Anda di halaman 1dari 8

PEMBUKAAN KOTA

MEKAH
(FATHUL MAKKAH)
LATAR BELAKANG PEMBUKAAN KOTA
MEKAH
• Pihak musyrikin Quraisy telah mengkhianati perjanjian Hudaibiyah yang
telah dipersetujui.
• Sekutu musyrikin Quraisy (Bani Bakar) ,memerangi Kabilah Khuzaah yang
mengikat janji setia dengan kaum Muslimin.
• Gencatan senjata selama 10 tahun telah dimungkiri kaum musyrikin Quraisy
• Nabi Muhammad mendapat tahu tentang berita ini, maka baginda
memerintahkan kaum Muslimin bersedia bergerak ke Mekah.
• Baginda merahsiakan tujuan dan pergerakan mereka daripada pihak
musyrikin Mekah.
• Kultsum bin Husain menjadi pengganti baginda di Madinah.
Kronologi Peristiwa Pembukaan Kota
Mekah:
• Pada bulan Ramadhan tahun ke-8H, Nabi Muhammad SAW berangkat
ke Mekah bersama 10 ribu orang.
• Setibanya di MarruZzohron, baginda memerintahkan kaum Muslimin
membina khemah dan menyalakan obor api sebanyak yang mungkin.
• Tujuannya supaya kaum musyrikin Mekah berasa gerun apabila
menyangka bilangan kaum Muslimin sangat ramai.
• Setibanya di Zu Thuwa, Rasulullah mengarahkan kaum Muslimin
masuk ke Mekah melalui jalan yang berbeza.
• Tujuannya untuk melemahkan kesatuan dan kekuatan musyrikin
Quraisy di Mekah.
• Baginda mengingatkan bahawa jangan menyerang selagi tidak
diserang.
• Kaum Muslimin yang diketuai oleh Khalid Al-Walid telah diserang
tetapi akhirnya berjaya masuk juga ke Kota Mekah.
• Dari Lembah Thuwa, Baginda masuk ke Kota Mekah dengan
menunggang unta dan menundukkan tanda merendah diri kepada
Allah serta bersyukur atas nikmat kemenangan umat Islam membuka
Kota Mekah.
• Jaminan keselamatan diberikan oleh Baginda kepada penduduk
Mekah sekiranya mereka masuk ke rumah masing-masing, ke dalam
Masjidil Haram atau ke rumah Abu Sufian (pemimpin Quraisy yang
masuk Islam).
• Orang Mekah memilih keamanan dari peperangan.
• Apabila tiba di Baitullah, baginda melakukan tawaf dan
memusnahkan 360 buah berhala yang ada dia dalam dan di sekeliling
Kaabah,
• Baginda memberikan ucapan di khalayak tentang penduduk Mekah
akan diberikan kebebasan dan kemaafan atas kesilapan lalu.
• Penduduk Mekah berbaiah dan berjanji taat dan setia kepada Allah
dan Rasul.
Iktibar daripada peristiwa Pembukaan Kota
Mekah:
i. Nabi Muhammad SAW sangat bijak merancang dan mengatur
strategi.
ii. Mencontohi akhlak baginda yang tawadhuk (rendah diri) dan
sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan.
iii. Menjadi seorang yang pemaaf.
iv. Mengamalkan sifat yang sabar dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai