Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)
SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN
PADA HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
*Pelajar mesti menyediakan dokumen berikut (asal dan salinan) sebelum hadir mendaftar di kampus.

1. Penyediaan Dokumen
Bil Perkara Bil. Salinan Semakan(√ )
i. Surat
1 Tawaran Kemasukan ke IPG dari laman sesawang 3
.
Mencetak dan melengkapkan:
ii. 2  Borang Perjanjian Pendidikan Guru
.  Borang Penjamin dan Saksi (BPDS-Pin.3/2014) 4
(sila rujuk garis panduan mengisi borang perjanjian)
iii. Borang 1 - Borang Pendaftaran Pelajar 2

iv. Borang 2 - Surat Memberi Kuasa Lawatan/Pendidikan Luar 2

v. Borang 3 - Surat Memberi Kuasa Menjalankan Pembedahan 2

vi. Borang 4 - Surat Pengakuan Tidak Terlibat dengan Penyalah Gunaan Dadah 2

vii. Borang 5 - Borang Maklumat Kahwin 2

viii. Borang 6 - Surat Akuan Tidak Mengandung 2

ix. Borang 7 - Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu 2

x. Borang 8 - Surat Kebenaran Akses Data Peribadi 2

Laporan Perubatan ( Borang Pin 1/2014) yang telah disahkan oleh Pegawai 2
xi.
Perubatan disahkan
xii. Mencetak
6 dan membaca Buku Peraturan Pelajar IPG KPM 1
.
xiii. Mencetak
7 dan membaca Undang-Undang Malaysia Akta 174, Akta Institusi Pelajaran 1
(Tatatertib)
. 1976 Pindaan Jun 2019
xiv. Menyediakan
9 4 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang bewarna biru 4
(catat
. nama, kursus, opsyen dan nombor kad pengenalan ditulis di belakang gambar) keping
xv. Menyediakan
1 4 keping setem hasil untuk borang Perjanjian Pendidikan Guru 4
0
(RM10.00 sekeping) keping
.
xvi. Salinan
1 Kad Pengenalan 3
1 disahkan
.
xvii. Salinan
1 Sijil Lahir 3
2 disahkan
.
xviii. Salinan
1 Sijil-sijil SPM/SMA/SMU/UEC 3
3 disahkan
.
xix. Salinan
1 Surat Nikah (jika berkenaan) 3
4 disahkan
.
xx. Salinan
1 Surat Berhenti Sekolah 3
5 disahkan
.
xxi. Salinan
1 Maklumat Akaun Bank 3
6 surat yang mengandungi nombor akaun dari mana-mana akaun bank yang aktif)
(muka disahkan
.
xxii. Slip Bayaran Insuran Slip Asal

xxiii. Slip Bayaran Kiriman Wang (Money Order) Slip Asal

2
2. Bayaran Pendaftaran Pelajar Baharu
2.1 Pecahan kadar bayaran adalah seperti berikut:

BIL PERKARA JUMLAH (RM) CATATAN


i. MSIPGM 100.00 RM200.00 dibayar dengan menggunakan kiriman wang
(money order) atas nama:
ii. AKTIVITI PELAJAR 100.00
JUMLAH 200.00 AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM-T

dan dialamatkan kepada:


Pengarah
IPG Kampus _______________

Nota: Sila pastikan anda membawa slip bayaran Kiriman


Wang (money order) semasa hari pendaftaran.
iii. MAKAN (RM20 X 4 HARI) 80.00 RM270.00 dibayar secara tunai semasa hari
pendaftaran di koperasi IPG masing-masing.
iv. FAIL 15.00
v. KAD MATRIK 15.00
vi. T-SHIRT (2 HELAI) 60.00
vii. KAIN PASANG BERCORAK BATIK 100.00
JUMLAH 270.00
viii INSURAN 30.00 RM30.00 dibayar melalui pindahan wang dalam talian
(online transfer) kepada:

TAKAFUL IKHLAS BERHAD – GENERAL FUND


BANK: CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
NO AKAUN: 98829071507739

Nota: Sila tulis nama penuh dan no.KP di atas slip


bayaran & bawa semasa pendaftaran.
JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN 500.00

2.2 Contoh Slip Bayaran Kiriman Wang (Money Order)

3. Pemeriksaan Doktor

3.1 Anda hendaklah melengkapkan Borang 9 (dalam kit pendaftaran) dan Borang Permohonan Pemeriksaan
Perubatan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia
(Pin.1/2014). Kedua-dua dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Perubatan di hospital
kerajaan atau swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

3.2 Sila pastikan keputusan pemeriksaan doktor (keratan Borang Pin.1/2014) tersebut
mengandungi nama pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan, keputusan
pemeriksaan x-ray dada dan paru-paru juga alamat lengkap hospital atau klinik di mana anda
menjalani pemeriksaan tersebut.
3
3.3 Keputusan pemeriksaan perubatan yang mengesahkan anda “tidak menghidap masalah kesihatan dan
sihat” hendaklah diserahkan kepada pegawai bertugas ketika mendaftar. Anda perlu menyediakan satu
keputusan asal dan empat salinan fotostat keputusan pemeriksaan doktor yang telah disahkan untuk
kegunaan IPG berkenaan.

3.4 Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan doktor serta x-ray adalah tanggungan sendiri.

4. Pendaftaran Pelajar

4.1 Pelajar dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar. Pendaftaran melalui wakil tidak dibenarkan.
Pelajar mesti melapor di IPG yang telah ditetapkan pada tarikh dan masa seperti yang tertera dalam
surat tawaran.

4.2 Pendaftaran pelajar akan terbatal sekiranya pelajar tidak mendaftar pada tarikh dan masa yang telah
ditetapkan.

4.3 Pelajar tidak akan didaftarkan sebagai pelajar IPG sekiranya gagal mengemukakan semua dokumen
asal.

4.4 Bidang pengajian dan kampus yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan
pertukaran adalah TIDAK DIBENARKAN (Rujuk Surat Tawaran Mengikuti Program).

4.5 Semua pelajar baharu diwajibkan untuk tinggal di kolej kediaman seperti yang diarahkan oleh
Pengarah kampus IPG.

4.6 Semua pelajar yang telah mendaftar, wajib mengikuti PPPB setelah selesai pendaftaran.

5. Pakaian PPPB

5.1 Pelajar dikehendaki memakai pakaian rasmi / formal semasa PPPB.

5.2 Lelaki – Kemeja lengan panjang putih, seluar slack hitam, berkasut hitam, berstoking, dan bertali
leher.

5.3 Perempuan – Berbaju kurung putih, berkain hitam, berkasut hitam bertutup dan bertumit dan
bertudung putih (bagi yang beragama Islam).

5.4 Pakaian sukan yang sesuai jika ada aktiviti riadah.

6. Disiplin
6.1 Semua pelajar WAJIB mematuhi Undang-Undang Malaysia Akta 174, Akta Institusi Pelajaran
(Tatatertib) 1976 Pindaan Jun 2019, Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru dan Perjanjian
Pendidikan Guru.

6.2 Tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya sekiranya didapati pelajar telah menyembunyikan
atau memalsukan dokumen /maklumat yang diberikan.

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR


IPGM KPM
JULAI 2020

Anda mungkin juga menyukai