Anda di halaman 1dari 17

BAB 4: MENGENALI TAMADUN

BAHAGIAN A

1. Maklumat berikut berkaitan dengan maksud tamadun.

Tamadun ditakrifkan sebagai suatu pencapaian


tertinggi oleh masyarakat.

Pencapaian tersebut didorong oleh ______________.

A adat

B inovasi

C kekayaan

D kepercayaan

2. Rajah berikut berkaitan dengan maksud tamadun.

Istilah madana

Bermaksud X

Apakah X?

A Kawasan daerah

B Undang-undang

C Kehidupan manusia

D Pembukaan bandar

3. Istilah berikut mempunyai kaitan dengan tamadun.

Civitas

Istilah tersebut diambil daripada _______________?

A Bahasa Arab
B Bahasa Parsi
C Bahasa Yunani
D Bahasa Sanskrit
4. Konsep berikut telah diperkenalkan oleh Ibn Khaldun.

Hadharah

Konsep tersebut menjurus kepada aspek __________________

I syarak

II kebudayaan

III kehidupan

IV peraturan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

5. Jadual berikut berkaitan dengan konsep tamadun.

Tokoh Pernyataan

X Tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang memperkasakan


sistem politik, ekonomi, sosial, kesenian dan kebudayaan

Tokoh X ialah _____________.

A Herodotus

B Ibn Khaldun

C Arnold J. Toynbee

D Syed Muhammad Naquib Al-Attas


6. Apakah tamadun awal dunia yang menjadikan lokasi sungai berikut sebagai Kawasan
petempatan manusia?
 Sungai Tigris
 Sungai Euphrates

A Tamadun Indus

B Tamadun Mesopotamia

C Tamadun Mesir Purba

D Tamadun Huang He

7. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri pembinaan bandar oleh tamadun awal
dunia.

 Mempunyai sistem perparitan


 Mempunyai sistem pembentungan

Pembinaan bandar tersebut telah diperkenalkan oleh masyarakat _____________.

A Tamadun Mesopotamia

B Tamadun Mesir Purba

C Tamadun Huang He

D Tamadun Indus

8. Jadual berikut berkaitan dengan pengkhususan pekerjaan dalam kalangan masyarakat


tamadun awal dunia.

Jawatan Peranan

Jurutera X

Apakah peranan golongan jurutera tersebut?


A Mengutip cukai pertanian

B Membinan bangunan tinggi

C Menempa besi dan tembikar

D Mengawal pengairan sungai

9. Apakah peranan golongan berikut dalam sistem masyarakat tamadun awal manusia?

Golongan artisan

A Menulis

B Melukis

C Mengukir

D Melombong

10. Anda membuat kajian berkaitan dengan pembinaan rumah kediaman masyarakat
tamadun awal dunia.

Apakah kemudahan asas yang terdapat pada pembinaan rumah-rumah tersebut?

A Perigi

B Kolam

C Rumah ibadat

D Ruangan rekreasi

11. Wujud pengkhususan pekerjaan dalam kalangan masyarakat Tamadun Awal Dunia.

Kewujudannya adalah dipengaruhi oleh faktor ______________.

A organisasi sosial

B perkembangan bandar

C peningkatan teknologi

D sistem pemerintahan
12. Antara berikut, yang manakah merupakan kota yang terawal sekali muncul di dunia?

A Uruk

B Anyang

C Harappa

D Mohenjo-Daro

13. Apakah kedudukan golongan artisan dalam hierarki masyarakat Tamadun Mesir
Purba?

A Golongan pertama

B Golongan kedua

C golongan ketiga

D Golongan keempat

14. Jadual berikut berkaitan dengan sumbangan tamadun awal manusia.

Tamadun Sumbangan

X Membina Taman Tergantung Babylon

Tamadun X ialah Tamadun _____________.

A Indus

B Mesopotamia

C Mesir Purba

D Huang He
15. Masyarakat Tamadun Mesir Purba mempunyai kelas sosial mereka yang tersendiri.

Melalui sistem tersebut, masyarakat yang paling bawah adalah ______________.

I hamba

II pembantu rumah

III artisan

IV buruh

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

16. Apakah kesan penciptaan berikut terhadap masyarakat tamadun awal dunia?

Menggunakan kereta kuda

A Memudahkan membawa hasil pertanian

B Memudahkan pergerakan kincir angin

C Memajukan industri pembuatan logam

D Memajukan bidang teknologi

17. Apakah masyarakat tamadun awal dunia yang telah menghasilkan karya berikut?

The Book of Dead

A Masyarakat Tamadun Mesopotamia

B Masyarakat Tamadun Huang He

C Masyarakat Tamadun Indus


D Masyarakat Tamadun Mesir Purba

18. Tulisan berikut telah dihasilkan oleh masyarakat tamadun awal manusia.

Tulisan Kuneiform

Tulisan tersebut telah dihasilkan oleh masyarakat ___________________.

A Tamadun Indus

B Tamadun Huang He

C Tamadun Mesopotamia

D Tamadun Mesir Purba

19. Maklumat berikut berkaitan dengan Tindakan yang telah dilakukan oleh masyarakat
tamadun awal manusia.

Membina rumah ibadat

Pembinaanya bertujuan untuk _______________.

A melambangkan kekayaan

B menghormati kewujudan tuhan

C menunjukkan kebijaksanaan penduduk

D memudahkan pertemuan masyarakat

20. Apakah bahan yang digunakan oleh Dinasti Shang di China untuk menghasilkan
tulisan mereka?

A Kayu

B Batu

C Tulang
D Tanah liat

1 Terdapat perbezaan pengertian tamadun dari segi bahasa.

(Buku teks m.s 76-77)

(a) Lengkapkan istilah tamadun mengikut bahasa berikut:

i. Bahasa Arab

F1 Mudun
F2 Madain
F3 Madana
F4 Hadharah
ii.
Bahasa Inggeris
F1 Civilization
F2 Pengetahuan
F3 Kepercayaan
F4 Moral
(2 markah )

(b) Berdasarkan kepada definisi tamadun, terdapat persamaan definisi tamadun awal
dunia. Terangkan persamaan tersebut.

F1 Kemajuan yang dicapai oleh masyarakat

F2 Membina kehidupan yang lebih baik dan kompleks

F3 Kemajuan dalam kesenian dan kebudayaan

F4 Penciptaan seni bina seperti bangunan dan empangan

F5 Hasil cipta seperti membuat kertas, lukisan dan ukiran


(4 markah)

(c) Bagaimanakah faktor alam semula jadi mempengaruhi perkembangan pembinaan


tamadun manusia?

F1 Pergantungan pada sungai melahirkan penempatan

F2 Seperti di kuala atau muara sungai

F3 Hasil ciptaan berasaskan sumber alam semula jadi

F4 Seperti kertas daripada daun, batu sebagai bahan membina


bangunan

F5 Pembinaan terusan bagi menahan banjir

F6 Manusia menggunakan sungai dan laut sebagai laluan perdagangan

(4 markah)
2 Tamadun awal dunia lahir di lembah sungai dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

(Buku teks m.s 80-85)

(a) Berikan dua ciri tamadun awal dunia?

(i) F1 Pertanian dan perdagangan

(ii) F2 Sistem pemerintahan

F3 Pembentukan bandar

F4 Pengkhususan pekerjaan

F5 Teknologi

F6 Organisasi sosial

F7 Agama dan Kepercayaan

F8 Tulisan dan penyimpanan rekod

F9 Kesenian dan kesusasteraan

(2 markah )

(b) Kehidupan masyarakat tamadun awal mula berkembang dengan adanya aktiviti
pertanian dan perdagangan. Jelaskan.

F1 Penciptaan pelbagai peralatan

F2 Pembinaan saliran

F3 Penciptaan kincir angin

F4 Pembinaan teres di tanah tinggi

F5 Masyarakat yang tinggal di kota mendapatkan makanan dan


barangan pertanian

F6 Aktiviti pertukaran barangan kraf tangan dan perkhidmatan

F7 Perdagangan jarak jauh

F8 Kegiatan perdagangan antara masyarakat Sumer


dengan Mesir dan antara masyarakat Sumer dengan Mohenjo-Daro.
(4 markah)

(c ) Pada pandangan anda, mengapakah manusia memilih lembah sungai sebagai


lokasi petempatan mereka?

F1 Sumber minuman
F2 Sumber makanan/protein/ikan
F3 Sistem pengangkutan dan perhubungan
F4 Iklim yang sesuai
F5 Lebih selamat
(4 markah)
1. Tamadun awal manusia mula berkembang sekitar 10,000 tahun dahulu apabila manusia mula
berkembang dengan membuka petempatan-petempatan yang akhirnya membentuk kerajaan.

(a) Jelaskan maksud tamadun dari sudut bahasa [6 markah ]

F1: Perkataan tamadun atau civilization diambil daripada perkataan Yunani


yang bermaksud bandar/ kota

F2: Tahap kemajuan dalam kehidupan bermasyarakat seperti bidang


kebudayaan / sains / industri / system kerajaan.

