Anda di halaman 1dari 19

HIJRAH RASULULLAH SAW

NOORHIDAYU BT SHOIB NUR HIDAYAH BT HARON NURLIYANA BT MUHAMMAD TAHARAH BT ABDULLAH

DARI MEKAH KE MADINAH

622 MASIHI

PENGERTIAN HIJRAH

PENGERTIAN HIJRAH
kata hijrah berasal daripada bahasa Arab daripada

kata dasar hajara yang bermaksud berpindah. kata terbitannya hijrah bererti perpindahan. orang yang berpindah disebut muhajir (jamak: muhajirin/muhajirun) Hijrah orang Islam dari Makkah ke Yathrib bermula 1 Muharram 1H dan dari tarikh itulah bermulanya tahun Islam (tahun Hijrah).

Dalam konteks hijrah masa kini umumnya Hijrah atau perpindahan diertikan sebagai suatu langkah untuk memperbaiki nasib hidup di dunia seperti orang berpindah dari desa ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.

KEPENTINGAN HIJRAH

Kepentingan Hijrah
1) Mematuhi perintah Allah menerusi wahyu (menuntut keredhaan Allah bagi menegakkan agamanya).
2) Bidang ketenteraan islam berkembang dengan cepat dan berjaya menguasai dunia. 3) Membentuk masyarakat yang bersatu padu yang dipanggil ummah (masyarakat ummah mencerminkan keagungan ajaran sosial dan keadilan kepada semua, tidak kira agama, bangsa dan keturunan, sama ada lelaki mahupun wanita, dewasa atau kanak-kanak).

4) Sistem ekonomi islam dapat diwujudkan dan dipraktikkan sepenuhnya di Madinah (Islam mengharamkan riba, penipuan, dan rasuah yang sering diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliah). 5) Melahirkan tahun hijrah di dalam takwin (kalendar) islam. (penentuan tahun hijrah dibuat pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab iaitu pada tahun ke-17 H (638 M)

Sumber : Mahayudin Hj. Yahya.(1993).Sirah Nabi Muhammad SAW (Zaman Makkah).

FAKTOR-FAKTOR PENGHIJRAHAN

Faktor-faktor Penghijrahan
Baiah Al-Aqabah Faktor asas yang memulakan hijrah kerana dalam Aqabah 2 terdapat jemputan dari pemimpin Madinah agar Nabi datang menjadi pemimpin mereka. Dalam ikrar itu mereka berjanji untuk berjuang bersama-sama Nabi dan mempertahankan Nabi. Nabi merasakan masanya telah tiba bagi umat Islam untuk keluar dari Mekah.
Tekanan Yang Semakin Meningkat Di Mekah Keadaan di Kota Mekah tidak lagi dianggap sebagai kawasan yang sesuai untuk perkembangan Islam kerana setelah 13 tahun baginda berdakwah pelbagai penentangan yang diterima. Suasana di Mekah itu menggambarkan bahawa lama kelamaan keadaan Islam semakin tertekan.

Umat Islam Semakin Menderita Tindakan kaumQuraisy semakin hebat. Penyeksaan ke atas golongan hamba semakin berleluasa. Malah Nabi sendiri sering menjadi mangsa penyeksaan mereka. Pada 617 hingga 620 M seluruh umat Islam dan Bani Hashim telah dipulaukan daripada segi sosial, ekonomi dan politik. Mereka dilarang berurusan dengan masyarakat Mekah kecuali musim haji. Umat Islam mengalami penderitaan dan ujian yang sangat getir. Kegagalan seruan ke Taif Nabi Muhammad dan hambanya iaitu Zaid bin Harithah pernah cuba menyampaikan Islam ke Taif namun dihina dan diejek dan dilontar dengan batu. Pemimpin Bani Thaqif mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Quraisy Mekah.Kegagalan Nabi memberikan gambaran yang pengaruh Quraisy sangat kuat di Taif. Oleh itu Nabi Muhammmad perlu mencari destinasi lain.

