Anda di halaman 1dari 9

Overall NIKAH & RESEPSI

Agenda RAJ SEREMBAN


& Call 12 November 2022 (Sabtu)
Time Details Action Script
11:00 RESEPSI BERMULA
AM Ketibaan tetamu
12:15 Ketibaan Emcee meminta para Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.R.T
AM pengantin di tetamu bersedia di
pintu masuk tempat duduk masing- Sidang hadirin yang dikasihi
lounge masing untuk
menyambut ketibaan Terlebih dahulu Selamat datang diucapkan kepada Tuan-Tuan, Puan-
pengantin. Puan. Anda kini berada di RUMAH ABANG JAMIL SERAMBAN bagi
meraikan majlis tautan kasih MEJAR MUHAMMAD SUFIAN dan TS.
NUR AZIERA. Untuk makluman sebentar lagi acara yang ditunggu-
tunggu, iaitu ketibaan dan perarakan masuk pasangan mempelai yang di
raikan. Mari sama-sama kita memberi perhatian sepenuhnya kepada
perarakan masuk pasangan mempelai pada hari ini.

12:30 Perarakan Emcee Tanda Telah Terungkai


PM pengantin ke mengumumkan Ikatan Janji Telah Termatri
pelamin perarakan masuk Ijab Berwali, Izin Bersaksi
pengantin ke pelamin. Bertemu Sudah, Wajah Cinta
Disebalik Rahsia, Kekal Abadi

Dari RUMAH ABANG JAMIL SERAMBAN majlis mengumumkan


perarakan masuk kedua mempelai

MEJAR MUHAMMAD SUFIAN BIN MD LEPI dan TS. NUR AZIERA BINTI
AZMAN. Sambil diserikan dengan istiadat silang pedang yang diketuai
oleh LT MUHAMMAD FARIS BIN MOHD FADZIL dan akan diiringi oleh
tiupan Beg Pipe daripada ANGGOTA BATALION KE 15 RAJIMEN
ASKAR MELAYU DIRAJA.
Dipersilakan.

Ucapan alu- Emcee memulakan Berjalan Arjuna di tepi bendang,


aluan majlis. Berjalan di bawah pohon bidara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Allâhumma inna as’aluka, bi anna asyhadu annaka antallâhu lâ ilâha illâ


ant, al-ahadus shamad, alladzî lam yalid walam yûlad, walam yakul lahû
kufuwan ahad.

Yang diraikan pasangan pengantin baru MEJAR MUHAMMAD SUFIAN


BIN MD LEPI dan isterinya TS. NUR AZIERA BINTI AZMAN, ahli
keluarga dari jauh dan dekat, rakan-rakan ayahanda dan bonda
pengantin berdua juga rakan-rakan kepada pasangan mempelai.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya


serta keizinanNya telah mempertemukan kita pada hari yang mulia ini
untuk sama-sama meraikan perkahwinan MEJAR MUHAMMAD SUFIAN
dan TS. NUR AZIERA

Semoga dengan kehadiran para tetamu sekalian akan memeriahkan lagi


majlis ini dan diberkati Allah SWT.

12:45 Bacaan doa Emcee menjemput Mohon doa pada mu Tuhan


PM pembaca doa bagi Agar majlis berjalan lancar
memimpin bacaan Biarlah berkat kita aminkan
doa. Apa dihajat moga terpancar

Hadirin yang dimuliakan

Mahligai yang dibina sentiasa diharapkan berkekalan. Suka dan duka,


pahit dan manis, merupakan asam dan garam kehidupan. Moleklah
kiranya mahligai yang baru dibina ini diiringkan doa selamat agar
diberkati ke akhir hayatnya.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan


STAF SARJAN USTAZ AKMAL untuk memimpin bacaan doa sebagai
permintaan hajat, agar majlis kita lebih diberkati hendaknya.
Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin-amin Ya Rabbal’Alamin

Terima kasih diucapkan kepada STAF SARJAN USTAZ AKMAL. Semoga


dengan kalimah doa ini, majlis akan diberkati dan dipermudahkan.

Sesi salam Emcee meneruskan Hadirin yang dimuliakan


restu majlis dengan Seterusnya kita akan ke acara Salam Restu.
menjemput wakil
keluarga pengantin ke Bagi memulakan acara salam restu, majlis dengan segala hormatnya
pelamin untuk mempersilakan yang dikasihi ayahanda dan bonda kepada pengantin
bersalaman restu perempuan, ENCIK AZMAN BIN ALI dan PUAN BADRISHAM BINTI AB
mengikut giliran. HADI untuk salam restu sebagai tanda merestui perkahwinan anakanda
1. Ibu bapa PL berdua. Dipersilakan.
2. Ibu bapa PP
3. Ibu saudara Mudik berenam si anak haruan,
pengantin lelaki Lumba-lumba menyusul tebing,
4. Bapa saudara Sama mencecah hati kuman,
pengantin Susah senang sama membimbing.
perempuan
Sungguh wangi melati putih
Disirami biar tak layu
Kebahagiaan akan kalian raih
Selamat menempuh hidup baru

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayahanda dan bonda


pengantin perempuan.

YUSUF MOKHTAR (WAKIL PAKCIK SEBELAH MAK PENGANTIN


PEREMPUAN)

MAKLONG KHATIJAH (WAKIL SEBELAH BAPA PENGANTIN


PEREMPUAN)

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang dikasihi


bonda kepada pengantin lelaki HAJAH AMINAH BINTI MOHD NADZIR
untuk acara salam restu bersama pasangan raja sehari sebagai tanda
merestui perkahwinan mereka. Dipersilakan.

Burung merpati terbang seribu,


Hinggap seekor di tengah laman,
Ayahanda bonda memberi restu,
Tabahkan hati teguhkan iman.

Kedua mempelai menjeling tak sudah,


Sambil tersenyum manis keduanya,
Ayah beruntung bonda bertuah,
Dapat menantu cantik orangnya. (Usik pengantin)
Terima kasih kepada ayahanda dan bonda pengantin perempuan untuk
acara salam restu sebentar tadi.

EN JAMALUDIN BIN MD LEPI (ABG LONG PENGANTIN LELAKI)

LEFTENAN JENERAL DATO’ SOFI BIN MD LEPI (ABG NGAH


PENGANTIN LELAKI)

01:00 Sesi potong Pengantin diminta ke Si anak dara mencoret lukisan,


PM kek meja kek di depan Buat hiasan dihujung julai,
meja makan beradap Untuk majlis membelah manisan,
bagi Jemput bangun kedua mempelai
menyempurnakan
upacara pemotongan Majlis dengan segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan kedua
kek. pasangan pengantin untuk ke peterna indah bagi upacara memotong kek
perkahwinan. Dipersilakan.

SESI POTONG KEK

Sungguh wangi melati putih


Disirami biar tak layu
Kebahagiaan akan kalian raih
Selamat menempuh hidup baru

Sesi makan Emcee mempersilakan Lebat rumbia dahannya rendah


beradab pasangan pengantin Sayang senduduk ditepi muara
ke meja utama. Menu hidangan terletak sudah
Samalah duduk menjamu selera

Seterusnya Majlis mempersilakan kedua mempelai diiringi kedua


ayahanda dan bonda ke meja santapan utama untuk jamuan makan
beradap.

PENGANTIN BERGERAK KE MEJA SANTAPAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau tuan pikat cemara


Buatlah bara akar selasih
Sudilah tuan jamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para hadirin sekalian


sudilah kiranya menjamu selera, juadah yang disediakan sambil di iringi
dendangan lagu romantis dari pilihan pasangan Raja sehari yang
dibawakan oleh Pancaragam Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD).
Dipersilakan

01:30 Sesi Emcee menjemput Tumbuklah lada di atas para,


PM bergambar pengantin ke pelamin Ada kasut simpan di peti,
bersama untuk sesi bergambar Telah selesai menjamu selera,
keluarga mengikut giliran. Baru senang di dalam hati.
rombongan,
tetamu Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan sesi merakam gambar kenangan pasangan


mempelai bersama keluarga kedua-dua pengantin. Untuk itu
dipersilakan pasangan mempelai ke pentas pelaminan. Dipersilakan.
1. Ibu bapa PP
ENCIK AZMAN BIN ALI dan PUAN BADRISHAM BINTI AB HADI
2. Keluarga terdekat PP
NUR AZREINA
NUR ZULAIKHA
NURUL AISYAH
3. Seluruh keluarga PP
4. Ibu PL
HAJAH AMINAH BINTI MOHD NADZIR
5. Keluarga terdekat PL
EN. JAMALUDIN B MD LEPI
LEFTENAN JENERAL DATO’ SOFI MD LEPI
KOMANDER KHALID MD LEPI
PN JULIA MD LEPI
PN JUITA MD LEPI
DR. JULIZA MD LEPI
6. Seluruh keluarga PL
7. Terbuka kepada tetamu

Sebagai menyatakan penghargaan, pasangan raja sehari akan beramah


mesra dan menerima ucapan tahniah serta salam restu daripada
jemputan yang hadir. Juga bagi mereka-mereka yang ingin merakam
gambar kenangan bersama pasangan mempelai boleh ke pentas
pelaminan. Dipersilakan.

04:00 Penutup Hadirin yang dimuliakan,


PM
Pisang emas dari bentan,
Pisang berangan bertandan-tandan,
Hutang emas dibalas intan,
Hutang budi tiada tandingan.

Ayahanda dan bonda serta kaum keluarga mempelai berdua amat


terhutang budi di atas kehadiran kaum keluarga pengantin lelaki dan
pengantin perempuan, serta sahabat handai dan para jemputan sekalian
yang telah sudi melapangkan masa untuk hadir bersama menyerikan
serta memeriahkan lagi majlis perkahwinan MEJAR MUHAMMAD
SUFIAN dan TS. NUR AZIERA pada hari ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada kaum keluarga kedua-dua


pihak serta sahabat handai sekalian yang telah bekerja keras untuk
menjayakan majlis pada hari ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat
membalas budi baik semua yang terlibat.

Kalau memanjat sudah sampai ke puncak,


Kalau menurun sudah sampai ke lembah,

Kalau terjun sudah sampai ke tanah,


Kalau berenang sudah sampai ke pantai,

Yang termimpi-mimpi sudah terjadi,


Yang terbayang-bayang sudah dipandang,

Syukur alhamdulillah, selesailah sudah majlis pada hari ini.

Bulan bersinar dengan manisnya,


Terbang pungguk menatang cinta,
Majlis kami tidak sepertinya,
Terguris rasa maaf dipinta.
Banyak kelok ke penarik,
Kelok tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan buruk tinggal di sini.

Dengan menyusun jari sepuluh, ampun maaf kami pohonkan. Disudahi


dengan wabillahi taufik wal hidayah
Wassalamualaikum wbt Terima kasih dan jumpa lagi.

04:00 MAJLIS TAMAT


PM Bersurai

DETAILS EMCEE
Pengantin Perempuan (PP)
Pengantin Lelaki (PL)
Ibu PP (Tuan rumah)
Bapa PP (Tuan rumah)
Ibu PL
Bapa PL
Jurunikah
Pembaca doa

Anda mungkin juga menyukai