F3: Tamadun dalam bahasa Inggeris disebut civilization iaitu pembangunan


manusia dan organisasi yang paling maju seperti pengetahuan /
kepercayaan/ seni/ moral/ undang-undang/ adat/ organisasi.

F4: Tamadun dalam bahasa Arab ialah mudun /madain/ madan yang
bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

F5: Terdapat istilah lain iaitu hadharah yang bermaksud


kawasan/daerah/Bandar/kota/kampung/kawasan yang digunakan untuk
pertanian.

F6: Hadari pula bermaksud tanah / rumah yang didiami oleh


masyarakat/tahap kemajuan/memperoleh kekayaan.

F7: Tamadun dalam bahasa Melayu bermaksud suatu peradaban yang


merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan
dan perkembangan pemikiran.

F8: Kemajuan kebendaan merujuk kepada pencapaian dalam penciptaan


seni bina / sistem ekonomi / hasil cipta.

(b) Jelaskan perbezaan pandangan Islam dengan pandangan Barat terhadap


konsep tamadun. [6 markah ]
F1 :Ibn Khaldun memperkenalkan konsep tamadun melalui bukunya yang
bertajuk Muqqadimah.

H1 :Menyatakan tamadun sebagai umran dan hadharah yang mengandungi


prinsip akidah/ syarak/ akhlak/ falsafah/ kebudayaan/ peradaban.

F2 : Menyatakan Madaniyyah sebagai aspek kebendaan dalam kehidupan


dan bersifat umum kepada semua manusia.

F3 : Syed Muhammad Naquib Al-Attas menyatakan tamadun sebagai


keadaan hidup bermasyarakat yang taraf tatasusila dan kebudayaan yang
luhur.

F4 : Pandangan barat menyatakan civilization sebagai tahap sesuatu


masyarakat / budaya yang kompleks.

H4 : Tamadun diukur melalui pencapaian ilmu / ekonomi/teknologi/ struktur


politik/ kemasyarakatan / petempatan bandar.

F5 : Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah.


H5: Tokoh Arnold J. Toynbee menjelaskan tamadun sebagai suatu system
masyarakat yang memperkasa sistem politik/ ekonomi/ social/ kesenian.

(c) Pada pandangan anda, bagaimanakah sesuatu bangsa dapat mencapai


tamadun yang tinggi ? [8 markah]

F1 : Meningkatkan prasarana pendidikan di negara kita


H1a : Mencapai tahap pendidikan seperti negara maju.
H1b : Bagi melahirkan generasi berilmu dan berpengetahuan tinggi
C1 : Universiti/politeknik/kolej vokasional
F2 : Bekerjasama dengan negara maju dalam pelbagai sains dan teknologi.
H2 : Berlaku pemindahan teknologi untuk dikembangkan di negara kita.
C2 : Teknologi tenaga diperbaharui/ Teknologi Kepintaran Buatan
F3 : Menggalakkan budaya reka cipta dalam kalangan masyarakat.
H3 : Tidak bergantung kepada teknologi luar negara dan menjadi negara
pencipta teknologi
C3: Teknologi angkasa/ Teknologi pertanian
2. Terdapat pelbagai pendapat sejarawan tentang pengertian tamadun. Setiap satu pengertian
tamadun dibuat berdasarkan pemahaman ahli sejarah berkaitan perkembangan sejarah
manusia.( ms .78 – 79 )

(a) Jelaskan pengertian tamadun berdasarkan sudut pandangan Islam. [6 markah ]

Pandangan Islam.
F1 : Konsep tamadun berasaskan kerangka Islam sebagai al-Din atau cara [6 markah ]
hidup.
F2 : Tamadun mengikut pandangan Islam merangkumi pembangunan
lahiriah
dan rohaniah berasaskan al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW
F3 : Ibn Khaldun memperkenalkan konsep Tamadun dalam bukunya
Muqqadimah.
F4 ; Memperkenalkan istilah umran dan hadharah
F5 : Istilah Hadharah berasaskan prinsip nilai seperti akidah/ syarak/ akhlak/
falsafah/ kebudayaan dan peradaban.
F6 : Istilah Madaniyah merujuk kepada aspek kebendaan dalam kehidupan.
F7 : Tokoh sejarah Syed Naquib Al-Attas menyatakan tamadun sebagai
kehidupan insan bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur.
F8 : Beliau menyatakan pendapatnya dalam buku Islam dalam Sejarah dan
Kebudayaan Melayu.

