Anda di halaman 1dari 14

BAB 5: TAMADUN AWAL DUNIA

BAHAGIAN A

1. Tamadun Mesopotamia adalah tamadun yang terawal sekali di dunia.


Perkembangan petempatannya bermula semasa ______________.
A Zaman Logam

B Zaman Neolitik

C Zaman Paleolitik

D Zaman Mesolitik

2. Tamadun Mesopotamia terbentuk di Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.


Aliran sungai tersebut bermula dari negara ____________.
A Iran

B Iraq

C Turkis

D Mesir

3. Apakah tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Tamadun Mesopotamia


yang mendiami di luar kota Ur?

Istilah tersebut diambil daripada _______________?

A Padi

B Barli

C Sekoi

D Jagung
4. Kota berikut wujud semasa kegemilangan Tamadun Mesopotamia.

Kota Ur

Penduduknya adalah seramai __________________.

A 10 000 orang

B 20 000 orang

C 30 000 orang

D 40 000 orang

5. Tokoh berikut adalah antara pemerintah kerajaan Mesir yang terkenal.

Ramses

Pemerintahan baginda berlangsung semasa peringkat _____________.

A Kerajaan Awal

B Kerajaan Purba

C Kerajaan Pertengahan

D Kerajaan Baru

6. Apakah sumbangan utama Ramses terhadap masyarakat Mesir Purba

A Pembinaan berhala

B Pembinaan kincir angin

C Pembinaan kota Nubia

D Pembinaan piramid
7. Masyarakat Tamadun Indus membina dinding bata yang tebal di sekitar bandar
Harappa.

Pembinaanya adalah sepanjang _______________.

A 3 kilometer

B 4.8 kilometer

C 5 kilometer

D 4.5 kilometer

8. Menjelang tahun 1750 SM, Tamadun Indus mula mengalami kemerosotan.

Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?

A Banjir

B Serangan Parsi

C Serangan penyakit

D Kemarau

9. Pembentukan Tamandun Huang He bermula di Lembah Sungai Huang He.

Pembentukan tersebut bermula pada tahun ______________.

A 2000 SM

B 3000 SM

C 4000 SM

D 5000 SM
10. Apakah Dinasti yang terawal sekali muncul semasa pembentukan Tamadun Huang
He?

A Dinasti tang

B Dinasti Shang

C Dinasti Zhou

D Dinasti Xia

11. Senarai berikut menunjukkan sumbangan masyarakat Tamadun Mesopotamia.

 Reka cipta berasaskan gangsa


 X
 Y

Apakah X dan Y?

I Mencipta emas

II Mencipta sauh

III Mencipta kertas

IV Mencipta alatan besi

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

12. Jadual berikut berkaitan dengan sumbangan tamadun awal dunia

Tamadun Peristiwa

X Rajanya mempunyai pandangan kehidupan selepas mati


Apakah Tamadun X tersebut?

A Tamadun Indus

B Tamadun Huang He

C Tamadun Mesir Purba

D Tamadun Mesopotamia

13. Apakah tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Tamadun Huang He?

I Gandum

II Barli

III Lada hitam

IV Sekoi

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

14. Apakah tamadun awal manusia yang mempunyai kaitan dengan sumbangan berikut?

 Mencipta puisi yang romantik


 Mengolah lirik dalam pelbagai bentuk tradisi masyarakat

A Tamadun Mesopotamia

B Tamadun Huang He

C Tamadun Mesir Purba

D Tamadun Indus

15. Kod Undang-undang Hammurabi telah dicipta oleh pemerintah Tamadun


Mesopotamia, Hammurabi.

Kod undang-undang tersebut mengandungi ________________.

A 155 perkara

B 199 perkara

C 148 perkara

D 282 perkara

16. Antara berikut, yang manakah merupakan hasil eksport Tamadun Mesir Purba?

I Emas

II Kertas

III Tekstil

IV Tembikar

A I dan II

B I dan IV
C II dan III

D III dan IV

17. Wujud hubungan perdagangan antara Tamadun Indus dengan tamadun luar yang lain.

Apakah tamadun luar tersebut?

A Tamadun Mesopotamia

B Tamadun Huang He

C Tamadun Yunani

D Tamadun Rom

18. Apakah tamadun awal dunia yang telah menghasilkan peralatan berikut?

Kompas magnetik

A Tamadun Mesir Purba

B Tamadun Huang He

C Tamadun Indus

D Tamadun Mesopotamia

19. Maklumat berikut berkaitan dengan kesenian dan kesusasteraan masyarakat tamadun
awal dunia.

Menulis epik Enuma Elish

Buku tersebut telah dihasilkan oleh masyarakat Tamadun _______________.

A Indus
B Huang He

C Mesir Purba

D Mesopotamia

20. Masyarakat Dinasti Shang di China berkemahiran dalam bidang hasil cipta.

Apakah bahan logam yang digunakan dalam penghasilan ciptaan tersebut?

A Besi

B Timah

C Gangsa

D Tembaga
1 Kerajaan Sumeria adalah sebuah kerajaan yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia.

(Buku teks m.s 92-94)

(a) Apakah ciri-ciri kerajaan Sumeria?

F1 bandar maju
F2 pengkhususan pekerjaan
F3 Institusi yang kompleks
F4 Pengurusan simpan kira
F5 peningkatan teknologi
(3 markah )

(b) Bagaimanakah masyarakat Mesopotamia mengawal pengaliran air sungai?

F1 Menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah


F2 Membina sistem pengairan
F3 Membina petempatan
(3 markah)

(c) Tamadun Mesopotamia terkenal dengan teknologinya.


Nyatakan kemajuan teknologi yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia.

F1 Tali air, nombor asas 60


F2 Kalender 12 bulan, ciptaan roda, sauh dan bajak
F3 Kertas popyrus
F4 Barangan emas dan Gangsa
(4 markah)
2 Tamadun Mesir Purba telah muncul di lembah Sungai Nil iaitu lembah yang terbesar di dunia
kira-kira 5,000 SM.

(Buku teks m.s 98-100)

(a) Mengapakah Mesir dikatakan Hadiah Sungai Nil?.

F1 Mempunyai lumpur hitam yang subur

F2 sumber makanan

F3 perhubungan dan pengangkutan


(2 markah)

(b) Namakan dua bandar dalam tamadun Mesir Purba.

(i) F1 Memphis
F2 Thebes
(ii) F3 Heliopolis
F4 Buhen
(2 markah)

(c) Pemerintahan dalam tamadun Mesir Purba dibahagikan kepada tiga tahap.
Nyatakan tahap-tahap tersebut.

(i) F1 Kerajaan purba

(ii) F2 Kerajaan pertengahan

(iii) F3 kerajaan baru


(3 markah)

(d) Jelaskan secara ringkas tentang Kerajaan Purba dalam Tamadun Mesir Purba.

F1 Bermula dengan perkampungan petani

F2 Perkampungan ini membentuk 2 buah kerajaan

F3 Kerajaan utara terletak dihir sungai nil

F4 Kerajaan selatan terletak di hulu sungai nil

F5 kedua-dua kerajaan ini telah disatukan oleh raja mennes

F6 Raja mennes telah membuka Bandar Memphis dan menjadi ibu kota

F7 Perkembangan kerajaan purba mencapai kemuncak pd th 2650SM


(3 markah)
1. Tamadun Mesopotamia merupakan salah satu daripada empat tamadun awal dunia yang
berkembang sekitar 3,500 SM.

(a) Huraikan ciri-ciri Tamadun Mesopotamia. [ 6 markah ]

F1 : Terletak di barat daya Asia


F2 : Mesopotami bermaksud tanah antara dua sungai iaitu Sungai Tigris
dan Sungai Euphrates.
F3 : Berkembang sekitar 5,000 SM hingga 700SM
F4 : Terdapat beberapa kerajaan seperti Sumeria / Babylon / Akkad /
Chaldea / Asyria
F5 : Kerajaan terawal ialah Kerajaan Sumeria yang bermula pada
3,500SM
dan berakhir dengan Kerajaan Chaldea pada 539SM
F6 : Tamadun bermula di wilayah Sumeria dengan kewujudan
petempatan
dan kegiatan pertanian.
F7 : Kawasan pertanian yang subur di Lembah Sungai Tigris dan Sungai
Eupharates berkembang menjadi bandar.
F8 : Struktur Bandar berasaskan binaan bata tanah liat.
F9 : Kewujudan Negara Kota hasil perkembangan bandar

(b) Jelaskan sumbangan tamadun Mesopotamia. [ 6 markah ]

F1 : Negara kota diperintah oleh raja


F2 : Penyatuan Negara kota membentuk empayar
F3 : Lahir undang-undang dikenali sebagai Kod Hammurabi
Kegiatan Ekonomi
F1 : Ekonomi ditadbir secara berpusat oleh golongan agama dan raja
F2 : Kerajaan menentukan jumlah tanaman dan bilangan petani.
F3 : Wujud pekerjaan seperti pegawai / petani / jurukira / hamba
Teknologi.
F1 : Ada sistem tali air
F2 : Reka cipta berasaskan gangsa
F3 : Penciptaan roda/sauh/bajak
F4 : Sistem nombor berasaskan angka 60
F5 : Penciptaan Kalendar dengan 365 hari.
F6 : Mencipta peralatan emas/kertas
Kesenian dan Kesusasteraan
F1 : Sistem tulisan cuneiform
F2 : Menukilkan puisi dan rekaan patung pemimpin.
Binaan Bangunan dan Kemudahan
F1 : Zigurat berfungsi sebagai rumah ibadat
F2 : Penciptaan Taman Tergantung Babylon

(c) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor penting dalam memajukan [ 8 markah ]
tamadun sesuatu bangsa?

F1 : Kemajuan dalam system pendidikan


H1 : Berjaya melahirkan golongan bijak pandai yang menyumbang kepada
negara.
F2 : Sistem pemerintahan yang mantap dan cekap
H2 : Pentadbiran negara yang lancar memudahkan urusan kerajaan.
C2 : Sistem kutipan cukai yang cekap
F3 : Pemimpin yang berwibawa.
H3 : Mampu merancang strategi yang baik untuk kemakmuran rakyatnya
F4 : Rakyat yang berdisiplin dan setia.
H4 : Mematuhi arahan kerajaan dan mudah diurus

2. Pencapaian Tamadun Mesir Purba dalam pelbagai bidang meletakkannya antara tamadun
termaju dunia pada awal perkembangan sejarah manusia.

(a) Senaraikan perkembangan tahap pemerintahan kerajaan dalam Tamadun [ 6 markah ]


Mesir Purba.

F1 : Perkembangan pemerintahan kerajaan Mesir Purba terdapat dalam


tiga
tahap.
F2 : Kerajaan Purba .
F3 : Bermula dengan perkampungan petani sekitar 5,000SM
F4 : Membentuk dua buah kerajaan di utara dan selatan Sungai Nil.
F5 : Disatukan oleh Raja Mennes pada 3,100SM yang kemudian membuka
Bandar Memphis.
F6 : Kerajaan Pertengahan
F7 : Bermula sekitar 2.100SM hingga 1,650SM.
F8 : Terkenal dengan kegiatan kesusasteraan dan kesenian
F9 : Kerajaan berpusat di Thebes
F10: Kerajaan Baru
F11: Diperintah oleh golongan bangsawan yang digelar Firaun.
F12: Mencapai kemuncak di zaman pemerintahan Ramses
F13: Merosot pada 1,279 – 1,213Sm di zaman pemerintahan Ramses II

