Anda di halaman 1dari 7

PERJANJIAN MENDUDUKI RUMAH

UNTUK PELAJAR & GURU


AKADEMI TAHFIZ TEKNOLOGI TAKZIM
DI ANTARA

SHARIFAH ROSMAH BINTI SULAIMAN


NO.KP : 450429-01-5300 (TUAN RUMAH)
SYED OMAR BIN SYED M MANSHOR
NO. KP 46080101-5673 (TUAN RUMAH)

DAN

AKADEMI TAHFIZ TEKNOLOGI TAKZIM (AT3)


(Organisasi)
MA 0207407-P
(No. Pendaftaran SSM)

PADA:

16 JANUARI 2019
PERJANJIAN MENDUDUKI RUMAH UNTUK OPERASI

PERJANJIAN ini dibuat pada 16/01/2019 di antara SYED OMAR B SYED M


MASHOR yang beralamat di Rumah Banglo, No 569-D, Jalan Mohamad,
Kg. Lubok Batu, 85000 Segamat Johor (selepas ini disebut sebagai “Tuan
Rumah”) sebagai satu pihak
dan
AKADEMI TAHFIZ TEKNOLOGI TAKZIM beralamat di Balai Islam, Kg Paya
Dalam, Mukim Gemereh, 85000, Segamat, Johor Darul Takzim No
Pendaftaran SSM MA 0207407-P ( selepas ini disebut sebagai “AT3”)
sebagai pihak satu lagi.

2
BAHAWASANYA
A. Tuan Rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di alamat
Rumah Banglo, No JMDS 5-4, Jalan Mohamad, Kg. Lubok Batu, 85000
Segamat Johor
B. Tuan Rumah bersetuju membenarkan kepada AT3 untuk
menduduki/mendiami seluruh ruang rumah di alamat Rumah Banglo, No
569-D, Jalan Mohamad, Kg. Lubok Batu, 85000 Segamat Johor (selepas
itu di sebut sebagai “Rumah tersebut”) tanpa sebarang bayaran serta
menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang sedia ada.
C. Perjanjian ini adalah untuk tempoh selama tiga (3) tahun bermula
pada 01/02/2019 dan berakhir pada 31/01/2024 dan boleh ditambah selama
dua tahun lagi tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat
Perjanjian ini.

3
MAKA AT3 DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI
BERIKUT :

1. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air dan elektrik yang


dikenakan pada rumah tersebut tempoh perjanjian ini berjalan.
2. Tidak membenarkan Rumah tersebut dan/atau sebahagian daripada
Rumah tersebut digunakan untuk apa pun jenis kegiatan politik.
3. Penghuni Rumah tersebut ialah untuk kegunaan pelajar AT3, guru dan
warden AT3 untuk manjalankan aktiviti akademik yang diuruskan oleh ATTT
dengan pendaftaran SSM sahaja dalam jangkamasa yang dipersetujui (Sila
lihat appendix 1 Pendaftaran SSM yang sah).
4. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan
dan/atau sebahagian dari ruang Rumah tersebut kepada orang lain
5. AT3 dibenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan
tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam Rumah tersebut
tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
6. Tidak akan melakukan apa-apa aktiviti memasak diruang dapur
tersebut. Premis tidak boleh menyimpan tong gas dan sebarang jenis dapur.
Kegunaan alat air panas/sejuk seperti Coway adalah digalakkan.
7. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam Rumah apa jua
bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau
yang mudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-
undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan
persetujuan Tuan Rumah. Alat pemadam api yang disediakan oleh tuan
rumah hendaklah sentiasa teruji dan dalam keadaan siap sedia.
8. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut
termasuk ruang kaki lima, ruangan tangga serta jalan sekeliling Rumah
tersebut. Penghuni tidak dibenarkan memaku di mana-mana dinding atau
melakukan apa-apa poster/kertas/cartar yang boleh mencacatkan dinding.
9. Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Rumah tersebut
sepanjang tempoh perjanjian ini supaya sentiasa berada di dalam keadaan
baik dan boleh diduduki (susutan biasa samaada kerosakan oleh api, ribut
taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).