(b) Huraikan pengertian tamadun berdasarkan sudut pandangan Barat.

Pandangan Barat
F1 : Menggunakan istilah civilization
F2 : Menggambarkan tahap sesuatu masyarakat / budaya yang kompleks.
F3 : Masyarakat bertamadun diukur melalui pencapaian ilmu dan teknologi/
ekonomi/ struktur ilmu/ ekonomi/ struktur politik/ kemasyarakatan dan
petempatan
F4 : Tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah
F5 : Terutama bidang kebudayaan dan kesenian/ penulisan/ undang-
undang/ perbandaran.
F6 : Tokoh barat Arnold J. Toynbee menjelaskan konsep tamadun melalui
bukunya A Study Of History.
F7 : Menjelaskan tamadun sebagai system masyarakat yang
memperkasakan sistem politik/ ekonomi/ social /kesenian dan
kebudayaan

(c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri tamadun yang perlu ada pada
bangsa Malaysia? [8 markah]

F1 : Mempunyai akhlak/moral yang tinggi.


H2 : Nilai diri berasaskan ajaran agama dan budaya yang luhur
C1 : Berbudi pekerti mulia/ sahsiah tinggi
F2 : Menyanjung dan mengamalkan budaya tempatan
H2 : Budaya ketimuran yang bertatasusila tinggi
C2 : Menghormati pemimpin/ ibu bapa/ ahli keluarga.
F3 : Mempunyai jati diri yang tinggi
H3 : Tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif dari luar
F4 : Mengamalkan budaya keilmuan yang tinggi.
H4 : Mampu mencipta teknologi baru yang bermanfaat.
3. Manusia mula membina tamadun apabila mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang sosial
dan budaya.( ms : 81 – 83 )

(a) Huraikan ciri-ciri tamadun awal dunia dalam aspek Pertanian dan
Perdagangan. [6 markah ]

PERTANIAN DAN PERDAGANGAN [6 markah ]


F1 : Kehidupan bermasyarakat mula berkembang melalui kegiatan
pertanian.
F2 : Penciptaan pelbagai peralatan pertanian yang menggalakkan kegiatan
pertanian dalam kalangan masyarakat.
F3 : Mendorong perkembangan kegiatan perdagangan tempatan dan
perdagangan jarak jauh.
F4 : Perdagangan tempatan dengan masyarakat di kota dengan
menukarkan barangan makanan dengan kraf tangan/ perkhidmatan.
F5 : Perdagangan jarak jauh berlaku dengan masyarakat dari kawasan
tamadun yang berbeza .
F6 : Bertukar-tukar barangan dengan penduduk yang mempunyai bahan
mentah seperti logam/ emas/ besi .
F7 : Berlaku kegiatan perdagangan antara masyarakat Sumer dengan
Mesir Purba / masyarakat Sumer dengan Mohenjo-Daro.

(b) Nyatakan ciri-ciri tamadun awal dari sudut Pembentukan Bandar.

PEMBENTUKAN BANDAR
F1 : Perkembangan kegiatan pertanian menyebabkan manusia membina
petempatan kekal seperti kampung.
F2 : Pertambahan penduduk menyebabkan kawasan kampung
berkembang menjadi Bandar.
F3 : Kawasan Bandar mempunyai penduduk yang lebih ramai mempunyai
pelbagai latar belakang.
F4 : Bandar mempunyai pelan susun atur bangunan / rumah yang teratur
seperti kemudahan perigi/ bilik mandi/ tandas
F5 ; Mempunyai kemudahan prasarana yang sistematik seperti pasar /
rumah ibadat/ kawasan kediaman.
F6 : Terdapat system perparitan dan pembetungan.
F7 : Pembinaan kota untuk berlindung daripada serangan orang luar/
sebagai kawasan sempadan.
F8 : Berperanan sebagai pusat kegiatan politik, ekonomi dan kebudayaan.
F9 : Menjadi asas kelahiran tamadun awal dunia.

(c) Bagaimanakah kemajuan sesuatu bangsa dapat dipertingkatkan ? [8 markah ]

F1 : Memajukan sistem pendidikan negara


H1 : Melahirkan bangsa yang berpengetahuan dan berakhlak tinggi
F2 : Mewujudkan kerjasama dengan negara luar.
H2 : Berkongsi idea untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu.
C2: Program pertukaran pelajar / pakar
F3 : Memberi insentif bagi pembangunan teknologi baru.
H3: Menjadi negara pengeluar/pelopor teknologi baru
C3 : Pembangunan teknologi hijau/ tenaga diperbaharui.

Anda mungkin juga menyukai