Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA MAJLIS PERSARAAN CIKGU

AZIZAH BT ABDUL MUTALIB

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis..

Yang Berusaha puan Nurhassanah bt Abd Rahman, pegawai PPD Pasir


Gudang, Encik Mohd Zulkiflee bin abd Jali, YDP PIBG SK Masai, cikgu
Azian bin Zainul Bidin , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Masai.

Yang dihormati cikgu Rokiah bt Mohamed Eusoff, Guru Penolong


Kanan 1, cikgu Mohd Yurizani bin Che Husin guru Penolong Kanan HEM,
Yang saya hormati cikgu Mohd Fahmiizani bin Fadzil , Guru Penolong
Kanan Kokurikulum dan cikgu Siti Aminah bt Paijan, guru penolong kanan
petang. Yang diraikan pada hari ini, cikgu Hajah Azizah bt Abdul Muttalib.
Yang saya kasihi guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang


Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya,
dapat kita bersama-sama meraikan majlis persaraan cikgu Hajah Azizah
yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Selawat dan Salam
kepada Nabi Muhammad SAW Rasul penunjuk
Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap


perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-
saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis
yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana
kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami,
guru kami ini iaitu cikgu Hajah Azizah bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu
kami di SK Masai ini. Lembut, tenang dan penyabar orangnya dalam setiap
pekerjaan yang dilakukan. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan
tentang cikgu Hjh Azizah.

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan


tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan murid
melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat
pemurah, berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat
murid-murid di sekolah ini terutamanya mereka yang tidak cukup wang dan
tidak membawa bekal makanan. Pasti sahaja akan dibelanja oleh cikgu
hajah Azizah yang pemurah ini.

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid Sekolah Kebangsaan


Masai merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada cikgu Hajah Azizah yang tidak pernah mengenal erti jemu mendidik
dan sabar dalam mengajarkan kami membaca dan mengira. Kami berdoa,
semoga Allah akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada cikgu
Hajah Azizah serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh
badan dan bahagia di dunia dan akhirat bersama keluarga tercinta.

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti,
namun yang hilang akan tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami untuk guru tercinta
Bahagia di dunia hingga ke akhirat.

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah


wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai