Anda di halaman 1dari 64

KAUNSELING KEIBUBAPAAN

PERUNDINGAN KAUNSELING
KEIBUBAPAAN

Ubahsuai dan Disusun oleh;


Mohamad Shuhmy Shuib M.Sc.(Guide and Counseling)
Kaunselor Berdaftar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
copyright © othmanmohamed 1997(Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed)

1
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

PERUNDINGAN KAUNSELING
KEIBUBAPAAN

MODUL 1: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber Pembelajaran
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan

3. Bahan bacaan

Tajuk Pembelajaran
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang pembentukkan konsep
perundingan dalam kaunseling.

1. Konsep perundingan secara umum


2. Konsep perundingan dalam kaunseling

Kaedah Belajar
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian
1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab soalan uji sendiri.
2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang berikut :

" Fahamkan definisi perundingan dan bezakan dengan definisi kaunseling". Penulisan tidak melebihi 3
muka surat mengikut cara penulisan American Psychological Association.

Teks Wajib

Othman Mohamed. (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling.Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

2
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa. (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

TOPIK 1: KONSEP PERUNDINGAN KAUNSELING


PENGENALAN
Latihan yang diterima oleh seorang kaunselor adalah seimbang, memberi fokus kepada kedua-dua
pengetahuan tentang tingkahlaku manusia yang berbentuk afektif dan kognitif. Latihan demikian
menyediakan seorang kaunselor itu sebagai ahli profesional yang unik dalam masyarakat sekolah kerana
persediaan pengetahuan asasnya kepada kefahaman tentang aspek psiko-sosial dan pendidikan.
Kaunselor mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang tingkahlaku kanak-kanak, remaja, serta
proses pengajaran-pembelajaran.

Pengetahuan dan kemahiran ini boleh digunakan dengan lebih berkesan secara berkongsi dan membantu
guru-guru, ibu-bapa, atau kelompok yang signifikan untuk memahami tentang nilai, sikap, emosi serta
tingkahlaku mereka. Penglibatan sedemikian secara langsung membantu ibu-bapa, guru, dan kelompok
yang signifikan meningkatkan pengalaman dan pertumbuhan diri mereka. Aktiviti seperti ini adalah selari
dengan konsep perundingan atau konsultasi.  

DEFINISI PERUNDINGAN KAUNSELING


Ada berbagai definisi perundingan yang terdapat di dalam rujukan kajian. Caplan (1970), memberikan satu
definisi yang bersepadu. Perundingan melibatkan ciri kesukarelaan, dan perhubungan yang wujud antara
dua professional itu tidak melibatkan perhubungan berhairaki. Biasanya professional yang terlibat adalah
berasal dari bidang yang berbeza, seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis, pegawai kebajikan. Di
samping itu, perundingan bermatlamat untuk 1) memperbaiki tugas yang dijalankan oleh konsulti; 2)
memperkembangkan kemahiran konsulti sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah yang serupa
secara tersendiri pada masa hadapan. Sehubungan ini, bantuan yang dihulurkan dapat membantu orang-
orang profesional itu dalam menanangi aspek kesihatan psikologikal dalam tugas mereka semasa, dan
membolehkan mereka menanangi masalah yang serupa pada masa depan dengan lebih berkesan.

Lippitt dan Lippitt (1978), pula menyatakan proses perundingan itu melibatkan antara seorang perunding
dengan berbagai corak individu dan sistem, termasuk keluarga, sistem masyarakat dan sebagainya.
Kedua-dua definisi ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Definisi Caplan (1970) memberi
peneguhan kejituan kepada perundingan apabila hanya dua pihak professional sahaja yang terlibat dalam
proses perundingan. Kelemahan definisi Caplan amat ketara kerana proses seperti ini tidak dapat
diperluaskan kepada khidmat dengan kelompok bukan profesional dalam masyarakat.

Apabila definisi perundingan diperluaskan kepada kelompok seperti keluarga, sistem masyarakat, maka
timbul kontroversi sama ada proses perundingan itu boleh digunakan di luar ruang rujuk masalah
pekerjaan. Katz & Kahn (1978) melaporkan bahawa kebanyakan perunding berpendapat bahawa fokus
yang penting adalah cara proses perundingan itu dilaksanakan. Perlaksanaan biasanya menggunakan
teknologi yang spesifik bersamaan sistem komunikasi dan sumber maklomat yang baik. Tujuan proses
adalah supaya sumber yang mendapat khidmat itu menukarkan keadaan semasanya ke arah matlamat

3
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

yang hendak dicapai. Contohnya, satu proses perundingan dengan seorang guru akan fokus kepada cara
melayan peserta yang kurang berminat dalam suatu matapesertaan. Fokus perundingan dalam keadaan ini
mungkin akan menumpu kepada cara mendapatkan maklomat mengenai masalah peserta tersebut, cara
meyakinkan peserta tersebut tentang pentingnya prestasi akademik dengan kerjaya dan sebagainya.

Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987) pula menekankan ruang rujuk perundingan kepada khidmat
kemanusiaan. Ruang rujuk ini selari dengan pendapat Lippitt dan Lippitt (1978). Perundingan bermirip
khidmat kemanusiaan ini mementingkan proses penyelesaiaan masalah itu secara sukarela. Khidmat
perundingan boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsultinya. Di samping itu, asas proses
perundingan bertujuan untuk membantu konsulti memperkembangkan kemahiran dan sikapnya supaya
boleh berfungsi dengan lebih berkesan terhadap pihak yang ia bertanggungjawab. Tersemat dalam
maksud ini memberi erti bahawa perundingan diperluaskan kawasan pengunaannya kepada kelompok,
organisasi, selain daripada individu.

Antara aspek terpenting dalam proses perundingan ialah hubungan antara perunding dengan konsultinya.
Hubungan ini adalah sama rata. Ciri-ciri hubungan yang terbuka, ikhlas, penuh kerelaan hati, empati dan
ketulenan diri, kesemuanya menjamin hasil yang baik.

Ciri-ciri seperti ini sangat terdekat dengan manifestasi proses kaunseling. Namun, dalam kaunseling
prosesnya akan bermatlamat ke arah membantu klien mengatasi masalah psikologikal. Dalam proses
perundingan, perunding boleh mengenalpasti masalah psikologikal klien melalui konsulti dan memberi
saranan cara yang boleh dilaksanakan untuk mengatasinya. Sehubungan ini, proses perundingan tidak
berhasrat untuk menuju ke arah matlamat kaunseling secara langsung.

Berpegang kepada definisi yang dihuraikan, ada dua aspek yang ketara. Apabila perundingan itu di analisis
sebagai satu kemahiran atau kecekapan yang terampil, maksud definisinya adalah terhad kepada ahli
profesional. Apabila perundingan dianalisis sebagai satu proses maka terapanya adalah lebih condong
kepada hasrat bagi memperbaiki hubungan sesama insan dan lebih komprehensif.

Dalam erti kata lainnya, perundingan dapat didefinisikan sebagai upaya peningkatan keterampilan melalui
proses komunikasi terbuka yang dapat membantu penyelesaian masalah, di samping memastikan proses
hubungan sesama insan yang berlangsung secara sukarela dilaksana di dalam sistem yang komprehensif.

Proses perundingan melibatkan tiga peserta; perunding yang memberi khidmat bantuan itu menyampaikan
khidmat kepada klien melalui orang tengah atau perantara. Perunding merupakan seorang yang
mempunyai kepakaran. Kepakaran tersebut biasanya dikongsi dengan seorang orang tengah dan secara
tidak langsung membantu pihak yang ketiga untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
mengubah tingkahlaku dan sebagainya (lihat Rajah 1)

Dalam Rajah 1, orang tengah yang dimaksud itu dinamakan sebagai konsulti. Konsultilah yang akan
menjalankan proses membantu klien bagi menanangi kerumitan yang sedang dihadapinya. Perunding pula
merupaka seorang yang memberi tunjuk ajar kepada konsulti cara bagaimana untuk menanangi masalah
yang dihadapi klien. Dalam keadaan demikian kontak klien secara langsung dalam menanangi masalahnya
adalah dengan konsulti. Dalam proses perundingan, perunding menyalorkan kepakarannya kepada
konsulti.

4
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Dalam Rajah 2 pula, jelas dapat dipaparkan proses perundingan antara perunding (A) dengan konsulti (B).
Manakala hubungan diantara konsulti (B) dengan klien (C) adalah proses menolong. Sehubungan ini,
dalam keadaan yang di luar proses perundingan, apabila kaunselor menanangi masalah klien secara
hubungan langsung, interaksi ini tetap ke arah proses kaunseling (lihat Rajah 3)

MODUL 2: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang pembentukkan konsep
perundingan dalam kaunseling.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang disarankan seperti
berikut: " Huraikan apakah yang dipentingkan dalam proses perundingan kaunseling".

Teks Wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

5
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

TOPIK 1: Interaksi Perundingan


Pengenalan
Secara umum, perundingan merupakan satu proses interaksi antara dua orang profesional. Antara elemen
ciri yang dapat dipersetujui dalam perundingan adalah seperti berikut:

 Perunding sebagai seorang spesialis


 Konsulti yang memerlukan pertolongan
 Konsulti bersetuju bahawa perunding adalah personel yang mempunyai keterampilan bidang
berkaitan pertolongan yang diperlukan

Ciri ini boleh melibatkan seorang klien atau melebihi satu orang klien. Interaksi perundingan juga boleh
melibatkan perancangan program atau pengurusan pentadbiran. Rajah 4 dapat memaparkan interaksi
perhubungan perundingan antara kaunselor sebagai perunding dengan ibu bapa, guru, pengetua sebagai
konsulti, dan klien. Manakala klien mendapat pertolongan daripada konsulti.

Rajah 1 jelas menunjukkan aliran proses perundingan di antara kaunselor dengan konsulti. Pengilibatan
ibu bapa, pengetua, atau guru tingkatan di sini sebagai konsulti memaparkan bahawa mereka memainkan
peranan yang penting dalam perkembangan klien biasanya peserta di sekolah.

Manakala Rajah 5 pula menunjukkan keadaan proses perundingan antara perunding dengan konsulti.
Perhubungan yang jelas dalam perundingan adalah seperti berikut:

 Tidak ada hairaki di antara perunding dengan konsulti


 Proses perundingan dijalankan secara sukarela
 Perundingan dijalankan antara dua orang profesional
 Perundingan bertujuan memperbaiki tugas konsulti
 Perundingan memperkembangkan kemahiran konsulti
 Berlakunya perhubungan koordinat. Perhubungan ini bermaksud pengetahuan yang diperolehi
konsulti daripada perunding akan diserap ke dalam sistem pemikiran konsulti

Di dalam perhubungan perundingan, kedua-dua perunding dan konsulti dianggap sebagai pakar.
Perunding tidak ada kuasa ke atas konsulti. Ini memberi implikasi bahawa konsulti boleh menolak saranan
perunding. Implikasi selanjutnya kolsultilah yang bertanggungjawab ke atas segala tindakannya sendiri.

Ciri Perundingan
1. Di dalam perundingan kesihatan mental, dua orang yang dianggap sebagai profesional akan
terlibat dalam perundingan.
2. Konsulti memberi penjelasan tentang masalah yang sedang dihadapi seperti:

1. kecelaruan mental
2. personaliti

6
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

3. antara personel
4. pengurusan

1. Perunding perlu memperolehi pengetahuan yang mendalam tentang bidang yang dikemukan di
dalam perenggan 2 di atas.
2. Tanggungjawab pengurusan, pentadbiran tentang masalah konsulti adalah hak konsulti.
3. Konsulti tidak terikat dengan saranan perunding.
4. Perhubungan secara koordinat atau perhubungan sama rata tanpa hairaki membolehkan
pertukaran idea yang selesa di antara perunding dengan konsulti.
5. Proses perundingan biasanya tidak berpanjangan. Lazimnya pertemuan akan berlaku sebanyak di
antara dua hingga tiga sesi perundingan.

Ciri proses perundingan yang baik dapat dilihat seperti di dalam Rajah 6.

MODUL 3: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang pembentukkan konsep
perundingan dalam kaunseling.

1. Konsultasi kesihatan mental Caplan.


2. Perundingan modaliti perkhidmatan insan Lippitt & Lippitt.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini,

7
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

sila buat tugasan yang disarankan."Huraikan perpezaan antara pendkatan Caplan dengan pendekatan
Lippitt & Lippitt".

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan


Pengenalan
Sebagai seorang pengasas dalam ilmu perundingan kesihatan mental, Caplan telah mengemukakan
beberapa konsep asas dalam proses perundingan seperti berikut:

1. Perundingan dilakukan di antara dua orang profesional.


2. Definisi masalah adalah seperti yang dikemukakan oleh konsulti.
3. Tanggungjawab kerja pentadbiran dan tugas perlaksanaan adalah ditanggung oleh konsulti.
4. Idea perunding tidak semestinya diterima oleh konsulti.
5. Perhubungan di antara perunding dengan konsulti tidak ada hairaki.
6. Biasanya perunding berasal dari luar organisasi di mana konsulti berkhidmat.
7. Pertemuan di antara perunding dengan konsulti adalah sekali-sekala.
8. Pemberian maklumat oleh perunding tidak menyeluruh kerana perlu mengelakkan pergantungan
oleh konsulti kepada perunding.
9. Terdapat dua matlamat di dalam proses perundingan:
i. memperbaiki kefahaman
ii. meningkat kemahiran konsulti
10. Tujuan perundingan biasanya adalah bagi meningkatkan dan memperbaiki prestasi kerja konsulti.
11. Perundingan tidak fokas kepada masalah peribadi.
12. Perunding peka kepada perasaan yang diluahkan oleh konsulti.
13. Peranan tidak terhad kepada tugas perundingan dalam keadaan kecemasan.

JENIS PERUNDINGAN
Caplan membezakan antara empat jenis perundingan:  

1. Fokus perundingan berkaitan dengan kerumitan yang dialami klien.


2. Fokus perundingan berkaitan dengan kerumitan pentadbiran.
3. Matlamat perundingan bagi memberi maklumat.
4. Matlamat perundingan bagi memperbaiki daya penyelesaian masalah konsulti.

8
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 2: Perundingan Modaliti Perkhidmatan Insan Lippitt & Lippitt


Pengenalan
Model perundingan yang dikemukakan oleh Lippitt dan Lippitt (1978) pula memberi fokus kepada interaksi
serta proses yang berlaku semasa perundingan di antara perunding dengan sistem. Sistem di sini
bermaksud individu, keluarga dan juga masyarakat. Model yang di kemukakan oleh Lippitt dan Lippitt ini
lebih meluas berbanding dengan model Caplan. Lippitt dan Lippitt menamakan modelnya sebagai
Perundingan Perkhidmatan Insan. Definisi yang di kemukakan oleh Lippitt dan Lippitt begitu bersepadu
seperti berikut:

1. Perundingan adalah sebagai satu proses penyelesaian masalah secara sukarela.


Perkhidmatan ini pula boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsulti.
2. Asas perundingan adalah bertujuan bagi membantu konsulti memperkembangkan sikap
dan kemahiran, supaya membolehkan konsulti berfungsi dengan lebih berkesan.
3. Matlamat di dalam proses perundingan adalah :

 Bagi memperbaiki khidmat kepada orang yang ketiga, iaitu klien.

 Bagi memperbaiki keupayaan konsulti untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

4. Di samping ini, perhubungan dan proses perundingan adalah setaraf di antara perunding
dengan konsulti.
5. Ciri di dalam proses perundingan terserlah dengan adanya sifat seperti:

 Kerelaan hati perunding  


 Pandangan yang terbuka oleh perunding  
 Ketulenan diri oleh perunding  
 Wujud rasa empati oleh perunding

Apabila diperhatikan ciri di dalam proses perundingan yang dikemukakan oleh kedua-dua Caplan dan
Lippitt & Lippitt, maka agak terserlah bahawa wujud keserupaan antara kaunseling dengan perundingan.
Malahan di dalam sorotan literatur pendekatan kaunseling itu dianggap sebagai strategi intervensi orde
yang pertama. Manakala pendekatan perundingan adalah dianggap sebagai strategi intevensi orde kedua.
Jelas bahawa di dalam pendekatan perundingan sasaran utama – iaitu klien tidak bersemuka secara
langsung dengan kaunselor yang memberikan khidmat sebagai perunding. Klien mendapatkan pertolongan
melalui konsulti.

Perundingan modaliti oleh Lippitt & Lippitt bermatlamat bagi mewujudkan perubahan yang positif dalam
sistem emosi klien melalui pertolongan yang disampaikan oleh konsulti. Perubahan ini boleh berlaku
dengan dua cara:

9
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

1. Secara pasif. Perubahan emosi melalui cara pasif dimana kuasa perubahan tidak terkawal
oleh konsulti yang berkenaan. Dalam keadaan ini, kaitan secara langsung tentang tindakan
yang di ambil ke atas mengubah emosi klien di lakukan selain dari konsulti. Ini bermakna
bahawa konsulti hanya bertindak sebagai pemangkin perubahan.
2. Secara aktif. Perubahan emosi adalah hasil daripada usaha sistem itu sendiri yang mengarah
penyelesaian masalah dan pencapaian maklumat. Dalam keadaan ini, konsulti itu sendiri yang
memainkan peranan bagi menggerakkan tindakan perubahan ke atas emosi kliennya. Konsulti
berperanan aktif dengan melakukan pelbagai tindakan yang mempunyai unsur-unsur bagi
mengubah emosi dan perlakuan klien.

