Anda di halaman 1dari 8

MASJID AL-IKRAM

TAMAN SEJATI 3, 32000 SITIAWAN


PERAK DARUL RIDZUAN.

KERTAS KERJA
BENGKEL TAHSIN AZAN
SIRI 1

Anjuran :
Masjid Al-Ikram
(Unit Pendidikan & Pembangunan Ummah)
KERTAS KERJA
BENGKEL TAHSIN AZAN – SIRI 1
MASJID AL-IKRAM, TAMAN SEJATI 3
32000 SITIAWAN

1. PENDAHULUAN
Imam dan Bilal merupakan elemen penting dalam mengembangkan syiar Islam, Ianya
menjadi nadi penggerak masjid dan surau. Justeru itu, pegawai masjid perlu dididik dan
diasuh agar mereka boleh dan memiliki keyakinan untuk menjadi Bilal dalam melaungkan
azan. Bengkel Tahsin Azan sangat penting dalam melahirkan Bilal yang terlatih yang boleh
melaungkan azan dengan cara dan teknik yang betul serta dapat menjadi pemangkin untuk
melatih bilal-bilal muda pada masa akan datang. Oleh itu, satu sistem pemerkasaan perlu
dijalankan bagi memastikan peranan Bilal di Masjid Al-Ikram memberi kesan yang baik
kepada warga kariah Taman Sejati. Bengkel Tahsin Azan diadakan untuk mendedahkan
kepada bakal-bakal Bilal tentang cara pengendalian azan secara betul sebutannya dan
teratur lantunan suaranya. Selain itu, bengkel ini adalah untuk memantapkan kesediaan diri
para Bilal sebelum menjalankan tugas selaku penggerak utama Masjid Al-Ikram.

Semoga Hasrat ini akan terlaksana dan diberkati ALLAH SWT.

2. ANJURAN
Biro Pendidikan & Pembangunan Ummah Masjid Al-Ikram Taman Sejati 3.

3. OBJEKTIF
1. Mendedahkan para bilal tentang sejarah azan.
2. Mengenali makhraj-makhraj huruf dalam azan serta sebutannya.
3. Melatih muazin melaungkan azan dengan Teknik yang betul.

4. JANGKA MASA/TEMPAT
Tarikh : 16 Januari 2021
Hari : Sabtu
Masa : 8.15pg – 1.00ptg
Tempat: Masjid Al-Ikram
5. PENCERAMAH JEMPUTAN
Yang berbahagia Al-Fadhil Ustaz Amin bin Shahidan bin Tasir bin Ngah Samad bin Ngah
Sunni.

6. TEMA
Azan Syiar Islam

7. AHLI JAWATAN KUASA INDUK DAN PELAKSANA

Pengerusi : HAJI MOHAMAD RADZI BIN MOHAMAD NOR


Timb. Pengerusi : JALALUDDINASAYUTHI BIN MUHAMMAD ZAKI
Penyelaras : EN. ATZROULNIZAM BIN ABU
Setiausaha : UST. ARIF BIN SHAHIDAN
Juru acara : EN. ATZROULNIZAM BIN ABU
Bendahari : EN. MOHD NORMAN BIN MOHD FUAD
Ketua dapur : EN. NORDIN BIN KERIA
Ketua Keselamatan : EN. MOHD REDZUAN BIN ABDULLAH
Ketua Persiapan Tempat : EN. MUSNI RAIS BIN HAJI MUSTAFA

8. TENTATIF PROGRAM
8.00 pg Pendaftaran para peserta
8.15 pg Sarapan
8.45 pg Pengenalan serta taklimat bengkel
9.00 pg Modul 1
10.00 pg Modul 2
11.00 pg Minum pagi
11.15 pg Modul 3
12.15 Modul 4
tghr
1.00 ptg Majlis penutup oleh Timb. Pengerusi Masjid
1.30 ptg Solat Zohor
2.00 ptg Makan tengahari, bersurai

9. PESERTA
Bil Nama Peserta Jawatan
1 Meor Epandi Bin Baharom Bilal
2 Azman Bin Abd Rashid Bilal
3 Muhamad Tajul Asiken Bin Yunus Bilal
4 Nadzari Bin Siron Siak
5 Nordin Bin Keria Siak
6 Mohd Sahid Bin Misbah Siak
7 Musni Rais Bin Haji Mustafa Siak
8
9
10

10. KEWANGAN
Bil Perkara Jumlah (RM)
1. Bayaran Saguhati penceramah 300
2. Jamuan 200
3. Alat tulis 50
Jumlah 550

11. PENUTUP
Semoga dengan kerjasama yang erat akan memberi impak positif kepada perkembangan
ukhwah di antara kita. Besar harapan kami agar permohonan ini dipertimbangkan dengan
sewajarnya dari pihak tuan.

