Anda di halaman 1dari 1

TEKS PERTANDINGAN BERCERITA

PAPAR 1

PESERTA: ASLEEYA MAYSARAH BINTI ABDULLAH

TAJUK: PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH

Pada bulan Ramadhan tahun ke 8 Hijrah, Nabi Muhammad (saw) bersama-sama dengan
kaum muslimin berangkat menuju ke Mekah. Bilangan mereka adalah seramai 10 ribu orang.

Setibanya di ‫ مر الظهران‬baginda memerintahkan kaum muslimin supaya membina khemah


dan menyalakan obor api sebanyak yang mungkin. Tindakan ini menjadikan musyrikin Quraisy
berasa gerun kerana menyangka bilangan mereka yang ramai.

Setibanya di ‫ ذو طوى‬, Nabi Muhammad (saw) telah memerintahkan kaum muslimin supaya
masuk ke Mekah melalui jalan yang berbeza. Tujuannya untuk melemahkan kesatuan dan kekuatan
musyrikin Quraisy di Mekah. Baginda juga mengingatkan mereka agar tidak memerangi musyrikin
Quraisy kecuali apabila diserang. Kaum muslimin yang dipimpin oleh ‘Khalid bin Al-walid’ telah di
serang tetapi akhirnya dapat masuk ke kota Mekah.

Dari ‫ ذو طوى‬baginda masuk ke kota Mekah dengan menunggang unta dan menundukkan
kepala tanda merendah diri kepada Allah serta bersyukur atas nikmat kemenangan umat islam
membuka kota Mekah. Baginda memberikan jaminan keselamatan kepada penduduk Mekah yang
masuk ke rumah masing-masing, ke Masjidil Haram atau ke rumah Abu Sufyan. Jaminan keselamtan
ini menyebabkan penduduk Mekah memilih keamanan daripada berperang dengan kaum muslimin.

Apabila tiba di ‫ بيت هللا‬, baginda melakukan tawaf dan memusnahkan 360 buah berhala yang
ada di dalam dan di sekeliling Kaabah. Selepas itu baginda berucap di khalayak ramai tentang
kebebasan dan kemaafan yang diberikan kepada musyrikin Quraisy atas kesilapan yang lalu.
Akhirnya, ramai dalam kalangan mereka bersetuju berbai’ah kepada Nabi Muhammad (saw) serta
berjanji taat setia kepada Allah dan Rasul.

Anda mungkin juga menyukai