13 NOVEMBER 2022
CASA LAGENDA CONVENTION CENTRE, SENAWANG
10.45 pagi
Final-check
11.30 pagi i. EMCEE ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA BUAT TUAN
Majlis ii. PA system RUMAH, (ENCIK ZULHISYAM BIN ZAKARIA) DAN ISTERI, (PUAN
bertandang iii.Katerer JAMILAH BT HUSSEIN) SERTA KELUARGA TERCINTA, YANG
dimulakan. iv. Penyambut tetamu MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN KEPADA AHLI KELUARGA,
v. Ibubapa pengantin SANAK SAUDARA DAN JUGA PARA TETAMU KE MAJLIS WALIMATUL
lelaki URUS, RAIKAN CINTA KEDUA-DUA PASANGAN
vi. Doorgift ladies MOHD SYAHIR AZRI <3 NURUL IZZATUL HUDA
MOHD SYAFIQ AZMI <3 NOR ATIKAH
MESKIPUN DEMIKIAN..
IBUBAPA MELAKA
I. .
II. .
III.
2.30 ptg
Pengantin MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SESI FOTOGRAFI BERSAMA
Kembali ke PASANGAN PENGANTIN DI ATAS PELAMIN. MAJLIS MENJEMPUT
Pentas untuk PASANGAN PENGANTIN UNTUK KE PELAMIN BAGI SESI FOTOGRAFI.
Sesi Fotografi DIPERSILAKAN.
AYAT BACK-UP
(sesi bergambar)
Dipersilakan ahli keluarga pihak pengantin lelaki / perempuan untuk ke singgahsana pelamin bagi sesi bergambar
bersama mempelai. Dijemput ayahanda dan bonda pengantin serta ahli keluarga, sanak saudara dan rombongan
untuk ke pentas bagi sesi bergambar.
Dan kita turut menyediakan menu-menu sampingan atau kudap-kudapan seperti (nyatakan nama menu) yang
diletakkan di (nyatakan di mana menu sampingan diletakkan).
Jadi dipersilakan sekali lagi kepada para tetamu untuk menikmati hidangan-hidangan yang telah disajikan. Selamat
menjamu selera.
Kepada tetamu-tetamu yang ingin berangkat pulang, manalah tahu ingin memenuhi beberapa lagi undangan
walimah pada hari ini, saya mewakili pihak tuan rumah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian tuan-
tuan dan puan-puan memenuhi undangan daripada pihak tuan rumah. Berhati-hati ketika memandu, semoga
selamat sampai ke destinasi yang dituju.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(peak hour, tempat duduk tiada kekosongan)
Mohon kerjasama kepada tetamu-tetamu yang telah pun selesai menikmati hidangan, apa kata kita berikan ruang
dan laluan kepada tetamu- tetamu lain yang masih mencari-cari tempat duduk untuk menikmati hidangan mereka.
Kerjasama daripada para tetamu amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(pengumuman alihkan kenderaan)
Mohon perhatian kepada pemilik kenderaan bernombor pendaftaran (nyatakan nombor plet), mohon alihkan
kenderaan anda kerana menghalang pergerakan trafik. Harap maklum.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(penutup majlis)
Dan nampaknya kita telah pun sampai ke penghujung majlis. Sebelum saya melabuhkan tirai pada hari ini, terima
kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah (nyatakan nama tuan rumah) yang sudi menggunakan perkhidmatan saya
selaku pengendali majlis, terima kasih kepada pihak katerer pada hari ini iaitu (nyatakan nama katerer) yang
menyediakan menu-menu yang lazat untuk majlis hari ini, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis walimatul urus (nyatakan nama penuh pasangan pengantin).
Kepada pasangan raja sehari (nyatakan nama ringkas pengantin), didoakan semoga jodoh berkekalan sehingga akhir
hayat, insya Allah.
Dan mohon ampun serta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki sekiranya terdapat kekurangan, kesilapan
dan kekhilafan sepanjang saya mengendalikan majlis pada hari ini.
Insya Allah jika ada rezeki kita bersua kembali. Salam sayang dari saya (nyatakan nama DJ), ASSALAMUALAIKUM.
----------------------------------------------------------------*-----------------------------------------------------------------------------------