YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN MENTERI
BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Bacaan doa
Majlis menjemput dan mempersilakan Al-Fadzil Tuan Haji Mad Jusoh bin Sudin
Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus untuk
memimpin bacaan doa.
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadzil Tuan Haji Jusoh bin Sudin Pegawai Hal
Ehwal Agama Islam Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus kerana memimpin
bacaan doa.
Majlis menjemput Yang Berhormat Dato’ Haji Norzam Bin Mohd Nor, Selaku Pengerusi
Jawatankuasa Induk Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Masakan Tradisional Negeri
Sembilan 2008 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Norzam Bin
Mohd Nor, Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Persukuan Adat Perpatih dan
Masakan Tradisional Negeri Sembilan 2008 di atas ucapan yang telah disampaikan.
Menjemput Yang Berhormat Tuan Mohammad Razi bin Haji Kail Jawatankuasa
Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta
Adat Istiadat Melayu selaku Moderator Kehormat memperkenalkan penceramah
Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar untuk memulakan Syarahan Negeri
Sembilan “Adat Perpatih dan Dunia Korporat ”.
Ditinggikan soranting
Bokato lidah e masin
Bocakap pintak e kabul
Bagaikan pokok di tongah padang
Tompek beramu bosa dan kocik
Rimbun daun tompek botoduh
Kuek dahan e tompek bogantung
Bosa batang tompek bosanda
Togap urek e tompek bosilang
Penyampaian cenderamata
7
TERIMA KASIH YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI
HASSAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Santapan di-Raja
Yang Teramat Mulia Dato’-Dato’ Undang Yang Empat dan Yang Teramat Mulia
Tengku Besar Tampin meningglkan majlis.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
meningglkan majlis.