©copyright othmanmohamed

MODUL 4: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang pembentukkan konsep
perundingan dalam kaunseling.

1. Cara perlaksanaan perundingan modaliti Perkhidmatan Insan.


2. Perubahan dalam perundingan.
3. Matlamat perundingan modaliti Perkhidmatan Insan.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

10
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang disarankan. "Pilih
tiga cara perlaksanaan modaliti Perhubungan Insan dan huraikannya besertakan contoh dalam
pengalaman anda".

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

Topik 1: Cara perlaksanaan perundingan modaliti Perkhidmatan Insan


Pengenalan
Dalam modaliti ini terdapat lima cara bagi melaksanakan proses perundingan seperti

 Secara langsung;
 Sebagai perantara;

 Secara kolaboratif;

 Sebagai sistem sokongan;

 Kepekaan tentang sikap dan perasaan.

Cara atau elemen perlaksanaan ini penting kerana tersemat di dalamnya ciri yang akan memudahkan
proses perundingan di antara perunding dengan konsultinya.

Secara langsung.
Dalam keadaan ini, konsulti mendapatkan perkhidmatan secara langsung dari perunding. Manakala
perunding pula tidak keberatan menjalankan proses intervensinya secara langsung ke atas sistem
sasarannya. Keadaan ini dapat di paparkan seperti di dalam Rajah 6. Dalam contoh ini, konsulti telah
meminta perunding menjalankan satu latihan di dalam organisasinya yang melibatkan ahli di dalam
organisasi. Ahli tersebut boleh dianggap sebagai klien dalam erti kata definisi oleh modaliti Lipit & Lipit.
Apabila perunding bersetuju dengan perlaksanaan latihan tersebut, perunding akan juga menangung
sepenuhnya tanggung jawab ke atas hasil latihan yang akan dijangkakan ke atas sasarannya.

Sebagai perantara.

11
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Dalam keadaan ini perunding dianggap sebagai memainkan peranagn orang perantaraan. Pada biasanya,
keadaan berlaku di mana masalah yang timbul melibatkan terputusnya komunikasi akibat pertelingkahan di
antara individu atau pun kelompok. Perunding di sini menerima tanggung jawab membuat analisis masalah
yang berlaku dengan pertolongan konsulti dan ahli lain yang terlibat dngan masalah komunikasi tersebut.

Secara kolaboratif.
Dalam keadaan ini, perunding mempunyai anggapan bahawa konsulti adalah sebagai rakan sekerjanya di
dalam proses menghasilkan perubahan dalam sistem sasaran. Biasanya keadaan ini agak teserlah apabila
sistem persekolahan itu diambil sebagai satu contoh. Sasaran yang mungkin relevan adalah peserta
sebagai klien yang memerlukan pertolongan. Guru sebagai rakan sekerja kaunselor sekolah akan
mendapatkan perkhidmatan perundingan sebagai satu cara bagi menanangi masalah yang dihadapi
dengan pesertanya baik di dalam bilik darjah atau pun dalam interaksi biasa di luar bilik darjah. Peranan
kaunselor yang mewajarkan imej melaksanakan tugas secara kolaboratif ini akan dapat merapatkan lagi
perhubungan dirinya sebagai seorang profesional dengan guru dan personel sekolah yang lain.

Sebagai sistem sokongan.


Perundingan adalah merupakan sebagai sebahagian daripada cara pertolongan mekanisme penyelesaian
masalah. Dalam alam realiti, perundingan tidak dapat digunakan secara bersendirian. Perundingan
merupakan sebagai satu dari alternatif mekanisme pertolongan seperti kaunseling, kocing dan dalam
keadaan yang spesifik penyeliaan. Namun, perundingan mengambil tempat istimewa dalam menyerlahkan
kaedah pengajaran secara bersahaja bagi mewujudkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran konsulti.

Kepekaan tentang sikap dan perasaan.


Dua elemen, sikap dan perasaan ini penting. Namun, perunding wajar menumpukan tindakan yang
berasingan terhadap kedua elemen ini. Perunding mesti faham tentang hipotesis berkaitan isu yang
sedang menghindar konsulti dari berfungsi secara optima. Contohnya, perasaan yang disimpan oleh
konsulti mesti dapat diselami oleh perunding. Ada kemungkinan konsulti masih memendam sesuatu
perasaan yang belum dapat diselesaikan. Dalam keadaan demikian, adalah menjadi tanggungjawab
perunding dapat persetujuan dari konsulti bagi menggerakkan proses penyelesaian perkara yang belum
selesai itu melalui proses kaunseling. Biasanya bagi mengelakkan timbul isu perhubungan penduaan maka
kaunseling dijalankan oleh seorang kaunselor selain dari perunding.

Perunding juga akan berhadapan dengan isu sikap dalam perhubungan di antara perunding dengan
konsulti. Sikap adalah dipunyai secara tersendiri oleh konsulti. Setiap konsulti sebagai seorang insan
memang mewajarkan ciri personaliti yang pelbagai. Cara melayan konsulti adalah amat penting. Layanan
yang menyerupai layanan seperti di dalam proses kaunseling adalah sebahagian dari seni yang begitu
halus mesti diperolehi perunding. Dalam perkara ini, kemahiran kaunseling amat penting diterapkan ke
dalam perlaksanaan proses perundingan.

12
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 2: Perubahan dalam perundingan


Pengenalan
Perundingan adalah strategi intervensi yang melibatkan perhubunganantara seorang penolong profesional,
kliennya dan sistem sebagai sasaran yang berkehendakkan pertolongan. Pada biasanya, perhubungan
adalah bersifat sementara namun produktif apabila perhubungan itu berbentuk sukarela (Lipit dan Lipit).
Dari definisi ini dapat satu implikasi sekiranya dilihat dari aspek keterampilan, maka perundingan hanya
dapat diberi khidmat serta dinikmati oleh orang profesional sahaja. Namun, apabila perundingan itu sendiri
seperti mana yang dikemukakan oleh Lipit dan Lipit sebagai satu proses, maka kawasannya lebih meluas
mengabungi hubungan sesama insan.

Prinsip yang boleh melibatkan perubahan


1. Bagi perundingan dapat menikmati kejayaan, perkhidmatan ini perlu mendapat sokongan oleh
orang-orang yang paling berkuasa di dalam sistem sasaran.  
2. Perubahan dapat dilihat sebagai mengurangkan kerja, tanggungan yang semasa.  
3. Sesuai dengan nilai dan idealisma sistem sasaran.
4. Menawarkan matlamat, penyelesaian, pengalaman yang diminati oleh sistem sasaran.  
5. Sistem sasaran tidak merasa bahawa intervensi perunding menggangu keselamatan dan
otonominya.  
6. Disokong secara sebulat suara oleh sistem sasaran.  
7. Sistem sasaran faham, bersetuju tentang masalah pokok yang sedang dialaminya.  
8. Sistem sasaran mengalami sokongan kepercayaan, keyakinan penerimaan dalam
perhubungan antara perunding – konsulti.  

Sistem sasaran juga terlibat dalam proses penilaian.

Topik 3: Matlamat perundingan modaliti Perkhidmatan Insan


Pendahuluan
Matlamat perlu dicapai di dalam sesuatu proses perkhidmatan pertolongan. Matlamat dapat memberi arah
tujuan bagi melaksanakan sesuatu perancangan dan tindakan yang baik. Dalam perundingan modaliti
Perkhidmatan Insan matlamat perundingan menumpu ke arah mengoptimumkan keberkesanan sistem
sasaran.

1. Timbulkan satu perasaan aktif tentang kesedaran diri konsulti dan sistem sasaran.
2. Wujudkan suatu suasana di mana pembelajaran serta kefahaman diberi penghargaan.
3. Pengaruh sistem sasaran agar lebih terbuka bagi menerima perubahan.

13
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

4. Tanamkan satu perasaan keyakinan dan perasaan penuh kemahiran terhadap kebolehan
sistem sasaran itu berupaya menyesuaikan dengan perubahan yang positif.

MODUL 5: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang pembentukkan konsep
perundingan dalam kaunseling.

1. Peringkat dalam perundingan.


2. Kemahiran perundingan.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila sila buat tugasan yang disarankan.
1. "Bincang dan bezakan peringkat perundingan dengan kaunseling"?
2. "Bagaimanakah perlunya kemahiran kaunseling diterap ke dalam proses perundingan
kaunseling keibubapaan"?

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

14
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 1: Peringkat dalam perundingan


Pengenalan
Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987), mencadangkan peringkat seperti berikut:

1. Kemasukan. Sebaik sahaja seorang perunding bersedia melibatkan diri dalam proses perundingan,
beliau sudah boleh menilai dirinya dan persediaan konsulti menerima proses tersebut. Di samping itu
perunding sudah dapat mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan. Dalam keadaan yang sama
perunding besedia menggunakan strategi membentuk hubungan bekerja secara bersepakat `teamwork'.
Dalam suasana demikian segala nilai, keperluan, anggapan pekerjaan sudah dapat dijelaskan dengan
baik, tujuan mengeratkan bekerja secara bersepakat.

2. Memulakan perhubungan perundingan. Hubungan yang positif mementingkan hubungan yang sama rata
di antara perunding dengan konsulti. Komunikasinya adalah terbuka, bermakna prosedur ini memberi
peluang kepada kedua-dua perunding dan konsulti menyatakan kehendak masing-masing, gaya bekerja
masing-masing. Di samping itu kedua-dua pihak adalah terikat dengan kerahsiaan dan komunikasi
maklomat. Taraf tidak berhairaki adalah penting di antara perunding dengan konsulti. Walaupun perunding
tidak mempunyai kuasa yang formal, kuasanya tersemat dalam penghormatan yang diberi kepadanya oleh
konsulti berasaskan kepakarannya.

3. Penentuan keperluan. Sebelum satu persetujuan diperolehi berhubung dengan keadaan masalah yang
sebenar, proses konsultasi tidaklah wajar untuk dimulakan. Cara penilaian masalah sebenar adalah
berbeza. Walau bagaimana pun, penaksiran keperluan perunding -- konsulti biasanya tidak terkeluar
daripada model perundingan.

4. Penentuan masalah dan matlamat. Masalah yang hendak diselesaikan perlu dijelaskan secara terperinci
dan mantap. Kedua-dua pihak perlu membuat analisis tentang dasar yang akan dilaksanakan. Konsep
tentang ruang rujuk kerja yang paling sesuai wajar di kenalpasti dan difahami oleh semua pihak yang
terlibat. Keseluruhan proses kefahaman yang asas ini adalah untuk menentukan bahawa perundingan
dijalankan untuk menyelesaikan masalah yang sebenar.

5. Pemilihan strategi. Selepas penjelasan matlamat secara jelas, perunding perlu meneroka segala
altenatif yang berkemungkinan. Dalam hal ini, perunding membantu konsulti meneroka altenatif merancang
satu strategi yang baik. Prinsip teori bersistem yang berasaskan kepada konsep `equifinality' adalah
penting kerana di dalam satu sistem terdapat pelbagai strategi ke arah mencapai matlamat yang sama.

6). Melaksanakan strategi. Peringkat ini akan menentukan sama ada segala konsep yang diterokai semasa
persediaan proses benar-benar dapat dijayakan. Oleh yang demikian, segala perancangan dan
perlaksanaan wajar bermotif fleksibel. Masalah yang tidak diduga berkemungkinan berlaku dan perlu
dihadapi secara sistematik. Perhubungan yang konsisten antara perunding dan konsulti adalah penting
untuk mengukur perkembangan yang semasa.

7. Penilaian. Setiap proses perundingan perlu mempunyai satu sistem bagi mengukur perancangan yang
dilaksanakan. Penilaian boleh dijalankan secara formatif, apabila kaedah serta proses tidak formal tidak
begitu ketara. Dalam penilaian seperti ini, tujuan adalah bagi mengenalpasti dan memantau sejauh

15
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

manakah tindakan perlaksanaan konsultasi berjaya seperti dirancangkan pada peringkat yang tertentu.
Biasanya kerjasama adalah antara perunding dengan konsulti sahaja, dan tidak melibatkan pihak lain.
Penilaian secara summatif mementingkan laporan yang formal. Maklombalas biasanya adalah diperlukan
oleh pihak yang berkuasa tentang perlaksanaan suatu dasar terhadap organisasi.

8. Tamat. Peringkat ini memberi satu formaliti bahawa proses perundingan diberhentikan secara
persetujuan antara perunding dengan konsulti. Bagaimana pun kesan dan hasil daripada proses
perundingan itu tetap terjalin dengan klien yang menerima khidmat tersebut.

Topik 2: Kemahiran perundingan


Baker (1981), mencadangkan bahawa perunding di alam pendidikan perlu mempunyai kemahiran yang
berikut:

1. Kebolehan secara berkesan untuk menyampaikan kemudahan khidmat perkhidmatan kepada


bakal pelanggan.
2. Kefahaman tentang menggunakan satu sistem untuk menganalisis dan menjalankan proses
perundingan.

3. Memberi latihan kepada konsulti tentang kemahiran asas untuk melayan klien.

4. Faham tentang perkaitan antara proses psiko-sosial dengan proses pendidikan.

5. Membantu konsulti mengenalpasti masalah yang sedang dihadapi.

6. Membantu konsulti menggubal strategi yang tertentu untuk menyelesaikan masalah yang sedang
dihadapi.

7. Membantu konsulti melaksanakan strategi penyelesaian masalah.

8. Patuh kepada syarat etika dan segala peraturan undang-undang.

Kemahiran yang berguna dalam peringkat perundingan


Peringkat kemasukan.
1. Perhubungan antara insan
2. Mendengar secara aktif
3. Empati
4. Pengluahan swadiri
5. Refleksi

Peringkat mengenalpasti masalah.

16
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Peringkat ini berkaitan dengan penentuan keperluan , di samping menentukan masalah dan matlamat.
Kemahiran yang sesuai adalah seperti berikut:

1. Memberi fokus
2. Parafrasa
3. Mengulang
4. Penentuan matlamat
5. Empati
6. Ketulenan diri
7. Komitmen
8. Penjelasan

Peringkat susulan.
1. Berani mengambil risiko
2. Sikap terbuka
3. Tegas
4. Ketahanan diri

Peringkat perlaksanaan.
Peringkat ini menumpu kepada aliran strategi semasa melaksanakan proses perundingan. Kemahiran yang
sesuai adalah seperti berikut:

1. Maklum balas
2. Kesabaran
3. Fleksibel
4. Hubungan antara insan
5. Empati
6. Ketulenan diri
7. Mengatasi perasaan negatif
8. Mengatasi rintangan swadiri

Peringkat tamat.
1. Memberi dan menerima maklumbalas
2. Parafrasa
3. Empati

17
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

MODUL 5: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang pembentukkan konsep
perundingan dalam kaunseling.

1. Perundingan kesihatan mental Caplan.


2. Ciri perundingan modaliti Caplan.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang disarankan.
"Apakah ciri terpenting dalam perundingan modaliti Caplan".

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

18
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan


Pengenalan

Pendekatan ini memberi tumpuan kepada konsep kesihatan mental komuniti. Fokus adalah kepada
pendekatan psikodinamik di antara konsulti dengan perunding dan apabila proses pertolongan di ambil alih
oleh konsulti, fokusnya beralih kepada konsulti dengan kliennya. Elemen yang ditumpukan di dalam proses
perundingan adalah aspek wawasan psikologikal. Maka dari segi hasil yang hendak dicapai daripada
perundingan ada persamaannya dengan proses terapi psikodinamik.

Tiga perkara yang terserlah di dalam pendekatan perundingan Caplan adalah seperti berikut:

1. Konsep perhubungan setaraf atau egalitarian di antara perunding dengan konsulti.


2. Gangguan tema.
3. Empat pendekatan perundingannya seperti berikut:

 Pendekatan pemusatan klien


 Pendekatan pemusatan konsulti
 Pendekatan pemusatan program pentadbiran
 Pendekatan pemusatan konsulti pentadbiran

Topik 2: Ciri perundingan modaliti Caplan


1. Kaedah dilaksanakan di antara dua orang profesional.
2. Modaliti ini banyak tertumpu kepada aspek kesihatan mental. Perunding dianggap sebagai pakar
dalam bidangnya. Fokus masalah yang ditangani adalah seperti:

 Kecelaruan mental yang merangkumi psikosis; neurosis; kecelaruan personaliti; masalah


penyesuaian; dan kecelaruan perlakuan.
 Pertumbuhan kesihatan klien.
 Masalah antara insan.

3. Perunding tidak ada tanggungjawab pentadbiran ke atas konsulti.


4. Perunding tidak terpaksa menerima idea, cadangan perunding.
5. Perhubungan di antara perunding dengan konsulti tidak berhairaki. Wujud kebebasan menerima
atau menolak idea. Keadaan ini adalah selari dengan perhubungan koordinat.
6. Biasanya di dalam bentuk modaliti Caplan, perunding datang dari luar institusi. Penglibatannya
adalah untuk seketika sahaja.
7. Siri temuduga di antara perunding dengan konsultinya adalah pendek dan mengambil hanya lebih
kurang dua atau tiga pertemuan sahaja. Sungguh pun begitu perbincangan dan perjumpaannya
tidak tetap.
8. Di samping pertemuan yang pendek, ianya tidak semesti berterusan.
9. Pada lazimnya, perunding bergerak balas ke atas kehendak konsulti.

19
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

10. Selain membantu memperbaiki masalah konsulti, perunding juga memperbaiki kefahaman konsulti
tentang masalahnya yang semasa. Di samping itu, prosesnya juga dapat membantu meningkatkan
kemahirannya menanangi masalah akan datang.
11. Memperbaiki harga diri klien hasil dari usaha memperbaiki kemahiran konsulti.
12. Tidak fokus kepada masalah peribadi konsulti.
13. Sekiranya ada tumpuan kepada masalah peribadi konsulti, ianya lebih kepada perbincangan dan
bukan dalam erti kata proses kaunseling.
14. Mengguna kaedah perundingan yang bersesuaian. Di sini konsep vicarious liability tetap diambil
perihatin bagi menjaga keselamatan konsulti dan juga klien.

 
MODUL 7: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang pembentukkan konsep
perundingan dalam kaunseling.

1. Perundingan Kesihatan Mental Caplan Model Pemusatan Klien


2. Langkah Perundingan Model Pemusatan Klien

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang disarankan.
"Berasaskan Rajah 7 dalam modul, apakah yang anda faham tentang proses perundingan kaunseling
mengikut model Pemusatan Klien"?

20
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Model Pemusatan


Klien
Fokus: Membuat satu perancangan yang dapat membantu klien cara yang sepsifik.

Matlamat: Menasihati konsulti tentang rawatan terhadap klien.

Peranan perunding: Tanggungjawab menilai. Selanjutnya cadangan tindakan.

Contoh: Kaunselor sebagai perunding diminta membuat diagnosis tentang masalah penteng sekolah. Pada
biasanya akan berjumpa dengan klien konsulti.

Dalam model pemusatan klien, konsulti akan meminta bantuan daripada perunding tentang cara
bagaimana menanangi kes yang dianggapnya rumit (Lihat Rajah 7) . Perunding akan secara langsung
memeriksa dan membuat diagnosis terhadap masalah yang dihadapai klien. Perunding dirujuk oleh
konsulti sebagai seorang pakar atau spesialis. Di samping memberi diagnosis, perunding akan memberi
saranan preskriptif secara lisan kepada konsulti apakah cara rawatan yang paling sesuai. Sasaran dalam
proses perundingan di sini adalah kemajuan klien. Inilah yang diharapkan sebagai suatu hasil perundingan.
Namun, tanggungjawab proses pertolongan masih di dalam kawasan konsulti.

Cara menangangi kes

Topik 2: Langkah Perundingan Model Pemusatan Klien


Pengenalan
Langkah I   Wujudkan kontak permulaan.

1. Perbincangan awal tentang cara dan prosidur perundingan.


2. Perlu dihuraikan peranan masing-masing di antara perunding dengan konsulti.

Langkah II   Perunding menjalankan penilaian terhadap klien.

1. Diagnosis oleh perunding dianggap penting.


2. Mengumpulkan data secara pentigasegian.

21
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Langkah III   Sebaik mendapat mengumpulkan data, perunding akan kemukakan satu laporan.

1. Perbincangan secara bersemuka dengan konsulti tentang bagaimana diagnosis dilakukan


serta memberi penjelasan ke atas pengumpulan data dan diagnosis.
2. Perbincangan juga meliputi cara bagaimana untuk mengelakkan sala faham dan salah
komunikasi antara perunding dengan konsulti.

Langkah IV   Peranan perunding menyerlahkan perhubungan koordinat dalam perancangan proses
perundingan.

Langkah V   Susulan.

1. Penilaian dan perancangan memperbaiki untuk keperluan yang mendatang.

MODUL 8 : PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang pembentukkan konsep
perundingan dalam kaunseling.

1. Perhubungan setaraf dan perhubungan koordinat.


2. Perundingan kesihatan mental Caplan: Modaliti Pemusatan Konsulti.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

22
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini sila buat tugasan yang disarankan.
"Bincangkan bagaimana mekanisme beladiri boleh menjadi penghalang dalam proses perundingan
kaunseling"?

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Perhubungan setaraf


dan perhubungan koordinat
Pengenalan
Konsep perhubungan setaraf atau perhubungan eglitarian sangat dituntut dalam proses perundingan
modaliti Caplan. Malahan di dalam pelbagai pendektan perundingan selepas Caplan, konsep ini juga
diterima pakai bagi menjalinkan suasana penerimaan di antara perunding dengan konsulti. Di dalam Rajah
8, dan lihat juga Rajah 5, di dalam Modul 2, jelas menunjukkan tidak adanya tahap berhairaki di antara
perunding dengan konsulti. Malahan, perhubungan sama taraf atau perhubungan egalitarian ini boleh
merangsangkan suatu penerimaan perbincangan di antara perunding dengan konsulti tanpa rasa
terancam.

Dalam perundingan modeliti yang dikemukakan oleh Caplan, konsep perhubungan koordinat ini
memainkan perang yang penting kerana segala prosedur proses berandaian bahawa perhubungan
koordinat ini lumrah wujud dan difahami oleh kedua pihak perunding – konsulti.

Konsep perhubungan koordinat memberi maksud wujudnya elemen yang berikut:

1. Rasa hormat menghormati.


2. Wujudnya sokongan.
3. Adanya penglibatan yang aktif.
4. Wujudnya suatu jangkaan untuk mengambil rasa tanggungjawab ke atas rawatan yang di beri.

Keseluruhan elemen yang disebutkan di atas memberi pengertian bahawa dalam perhubungan di antara
perunding dengan konsulti sewajarnya berlaku kesalingan faham memahami. Di samping di antara
perunding dengan konsulti juga digalakkan suatu kesalingan perhubungan yang sama rata.

23
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Modaliti Pemusatan


Konsulti
Pengenalan
Fokus di dalam modaliti adalah kepada konsulti. Modaliti ini beranggapan bahawa konsulti tetap
mempunyai beberapa kekurangan. Sehubungan ini, perunding berusaha untuk memperbaiki serba
kekurangan yang dihadapi oleh konsulti. Kekurangan tersebut dipercayai akan mengurangkan kefungsian
kaunseling yang dijalankan oleh konsulti. Dalam keadaan demikian, kekurangan ini tidak pasti sama ada
disedari atau tidak disedari oleh konsulti. Namun, di dalam proses ini, klien langsung tidak terlibat di dalam
interaksi perunding dangan konsulti.

Elemen utama di dalam modaliti Pemusatan Konsulti


Fokus: Memperbaiki fungsi profesional konsulti, terutama kepada kes yang spesifik.
Matlamat: Mendidik konsulti.
Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar berupaya mengenal pasti

punca kerumitan yang dihadapi oleh konsulti. Selanjutnya bertindak secara tidak langsung bagi
memperbaiki kerumitan tersebut.

Contoh: Seorang guru atau pun kaunselor peserta meminta bantuan tentang cara bagi mengatasi masalah
penyalahgunaan dadah di kalangan peserta.Dalam menanangi kes seperti ini perunding tidak ada
hubungan secara langsung dengan klien konsulti.

Masalah yang lazim dihadapi oleh konsulti dalam modaliti pemusatan konsulti dan cara mengatasinya
adalah seperti di dalam Jadual 1.

MODUL 9: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan


Gangguan tema

Pengenalan
Dalam proses menjalankan perundingan, perunding mesti berinteraksi dengan konsultinya. Konsulti pula
ada kalanya berhadapan dengan pelbagai masalah yang menjadi rintangan dalam melaksanakan
perjalanan kaunseling atau pertolongan dengan kliennya. Keadaan tersebut boleh berlaku hasil daripada
pelbagai pengalaman negatif yang dilalui oleh konsulti sendiri. Pengalaman lampau itu boleh menjadi

24
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

penghalang bagi membuka minda konsulti kepada suatu persepsi yang agak tidak berbelah bagi apabila
menghadapi dengan masalah yang diajukan oleh kliennya.

Keadaan yang dialami oleh konsulti itu mungkin merupakan satu masalah atau kegagalan. Pengalaman
yang dilalui itu pula menyerap didalam tahap bawah sedar konsulti sehingga mempengaruhi segala
jangkaan yang boleh merumitkan tugasnya sebagai seorang penolong yang berkesan semasa menjalakna
sesi pertolongan dengan klien. Keadaan ini menyerupai suatu silogisma yang mana konsulti tidak dapat
mengelakkan kaitan diantara satu keadaaan yang pernah dialaminya dengan kesan atau hasil yang tidak
diinginkan. Sebagai contoh:

`A’ memberi suatu pernyataan keterangan tentang sesuatu keadaan yang biasa berlaku pada
dirinya. Perkara ini dimaklumkan kepada kaunselornya. Namun, pernyataan `A’ itu belum ada
penyelesaian yang boleh dicapai oleh kaunselor dan juga `A’. Pengalaman ini terterap di dalam
minda tahap bawah sedar kaunselor.

`B’ pula menghampiri kaunselor dengan keterangan pernyataan yang serupa dengan apa yang
sudah dialami oleh `A’. Manakala `B’ pula menyatakan hasil dari pengalaman yang dilaluinya
menghasilkan suatu kesan yang tidak menyenangkan bagi dirinya.

Kaunselor sebagai konsulti di sini menjelmakan suatu hubungan rangkai di dalam persepsinya tentang
sesuatu keadaan dengan kesan yang kurang menyenangkan. Ciri pengtakrifan am secara sejagat ini akan
menggerakkan seorang individu itu membuat satu kesimpulan mudah bahawa apabila keadaan seperti `A’
berlaku maka kesan sebagaimana yang dialami oleh `B’ akan tetap wujud (lihat Rajah 9).

Silogisma berlaku apabila kaunselor sebagai konsulti tetap akan mempunyai persepsi keadaan "1" akan
menghasilkan keadaan "2". Dalam keadaan yang serupa, konsulti akan sentiasa bertindak bahawa
pengalaman "A" adalah sama dengan pengalaman "B". Hasilnya adalah sama juga dan memang tidak ada
penyelesaian bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi klien.

Bagi konsulti, pengalamannya berkaitan dengan gangguan tema ini menyebabkan dirinya merasi begitu
tidak berupaya serta kehilangan daya minda yang kreatif sehubung usha bagi meneroka penyelesaian
masalah kliennya. Sehubungan ini, konsulti apabila melaksanakan cara penerokaan dengan kliennya
sering kali akan terlibat dengan ciri tergesa-gesa dan tidak begitu berkesan. Suasana minda yang dialami
oleh konsulti ini ada kaitannya dengan ciri tahap bawah sedar konsulti sendiri. Ciri intra psikik ini biasanya
yang mempengaruhi tingkahlaku konsulti sehinggakan kehilangan pedoman yang objektif dan tidak
berbelah bahagi dalam usaha meneroka masalah sebenar yang dilalui oleh kliennya.

Namun begitu, ada beberapa kaedah yang boleh diambil oleh perunding bagi membantu konsulti
mengatasi masalah gangguan tema. Dua cara yang biasa diguna bagi mengatasi masalah gangguan tema
adalah:

1. memutusakan rangkaian persepsi;


2. mengurangkan gangguan tema.

25
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan


Cara mengatasi gangguan tema
Pengenalan
Konsulti yang mengalami masalah gangguan tema akan memerlukan pertolongan daripada perunding.
Keadaan ini memastikan perunding bersedia dengan beberapa cara mahu pun kaedah yang dapat diguna
tujuan membantu konsulti. Dua cara yang biasa diguna bagi mengatasi masalah gangguan tema adalah:

1. Memutusakan rangkaian persepsi

1. Mengurangkan gangguan tema.

Memutuskan rangkaian persepsi


Dalam kaedah ini, perunding menggunakan segala pengaruhnya melalui perbincangan dan anggapan
rasional bagi menukar persepsi yang tersemat di dalam minda konsulti. Biasanaya, perunding akan
menyampaikan ciri persepsi yang berlainan dan meminta konsulti melihat kliennya dari aspek perspektif
baru. Cara ini ada kaitannya dengan teknik gambaran imejeri, di mana konsulti dapat mengikiskan
gambaran asal terhadap kliennya, di samping mengetepikan pemikiran yang menyeleweng persepsinya.

Cara memutuskan rangkaian persepsi melalui perubahan persepsi ini adalah satu kaedah yang boleh
berjaya. Namun, Caplan tidak begitu setuju dengan cara ini kerana beliau berpendapat bahawa gangguan
tema tetap wujud dan akan tetap berulang dalam masa jangka pendek. Oleh yang demikian, cara yang
sesuai adalah dengan mengurangkan gangguan tema dan bukannya bermatlamat bagi menghapuskannya
sama sekali.

Mengurangkan gangguan tema


Gangguan tema adalah satu gejala pengolahan minda yang bergerak di tahap bawah sedar. Gangguan
tema juga sangat berkaitan dengan segala konsep dan elemen yang bersamaan dengan mekanisme bela
diri. Dalam menanangi masalah mekanisme beladiri, banyak kaedah pentafsiran diguna sealiran dengan
teknik psikoterapi psikoanalisis. Di samping ini, biasanya pentafsiran digandingkan dengan interaksi
pujukkan serta melahirkan wawasan psikologikal kepada konsulti. Terdapat empat kaedah bagi
mengurangkan gangguan tema:

1. Fokus secara lisan kepada klien.


2. Menggunakan kiasan.
3. Fokus tanpa lisan kepada kes.
4. Fokus tanpa lisan tentang perhubungan pertolongan.

26
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Fokus secara lisan kepada klien


Dalam kaedah ini, kes konsulti berkaitan dengan kliennya akan di selidik secara terperinci oleh perunding
bersama konsulti. Secara bersama, perunding dan konsulti berbincang dan perunding menyampaikan
persepsinya terhadap kes kepada konsulti. Juga secara bersama perunding dengan konsulti bersetuju
dengan jangkaan hasil pertolongan yang akan dicapai oleh konsulti dengan kliennya. Kedua perunding
dengan konsulti berbincang tentang persepsi baru tersebut. Isu yang penting boleh diketengahkan dan
suatu resolusi dicapai bagi membolehkan kejayaan "menang – menang" untuk kedua-dua konsulti dan juga
kliennya. Ini bermaksud bahawa konsulti faham tentang gangguan tema yang dihadapinya dan cara bagi
mengurangkannya; di samping klien pula dapat sekurang-kurangnya mengurangkan tahap masalah yang
sedang dihadapinya.

Perunding akan memberi ketegasan bahawa kemungkinan hasil yang dijangkakan tidak dapat
mengelakkan masalah yang dihadapinya secara sepenuhnya. Namun, ada kemungkinan beberapa perkara
yang tidak begitu berat dipikul oleh kliennya dapat juga terhasil dari usaha yang baru itu.

Menggunakan bahasa kiasan, pepatah, metafora


Bahasa kiasan, pepatah dan metafora memang sudah menjadi resam dalam perbualan seharian di dalam
masyarakat Melayu. Ciri bunga bahasa ini boleh menjana ketajaman minda serta upaya kreativiti dalam
interaksi perbualan. Di samping memberikan suatu gaya yang penuh dengan ciri keistimewaan
cendikiawan yang disegani baik oleh masyarakat orang biasa mahupun orang yang berilmu. Di dalam
interaksi kaunseling dan perundingan, bahasa merupakan antara elemen yang terpenting bagi melahirkan
gerak balas yang berkesan di anatara kaunselor – klien; konsulti – perunding. Keupayaan menggunakan
intonasi bahasa juga dapat melahirkan keistimewaan makna dan maksud sesuatu istillah bagi memastikan
perasaan yang sedang dilalui oleh klien atau konsulti.

Semasa proses kaunseling atau pun konsultasi, kefahaman yang dituntut oleh kedua pihak memastikan
keupayaan pemikirannya sentiasa cergas dan peka dengan istilah yang boleh memberi makna spesifik ke
atas perlakuan yang hendak dihasilkan. Bagi perunding, pengalamannya yang pernah dilalui boleh
digunakan dalam perundingan dan disampaikan kepada konsulti secara percontohan kiasan. Keadaan ini
sangat memerlukan perunding pandai menukarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebagai satu
contoh dengan melambangkannya dalam satu bentuk kiasan kepada konsulti. Prinsip yang asas di sini
adalah menuntut konsulti agar dapat mengguna penaakulan di dalam mindanya mentafsirkan analogi atau
kiasan yang diterima tadi dan mengalihkannya kepada pengalamannya sendiri. Amndaiannya menuntut
supaya konsulti dapat satu persepsi yang baru hasil daripada penaakulan dalam mindanya sendiri.

Fokus tanpa lisan kepada kes


Prinsip yang diguna dalam cara fokus tanpa lisan kepada kes memberi tumpuan kepada keperihalan
konsulti terhadap sesuatu pengalamannya yang perunding menganggapkan sebagai keterlaluan.
Perundingan akan menggerakkan satu perbincangan dengan konsulti tentang kecemasan yang dilaluinya.
Di samping menunjukkan bahawa kecemasan itu sebenarnya keterlaluan dalam persepsi konsulti.
Perbincangan dilaksanakan dalam keadaan yang tenang di samping perunding dapat mengajukan
pentafsiran dan persepsi dari perspektif yang baru terhadap masalah yang dialami konsulti.

27
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Fokus tanpa lisan kepada perhubungan perundingan


Dalam penghalangan tema, persepsi dan juga perasaan konsulti biasanya tersisih dan konsulti
menganggapkan masalahnya sebagai satu kes peribadi yang begitu unik. Konsulti secara langsung juga
terperangkap di dalam mekanisme bela diri pindahgantian dan mengkaitkannya di dalam hubungan
perundingan tersebut. Peranan perunding dalam keadaan demikian adalah untuk menunjukkan kepada
konsulti bahawa ekspektasi atau jangkaannya adalah salah dan tidak tepat. Kesabaran amat dituntut
dalam diri perunding apabila berhadapan dengan konsulti yang melahirkan pindahgantian ini.
Perbincangan yang berlangsung juga mesti dilaksanakan dalam keadaan yang penuh ketenangan.

MODUL 10: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Modaliti Pemusatan


Pentadbiran Konsulti
Pengenalan
Fokus di dalam modaliti adalah kepada cara pengurusan dan pentadbiran konsulti menjalankan tugasnya
di dalam sesuatu organisasi. Modaliti ini beranggapan bahawa konsulti tetap mempunyai beberapa
kekurangan. Sehubungan ini, perunding berusaha untuk memperbaiki serba kekurangan yang dihadapi
oleh konsulti. Kekurangan tersebut dipercayai akan mengurangkan kefungsian pertolongan dan
pengurusan yang dijalankan oleh konsulti. Dalam keadaan demikian, kekurangan ini tidak pasti sama ada
disedari atau tidak disedari oleh konsulti. Namun, di dalam proses ini, klien langsung tidak terlibat di dalam
interaksi perunding dangan konsulti.

Fokus: Memperbaiki fungsi cara pentadbiran dan pengurusan profesional konsulti, terutama kepada kes
yang spesifik dalam organisasinya.
Matlamat: Mendidik konsulti.
Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar berupaya mengenal pasti punca kerumitan yang
dihadapi oleh konsulti berkaitan cara pengurusan dan pentadbiran. Selanjutnya bertindak secara tidak
langsung bagi memperbaiki kerumitan tersebut.

Contoh: Seorang guru atau pun kaunselor peserta meminta bantuan tentang cara bagi mengatasi masalah
interaksi di kalangan masyarakat guru di sekolahnya. Dalam menanangi kes seperti ini perunding tidak ada
hubungan secara langsung dengan guru yang terlibat sebagai "klien" konsulti.

Perundingan yang jalankan bermatlamat bagi memperbaiki fungsi profesional ahli pentadbiran dalam
sesebuah organisasi. Perunding memang mempunyai satu komitmen bekerja dengan konsulti dalam
jangka masa yang panjang bagi melahirkan matlamat yang dituntut itu. Perunding juga diberi kebebasan
oleh pihak atasan organisasi untuk bergerak di semua tahap organisasi. Ini penting bagi memastikan
perunding mudah memperolehi maklumat yang diperlukan. Namun, dalam keadaan yang kontranya pula,
alhi di dalam organisasi tersebut terutama ahli eksekutif mungkin merasa curiga dengan kebebasan ini.

28
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Dalam modaliti perundingan ini, kedua pihak baik perunding mahu pun konsulti begitu aktif bekerjasama
bagi memastikan kejayaan matlamat perundingan yang dipersetujui. Perunding bergerak sebagai
pemangkin, mendapat dan juga memberi maklumat yang sangat releven bagi memastikan kejayaan yang
diidamkan. Di samping itu, perunding kerap akan melakukan pencerapan ke atas segala cara yang sudah
di tunjuk ajar kepada konsulti bersabit cara perlaksanaan pengurusan atau pentadbiran yang bersesuaian
dengan organisasi tersebut. Sudah tentunya, cara perlaksanaan hanya akan dapat kejayaan apabila
adanya sokongan yang kukuh darai pihak atasan organisasi. Antara implikasi ke atas menenpah kejayaan
modaliti ini adalah pentingnya berlaku satu jaringan kerja yang berkesan di semua tahap lapisan jabatan di
dalam organisasi.

Proses perundingan
Perunding biasanya akan dijemput oleh staf sesuatu organisasi untuk menangani sesuatu tugas
pengurusan. Contohnya seperti menjalankan satu latihan program perkembangan, cara menyediakan
perlaksanan dasar, atau cara dan latihan bersabit dengan pengurusan personel. Keseluruhan ini
mempunyai unsur pengjaran.

Dalam perlaksanaan perundingan modaliti ini, sudah tentunya ciri perhubungan koordinat wajar disedari
berlaku semasa proses interaksi di antara perunding dengan konsulti. Penting juga bagi perunding
memastikan keupayaannya untuk mengenalpasti perbezaan kuasa yang dipunyai oleh pelbagai para
eksekutif di dalam organisasi tersebut. Keupayaan ini adalah perlu supaya perunding cepat dapat
mengenalpasti akan masalah yang mungkin berlaku bagi staf tersebut dengan jabatannya.

Konsulti pula dijangka dapat meneroka tentang cara bagaimana penyelesaian sesuatu masalah dapat di
atasi pada peringkat awalan sebelum dibawa kepada perunding bagi peneguhan atau mencari
penyelesaian yang sebenar. Ini merupakan tanggungjawab konsulti.

Tanggungjawab perunding pula adalah memberi sokongan, dan memberi bantuan memperkembangkan
keupayaan konsulti meneroka konsep masalah yang dihadapinya.. Tugas perunding di sini adalah sebagai
seorang fasilitator, sentiasa menolong bagi mencari cara untuk mengatasi masalah yang di alami konsulti
bersabit organisasinya.. Contoh masalah yang dihadapi mungkin melibatkan emosi staf seperti
ketegangan, rasa hampa, stres yang mana secara langsung boleh menjejas prestasi kekberkesanan
organisasi.

29
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Modaliti Pemusatan


Program Pentadbiran
Pengenalan
Fokus di dalam modaliti ini adalah kepada program pentadbiran yang dijalankan di dalam sesuatu
organisasi. Modaliti ini beranggapan bahawa konsulti – iaitu organisasi yang memerlukan perundingan
tetap mempunyai beberapa kekurangan. Sehubungan ini, perunding berusaha untuk memperbaiki serba
kekurangan yang dihadapi oleh organisasi tersebut. Kekurangan tersebut dipercayai mengurangkan
kefungsian keberkesanan organisasi. Dalam keadaan demikian, kekurangan ini tidak pasti sama ada
disedari atau tidak disedari oleh pihak organisasi.

Fokus: Memperbaiki fungsi program di dalam sesuatu organisasi.


Matlamat: Mendidik konsulti.
Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar berupaya mengenal pasti punca kerumitan yang
dihadapi oleh organisasi berkaitan cara pengurusan dan pentadbiran. Selanjutnya bertindak secara tidak
langsung bagi memperbaiki kerumitan tersebut.

Contoh: Sebuah organisasi yang meminta bantuan tentang cara bagi mengatasi masalah penentuan missi
organisasi.

Tumpuan yang dikenalpasti dalam modaliti ini bersabit dengan program pentadbiran yang dikehendaki
sebagai satu matlamat organisasi. Biasanya masalah yang ada berkaitan dengan perkembangan program
baru. Sehubungan ini sudah tentunya masalah yang dikemukakan berkaitan dengan pengurusas, maka
perunding wajar memahami dan berpengetahuan tentang pelbagai teori organisasi, perancangan,
kewangan dan juga isu perjawatan dan personel. Perunding mesti aktif dalam usaha pengumpulan data
dan faham cara menganalisisnya.

Bagi menyahut kehendak dan tuntutan kefahaman masalah yang bersabit dengan pelbagai isu yang
terdapat di dalam sesuatu organisasi, maka perunding mesti faham tentang organisasi yang menjadi
konsulti. Di sina perunding wajar diberi segala kerjasama sehubungan dengan usahanya bagi meneliti
semua dokumen bertulis yang relevan. Contohnya, semua dokumentasi berkaitan dengan perkara berikut:
10 matlamat organisasi; 20 misi organisasi; 3) peranan organisasi; 4) struktur organisasi; 5) produk yang
dikeluarkan; 6) segala macam memo yang berkaitan; 7) laporan jabatan, cawangan dan sebagainya; 8) isu
yang muktakhir yang mungkin menjejas keberkesanan organisasi. Semua data ini perlu bagi menjamin
perunding betul-betul faham akan perkara yang dihadapinya sebagai masalah. Cara bagi mengumpul data
ini boleh dilakukan secara temuduga, soal selidik, pencerapan perlakuan staf atau pun secara pencerapan
bagaimana prosedur dilaksanakan.

Proses perundingan
Dalam modaliti ini, perunding dijemput oleh pihak pentadbir organisasi bagi menjalankan perundingan.
Dalam keadaan demikian, kepakaran perunding amat ketara dalam keupayaannya menanangi masalah
yang dihadapi konsulti. Biasanya konsulti sudah kenalpasti keupayaan pelbagai perunding sebelum

30
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

membuat satu pemilihan perunding yang paling sesuai bagi menanangi masalah yang dihadapi organisasi
sewajarnya. Namun, tanggunagjawab berkaitan dengan perlaksannan acara perundingan masih dipegang
oleh konsulti.

Proses perundingan akan mengikuti cara kemasukan yang biasa dilakukan di dalam perundingan
kaunseling. Urutan proses sangat dipengaruhi dengan cara pegangan kuasa atau autoriti yang diamalkan
oleh sesebuah organisasi. Peranan pegawai atau eksekutif mesti diambil kira oleh perunding agar ianya
tidak mewajarkan rasa terancam atau pun dirasai sebagai melanggar kuasa yang selama ini dipunyai oleh
pegawai tersebut. Perhubungan yang rapat di antara perunding dengan semua lapisan masyarakat
organisasi adalah sangat dialukan. Tugas mengumpul data di dalam sesuatu organisasi tidaklah sebetitu
mudah yang dijangka. Perunding mesti berani dan sabar menghadapi segala rintangan dalam usaha ini.
Kerahsiaan serta penyebaran maklumat terhad bersabit data yang diperolehi sangat diperlukan dan mesti
mengambil tempat yang istimewa dalam perlaksanaan segala acara yang dirancang oleh perunding. Kuasa
dan peranan kuasa mesti difahami oleh perunding bagi menjamin perhubungan yang mesra.

Di dalam proses perundingan modaliti ini, perhubungan koordinat di antara perunding dengan staf atau
kelompok staf yang ada kaitan langsung dengan perlaksannna perundingan masih diperlukan. Namun ada
kalanya ciri hubungan kesamarataan dikecualikan apabila teras tanggungjawab perlaksannna dan tugas
pencerapan perlaksanaan acara yang spesifik berhubung dengan perundingan itu dituntut bagi memasti
matlamat dan sasaran tercapai. Di samping itu, perunding juga dikehendaki menyediakan satu laporan
tentang prestasi, perlakuan koporat dan maklom balas ini memang dijangka oleh pihak pentadbir yang
pada asalnya menjemput perunding bagi menjalankan perundingan tersebut.

MODUL 11: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori
tingkahlaku dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:

31
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Soalan uji sendiri:

1. Apakah yang dimaksudkan teknik lisan berstruktur?


2. Apakah kesan emitters dan elicitors dalam perundingan tingkahlaku?

Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

Topik 1: Perundingan Kaunseling Pendekatan Teori Tingkahlaku


Pengenalan
Dalam perundingan kaunseling, pendekatan teori tingkahlaku jaga diguna bagai menghasilkan satu cara
yang boleh membantu perunding serta konsultinya dalam menangani masalah yang dihadapi klien.
Lazimnya diketahui bahawa terdapat pelbagai modaliti tentang penerapan pendekatan teori tingkahlaku
berdasarkan kepada aliran rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan yang berlangsung bersama
rangsangan dan gerakbalas tersebut. Namun dalam perundingan kaunseling, Bergan telah
mengemukakan satu definisi sehubungan dengan apakah yang dimaksudkan perundingan kaunseling
secara pelaziman perlakuan.

Perundingan di sini dimaksudkan sebagai satu perkhidmatan penyelesaian masalah secara tidak langsung
yang melibatkan hubungan serakan antara perunding dengan konsulti di mana perunding mendapatkan
serta menyampaikandata psikologikal. Data yang berguna itu bersabit dengan masalah yang dipunyai oleh
konsulti, di samping wujudnya prinsip psikologikal yang membolehkan konsulti menggunaka data tersebut.

Sehubungan dengan definisi di atas, Bergan juga telah memberikan tiga matlamat perundingan:
1)mengubah perlakuan klien; 2) meminda perlakuan konsulti; dan 3) mewujudkan perubahan di dalam
organisasi. Antara objektif perubahan di dalam organisasi pula adalah bagi memperbaiki komunikasi dan
penyelesaian masalah di dalam organisasi.

Di dalam perlaksanaan perundingan perlakuan, kawalan dianggap sebagai satu prinsip yang penting. Tidak
dapat dinafikan bahawa proses pelaziman itu sememangnya berdasarkan kepada prinsip kawalan ke atas
objek yang hendak diubahsuaikan. Di dalam perundingan kaunseling, kawalan ke atas konsulti di anggap
penting oleh perunding. Sehubungan dengan ini maka perhubungan peranan menggunakan teknik
komunikasi yang spesifik memainkan peranannya yang induk dalam perlaksanaan interaksi di antara

32
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

perunding dengan konsulti. Interaksi ini berasaskan kepada suasana lisan bagi kedua pihak yang terlibat
dalam proses perundingan. Ini diserta pula dengan peranan yang dimainkan oleh perunding-konsulti
masing-masing.

Peranan induk perunding


Peranan yang pertama bagi perunding adalah tugasnya untuk memberi informasi psikologikal. Peranannya
yang kedua adalah untuk mengutarakan prinsip penting kepada konsulti.

Peranan induk konsulti


Konsulti dikehendaki menghuraikan secara spesifik masalah yang dialaminya. Di samping itu, konsulti juga
perlu membuat keputusan akan perancangan tindakan berasaskan masalah kliennya. Sehubungan dengan
perancangan yang dikemukakan, konsulti perlu berusaha melaksanakan tindakan yang sewajarnya.
Apabila perlaksanan tindakan dilangsungkan, konsulti juga perlu meneruskan penyeliaan ke atas perlakuan
kliennya bagi memastikan perubahan memang boleh dinilai dan diukur keberkesanannya.

Topik 2: Urutan Proses dalam Perundingan Tingkahlaku


Pengenalan
Urutan proses adalah penting di dalam perundingan kaunseling teori tingkahlaku. Secara spesifik urutan
proses mewajarkan cara intervensi perundingan menjadi lebih sistematik. Data yang sempurna merupakan
bahan penting di dalam persediaan intervensi mengikut pendekatan teori ini. Oleh yang demikian,
perunding wajar dapat mengumpulkan data secara sistematik. Berikut adalah kebiasaan urutan proses
yang terdapat dalam perlaksanaan perundingan perlakuan:

1. Definisi masalah
2. Kumpul data asas

3. Kenalpasti penyebab

4. Kenalpasti konsekuen

5. Wujudkan strategi intervensi

6. Awasi keberkesanan intervensi

Teknik lisan berstruktur


Ungkapan lisan oleh perunding merupakan kunci bagi penyampaian informasi dan pengaruh ke atas
perlakuan konsulti. Penyampaian informasi bertujuan bagi memberi penjelasan tentang latarbelakang
keadaan muktakhir bersabit dengan masalah yang dialami klien. Satu bentuk komunikasi sebagai
ungkapan lisan adalah soalan secara langsung yang diguna oleh perunding bagi mengawal proses
komunikasi.

33
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Biasanya soalan diguna bagi mendapatkan maklumat atau data. Secara tidak langsung proses persoalan
ini sudah menghasilkan satu ciri peneguhan yang agak bersistematik ke atas diri konsulti kerana terpaksa
memberi jawapan. Apabila jawapan dipersetujui, ini sudah menghasilkan sati peneguhan. Oleh yang
demikian berlakulah kawalan.

Teknik lisan berstruktur kerap diguna dalam penerokaan dan secara langsung juga menyerap ke dalam
minda konsulti. Langkan ini dapat mengubah perlakuan klien secara tidak langsung melalui konsulti.
Langkah tersebut juga dapat mengarah, membuat pilihan mengubah tentang perlakuan konsulti. Secara
tidak langsung juga boleh mengubah atau mewujudkan perubahan ke atas suasana, perlakuan staf di
dalam organisasi.

Topik 3: Proses Perundingan


Maklumat penting dalam proses perundingan perlakuan
Berikut adalah maklumat yang dianggap penting bagi menjamin kelicinan proses dalam perundingan
perlakuan.

1. Latarbelakang
2. Tempat di mana perlakuan terjadi
3. Parameter perlakuan klien
4. Ciri khusus klien
5. Keadaan pencerapan dilakukan
6. Perancangan yang telah dicuba
7. Data tambahan

Keupayaan mendapatkan maklumat di atas bersandar kepada cara komunikasi yang berunsurkan
persoalan secara terarah. Ciri ini memang sejati dengan aliran proses layanan mengikut pendekatan teori
perlakuan.

Latarbelakang
Fokusnya adalah kepada alam persekitaran terdekat yang wujud di mana masalah berlaku. Tanda-tanda
yang melahirkan informasi penting bersabit dengan ini pula berkaitan dengan penyebab tentang sesuatu
perlakuan atau acara yang menghasilkan konsekuennya.

Sehubungan ini, terdapat beberapa acara yang boleh dikategorikan seperti berikut:

Subkategori perlakuan
Kategori ini memerlukan penghuraian yang tepat berkaitan sesuatu perlakuan seperti:

1. kekerapan
2. jangka waktu
3. kepesatannya

34
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

4. bila sesuatu perkara itu berlaku dan sebagainya

Ciri-ciri khusus
1. kelemahan pembelajaran
2. kesulitan atau kecelaruan neurologi dan lain-lain

Data pencerapan
Biasanya kategori ini berkaitan dengan matlamat organisasi yang sedang diberi khidmat perundingan.

Perancangan tindakan
Proses ini berkaitan dengan cara membuat keputusan sama ada secara demokratik atau autokratik.

Topik 4: Pemerosesan lisan


Pengenalan
Interaksi proses di dalam pendekatan perundingan kaunseling teori tinglahlaku memerlukan ciri perbualan
yang sememangnya teratur. Perunding wajar boleh mengawal keadaan perundingan bagi memastikan ia
mendapat maklumat yang relevan bagi tujuan intervensi. Berikut adalah kategori pemerosesan lisan yang
dianggap penting dalam usaha interaksi di antara perunding dengan konsultinya.

1. Spesifikasi
2. Penilaian
3. Inferensi
4. Rumusan
5. Kesahan

Spesifikasi penting di dalam pemerosesan lisan. Data yang diperlukan wajar dinyatakan secara khusus dan
terperinci. Ini penting kerana semua perancangan yang akan dijalankan adalah bergantong kepada
maklumat terperinci hasil dari penghuraian data yang diperolehi. Di samping itu, perunding juga wajar
dapat memastikan bahawa wujud keupayaan untuk membuat penilaian tentang emosi konsulti dan juga
terhadap klien hasil darai maklumat yang diberi oleh konsulti. Dalam keadaan demikian, perundingan tidak
dapat lari dari keadaan mempunyai pandangan nilainya juga akan mempengaruhi penilaian yang
diutarakan oleh konsulti. Namun, dengan kesedaraan ini perunding akan dapat membezakan, di samping
sedar apakah nilainya dan apakah nilai yang dipegang oleh konsulti, klien. Langsung membuat keputusan
tanpa merasa janggal, bersalah dengan keputusan yang diambil.

Inferensi dimaksudkan dengan pengtakrifan data berkaitan dengan emosi yang disampaikan oleh konsulti
semasa proses perundingan. Penyampaian ini boleh berlaku sama ada secara lisan atau tanpa lisan.
Manakala rumusan pula adalah keupayaan perundingan memilih data yang relevan, menyaringnya bagi

35
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

tujuan mendapatkan ketepatan pengumpulan data dari konsulti. Bagi menangani bahawa masalah yang
dihadapi itu benar sah, maka perunding pada suatu ketika juga wajar menjalankan tinjauan bagi
menentukan konsensus yang nyata.

Perunding dan cara berkomunikasi


Bagi Bergan, proses komunikasi adalah penting dalam perundingan. Maklomat boleh disubkategorikan dan
mencerminkan komunikasi bagi mengenalpasti masalah serta cara menananganinya. Terdapat dua cara
perunding berkomunikasi bagi memperolehi maklomat dari konsulti. Perunding dengan secara sedar atau
tidak sedar menggunakan dua cara: 1) "emitters"; 2) "elicitors".

Emitters
Perunding yang berkomunikasi menggunakan cara ini tidak mempunyai kesan kawalan ke atas orang atau
konsulti yang berinteraksi dengannya. Cara emitters bersabit dengan pernyataan yang hanya ada kaitan
dengan isi kandung dan proses yang disampaikan semasa dalam intyeraksi sahaja. Ciri yang biasa
bersabit dengan emitters adalah unsur layanan refleksi perasaan seperti mana yang berlaku di dalam
kaunseling. Dalam keadaan ini, walau pun klien akan respon, namun tidak terdapat tindakbalas spesifik
yang dikehendaki.

Elicitors
Cara ini mempunyai kesan kawalan ke atas orang yang mendengar semasa di dalam interaksi. Di dalam
proses perundingan, pernyataan yang berbentuk terbuka dna sebenarnya mempunyai unsur arahan adalah
ciri elicitors. Contohnya soalan secara langsung… seperti: "Sekiranaya tak keberatan maklomkan kedada
saya …."

Cara ini diguna bagi mengawal aliran maklomat bagi mendapatkan latar belakang, perlakuan, ciri-ciri
personal, data tertentu dan sebagainya. Ini memberi pengertian bahawa hasil data yang diperolehi adalah
lebih spesifik.

MODUL 12: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan

36
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori
psikologi individu Adler dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Soalan uji sendiri:

"Berdasarkan kepada prinsip teras pendekatan perundingan psikologi individu, bincang bagaimana
anggapan matlamat yang salah boleh membantui perunding dalam menangani masalah konsulti".

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

Topik 1: Perundingan Pendekatan Teori Psikologi Individu


Pengenalan
Perundingan yang merujuk kepada pendekatan teori psikologi individu berlandaskan jalinan kesalingan
hormat menghormati dan beberapa andaian tentang perlakuan manusia yang sememangnya berpolakan
bentuk bermasyarakat.. Dalam pendekatan perundingan teori ini, manusia diandaikan sebagai mahlok
yang suka berkongsi baik dari segi masalahnya, kegembiraannya dan juga lain-lain kegiatan yang
melibatkan kemasyarakatan.

Bagi pendekatan ini, perkongsian merupakan satu pendidikan yang dapat dilahirkan melalui dasar
demokrasi sosial. Bersamaan dengan prinsip demokrasi ini wujudnya logik tentang falsafah yang memberi
kewujudan bahawa wujud taraf kesamarataan di kalangan semua manusia. Dalam fahaman psikologi Adler
juga wujud satu kefahaman bahawa patologi atau perlakuan bilazim itu bukannya sebagai suatu yang
menjadi sumber masalah bagi interaksi di dalam masyarakat.

Hakikatnya di dalam proses interaksi perundingan, konsulti sememangnya sanggup untuk berubah
perlakuannya, sikapnya dan juga bersedia menerima tanggungjawab. Perunding pula mesti bersedia

37
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

tentang perkara atau keadaan yang tidak dijangka kerana bukannya semua perakaun olehnya akan
dilaksanakan oleh konsulti. Dalam cara bagi menanangani sesuatu isu, kaedah galakkan merupa suatu
cara yang disanjungi. Sehubungan ini, konsulti sememangnya menggerakkan inisiatif diri dan inovasi
daripada saranan yang diberi daripada perunding.

Prinsip teras
Berikut adalah prinsip teras bersabit dengan perundingan mengikut pendekatan teori psikologi individu:

1. Merupakan satu modaliti yang mirip ke arah pendidikan psikologikal.


2. Andaian bahawa kekurangan maklumat atau pengalaman, bukannya keuzuran atau penyakit
mental yang menyebabkan tingkahlaku bermasalah.
3. Menggunakan kedua-dua perundingan individu dan juga kelompok.
4. Fokus kepada pengajaran ibu bapa dan guru bahawa perasaan dan rasa kekitaan ialah satu
pendorong yang kuat menggerakkan tingkahlaku manusia.
5. Semua tingkahlaku secara sedikit sebanyak terarah kepada perasaan dan rasa kekitaan.
6. Kesihatan mental diterap dengan berlakunya perhubungan di antara insan secara berkerjasama;
mempunyai daya untuk membuat kesilapan; berani untuk membuat kesilapan dan sanggup
mempesertai dari kesilapan tersebut.

Topik 2: Matlamat dan Proses Perundingan


Tanggapan matlamat yang salah di dalam kefahaman psikologi individu
Manusia diandaikan sering mempunyai kefahaman tentang matlamatnya yang salah untuk mendapatkan
rasa kekitaan. Matlamat ini biasanya punca dorongan bagi tingkahlaku yang tidak normal. Dorongan
tingkahlaku yang tidak normal itu berpunca daripada matlamat diri yang salah seperti berikut:

1. kehendak bagi mendapatkan perhatian


2. kehendak bagi mendapatkan kuasa
3. kehendak bagi mendapatkan dendaman
4. wujudnya perasaan serta rasa serba kekurangan

Proses perundingan
Terdapat beberapa langkah yang penting bagi memastikan proses perundingan dapat dilaksanakan
sesempurnanya. Dalam kaedah perundingan mengikut psikologi individu, sokongan sosial yang terdapat di
dalam sesuatu organisasi itu sangat penting digunakan oleh perunding dan juga oleh konsulti bagi
memastikan kesempurnaan acara yang akan dilaksanakan. Terdapat empat langkah penting dalam proses
ini seperti berikut:

1. Biasanya data asas adalah diperlukan sebagai meklumat tentang tingkahlaku yang
hendak diubah. Sehubungan ini, perunding bersama dengan konsulti wajar dapat
mengenalpasti tentang acara penyebab dan konsekuennya.

38
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

2. Seandainya melibatkan masalah tingkahlaku kanak-kanak atau peserta, ibu bapa atau
guru perlu mempunyai suatu hipotesis berkaitan dengan tingkahlaku tersebut.
3. Maklomat tentang persepsi peserta, kanak-kanak yang berklaitan. Dalam perkara ini bagi
memudahkan pengumpulan maklomat maka satu temuduga diagnostik wajar diadakan
dengan peserta atau kanak-kanak yang terlibat.
4. Perlaksanaan perancangan intervensi wajar diadakkan dengan kerjasama konsulti.

MODUL 13: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan

Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
Pandangan umum tentang kandungan modul

1. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan


2. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori
Gestalt dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Soalan uji sendiri:

"Berdasarkan kepada prinsip teras pendekatan perundingan psikologi individu, bincang bagaimana
anggapan matlamat yang salah boleh membantui perunding dalam menangani masalah konsulti".

Teks wajib:

39
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

40
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 1: Perundingan Pendekatan Teori Gestalt


Pengenalan
Pendekatan teori Gestalt memberi fokus terhadap kesedaran secara keseluruhan dalam usahanya bagi
memahami personaliti seorang individu. Individu secara menyeluruh diandaikan sebagai mengandungi
bahagian yang saling berhubungan antara satu dengan yang lainnya. Manusia dilihat sebagai saling
memerlukan antara fizikal, emosi, pemikiran, kederiaan serta persepsi. Individu juga dilihat sebagai
sebahagian daripada alam persekitarannya (Othman Mohamed, 1999). Perundingan mengikut pendekatan
teori psikologi Gestalt memberi kepenting kepada konsulti supaya dapat satu kepelbagaian kesedaran
sealiran dengan kitaran Gestalt yang wajar dicapainya. Kitaran Gestalt adalah inti di dalam perundingan
mengikut pendekatan ini. Kefahaman tentang kitaran Gestalt ini penting di dalam pendekatan perundingan
mengikut teori Gestalt.

Kitaran Gestalt
Kitaran Gestalt yang dimaksudkan mempunyai empat fasa yang tersendiri. Ianya merupakan satu
kesedaran baru tentang tenaga yang selama ini terserap, terpendam dan mula menyerlah ke tahap
kesedaran. Kesedaran ini wajar dilahirkan dengan bantuan perunding yang boleh memainkan perananyan
bagi membantu konsulti memangkinkan daya tenaganya yang selama ini terabai.

Pada fasa pertama, kesedaran perlu berlaku di dalam diri seorang individu dan kesedaran tersebut pula
wajar dapat dilahirkan secara pelbagai corak polanya. Lambang Gestalt yang dahulunya terabai mula
diberi kesedaran semula, di samping muncul lambang-lambang Gestalt yang baru. Ini memberi nafas ke
arah suatu kesedaran yang pelbagai model dan pelbagai penjuru dalam pengertian Gestalt. Fasa ini boleh
ditakrifkan sebagai fasa kesedaran.

Pada fasa kedua, Gestalt yang baru itu dapat mewajarkan lambang tadi sebagai satu kenyataan. Keadaan
ini disusul dengan menghasilkan satu pengaliran tenaga baru yang dapat mewujudkan pemerosesan dan
aliran penerokaan. Pada tahap ketiga, ia-itu fasa pengaliran tenaga, lambang itu dapat dirasai, disedari dari
segi kontak kognitif dan juga emosi. Kontak yang sedemikian rupa juga membolehkan seseorang itu
mendefinisikan dan meneroka kawasan-kawasan kontak yang dahulunya tidak disedari. Kawasan yang
dimaksudkan di sini adalah perhubungan atau interaksi di antara dirinya dengan orang lain.

Matlamatnya adalah bagi seseorang itu bekerja untuk meluaskan kawasan kontak ini. Hakikatnya,
seseorang itu harus sentiasa bergerak bagi mendapatkan kesedaran, mendapatkan kontak yang baru dan
terus meneroka ke arah persediaan terhadap penghalangan yang berlaku sehubungan dengan
pengalamannya di alam dunia ini.

Fasa ketiga sebagai fasa penerokaan penting oleh kerana seseorang individu itu diharapkan berupaya
dengan segala pengetahuan dan kepekaan kognitif serta emosinya dapat menangani kerumitan yang
dihadapi. Fasa keempat merupakan fasa penutup dan resolusi. Di dalam fasa ini semua lambang lambang
Gestalt yang terdapat di dalam fasa terdahulunya telah dapat dialami dan diproses.

41
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Mengikut fahaman Gestalt, manusia tidak hidup di dalam kekosongan. Oleh itu, sistem yang dilalui oleh
manusia dan pengalaman kitaran kehidupan itu bertimbal tindih dan sentiasa berinteraksi. Ini telah dapat
melahirkan satu sistem yang unik dan tersendiri. Sebagai contoh, pengalaman seseorang itu boleh
melahirkan kesedaran sinergi ke atas orang lain dan sebaliknya. Namun, kitaran sistem seperti ini juga
boleh menyebabkan kepincangan, sekatan selain dari pertumbuhan yang sihat. Keseluruhannya amat
bergantung daripada apakah lambang ( figures) dan apakah yang telah menjadi asasnya ( ground) mengikut
kefahaman Gestalt.

Topik 2: Matlamat Perundingan Pendekatan Teori Gestalt


Matlamat utama perundingan pendekatan teori Gestalt adalah bagi membantu konsulti menyedari kitaran
pengalaman dan membantu konsulti mengguna pengalaman tersebut sebagai alat menyelesaikan
masalah. Sudah tentunya ini bergantung kepada pengalaman yang sering dilalui oleh perunding dengan
konsulti. Sebagai contoh, perhubungan interaksi di antara perunding dengan konsulti juga merupakan
sebagai satu pengalaman baru yang wajar diproses oleh kedua pihak. Bagi seorang konsulti, perunding
juga merupakan sebagai satu lagi kawasan kontak yang perlu dijejak olehnya. Ini bermaksud bahawa
konsulti wajar menganalisis kawasan batasannya di antara dirinya dengan orang lain, iaini perunding.

Namun, di dalam interaksi tersebut berlaku satu sinergi bersistem. Sistem interaksi di antara perunding
dengan konsulti itu menjadi lebih responsif dan memudahkan perubahan dan juga kontak interaksi. Di
samping itu, perunding juga menjadi sebagai sumber kesedaran oleh konsulti bagi memperolehi segala
pengalaman pengetahuan yang baru. Di sinilah wujudnya ciri kesalingan di antara perunding dengan
konsulti.

Namun, apa sahaja jenis interaksi akan melalui rintangan kerana ianya melibatkan perubahan. Dalam
usaha bagi mengatasi elemen rintangan ini, perunding boleh memberi kesedaran, orientasi konsulti ke arah
kebaikan yang boleh terhasil berasaskan `lambang’ yang muncul dan menggarap peluang yang terhasil
dari perubahan yang baru. Sehubungan ini, adalah wajar bagi perunding untuk membantu konsulti
mengalami cara bagi ancaman perubahan dan menangani segala ketakutan dan emosi yang berkaitan.

Sebagai penutup, adalah wajar bagi semua pihak supaya sedar tentang pengalaman yang lampau. Bagi
perunding pula, beliau wajar mampu berfungsi meningkatkan semula tenaga untuk penggunaan
konsultinya. Proses yang demikian akan mewujudkan kesedaran ke atas konsulti, maka tenaga yang baru
itu terserlah dapat di alihkan ke arah aktiviti kreatif yang lain. Tahap ini akan memastikan satu detik
permulaan bekerjasama di antara semua pihak yang terlibat.

©copyright othmanmohamed

42
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

MODUL 14: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Modul 14 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori
pengurusan secara saintifik; teori pengurusan teori X dan teori Y dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Soalan uji sendiri:

"Bincangkan perbezaan di antara Teori X dengan Teori Y dan kesesuaian dalam penerapannya kepada
proses perundingan."

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

43
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 1: Pengurusan secara saintifik


Produktiviti yang terhasil oleh sesuatu organisasi ada kaitannya dengan punca input seperti bahan mentah,
kemahiran pekerja dan sistem pengurusan. Pengurusan secara saintifik mementingkan pencerapan dan
analisis data berkaitan input yang asas bagi membolehkan pengeluaran produktiviti cemerlang.
Pengurusan secara saintifik perlukan maklomat yang berasaskan analisis hasil kajian. Sebagai contoh, kes
klasik dalam penyelidikan pengurusan seperti kajian Ujikaji Hawthorne atau "The Hawthorne experiments"
telah menunjukkan betapa pentingnya faktor seperti layanan, apabila diwujudkan ke atas pekerja secara
tidak langsung meningkatkan produktiviti kepada kedua-dua kelompok yang diuji dan kelompok yang
dikawal.

Pada asalnya, pakar efisiensi dalam kajian Hawthorne tersebut beranggapan dengan satu hipotesis
bahawa suasana kerja yang mempunyai cahaya yang lebih terang akan meningkatkan produktiviti.
Sebagai kawalan, satu kelompok pekerja dibentuk tanpa peningkatan cahaya terang. Hasil kajian
menunjukkan seperti disangka bahawa kelompok eksperimen memang meningkat produktivitinya. Tetapi,
hasil kajian mendapati kelompok kawalan juga meningkat produktiviti. Sehubungan ini, pengkaji Elton
Mayo pada tahun 1933 (Hersey & Blanchard, 1972) membuat kesimpulan ada kaitan yang signifikan
bahawa faktor layanan dan perihatin terhadap pekerja memainkan peranan bagi meningkatkan produktiviti.
Apa yang telah berlaku dalam kajian Hawthorne itu ialah ahli-ahli dalam kelompok kawalan secara tidak
langsong juga diberi layanan dan kemungkinan tinggi bahawa interaksi hubungan insan dan layanan
mengubah cara mereka bekerja dan seterusnya meningkat hasil produktiviti.

Kaunselor yang melaksanakan penyelidikan tindakan di dalam programnya telah menerapkan konsep
pengurusan saintifik. Data yang diperolehi kemudian dianalisis bagi meenghasilkan dapatan kajiannya.
Dapatan kajian yang diperolehi boleh diguna dan diterapkan bagi peningkatan dan kemajuan perlaksanaan
program kaunseling. Ciri ini lebih tersusun dan sudah tentunya program yang diatur itu lebih sistematik
sealiran dengan kehendak dapatan kajian yang dilaksana.

Topik 2: Model pengurusan Teori X dan Teori Y


Pada tahun-tahun 60an, McGregor (1960) telah mengemukakan satu pendekatan teori yang dinamakan
Teori X dan Teori Y. Pendekatan ini menumpu kepada tingkah laku bekerja bagi pekerja di dalam
organisasi. McGregor (1960) mengemukakan bahawa dalam Teori X pekerja sememangnya tidak suka
terhadap pekerjaan, mengelak tanggungjawab dan memerlukan penyeliaan bagi mencapai tujuan
korporatnya. Teori ini juga beranggapan bahawa seorang insan pekerja itu juga sememangnya malas dan
tidak mempunyai cita-cita yang tinggi bagi memperbaiki diri sendiri. Lumrah dalam Teori X ini, pekerja
percaya bahawa beliau tidak dapat mengawal diri dan semua akibat ke atas dirinya dipengaruh oleh faktor
luaran.

Dalam Teori Y, McGregor (1960) menyatakan anggapan yang bertentangan Theori X. Setiap pekerja
sebenarnya faham akan tanggongjawabnya serta berupaya sedaya upaya bagi mencapai ke arah objektif
misi korporatnya. Teori ini beranggapan bahawa seorang insan pekerja itu sememangnya mempunyai cita-

44
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

cita untuk berinteraksi secara sosial. Insan pekerja itu memang suka bekerja di samping gemar bermain,
bersaing bagi mencapai kecemerlangan. Sebagai seorang insan yang cergas dengan kepintaran kreatif,
pekerja pada lazimnya boleh mengawal hasrat diri sendiri dan boleh juga bergerak melakukan sesuatu
kerja tanpa penyeliaan rapi.

Pengurus yang mengutamakan Teori X akan mementingkan struktur kawalan dan peraturan yang rapi ke
atas para pekerjanya. Manakala pengurus yang mengutamakan Teori Y akan lebih terbuka dengan
pengurusan kerja yang tidak memfokus kepada pengstrukturan peraturan yang ketat. Teori Y memberi
kebebasan yang lebih kepada para pekerja bagi menentukan tahap pencapaian dan gerak kerja ke arah
kecemerlangan sesuai dengan misi organisasi.

Modul 14 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia oleh Othman Mohamed.

MODUL 15: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

 Modul 15 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori
pengurusan secara objektif dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

45
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Penilaian:
Soalan uji sendiri:

Kefahaman tentang teori pengurusan secara objektif memudahkan perlaksanaan perundingan organisasi.
Bincangkan.

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

Topik 1: Pendekatan Pengurusan secara Objektif


Pengenalan
Keseimbangan adalah perlu di dalam sesuatu cara membuat keputusan. Begitu juga dalam pengurusan
yang melibatkan beberapa pihak di dalam sesuatu organisasi. Penerajuan kepepimpinan pengurusan
sangat bergantung kepada cara dan gaya kepepimpinan yang digunakan oleh pengurus. Keseimbangan
juga terpengaruh dengan kuasa desakan yang hadir di dalam sesuatu alam persekitaran organisasi.
Persaingan kuasa desakan ini boleh wujud sama ada dari dalam atau pun dari luar organisasi. Kurt Lewin
(1947) seperti dilaporkan oleh Hersey dan Blanchard (1972) memberi penjelasan tentang kuasa desakan
ini yang dinamakan sebagai analisa kuasa lapangan. Dalam apa keadaan sahaja pun, kuasa desakan
menolak dan kuasa desakan menahan akan memainkan peranan yang penting bagi mentafsirkan tindakan
yang diambil oleh seorang pengurus (lihat Rajah 10) .

Antara kuasa menolak adalah seperti galakan dari penyelia, sistem insentif bersabit ganjaran, persaingan
yang wujud dari rakan sekerja. Suasana demikian akan menggalakkan desakan ke arah satu haluan dalam
pembentukan objektif yang diidamkan. Manakala desakan menahan lebih berbentuk perlakuan dan
pemikiran yang berunsurkan perasaan sambil lewa; perasaan tidak ambil berat terhadap sesuatu tindakan,
peraturan, tanggungjawab; enggan menyelenggarakan peralatan dan sebagainya.

Seorang pengurus mesti dalam setiap masa merasai akan desakan yang dialami di dalam organisasinya.
Bagi seorang kaunselor di alam persekolahan, kaunselor mesti peka akan dinamik yang terjalin dalam
tindakan pengurusan dan gaya kepepimpinan yang terserlah. Kefahaman tentang budaya ini akan dapat
membantu kaunselor untuk mengambil tindakan pengurusan yang sewajarnya. Kefahamnya tentang
pengaruh keseimbangan desakan yang tersemai di dalam alam sekolah membolehkan kaunselor membuat
kata putus tindakan pengurusan bersabit dengan perancangannya secara saksama dan berkesan.

Hasil daripada penjelasan tentang pengaruh kuasa desakan, maka kaunselor boleh mengambil kira
beberapa perancangan bagi mencapai matlamat perkhidmatan kaunseling di sekolah. Kefahaman tentang

46
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

matlamat yang hendak dicapai adalah penting bagi menjayakan sesuatu projek. Begitu juga dasar yang
serupa boleh dialihkan kepada kefahaman akan matlamat bagi sesuatu perkhidmatan seperti kaunseling di
sekolah.

Seorang pengurus perlu faham tentang jurang persepsi dan keupayan tindakan yang dialami pihak
pengurusan dengan pihak pekerjanya di dalam sesuatu organisasi. Apabila berlakunya perbezaan persepsi
tentang kuasa desakan dan pengarugnya di dalam alam organisasi, matlamat yang hendak dicapai tidak
akan dapat keselarian dan kesepakatan tindakan oleh kedua-dua pihak pengurusan dengan pekerja.

Pendekatan pengurusan secara objektif (PSO) mengambil kira semua pengaruh desakan penolakkan dan
penahanan yang mungkin berlaku di dalam sesuatu organisasi, di samping berasaskan kepada falsafah
menyepadukan akan kawalan luaran dengan kawalan dalaman. Kawalan luaran berpunca dari pengaruh
pihak pengurusan manakala kawalan swadiri berasal dari pihak pekerja.

Perancangan ke arah matlamat yang berkesan perlu mendapat persetujuan di antara kedua pihak
pengurusan dengan pekerja atau di antara pengurus kanan dengan pekerja di bawah penyeliaannya.
Dalam pendekatan PSO ini, persetujuan matlamat sudah dapat ditetapkan dari permulaan projek. Ini akan
memastikan bahawa semua pihak yang bertanggungjawab tentang perlaksanaan projek faham tentang
implikasi sesuatu tindakan yang dilaksanakan.

Setiap objektif yang hendak dicapai perlu diperincikan agar sesuatu yang realistik dapat dirancang dan
dilaksanakan. Dalam keadaan ini, maka matlamat organisasi secara keseluruhan mesti difahami terlebih
dahulu oleh semua ahli yang terlibat. Matlamat yang tidak sesuai wajar digugurkan dan diganti dengan
matlamat yang lebih baik. Kesedaran mesti wujud bagi menjangkakan sesuatu matlamat yang hendak
dicapai. Ini penting bagi melahirkan suasana keiltizaman tugas dan missi yang gigih ke arah perlaksanaan
dan pencapai matlamat yang sudah ditetapkan.  Rajah 11 menunjukkan kitaran perlaksanaan Pengurusan
secara Objektif.

Modul 15 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

47
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

MODUL 16: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Modul 16 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori
pengurusan strategik dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Soalan uji sendiri:

Bincang kepentingan 2KPA dalam proses menangani missi sesuatu sekolah daripada sudut perundingan
kaunseling.

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Serlangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

48
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 1: Pendekatan Pengurusan Strategik


Pengenalan
Pengurusan strategik mempunyai ciri yang tersendiri. Sebelum sistem pengurusan strategik dilaksana,
adalah penting mengenal pasti tentang kedudukan ciri-ciri yang sedia wujud dalam alam sesuatu
organisasi. Pengurusan strategik ditakrifkan sebagai satu proses pengurusan dan upaya membuat
keputusan yang menentukan struktur jangka panjang dan aktiviti organisasi (Constable, 1980). Rajah 12 
dapat menunjukkan secara grafik aliran tujuan korporat dan kaitannya dengan nilai, sumber serta alam
persekitaran dengan tindakan yang perlu di sesuaikan dalam perlaksanaan tindakan jangka panjang.

Proses pengurusan. Proses pengurusan berkait rapat dengan cara strategi diterap dalam semua aspek
gerak kerja di dalam sesuatu organisasi. Pengurus wajar dapat menjangka secara intuisi perubahan
muktahir seperti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (2KPA) yang wujud di dalam organisasinya.

Keupayaan membuat keputusan pengurusan. Seorang pengurus yang cekap wajar boleh membuat
keputusan yang baik. Seorang pengurus juga wajar berani membuat keputusan bagi kepentingan
organisasinya. Malomat menjadi bahan penting dan sumber kritikal seorang pengurus memilih keputusan
yang paling sesuai dan menguntungkan organsasinya.

Dimensi jangka masa. Pengurusan strategik memberi tumpuan komitmen terhadap demensi jangka masa
dalam penentuan perlaksanaan aktiviti organisasi. Oleh itu, pengurus wajar perihatin dan sentiasa
berwaspada tentang elemen 2KPA dalam organisasinya kerana aras jangka masa strategik berbeza antara
satu bahagian dengan satu bahagian yang lain walaupun dalam satu organisasi.

Struktur Organisasi. Pergerakkan organisasi yang baik sangat bergantung kepada susunan struktur
organisasinya. Dalam organisasi yang effisien, kuasa untuk membuat keputusan terserlah dan teratur
susunannya. Penurunan kuasa boleh dilakukan dan tanggungjawab boleh meningkatkan harga diri
pengurus di samping mengoptimumkan kepantasan membuat keputusan. Dalam keadaan demikian,
penurunan kuasa juga merupakan satu cara strategik bagi peningkatan hasil produktiviti.

Aktiviti Organisasi. Pelbagai aktiviti boleh bergerak dalam sesuatu organisasi. Dalam alam pendidikan,
keutamaan diberi kepada pemegang amanahnya seperti kerajaan, ibu bapa dan juga kliennya seperti
peserta dan ibu bapa. Walau apa pilihan keutamaan yang terserlah, aktiviti organisasi tetap bergantung
kepada keupayaan perlaksanaannya.

Topik 2 Perlaksanaan Pengurusan Strategik


Pengurusan strategik memerlukan kepemimpinan yang cekap dan berani. Strategi yang melibatkan jangka
masa yang panjang akan memerlukan budaya perkongsian dan bekerjasama antara semua pengurus
dalam sesuatu organisasi. Seorang ketua eksekutif dalam alam kerja yang demikian perlu mempunyai
wawasan untuk menyelaras tugas dan tanggungjawab semua pengurusnya.

49
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Dalam alam pendidikan seperti persekolahan pula, tanggungjawab ini akan terserlah kepada seorang
pengetua. Peranan kaunselor pula lebih kepada ciri perunding bagi menentukan supaya budaya dan alam
psikologikal persekolahan dapat diasah kepada arah tahap yang lebih optimum.

Seorang kaunselor wajar dapat bekerjasama secara kolaboratif dengan pengetua dan pengurusan
sekolah. Kerjasama secara kolaboratif ini penting bagi menjangka matlamat jangka pendek dan jangka
panjang yang hendak dicapai sekolah dan menyediakan alam psikologikal yang sesuai bagi mencapai
matlamat yang terancang.

Keserasian kejayaan. Dinamik kejayaan dalam pengurusan strategik sangat memerlukan satu daya upaya
bagi mengenalpasti 2KPA. Kejayaan bagaimanapun tidak akan dapat dihasilkan sekiranya ciri nilai, sumber
dan alam persekitaran sesuatu organisasi tidak diserasikan dengan keadaan sebenar 2KPA.

Nilai dan budaya kerja yang tinggi penting ditanam dalam alam organisasi pekerjaan. Nilai murni bagi
meningkat produktiviti dan kepuasan kerja wajar dapat diasah dalam setiap sikap pekerja. Keperluan bagi
persediaan alam ini akan dapat menjamin peningkatan produktiviti.

Sehubungan ini pihak pengurusan wajar dapat mengurus secara adil dan teratur sumber yang sedia ada.
Di samping boleh mempertimbangkan dengan wajar tentang kekuatan dan kelemahannya serta daya
mengambil peluang "advantage" yang wujud di dalam organisasi.

Keserasian ini dapat dilihat dalam  Rajah 13. Dalam dinamik pengurusan strategik, pengurus hendaklah
perihatin tentang "advantage" persaingan alam persekitaran yang wujud di organisasinya. Segala kekuatan
dan kelemahan hendaklah diteliti di samping pengurus berupaya mengenalpasti peluang bekerjasama
dengan pihak lain bagi mengatasi kelemahan serta memperkukuhkan kekuatan. Peluang seperti ini akan
dapat meningkatkan nilai kemasyarakatan pada tahap yang lebih luas. Kelemaham sumber dapat diatasi
dan kekuatan yang sedia ada diguna bagi meningkat mutu nialai tanggungjawab kemasyarakatan. Di
samping meningkatkan imej organisasi dalam alam masyarakat, peningkatan perduktiviti akan dapat
menjamin hasil keuntungan.

Thomson (1990) berpendapat perancangan strategik sebagai satu cara pengurusan bagi menjamin
kesinambungan tujuan sesuatu organisasi tercapai. Model yang dikemukakan berasaskan tiga tema
penting seperti analisis, membuat pilihan, dan perlaksanaan (Thomson, 1990). Tiga tema ini akan
mengakibatkan seorang pengurus berhadapan secara langsung dengan proses pengurusan pada
peringkat perancangan yang asas di dalam organisasinya.

Pengurusan secara ini melibatkan pengurus mengambil peranan langsung sebagai seorang yang mampu
menjangkau ke arah masa hadapan serta mampu memain peranan sebagai seorang futuristik. Aspek yang
dipentingkan oleh pihak pengurusan adalah proses yang paling baik bagi mengeluarkan produk yang
hendak dihasilkan. Pengurusan strategik juga mengabungkan keupayaan bagi menentukan kepentingan
pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan di dalam organisasi yang sedang diurus. Di samping itu,
pengurus sedia menerima bahawa perubahan memang perlu dan mesti berani menghadapi perubahan
tersebut. Sehubungan ini, pihak pengurusan sentiasa bersedia, menyesuaikan keadaan serta mampu
menggunakan intuisi dalaman sanubarinya bagi menangani keadaan tidak menentu yang muktakhir.

50
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Pihak pengurusan juga semestinya peka dengan segala pengaruh yang akan dihadapi di dalam dan di luar
organisasinya. Selari dengan saranan yang dikemukakan oleh Thomson (1990) berkaitan dengan analisis,
membuat pilihan, dan perlaksanaan, Kurpuis, Burello, dan Rozecki (1990) telah mencadangkan satu
proses perancangan strategik seperti dipaparkan dalam  Rajah 14.

Pandangan masa hadapan dan perkongsian kepercayaan


Adalah penting di dalam sebuah organisasi bagi semua ahlinya dapat berkongsi segala visi pandangan
masa hadapan yang dibayangkan sebagai munasabah oleh pihak pengurusan. Syarat kepemimpinan ini
akan dapat membimbing ahli di dalam satu organisasi itu bergerak sealiran dengan bayangan visi yang
diilhamkan oleh ketua eksekutif organisasi tersebut. Suasana perkongsian idea dan ilham bayangan masa
hadapan organisasi ini akan dapat membentukkan kesalingan harapan dan rasa tanggungjawab bagi
semua yang mempunyai kepentingan di dalam organisasi tersebut.

Penglibatan perkongsian idea dan ilham masa hadapan di setiap lapis keahlian di dalam organisasi sangat
penting. Setiap ahli wajar dididik tentang budaya yang terdapat di dalam organisasi tersebut serta budaya
kerja yang diilhamkan bagi menjamin prestasi yang ulung yang akan dicapai oleh organisasi. Ciri ini
mustahak bagi menjamin daya kreativiti akan sentiasa wujud dan berkembang di kalangan keahlian tujuan
mencari cara paling baik bagi memajukan prestasi organisasi.

Missi, Matlamat dan Tujuan Organisasi


Missi organisasi mestilah jelas. Missi merupakan satu kehendak ideal yang boleh dicapai oleh organisasi
dengan mengambil kira segala ilham serta budaya kerja yang dikongsi bersama semua ahli bagi
memastikan produktiviti yang membena. Missi tercapai hasil daripada pembentukkan visi yang diterima
secara jelas oleh para perancang strategik di dalam sesuatu organisasi. Missi yang dibentuk mesti dapat
memberi haluan kehadapan yang luas bagi organisasi supaya segala elemen yang perlu boleh disalurkan
ke arah matlamat yang mahu dicapai oleh organisasi.

Sebagai contoh, bagi sebuah organisasi universiti, keinginannya adalah menjadi sebuah pusat
pembelajaran dan penyelidikan yang ulung. Di samping itu, instituisi universiti ini juga bukan sahaja mahu
menjadi pusat penyelidikan bahkan sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang mempunyai fokus kepada
beberapa bidang kecemerlangan. Pembentukkan misi mengakibatkan para perancang strategik mengambil
peranan yang proaktif dan tidak passif atau reaktif.

Dalam bidang kaunseling pula, perkhidmatan kaunseling di alam persekolahan wajar dapat mengenalpasti
arah tujuan yang hendak dicapai bagi perkhidmatan kaunseling di sekolah yang berkenaan. Sekiranya
kecemerlangan perkhidmatan dituntut, maka sesuatu perkhidmatan kaunseling sewajarnya dapat
menyediakan secara sempurna bidang kaunseling yang diidamkan. Dalam alam sekolah, adalah penting
perkhidmatan kaunseling yang menyeluruh dapat disediakan bagi menjamin peserta bersedia dengan alam
pekerjaan yang serba mencabar.

Apabila missi yang luas sudah dapat dipersetujui, maka pencarian bagi mewajarkan matlamat organisasi
akan menjadi lebih mudah. Matlamat merupakan titik peralihan diantara visi dan misi yang luas pada satu
penghujung dengan tujuan organisasi yang lebih berfokus serta terperinci pada satu penghujung.
Gambaran yang menunjukkan proses ini dapat dilihat di dalam  Rajah 15.

51
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Matlamat melibatkan keupayaan organisasi merancang segala elemen penting yang boleh memberinya
suatu pemilihan untuk bergerak ke arah tujuan sebenar teras aktiviti perniagaan organisasi. Perancangan
akan hanya dapat diperolehi seandainya satu analisis yang terperinci dilakukan ke atas tiga elemen yang
boleh mempengaruhi pemilihan yang strategik untuk mencapai tujuan yang diidamkan.  Rajah 16 
menunjukkan tiga bentuk analisis yang wajar dilakukan adalah 1) analisis luaran; 2) analisis industri; dan 3)
analisis dalaman.

Pada hakikatnya, pemilihan strategik memberi peluang kepada pihak pengurusan menjamin bahawa tujuan
organisasi akan tercapai hasil daripada pilihan strategi perancangan yang baik. Pemilihan strategi dapat
dimulakan dengan kesedaran akan wujudnya pelbagai cabaran ancaman yang sedia ada dan yang
mendatang di alam persekitaran dimana organisasi itu beroperasi.

Sehubungan ini, pengurusan wajar dapat mengenalpasti empat elemen penting tunggak analisis dalam
usaha membuat pemilihan strategik seperti berikut 1) Kekuatan 2) Kelemahan 3) Peluang 4) Ancaman
yang wujud berkaitan dengan organisasinya. Elemen persekitaran luaran, industri dan dalaman perlu diteliti
secara terperinci oleh pengurusan bagi mengenalpasti empat tunggak analisis yang akan mempengaruhi
pemilihan yang paling strategik bagi menghasilkan tujuan organisasi yang diidamkan.

Setiap organisasi mahukan pencapaian yang cemerlang menggabungkan kedua-dua kuantiti dan kualiti. Di
samping idaman ini, budaya kejayaan dan kepekaan terhadap etika kerja yang murni perlu juga disanjungi.
Bagi mencapai kecemerlangan tadi, sudah tentunya organisasi mesti mencari satu tempat yang istimewa
dalam alam persekitaran teras perniagaannya agar mampu bersaing dengan organisasi lain yang juga
menawarkan produk yang serupa.

Dalam alam mencari pemilihan strategik, organisasi mesti mampu mengenalpasti produk yang istimewa itu
bagi memastikan keupayaan persaingannya dengan organisasi pesaing yang lain. Elemen luaran yang
boleh mempengaruhi pemilihan strategik lebih menumpu kepada peluang yang boleh diambil oleh
pengurusan bagi menjamin kesinambungan kewujudan organisasinya dalam pasaran. Di samping itu juga,
pengurusan tidak boleh lepa dengan ancaman yang muncul dalam pasaran akibat dari kegiatan pesaing
lain. Ancaman ini boleh mengambil pelbagai rupa seperti cara pemasaran, pasaran yang baru, produk
yang baru, penghargaan produk yang lebih menarik bagi pengguna, kos pengeluaran yang berkurangan
dan sebagainya.

Bagi menjamin persaingan dalam pasaran dengan pesaing yang lain, pengurusan mesti faham akan
kekuatan dan kelemahan organisasi yang sedia ada baik di dalam mahu pun di luar organisasi. Kelemahan
yang boleh menggugat keupayaan organisasi bagi menjamin produknya laku di dalam pasaran mesti
dikenalpasti dan tindakan diambil bagi memulihkannya secara segera. Perimbangan kekuatan organisasi
tidak dapat disangkal sebagai penting kerana kekuatan yang ada mesti dipelihara dan dibangunkan.

Kaunselor boleh memainkan peranan yang penting bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang
wujud di dalam organisasinya. Contohnya di alam persekolahan, hasil dari analisis keperluan suasana
alam akademik persekolahan dan juga keiltizaman para pengajarnya, kekuatan dan kelemahan berkaitan
potensi prestasi sekolah boleh dijangka. Gunakan maklomat ini bagi membuat perancangan dan pemilihan
strategik supaya dapat meningkatkan keupayaan sekolah ke arah satu budaya kerja dan prestasi yang
lebih baik.

52
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan merupakan satu hasil yang hendak dicapai setelah matlamat terhasil. Tujuan adalah lebih spesifik
serta lebih terfokus berbanding matlamat. Bagi menghasilkan kehendak yang terfokus ini akan memerlukan
suatu pembentukan dasar yang dapat meyakinkan strategi yang terancang ke arah kejayaan.

Strategi dan Pelan Tindakan.


Perancangan strategi melibatkan empat faktor utama yang perlu diberi perhatian. Empat faktor penting
dalah 1) pengurusan pemasaran; 2) pengurusan sumber manusia; 3) pengurusan kewangan; dan 4)
pengurusan maklomat (Thomson, 1990). Bagi mana-mana organisasi yang menuju ke arah tujuan
berfokus, perancangan strategiknya tidak dapat ketepikan. Perancangan strategik yang melibatkan empat
faktor tadi memberi satu nadi terarah bagi memastikan keyakinan akan tercapainya tujuan yang diidamkan.

Pengurusan pemasaran adalah penting bagi menjamin produk yang terhasil dapat dipasarkan secara
optimum. Pemasaran sesuatu produk bergantung kepada objektif yang dikaitkan dengan strategi
keseluruhan organisasi. Contohnya, suatu fakulti di dalam sebuah institusi pengajian tinggi yang perlu
memasarkan produk akademiknya mesti dapat memastikan strategi yang selari dengan dasar induk
institusi. Kesalingan sokongan sangat perlu bagi mengukuhkan perancangan strategi di peringkat fakulti
serta perlu wujudnya penurunan kuasa yang optima. Contoh ini selari dengan dasar pemasaran program
Masters yang dikendalikan secara pengajaran di luar kampus oleh Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti
Putra Malaysia mulai pada tahun 1997. Pihak universiti menggalakkan setiap fakulti agar dapat
memastikan pasaran yang bukan konvensional bagi produk akademiknya. Dalam strategi yang
dilaksanakan, produknya iaitu program Masters Sains merupakan satu produk yang berjaya dipasarkan
mengguna strategi percampuran pemasaran yang klasikal. Strategi melibatkan daya menentukan agihan
tempat pengajaran di luar kampus. Ini menepati dengan konsep pengedaran optima dalam pengertian
strategi pemasaran. Tempat perintis bagi melaksanakan program dipilih agar permintaan terjamin, di
samping adanya percampuran produk yang menarik bagi konsumer.

Tempat pertama yang dipilih bagi pelancaran produk adalah di Pantai Timur, iaitu di Kuala Trengganu,
Trengganu. Sebagai satu bandar yang jauh dari kampus induk di Serdang, Selangor, kawasan Kuala
Trengganu mempunyai potensi kawasan takungan permintaan calon bagi program Master Sains dalam
dua bidang, a) Bimbingan dan Kaunseling dan 2) Pentadbiran Pendidikan. Strategi pemilihan ini juga
disokong dengan cara menepati kehendak konsumer supaya produk dapat diajukan dengan satu pakej
yang baik serta menarik. Sekali gus dapat mematahkan persaingan daripada produk program Masters
yang ditawarkan oleh sebuah institusi lain yang sudah bertapak di Kuala Trengganu.

Pentingnya disini adalah keupayaan menyajikan satu pakej program Masters yang berkualiti di samping
menjaga keupayaan konsumer boleh membelinya dengan harga yang berpatutan. Perletakkan
penghargaan yang berpatutan tanpa mengaut keuntungan yang berlebihan bagi satu konsumer adalah
sebagai satu strategi kewangan yang berkesan. Daya penglibatan konsumer dan potensi ramai bilangan
konsumer yang tertarik dengan pakej tersebut dapat memastikan pulangan kos serta menjamin
peningkatan pulangan keuntungan.

Penjualan sesuatu produk juga bergantung kepada upaya bagi menyampaikan seberapa luas maklomat
tentang produk serta segala kebaikannya. Cara mempromosikan produk tadi adalah secara konvensional
iaitu menggunakan konsep pemasaran langsung. Interaksi antara pihak universiti sebagai pembekal
dengan konsumer atau bakal peserta diutamakan. Kepercayaan dan kesetiaan dapat dijalin secara ikhlas

53
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

dan wujud kesalingan menghormati produk yang bermutu tanpa didagangkan secara komesial melalui
pengiklanan media.

Kejayaan pemasaran produk Master Sains yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM itu
tidak terhad hanya kepada Kuala Trengganu. Strategi yang serupa juga diterapkan di kawasan Jitra, Kedah
di utara Semenanjung Malaysia. Kelainannya, strategi pemasaran menerap penggunaan mempelbagaikan
produk dan dalam masa yang sama membahagikan kawasan pasaran. Kawasan pasaran dikenalpasti
pembahagiannya

1. di kawasan timur,
2. kawasan selatan,
3. tengah semenanjung,
4. Sabah dan Sarawak, dan
5. kawasan utara.

Strategi mempelbagaikan produk adalah penting bagi memastikan penggunaan sumber pengajar akademik
secara optima sebagai sumber manusia yang penting dalam penawaran program Master. Perhubungan
antara strategi pemasaran dengan strategi penggunaan sumber manusia sangat rapat dalam pemasaran
program akademik. Keterampilan akademik tidak dapat dinafikan sebagai faktor utama dalam pembekalan
produk yang bermutu tinggi seperti program Master ini. Kepakaran dalam pengajaran sesuatu subjek di
samping masa yang boleh disedia serta digunakan oleh sumber pengajar tersebut adalah di antara
kekangan yang mewajarkan strategi menyediakan kepelbagaian produk. Standard pengajaran dan
standard Master tetap terjamin.

Pengurusan Secara Objektif.


Di dalam parameter perancangan strategik, ada juga penerapan pengurusan secara berobjektif bagi
menentukan supaya tugas kecil dapat diselenggarakan secara effisien. Perancangan strategik secara
keseluruhan penting, namun kejayaan menghasilkan tugas kecil merupakan kunci dalam perlaksanaan
yang licin dan optima sesuatu perlaksanaan projek. Perlaksanaan tugas-tugas kecil ini tidak akan berjaya
tanpa kerja secara kolaboratif dan wujud satu pembentukan kerja berpasukan.

Ganjaran tetap merupakan satu daya motivasi dalam perlaksanaan tugas. Kesedaran akan menjayakan
projek dan pentingnya bagi meningkatkan integriti fakulti sebagai satu pusat yang boleh maju ke hadapan
dalam bidang pendidikan negara juga merangsang kegigihan personnel. Di samping itu, keterampilan
personnel juga meningkat hasil keperluan persediaan modul pengajaran yang mencabar.

Tugas kecil juga melibatkan usaha pengurusan kewangan yang rapi kerana setiap pergerakkan aliran
wang tunai mesti dikawal bagi memastikan kos tetap dan kos berulang adalah dalam kawalseliaan yang
munasabah. Pengaliran masuk kewangan sebagai sumber menjana pendapatan bagi fakulti berasaskan
kepada penentuan jangkaan antara kadar pertumbuhan pasaran dengan Bahagian Relatif Perkongsian
Pasar seperti yang dapat dilihat dalam  Rajah 17

Pemilihan penjualan produk mengikut pasaran adalah penting bagi menjamin pulangan yang
menguntungkan. Pengurus wajar dapat menentukan kadar pertumbuhan pasaran, di samping memantau
bagaimana penjanaan wang berdasar pembahagian relatif pasaran boleh mempengaruhi keuntungan.

54
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Pasaran yang tinggi kadar pertumbuhan akan menyebabkan pembahagian pasaran produk yang rendah.
Kemungkinan produk yang baru apabila diperkenalkan tidak mungkin dapat pulangan balik modal, malahan
kerugian -- Petak K. Dalam kes Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, ada persaingan yang sederhana
dalam produk Master di antara institusi lain. Namun, pelbagaian dan perbezaan produk dari segi pakej
modular telah dapat menandingi produk dari institusi yang lain. Proses kata putus yang penting adalah bagi
memilih produk yang boleh mendatangkan pulangan keuntungan yang paling optima dalam peringkat
pelancaran projek supaya pasaran yang terjamin tetap dalam kawasan Petak U -- Untung. Ini merupakan
strategi peneguhan janaan kewangan pelancaran dan cara pembayaran yuran pembelajaran secara
beransur dalam tiga peringkat selama satu tahun semasa belajar juga memastikan sistemnya menarik dan
fleksibel. Sistem pembayaran ini juga telah dapat mengekalkan bilangan peserta dengan tahap
pengguguran pembelajaran terkawal pada kurang 5 peratus.

Walau pun strategi pelbagaian dan perbezaan serta pembahagian pasar diterapkan, namun wujud juga
produk pengkhususan dalam program Master yang sukar dipasarkan di dalam pasaran bidang pendidikan
secara amnya. Produk yang kurang pasarannya tetap masih ditawarkan di dalam kampus bagi menjamin
kesinambungan penawaran secara konvensional.

Penyemakan.
Sesuatu perancangan tindakan akan memerlukan penilaian ke atas perlaksanaannya. Perancangan
strategik juga tidak mengenepikan pentingnya faktor penyemakan dan penilaian. Penyemakan perlu
kerana tujuan strategik yang hendak dihasilkan dalam waktu jangka panjang mesti dapat diukur sama ada
tercapai atau pun tidak. Pencapaian matlamat strategik yang telah dirancang akan menjadi petunjuk sama
ada tujuan lebih jauh itu realistik.

Apabila berlakunya kepincangan dalam perlaksanaan dan perlaksanaan tersekat, maka punca sebenar
mesti ditangani.

Segala 2KPA perlu dikaji semula dan ditangani secara sistematik. Tujuan berobjektif hendaklah disemak
dan diselaraskan agar matlamat secara keseluruhan mudah dicapai semula. Cara pengurusan
perancangan strategik sudah pasti dapat menghasilkan idaman tujuan dalam jangka masa panjang.
Pengurus menjadi lebih peka dengan keadaan alam persaingan produknya di samping para pekerja dapat
menjana satu visi bersama dengan pihak pengurusan.

Modul 16 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

55
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

MODUL 17: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

 Modul 17 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 15: Etika dan   perundangan dalam kaunseling di dalam
buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang etika dalam perundingan
kaunseling.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Soalan uji sendiri:

Bincangkan kepentingan cara membuat keputusan mengikut prinsip etika semasa perunding berhadapan
dengan dilema eitka. Beri contoh.

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

56
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 1: Etika dalam perundingan kaunseling


Pengenalan
Etika dan perlakuan beretika adalah sesuatu tindakan yang menuntut keakuran terhadap piawaian
profesional serta perhakimannya tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Manakala kod etika
pula merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh
ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis profesional
(Othman Mohamed, 1999).

Di Malaysia, sungguh pun belum banyak kes litigasi yang emrujuk terhadap kod etika perundingan
kaunseling, namun Persatuan Kaunseling Malaysia atau PERKAMA ada menerbitkan Kod Etika bersabit
dengan perundingan. Bahagian F di dalam Kod Etika PERKAMA jelas menghuraikan tentang enam
perkara bersabit dengan perundingan seperti berikut:

1. Tentang kesedaran berkaitan dengan nilai, pengetahuan, kemahiran dan batasan diri.
2. Tentang persefahaman dan persetujuan antara perunding dengan konsulti.
3. Tentang keupayaan dan kemampuan menjalankan perundingan.
4. Tentang pergantungan dan pentingnya kemampuan bagi memudahkan konsulti berkembang dari
sisi swadirinya.
5. Tentang pembayaran dan isu bila berhak menerima pembayaran perundingan.
6. Tentang kewajaran perunding tertakluk kepada kod etika persatuannya.

Pernyataan etika sepertimana yang diterbitkan oleh sesuatu pertubuhan profesional seperti PERKAMA
biasanya wujud sebagai satu niat kemahuan persetujuan bagi berkhidmat kepada masyarakat. Niat ini
adalah satu tanggungjawab yang dipegang oleh semua ahli profesion tersebut dengan masyarakatnya.
Oleh yang demikian, tanggungjawab terhadap niat etika ini juga merangkumi semua nilai masyarakat yang
dianggap paling tinggi tahapnya untuk dipertahankan.

Di dalam sesuatu profesion, kod etika ditubuhkan bagi menjaga hak yang dipunyai oleh orang awam atau
ahli masyarakat. Hak seseorang individu di dalam masyarakatnya wajar dipertahankan. Di samping itu,
terdapat pula tanggungjawab yang dituntut daripada seorang ahli profesional seperti kaunselor atau
perunding kepada kelompok yang spesifik seperti orang-orang yang memerlukan bantuan atau sesuatu
khidmat yang disampaikan oleh ahli profesional tersebut.

Di samping itu, kod etika juga merupakan sebagai satu ingatan kepada ahli yang menjalankan praktis
profesionnya supaya dibimbing dengan peraturan, membina serta boleh menjaga martabat ahli, hak dan
keselamatan kliennya (Othman Mohamed, 1999). Di dalam praktis perundingan, perunding wajar menjaga
martabat dan keselamatan konsulti dan juga kliennya. Kod etika juga memberi bantuan kepada ahli dalam
sesuatu profesion agar dapat memikirkan serta boleh mempertimbangkan tentang dilema membuat
sesuatu keputusan apabila berhadapan dengan isu moral (Othman Mohamed, 1999). Kod etika juga dapat
memberi satu penjelasan akan tanggungjawab kaunselor terhadap kliennya dan apabila kaunselor
memberi khidmat sebagai perunding, tanggungjawab ini teralih ke arah konsulti serta klien konsulti.

57
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 2: Prinsip etika dalam perundingan kaunseling


Pengenalan
Terdapat tujuh prinsip etika yang boleh diketengahkan di dalam proses perundingan kaunseling seperti
berikut:

1. Tanggungjawab
2. Otonomi
3. Kebajikan klien dan konsulti
4. Salahwakil atau misrepresentation
5. Pembayaran
6. Perhubungan Perunding - Konsulti
7. Menjaga maklumat terhad atau confidentiality

Tanggungjawab.

Adalah sedia maklum bahawa perundingan kaunseling merupakan percantuman di antara du profesion.
Sebagai contoh interaksi perundingan di antara guru-perunding; pensyarah-perunding; kaunselor-
perunding. Setiap interaksi akan menuntu perjalanan komunikasi di antara dua pihak yang terbabit. Dalam
keadaan perundingan maka wujud tuntutan memberi nasihat dan segala bentuk pengajaran, kaunseling di
antara perunding dengan konsulti. Isu tanggungjawab penting dari segi peranan komunikasi yang
disampaikan oleh perunding ke atas konsultinya.

Di sini termasuklah komunikasi dan persetujuan termaklum dari pihak perunding kepada konsulti. Juga,
perunding mesti menganggapkan komunikasi yang diperolehi daripada konsulti itu sebagai suatu maklumat
yang istimewa bagi perhubungan perundingannya.

Autonomi
Autonomi bermaksud bahawa seseorang itu berhak bertindak mengikut kehendaknya. Apabila seseorang
itu menuntut hak kebebasan diri maka dalam masa yang sama beliau juga wajar menghormati hak dan
kebebasan orang lain (Othman Mohamed, 1999). Di dalam proses perundingan kaunseling seorang
perunding wajar menghormati hak kebebasan konsultinya.

Isu kepakaran berkait rapat dengan prinsip autonomi di dalam proses perundingan. Tidak dapat dinafikan
bahawa seorang perunding itu boleh juga dianggap sebagai seorang pakar. Namun, sejauh manakah ianya
boleh dianggap sebagai pakar di dalam proses perundingan yang dijalankan sehingga menyebabkan
pergantungan dari pihak konsulti. Pergantungan dari pihak konsulti terhadap perunding mesti dihindar. Isu
autonomi penting kerang konsulti wajar dapat suatu pembelajaran yang baru hasil daripada interaksi
perundingan. Dengan cara yang demikian adalah diandaikan bahawa gejala pergantungan di dalam
perundingan kaunseling dapat dihindar.

58
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Kebajikan klien dan konsulti


Falsafah dan pegangan prinsip hidup adalah penting bagi kedua-dua perunding dan konsulti. Masing-
masing sudah tentunya mempunyai kepenting dan keutamaan yang tersendiri. Oleh kerana proses
perundingan merupakan satu proses interaksi yang melibatkan berkomunikasi, adalah diandaikan sesuatu
kepincangan pendapat mungkin juga berlaku di antara perunding dengan konsultinya. Apabila acara
seperti ini berlaku, maka wajar bagi perunding menjaga kepentingan imbangan di antara kepincangan yang
boleh membabitkan prinsip dan falsafah kehidupan kedua-dua pihak tujuan menjaga martabat konsulti.

Sehubungan ini juga, sebaik-baiknya perunding wajar juga menjaga keselamatan klien yang sedang diberi
pertolongan oleh konsulti. Kebajikan klien tersebut menjadi nas yang penting dalam segala perhubungan
interaksi perundingan di antara perunding dengan konsultinya walau pun klien bukannya faktor yang
mempunyai hubungan langsung dengan perunding. Prinsip liabiliti memihak atau vicarious liability
mengambil alih kepentingan dalam perhubungan tiga segi perundingan di antara perunding - konsulti -
klien, dimana tanggungjawab keseluruhan adalah dalam tanggungan bebanan perunding.

Othman Mohamed (1999) memberi penjelasan bahawa dalam perkara seperti ini, prinsip nonmaleficence
iaitu tidak memudaratkan klien atau orang lain mengambil tempat keutamaan. Prinsip ini menegakkan
ketegasan bahawa sebaik-baiknya tidak melakukan bahaya, tidak memudaratkan sesuatu. Dalam
pengertian lain, tidak melakukan secara sengaja keadaan yang boleh mendatangkan risiko
membahayakan orang lain (Othman Mohamed, 1999).

Sealiran dengan menjaga kebajikan klien dan konsulti, perunding wajar menggunakan teknik perundingan
yang berfaedah dan sesuai dengan masalah yang diajukan oleh konsulti bagi menolong kliennya.
Sewajarnya seorang kaunselor hendaklah lakukan perkara yang baik. Othman Mohamed, (1999) memberi
penjelasan bahawa prinsip beneficence iaitu membuat kebaikan, berasaskan kepada niat melakukan
sesuatu dengan kehendak yang bersih serta hasrat yang murni. Dalam kaunseling, prinsip membuat
kebaikan ini selaras dengan niat bagi menjalankan proses kaunseling itu secara berkesan serta berfaedah.
Dalam proses perundingan pula adalah diharapkan hasil perundingan akan dapat memberi sumbangan
yang bermakna kepada konsulti dan selanjutnya membantu klien meneruskan kehidupan sebagai seorang
ahli yang sempurna dalam masyarakatnya.

Salahwakil
Salahwakil adalah satu kesalahan yang melibatkan keadaan melakukan sesuatu tindakan yang boleh
menyebabkan rasa tertipu oleh orang yang dilibatkan. Di dalam perundingan kaunseling, apabila perunding
sebagai agen melakukan sesuatu selain daripada tanggungjawab pencegahan, pemulihan, perkembangan
beliau boleh disabit dengan kesalahan melanggar kod etika salahwakil. Salahwakil juga merupakan
sebahagian daripada undang-undang tort. Oleh yang demikian, mereka yang terlibat dengan kesalahan ini
boleh dibabitkan dengan tindakan litigasi sivil.

Maklumat adalah penting bagi membolehkan seorang individu membuat satu keputusan berkaitan dengan
isu yang sedang dihadapinya. Di dalam profesion kaunseling, maklumat tentang praktis perkhidmatan
seorang kaunselor serta ciri kelayakannya penting bagi bakal seorang klien yang inginkan khidmat
kaunseling.

59
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Salahwakil melibatkan memberi maklumat yang mengelirukan tentang sesuatu perkhidmatan, kelayakan
dan latihan yang dipunyai oleh seorang kaunselor profesional.

Begitu juga prinsip dan segala peraturan undang-undang yang membabitkan salahwakil diguna pakai untuk
penjagaan standard praktis perundingan kaunseling.

Pembayaran khidmat
Pembayaran khidmat wajarlah berpatutan dan selaras dengan had pembayaran yang dipersetujui oleh
persatuan yang mengawal sesuatu profesion. Di dalam isu ini, perunding mungkin bebas untuk
mengenakan pembayaran khidmat spesialis di samping pembayaran yang asas bagi sesuatu khidmat
kaunseling yang umum. Namun, pembayaran khidmat yang dikenakan ke atas konsulti wajar mengambil
kira persetujuan termaklum yang menjadi asas kontrak apabila khidmat perundingan dimulakan. Ciri ini
adalah munasabah sahaja dimana khidmat perundingan diambil dari perunding di luar sesuatu organisasi
konsulti berkhidmat atau bertugas. Biasanya pembayaran tidak dikenakan apabila perunding merupakan
sebahagian daripada pekerja di dalam sesuatu organisasi perundingan dijalankan.

Perhubungan perunding dengan konsulti


Perhubungan di antara perunding dengan konsultinya adalah di antara dua orang yang berstatus
profesional. Oleh yang demikian, perunding wajar menjaga martabatnya sebagai seorang yang
melaksanakan kemahirannya secara tertib dengan merujuk segala lunas peraturan perlakuan
profesionnya. Sehubungan ini, prinsip persetujuan termaklum menjadi asas kontrak dalam segala
perhubungan di antara dua pihak yang terlibat. Perunding dan juga konsulti wajar telus dalam
memaklumkan kesalingan hasrat masing-masing dalam perhubungan khidmat perundingan tersebut.

Isu yang kerap terbongkar di dalam salah laku perhubungan perunding - konsulti biasanya melibatkan
perhubungan penduaan. Praktis yang profesional menghadkan perhubungan intim di antara perunding
dengan konsultinya. Perhubungan penduaan juga menghadkan segala interaksi profesional di antara
perunding dengan konsulti apabila timbul kepentingan diri bagi salah satu profesional tersebut. Contohnya,
apabila konsulti mempunyai ikatan persaudaraan dengan perunding, maka perundingan tidak wajar
dimulakan.

Menjaga maklumat terhad


Kepercayaan di antara perunding dengan konsultinya bergantung kepada sejauh manakah wujud
kesalingan hormat menghormati kedua dua pihak yang terlibat di dalam perhubungan perundingan
tersebut. Konsulti sudah tentunya mahukan agar segala maklumat yang diluahkan itu dapat disimpan
secara selamat oleh perunding tanpa terbocor kepada pihak lain. Konsulti juga mempunyai jangkaan
bahawa perunding boleh menjaga maklumat tersebut secara selamat.

Keupayaan bagi menjaga maklumat terhad adalah satu kekuatan yang dipunyai oleh perunding dan siapa
sahaja yang mengurus perkhidmatan yang berprinsipkan lunas kaunseling. Penjagaan maklumat terhad
adalah lumrah terjamin di dalam perkhidmatan yang berunsur kaunseling. Inilah satunya prinsip yang dapat

60
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

mengekalkan kewibawaan profesion kaunseling bagi menjamin keselamatan maruah dan martabat klien
atau konsulti tetap terjamin.

Namun, prinsip ini juga tidaklah terlaksana tanpa batasan yang terus bebas dan tidak terkawal. Apabila
berlaku sesuatu tindakan oleh konsulti atau pun klien di dalam interaksi perundingan yang boleh
menyebabkan kemudaratan mana-mana pihak, maka perunding wajar membuat pertimbangan bagi
ketepikan dan selanjutnya mematahkan amanah penjagaan matlumat terhad. Dalam apa sahaja keputusan
yang wajar dibuat di dalam proses kaunseling atau pun perundingan, prinsip nonmaleficence iaitu tidak
memudaratkan klien atau orang lain mengambil tempat keutamaan. Tindakan keputusan seperti ini adalah
selari dengan pertimbangan prinsip penilaian perhakiman ke atas kesesuaian menjaga kepentingan
masyarakat.

Modul 17 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 15: Etika dan perundangan dalam kaunseling di dalam
buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Srdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

61
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

MODUL 18: PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


Tujuan
Pada akhir modul ini, peserta akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta
pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.

Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu peserta memahami secara umum tentang penilaian dalam
perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:
Soalan uji sendiri:

Bincang perbezaan di antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif di dalam perundingan kaunseling.

Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

62
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Topik 1: Penilaian dalam perundingan


Pengenalan
Proses perundingan juga memerlukan satu cara bagi memastikan perlaksanaan yang diusahakan oleh
perunding mendatangkan hasil seperti yang dijangka. Oleh yang demikian, penilaian adalah perlu supaya
acara yang telah dilaksana oleh perunding dan juga konsulti selari dengan matlamat sebenar yang hendak
dicapai. Hasil daripada penilaian juga boleh memberi petanda kepada perunding akan kekuatan dan
kelemahan tentang cara perundingan yang telah dilaksankan dengan konsultinya. Terdapat dua cara
perlaksanaan penilaian di dalam perundingan kaunseling. Dua cara tradisi yang biasa dilaksanakan
adalah: 1) Penilaian Formatif; 2) Penilaian Sumatif.

Penilaian Formatif
Penilaian formatif juga dikenali sebagai penilaian proses. Sehubungan ini, biasanya perunding akan cuba
menangani acara bagaimana sesuatu tindakan perundingan telah dilaksanakan. Paling penting di dalam
penilaian proses adalah bagi memastikan proses yang terhasil daripada setiap tahap perundingan yang
dijalankan di antara perunding dengan konsultinya. Cara ini bertujuan bagi menyerlahkan bantuan
intervensi dengan pihak konsulti.

Objektif penting bagi perunding dalam cara penilaian ini adalah bagi memurnikan proses perundingannya
dengan konsulti. Ianya mementingkan cara bagaimana keberkesanan intervensinya dapat diperbaiki.
Sehubungan ini, perunding mementingklan darai cara memperolehi maklumat daripada konsulti dan juga
semua pihak yang terbabit di dalam proses perundingan. Perunding berhasrat bagai mengetahui
bagaimana rancangan perundingannya bergerak sama ada secara licin atau pun melalui proses yang
tersekat-sekat. Biasanya cara penilaian formatif ini tidaklah terlalu formal. Ini memberi pengertian bahawa
semua keputusan yang terhasil adalah dipersetujui oleh perunding dengan konsulti sahaja.

Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif adalah satu cara penilaian yang lebih berbentuk formal. Penilaian ini juga biasa dikenali
sebagai penilaian produk. Sebagai satu matlamatnya adalah mengkaji darjah keberkesanan tentang
pencapaian yang terhasil di dalam perundingan. Di samping itu, penilaian cara ini juga cuba mengukur
impak kejayaan perlaksanaan perundingan yang dijalankan. Sudah tentunya fokus yang diutamakan di
dalam penialain secara ini adalah hasil perundingan.

Semua maklom balas yang dikumpul dan dianalisis akan diserahkan kepada pihak yang lebih berkuasa ke
atas pihak yang menuntut perlaksanaan perundingan tersebut. Sebagai fokus terhadap hasil yang tercapai,
pihak yang berkuasa biasanya ingin mendapatkan maklumat tentang keberkesanan kos perundingan yang
dijalankan; makluman balas juga penting menghuraikan apakah kesan serta program terpenting yang
dapat dihasikan daripada perlaksanaan perundingan tersebut.  

©copyright othmanmohamed

63
KAUNSELING KEIBUBAPAAN

64

Anda mungkin juga menyukai