(b) Nyatakan pencapaian Tamadun Mesir Purba dalam bidang teknologi dan
ekonomi. [ 6 markah ]

Ekonomi.
F1 : Pertanian merupakan kegiatan utama masyarakat Mesir Purba.
F2 : Majoriti penduduk ialah petani.
F3 : Petani membayar sewa tanah kepada raja.
F4 : Terdapat kegiatan perdagangan

Teknologi
F 1 : Kemajuan dalam bidang matematik dan geometri.
F2 : Kemahiran dalam bidang perubatan.
F3 : Pembinaan terusan dan pengairan.
F4 : Penciptaan kalendar 365 hari
F5 : Penciptaan kertas daripada pohon Papyrus

(c) Bagaimanakah pencapaian tamadun sesuatu bangsa dapat


dipertingkatkan? [ 8 markah ]
F1: Mengadakan perancangan bandar yang tersusun
H1: Membolehkan rakyat dapat membina kehidupan yang selesa
C1: Bandar Putrajaya
F2: Memastikan sistem pentadbiran yang cekap dan berwibawa
H2: Usaha-usaha pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan berkesan.
C2: Pembangunan kawasan luar bandar
F3: Pemimpin yang berwawasan dan amanah.
H3: Mampu memimpin dengan berkesan dan membawa kemajuan rakyat.
F4: Sistem pendidikan yang berkualiti.
H4: Bagi melahirkan masyarakat yang berpendidikan tinggi.

3. Tamadun Indus dan Tamadun Huang He antara tamadun terawal dunia yang telah banyak
memberi sumbangan terhadap sejarah manusia.

(a) Jelaskan pencapaian Tamadun Indus dalam bidang pemerintahan dan


ekonomi [ 6 markah ]

TAMADUN INDUS
Pemerintahan [ 6 markah ]
F1 : Diterajui oleh golongan pendeta.
(b) F2 : Berpengaruh dalam bidang keagamaan dan pentadbiran.

Ekonomi
F3 : Sistem ekonomi berasaskan pertanian bersepadu
F4 : Tanaman utama ialah gandum dan barli.
F5 : Haiwan ternakan seperti lembu dan kambing
F6 : Terdapatnya kegiatan tenunan kain dan kerja logam
F7 : Perkembangan kegiatan perdagangan.

(mana-mana 6 x1)

Huraikan pencapaian Tamadun Huang He dalam pemerintahan dan


ekonomi

TAMADUN HUANG HE
Pemerintahan
F1 : Sistem politik berasaskan Negara-kota
F2 : Masyarakat dan keluarga merupakan unsur terpenting
F3 : Wujud pembahagian kelas sosial.
F4 : Percaya bahawa kuasa raja datang dari syurga/mandat dari syurga
F5 : Sistem pemerintahan berasaskan dinasti

Ekonomi
F6 : Menjadikan kegiatan pertanian sebagai kegiatan utama.
F7 : Membina terusan bagi mengairi kawasan pertanian.
F8 : Mencipta teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul/ sabit

(c) Mengapakah kita harus menghargai sumbangan masyarakat tamadun


terdahulu? [ 8 markah ]

F1: Mewujudkan organisasi sosial yang menjadi asas masyarakat hari ini.
H2: Sistem keluarga menjadi asas pembentukan organisasi masyarakat
yang lebih besar.
C1: Wujud jawatan pemimpin /ketua masyarakat
F2: Mengasaskan kegiatan ekonomi untuk generasi berikutnya.
H2: Membentuk sistem pertukaran barang dan mata wang untuk
memudahkan urus niaga.
C2: Sistem Barter masih digunakan hingga hari ini.
F3: Mempelopori pembangunan teknologi baru
H3: Penciptaan pelbagai teknologi dan peralatan untuk memudahkan
urusan kehidupan.
C3: Pembinaan terusan masih dipraktikkan hingga kini.

Anda mungkin juga menyukai