Sekian,Terima kasih
Disediakan Oleh Disemak Oleh

………………………………… …………………………..
Abdullah Arif Bin Shahidan Mohd Norman Bin Mohd Fuad
Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Bendahari Jawatankuasa Kariah
Ummah Masjid Al-Ikram
Masjid Al-Ikram
Taman Sejati 3,Sitiawan
Taman Sejati 3, Sitiawan

Disemak Oleh Disahkan Oleh

………………………….. .........................................
Atzroulnizam Bin Abu Haji Mohamad Radzi Bin Mohamad Nor
Setiausaha Jawatankuasa Kariah Pengerusi Jawatan Kuasa Kariah
Masjid Al-Ikram Masjid Al-Ikram
Taman Sejati 3,Sitiawan Taman Sejati 3,Sitiawan
Lampiran 1

Latar Belakang Guru

Nama : Amin bin Shahidan bin Tasir bin Ngah Samad bin Ngah Suni

Umur : 33 tahun, tahun 1988

Asal : Kg Lasah, Sg Siput Perak

Status : Berkahwin, dikurniakan 5 cahaya mata

Menetap : Taman Palma, Bandar Baru Seri Botani, Ipoh

Pendidikan :

1. Pengajian Pondok Tahfiz Lekir Setiawan, Perak,ditaqdirkan hafaz sebahagian/sempurna al-Quran


serta mempelajari kitab kelas bawah hingga pertengahan ilmu Nahu, Saraf, Tauhid, Tasauf dan
Feqah dll.

2. Pondok Pasir tumbuh seketika dan beberapa pondok/ Madrasah di semenanjung Malaysia

3. Diploma Al-Quran Wal Qiraat Tahfiz (seliaan cawangan Jakim) Negeri Perak.

4. Ijazah Talaqqi Sanad Khusus Qiraat 10 Sughra wa Kubra

5. Pengajian sebahagian kitab Feqah mazhab Syafi'e, Tasauf dan Tauhid Aqidah Asyairah. Bertalaqqi
kitab rendah hingga kitab pertengahan dengan Ulama' muktabar.

6. Meyelesaikan bacaan al-Quran khatam bersanad Qiraat 10 Sughro,Kubra dan Syawwaz.

7. Pengajian al-Quran masa singkat dengan guru tauliah di Masjid Al-Haram Makkah Mukarramah,
bertalaqqi Qiraat Ibnu kathir dan Hafs tahun 2018.

8. Khatam Sahih Bukhari keseluruhan 3 orang Masyeikh, Sunan Nasaie sebahagian ,Maulana Zubair
dan Sunan Abi Daud sebahagian, Syeikh Khairani .

9. Antara guru-guru yang dapat disebut disini :-

I. Shahidan bin Tasir, ayah, guru pertama dalam mengenal ‫ هللا‬dan huruf2 al-Quran /pengajian
muqaddam al-Quran, semasa di awal usia.

II. Ustazah Ainah al-Kedri, pengajian awal kanak2, iqra hingga masuk al-Quran, 1997.

III. Syakh Ahmad al-Misri,sempat mengkhatamkan al-Quran dengan beliau selama 5 hari, 2017.

IV. Syakh Abd Muhaimin al-Misri, 2006.

V. Syakh Dr Ali Jalabanah Urdun, guru sahih Bukhari dan al-Quran, mengkhatamkan Kitab Tuhfatul
Atfal dan Muqaddimah al-Jazariyah 2017.
Lampiran 1

VI. Syakh Khalid al-Misri, khatam al-Quran ulangan selama 5 hari dengan beliau,2016.

VII. Syakh Hasan Abu Sittah al-Misri, khatam al-Quran akhir Ramadhan pada tahun 2017.

VIII. Allayarham Syakh Husni ginting al-Langkati, mengkhatamkan al-Quran 30 juzu' selama 5
pertemuan dengan beliau, 2016.