Kejayaan di Habsyah Sebelum Saidina Umar memeluk Islam umat Islam pernah menuju ke Habsyah untuk berlindung atas saranan Nabi sendiri. Hal ini kerana Habsyah digelar sebagai bumi kebenaran yang diperintah oleh Raja Najashi yang terkenal dengan sifat adil. Kejayaan ini memberi harapan kepada Nabi bahawa kejayaan yang sama akan dicapai di Madinah. Hal ini disebabkan masyarakat Hasyah dan Madinah lebih hampir kepada agama langit dan telah biasa dengan soal-soal ketuhanan dosa dan pahala. Kematian Dua Tokoh Pada tahun ke-10 menjadi rasul, Nabi kehilangan 2 orang penyokongnya yang paling setia iaitu isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Kaum Quraisy Mekah menjadi semakin berani untuk bertindak ke atas Nabi. Ini menyebabkan kedudukan Nabi makin terancam dan terdedah kepada tindakan jahat Quraisy.

Umat Islam Telah Ramai Di Madinah Kota Madinah sendiri memang sesuai untuk dijadikan markas gerakan Islam yang baru. Ini ekoran peristiwa Aqabah dimana orang-orang Madinah telah berikrar dengan Nabi dan menyebarkan Islam di kalangan keluarga mereka Penduduk Madinah Lebih Mudah Menerima Islam Penduduk Madinah sendiri lebih mudah menerima Islam berbanding peduduk Mekah. Ini kerana mereka lebih hampir dengan agama Samawi. Selain dari itu di Madinah terdapat keluarga Nabi Muhammmad melalui pihak ibu kepada datuk Nabi iaitu Abdul Muttalib dari Bani Najjar.

Kedudukan Madinah Yang Strategik Madinah mempunyai kedudukan ditengah-tengah jalan perdagangan antara Yaman di Selatan dan Syam diutara. Kedudukan ini membolehkan Madinah menyaingi Kota Mekah sebagai pusat perdagangan yang baru. Malah kabilah-kabilah Quraisy terpaksa melalui Madinah jika ingin berurusan dengan Palestin atau Syam. Komplot Pembunuhan Ke Atas Nabi Antara faktor penghijrahan yang paling penting ialah terdapat pakatan bunuh yang dirancang oleh kaum Quraisy keatas Nabi bila mereka mendapati umat Islam semakin berkurangan di Mekah. Pemimpin Quraisy telah mengadakan perbincangan di Darul Nadwah dan mengambil tidakan nekad agar Nabi tidak sempat berhijrah. Ini menyebabkan kedudukan Nabi tidak lagi selamat sekiranya terus di Mekah

http://sejarahstpm.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

Wahyu Dari Allah Faktor segera yang mendorong Nabi berhijrah keluar dari Mekah ialah wahyu yang diturunkan Allah dan Surah al Anfal ayat 30 yang memberi peringatan kepada Nabi tentang pakatan Quraisy dan sebagai satu gesaan supaya Nabi berhijrah.

Sumber: http://sejarahstpm.blogspot.com/2011/03/tamadun-islam-tema-1-faktor-dan-kesan.html

STRATEGI RASULULLAH S.A.W MEMBENTUK MASA DEPAN ISLAM

Strategi Rasulullah SAW dalam Membentuk Masa Depan Islam


1. Membina masjid Masjid berfungsi sebagai a) Tempat perhimpunan umat islam untuk berbincang dan sebagai pusat pengajian b) Tempat tinggal bagi mereka yang tiada kediaman c) Tempat beribadat 2. Memperkenalkan piagam madinah dengan tujuan menyatupadukan masyarakat madinah yang terdiri daripada golongan islam , yahudi, dan arab bukan islam. 3. Membangunkan kota madinah berdasarkan aspek ekonomi, politik dan sosial.

4. Sumber perundangan islam ialah al-quran, hadith, ijmak dan qias. 5. Ketua atau pemimpin bertugas menyelesaikan perselisihan antara rakyat. 6. Memperkenalkan konsep persamaan antara manusia.

7. Menghapuskan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin.

Anda mungkin juga menyukai