Anda di halaman 1dari 3

Ada berbagai definisi perundingan yang terdapat di dalam rujukan kajian.

Caplan (1970), memberikan satu definisi yang bersepadu. Perundingan


melibatkan ciri kesukarelaan, dan perhubungan yang wujud antara dua
professional itu tidak melibatkan perhubungan berhairaki. Biasanya
professional yang terlibat adalah berasal dari bidang yang berbeza,
seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis, pegawai kebajikan. Di
samping itu, perundingan bermatlamat untuk 1) memperbaiki tugas yang
dijalankan oleh konsulti; 2) memperkembangkan kemahiran konsulti
sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah yang serupa secara
tersendiri pada masa hadapan. Sehubungan ini, bantuan yang dihulurkan
dapat membantu orang-orang profesional itu dalam menanangi aspek
kesihatan psikologikal dalam tugas mereka semasa, dan membolehkan
mereka mengatasi masalah yang serupa pada masa depan dengan lebih
berkesan.
Lippitt (1978), pula menyatakan proses perundingan itu melibatkan antara
seorang perunding dengan berbagai corak individu dan sistem, termasuk
keluarga, sistem masyarakat dan sebagainya. Kedua-dua definisi ini
mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Definisi Caplan (1970) memberi
peneguhan kejituan kepada perundingan apabila hanya dua pihak
professional sahaja yang terlibat dalam proses perundingan. Kelemahan
definisi Caplan amat ketara kerana proses seperti ini tidak dapat
diperluaskan kepada khidmat dengan kelompok bukan profesional dalam
masyarakat.

Apabila definisi perundingan diperluaskan kepada kelompok seperti


keluarga, sistem masyarakat, maka timbul kontroversi sama ada proses
perundingan itu boleh digunakan di luar ruang rujuk masalah pekerjaan.
Katz & Kahn (1978) melaporkan bahawa kebanyakan perunding
berpendapat bahawa fokus yang penting adalah cara proses perundingan
itu dilaksanakan. Perlaksanaan biasanya menggunakan teknologi yang
spesifik bersamaan sistem komunikasi dan sumber maklomat yang baik.
Tujuan proses adalah supaya sumber yang mendapat khidmat itu
menukarkan keadaan semasanya ke arah matlamat yang hendak dicapai.
Contohnya, satu proses perundingan dengan seorang guru akan fokus
kepada cara melayan pelajar yang kurang berminat dalam suatu
matapelajaran. Fokus perundingan dalam keadaan ini mungkin akan
menumpu kepada cara mendapatkan maklomat mengenai masalah
pelajar tersebut, cara meyakinkan pelajar tersebut tentang pentingnya
prestasi akademik dengan kerjaya dan sebagainya.

Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987) pula menekankan ruang rujuk


perundingan kepada khidmat kemanusiaan. Ruang rujuk ini selari dengan
pendapat Lippitt (1978). Perundingan bermirip khidmat kemanusiaan ini
mementingkan proses penyelesaiaan masalah itu secara sukarela.
Khidmat perundingan boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau
konsultinya. Di samping itu, asas proses perundingan bertujuan untuk
membantu konsulti memperkembangkan kemahiran dan sikapnya supaya

boleh berfungsi dengan lebih berkesan terhadap pihak yang ia


bertanggungjawab. Tersemat dalam maksud ini memberi erti bahawa
perundingan diperluaskan kawasan pengunaannya kepada kelompok,
organisasi, selain daripada individu.
Antara aspek terpenting dalam proses perundingan ialah hubungan antara
perunding dengan konsultinya. Hubungan ini adalah sama rata. Ciri-ciri
hubungan yang terbuka, ikhlas, penuh kerelaan hati, empati dan
ketulenan diri, kesemuanya menjamin hasil yang baik. Ciri-ciri seperti ini
sangat terdekat dengan manifestasi proses kaunseling. Namun, dalam
kaunseling prosesnya akan bermatlamat ke arah membantu klien
mengatasi masalah psikologikal. Dalam proses perundingan, perunding
boleh mengenalpasti masalah psikologikal klien melalui konsulti dan
memberi saranan cara yang boleh dilaksanakan untuk mengatasinya.
Sehubungan ini, proses perundingan tidak berhasrat untuk menuju ke arah
matlamat kaunseling secara langsung.
Berpegang kepada definisi yang dihuraikan, ada dua aspek yang ketara.
Apabila perundingan itu di analisis sebagai satu kemahiran atau
kecekapan yang terampil, maksud definisinya adalah terhad kepada ahli
profesional. Apabila perundingan dianalisis sebagai satu proses maka
terapinya adalah lebih condong kepada hasrat bagi memperbaiki
hubungan sesama insan dan lebih komprehensif.

Dalam erti kata lainnya, perundingan dapat didefinisikan sebagai upaya


peningkatan keterampilan melalui proses komunikasi terbuka yang dapat
membantu penyelesaian masalah, di samping memastikan proses
hubungan sesama insan yang berlangsung secara sukarela dilaksana di
dalam sistem yang komprehensif.

CIRI-CIRI PERUNDINGAN
1. Matlamat perundingan ialah untuk membantu mempertingkatkan
kedua-dua pihak iaitu perundi dan system klien. Perunding mungkin boleh
membantu meningatkan keyakinan, kemahiran dan pengetuahuan perundi
supaya dapat mengandalikan klien dengan lebih berkesan. Dalam situasi
yang lain pula, program intervensi itu boleh dilaksanakan terus kepada
system klien.
2. Pada suatu ketika dalam proses perundingan, perundi atau klien diberi
keutamaan bergantung kepada situasi.
3. Perundingan boleh diberikan oleh perunding luaran yang berasingan
daripada organisasi atau sebagai perunding dalaman iaitu sebahagian
daripada ahli organisasi.
4. Penyertaan dalam perundingan adalah secara sukarela.
5. Perundi bebas untuk melaksanakan atau tidak syor / cadangan
perunding.

6. Perhubungan perundi-perundi adalah sama taraf dari segi kuasa tetapi


berlainan dari segi keterlusan.
7. Perhubungan perundi-perundi adalah sementara untuk sesuatu sesi,
program atau projek. Perunding bukan bertujuan untuk menggantikan
perundi.
8. Di dalam kebanyaan situasi, perundingan dijalankan secara
bekerjasama dan komplimetari kepada perundi.

Anda mungkin juga menyukai