IX. Syakh Dr Redha Ali Darwish al-Misri, khatam Qiraat 10 dengan beliau.

X. Syakh Idris al-Makki, guru al-Quran di masjid Haram tiang 81, membaca Hafs tariq jazari dengan
beliau selepas selesai umrah 2018.

XI. Syakh Ibrahim , guru hafazan al-Quran di masjid Haram, tiang 69, 2018.

XII. Syakh Ashraf Hasanain al-Misri, khatam sebahagian al-Quran 2015.

XIII. Ust Yaakup Seman, guru semasa remaja, mengambil banyak ketegasan dalam mengajar dengan
beliau. 2002-2006.

XIV. Allayarham Ust Saufi, guru semasa remaja, 2003-2004.

XV. Ust Ahmadal al-Azhari, guru semasa remaja, tahun 2004.

XVI. Syakh Abd Qadir, guru al-Quran di masjid Haram, tasmi' hafazan sebahagian Qiraat ibnu Kathir
2018.

XVII. Dr Surur Shahbudin an-Nadwi, pengarang kitab tajwid mengenal Riwayar Hafs, mengkhatamkan
al-Quran 30 juzu' dengan beliau selama 18 hari bulan ramadhan tahun 2012.

XVIII. Syakh Solah Khalifah al-Urduni,khatam beberapa kitab dengan beliau dan sebahagian bacaan
permulaan al-Quran, ahli Lajnah Tashih al-Quran Jordan.

XIX. Syakh Abd Nabiy mengkhatamkan kitab Tuhfatul al-Atfal dan sebahagian permulaan bacaan al-
Quran qiraat 7.

XX. Syakh Kurayyim Rajih, khatam Matan Syatibi, sebahagian matan Durrah al-jazariyyah.

XXI. Ustaz Mazlan Zaini, ahli lajnah Tashih al-Quran Malaysia, KDN. Sempat tasmi' hafazan 25 juzu'
dengan beliau.

XXII. Syakh Tawfiq Dhamrah ,mengkhatamkan kitab Itqan ,kitab hadis musalsal dan hadis 40 fadilah
al-Quran karangan beliau sendiri.

XXIII. Maulana Ibrahim, guru Hafazan dari Pakistan semasa di pondok tahfiz. Banyak mengambil
bacaan/teknik hafazan pakistan yang dengan beliau.

XXIV. Syakh Mohamad Nor(bekas pengarah Jaipk), ketua lajnah al-Quran Malaysia, KDN, guru semasa
menuntut di Maahad Tahfiz Negeri, Intim Ipoh Perak,membaca sebahagian Qiraat Warsy
dengan beliau semasa menjadi mudir di Intim.

XXV. Ust Zamzami al-Misri al-Kelantani, khatam kitab Muqaddimah al-Jazariyah.

XXVI. dan ramai lagi para guru-guru yang tidak dapat disebut disini.
Lampiran 1

10. Pengalaman kerja

I. Hakim tilawah al-Quran peringkat kolej perubatan , 2014.

II. Panel temuduga jakim, bgi gred41 pegawai agama jabatan kemajuan jakim Malaysia, 2015.

III. Berkhidmat guru al-Quran di Sek.Menengah Agama Tahfiz Imtiyaz , 2012-2015.

IV. Hakim tilawah jemputan sekitar Ipoh, majlis ihtifal srar, sekolah tahfiz 2012, 2015.

V. Menjawat jawatan imam, di masjid syakh jamil kholidi,simpang pulai Ipoh hingga skg.

VI. Kerja skg ,guru al-Quran dan fardhu ain di surau dan masjid sekitar Ipoh, dari 2009 hingga
sekarang. Pengasas dan pengajar utama di pusat pengajian al-Quran dan kitab di chandan
desa, simpang pulai, ipoh. Ada 9 subjek agama di ajar disini kpd masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai