baginda walau bagaimanapun cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh
sesetengah para sahabat.
 Para sahabat mencadangkan ekspedisi ketenteraan ke sempadan Syam
ditangguhkan terlebih dahulu dan Khalifah Abu Bakar perlu memberikan tumpuan
kepada ancaman golongan al-Riddah.
 Khalifah Abu Bakar tetap tegas dengan keputusannya dan setelah berperang
selama 40 hari, pasukan tentera Usamah bin Zaid beroleh kemenangan.Ini telah
mengerunkan musuh-musuh Islam yang ingin menyerang Kota Madinah.
 Pasukan ini telah diberikan tugas untuk menjaga keselamatan Kota Madinah
daripada ancaman kaum Zubyan dll.

2. MENENTANG GERAKAN AL-RIDDAH

 Setelah Nabi Berjaya menawan kota Mekkah pada 60M,ramai penduduk di STA
yang memeluk Islam dan mereka masih belum dapat memahami dan menghayati
Islam yang sebenar.
 Semasa Khalifah Abu Bakar dilantik menjadi khalifah keadaan telah berubah,ramai
dalam kalangan mereka yang murtab iaitu enggan membayar zakat dan mengakui
nabi-nabi palsu.
 Antara yang mengaku menjadi nabi palsu ialah Musailamah al-Kazzab di
Yamamah,Sajah al- Harith(perempuan), Tulaihah di Yaman,dan Al- Aswad al- Ansi
di Yaman.
 Kewujudan golongan ini boleh anasir yang dapat menghancurkan kerajaan Islam,
oleh itu Khalifah Abu Bakar telah mengambil tindakan yang tegas dan
bersungguh-sungguh untuk menghapuskan golongan al-Riddah.
 Sebelum menghapuskan golongan ini.Khalifah Abu Bakar terlebih dahulu
menghantar surat utusan untuk mengajak mereka kembali kepada Islam ,namun
sebilangan kecil sahaja yang menerima seruan itu
 Khalifah Abu Bakar terpaksa mengambil tindakan ketenteraan bagi
menghancurkan golongan ini.
 Tentera Islam akhirnya telah Berjaya menundukkan dan mengebalikan golongan
al-Riddah ke pangkuan Islam.
3. PENULISAN AL-QURAN

 Peperangan menghadapi golongan al-Riddah telah menyebabkan ramai para


sahabat yang juga penghafal al-Quran terkorban .
 Ini telah menimbulkan kebimbangan dikalangan sahabat kemungkinan akan
terhapusnya al-Quran dan berlakunya penyelenwengan al-Quran.
 Timbulnya cadangan daripada para sahabat supaya menubuhkan satu kumpulan
khas bagi menulis al-Quran dan cadangan ini diterima dengan baik oleh Khalifah
Abu Bakar
 Zaid bin Thabit telah dipert/jawablan oleh Khalifah Abu Bakar untuk mengetuai
usaha mengumpul dan menulis semula naskhah dari simpanan para sahabat dan
juga dari para haffaz.Al-Quran dikumpul dan ditulis semula di kulit binatang,kayu
dan pelepah tamar.
 Al-Quran yang dituliskan semula itu telah di simpan di rumah Khalifah Abu
Bakar,dan dibuku secara teratur di zaman KUA yang dikenali Mushaf Uthmani.

4. MENENTUKAN BAKAL KHALIFAH

 Khalifah Abu Bakar telah menamakan bakal pengganti beliau iaitu Saidina Umar
al-Khattab melalui perundingan dengan para sahabat ketika sedang sakit.
 Cadangan Khalifah Abu Bakar ini tidak mendapat tentangan daripada
sahabat.Khalifah Abu Bakar telah mengarahkan Saidina Utmah menulis keputusan
tersebut.
 Tindakan Khalifa Abu Bakar ini telah Berjaya mengukuhkan kedudukan politik
Islam.

Anda mungkin juga menyukai