Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmaniraahim,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Encik Kamaruzaman bin Zainal Abidin Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Sentang
Yang Dihormati Encik Zaki bin Mohamed Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Jasmin bin Jamaluddin Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Hairon bin Sara’at Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Puan Razipahamisah binti Abdul Hamid GPK Pendidikan Khas
Serta semua guru SK Telok Sentang yang dihormati sekalian.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup
pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.
Dalam dunia pekerjaaan, sejak menjadi guru dari tahun 1987 saya telah menempuh pelbagai cerita
suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan. Barangkali bagi guru-guru, perpindahan keluar
masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun realitinya, setiap yang patah sudah pasti
akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu ketika
kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita benci. Kita tidak pernah
mengharapkan semua peristiwa seumpama itu berlaku dalam sebuah kehidupan. Namun seperti
yang saya nyatakan diatas, kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu
terjadi. Kerana itulah fitrah alam, fitrah kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu
terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-
masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan
menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah
perjuangan sebagai insan. Sepanjang saya berkhidmat ini iaitu selama 5 tahun iaitu bermula dari
tahun 2015 sehingga ke saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih
sayang yang telah diberikan oleh semua guru di sekolah ini. Segala kenangan dan pahit manis kita
bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati
saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang saya
berkhidmat di SKTS. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-
rakan pentadbir yang telah sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus
dan mentadbir segala urusan di SK Telok Sentang. Saya juga ingin mengambil kesempatan yang
terluang ini, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada seluruh warga SK Telok Sentang
khususnya rakan-rakan guru yang telah sama-sama mencurah bakti untuk anak bangsa yang kita
cintai. Saya memohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama
sepanjang saya bersama dengan guru-guru di SK Telok Sentang. Buat akhirnya terimalah rangkap
sajak khas saya tujukan untuk semua warga SK Telok Sentang ikhlas dari lubuk hati saya,

Sudah adat bertemu,


Tentu ada perpisahannya
Sudah adat berjumpa,
Tentu ada nokhtah perhentiannya

Kalau diturutkan hati


Tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi
Tapi apakan daya…..
Sudah tersurat dari ilahi
Pertemuan kita hanya setakat ini…
Oleh itu janganlah ianya diratapi….
Apa yang lebih penting…
Hubungan sillaturahim akan terus kekal abadi.

Kalau ada sumur di ladang,


Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Hari ini menanam jagung,


Hari esok menanam serai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bersurai.

Orang Aceh sedang sembahyang,


Hari Jumaat tengah hari;
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandai menjaga diri.

Bintang barat terbit petang,


Bintang Timur terbit pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.

Dian tiga lilin pun tiga,


Obor tergantung rumah laksamana;
Diam juga sabar pun juga,
Ada umur tidak ke mana.

Anda mungkin juga menyukai