4
10. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan
apa saja perbuatan sumbang atau salahlaku atau sebarang perbuatan yang
menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh
menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di
kawasan tersebut.
11. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa
olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang
munasabah memasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau
pembaikan kepada rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap
adalah mustahak dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada AT3
12. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan
oleh AT3 atau pekerja-pekerja yang diupah AT3 atau pelawat dengan
kebenaran AT3 kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain
bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua
perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu
yang disebabkan oleh AT3.
13. Bertanggungjawab untuk membaiki sebarang kerosakan yang
disebabkan oleh kekerapan penggunaan AT3 atau penghuni Rumah tersebut
atau pelawat dengan kebenaran AT3 keatas mana-mana atau kesemua
perkara-perkara berikut;
i. Lampu Syiling dan “Stater” (tidak termasuk „housing” lampu).
ii. Kepala Paip.
iii. Pump Tandas
14. Menyerah kembali Rumah tersebut dengan keadaan baik, bersih dan
aman kepada Tuan Rumah apabila tempoh perjanjian ini tamat
mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.
15. AT3 dikehendaki mendapatkan lessen yang diperlukan untuk
kegunaan premis tersebut unutk aktiviti akademik dari pihak yang
berwajib.
16. AT3 diperlukan mengambil perlindungan insuran kebakaran dalam
jangkamasa penggunaan premis tersebut sebelum memulakan sesi
persekolahan.

5
17. Premis diistiharkan sebagai kawasan larangan untuk bukan ahli dan
kawasan larangan merokok dan perniagaan
18. Premis mestilah diistiharkan bebas dari tikus dan binatang-binatang
perosak. Ianya hendaklah dijaga dengan bersih setiap masa.
19. Perjalanan air di paip-paip hendaklah dititikberatkan supaya tidak
tersumbat, terutama pasa tandas, sinki dan air keluar di bilik-bilik
mandi.
20. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengguna Alat-alat extension letrik,
kecuali yang digunakan oleh pentadbiran sahaja. Ini adalah untuk
mengelakkan bahaya kecederaan, gangguan elektrik dan kebakaran.
21. Semua ruang premis boleh digunakan kecuali dua bilik di sebelah
kanan dewan. Bilik-bilik ini adalah khas untuk kegunaan tuan rumah.
22. Pihak kedua boleh membuat apa-apa tambahan yang difikirkan perlu,
tetapi semua tambahan hendaklah dibina di luar premis dengan wang
perbelanjaan pihak AT3, dengan syarat dimaklumkan kepada pihak
pertama terlebih dahulu.
23. Pihak AT3 perlu membaikpulih bilik mandi di bahagiann belakang
dapur unruk membolehkan pelajar-pelajar mandi dengan selesa.
24. Peralatan yang sedia ada hendaklah dijaga dengan baik sekiranya
diperlukan.
25. Adalah menjadi tanggungjawab pihak AT3 untuk menjaga kawasan
sekeliling supaya ianya sentiasa bersih, tiada bersampah dan rumput,
ditakuti bahaya ular, lipan dan lain-lain binatang berbisa.
26. Jawatankuasa ATTT akan melantik kedua-dua tuan rumah sebagai
AJK Akademi, dan akan dijemput hadir bersama-sama dalam semua
mesyuarat Jawatankuasa ATTT. Minit mesyuarat bagi semua
mesyuarat AJK hendaklah dihantar kepada pihak pertama.
27. Sebarang pertikaian di antara Tuan Rumah dan AT3 sepanjang
menduduki rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan
baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan
melalui Timbangtara.

6
PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut
dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada
haribulan dan tahun yang disebut di atas.

__________________________ _______________________
Tuan Rumah Ketua Rumah
Nama: Nama:

No Kad Pengenalan: No Kad Pengenalan:


MA 0207407-P
__________________________ _______________________

Tarikh: Tarikh:
___________________________ _______________________

__________________________ _______________________
Saksi Saksi
Nama: Nama:

No Kad Pengenalan: No Kad Pengenalan:

__________________________ _______________________

Tarikh: Tarikh:
___________________________ _______________________

Anda mungkin juga menyukai