Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahmanirahim

Terima kasih adik pengerusi majlis


Yang berbahagia …………………………………………………………….Pegawai Pendidikan Daerah Maran,
Yang Berusaha Pn Hajah Nor Aini bt Hj Zahari, Guru Besar SK LKTP Jengka 7, Cik Rohana bt
Otok, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Wan Nashariha bt Wan Abdullah, GPHEM, En.
Albukhare b, Abu Hanifah, GPKK, tetamu2 jemputan, dan seterusnya pelajar yang dikasihi
sekalian.

Yang diraikan Puan Saleina binti Harun,


Terima kasih atas penghormatan ini untuk saya berucap sepatah dua kata dalam majlis
meraikan persaraan Puan Saleina. Selama hampir setahun saya mengenali Puan Saleina , saya
berpendapat bahawa beliau seorang guru yang sejati dan berjaya melaksanakan segala tugas
keguruan beliau dengan cemerlang.

Hari ini, 28 Februari 2020 , setelah berkecimpung dalam dunia keguruan sejak tahun 1990
akhirnya beliau memilih untuk bersara secara pilihan pada hari lahir ke-52. Pengalaman
selama 30 tahun cukup luas untuk beliau mengharungi manis madu dan pahit maung dunia
perguruan.

Saya percaya bahawa warga SK Jengka 7 akan berasa kehilangan seorang pendidik yang
berdedikasi dan prihatin,. Beliau mungkin kelihatan pendiam, tetapi sebenarnya mudah
mesra dan tidak lokek berkongsi kepakaran dan pengalaman.

Para tetamu, guru dan pelajar sekalian,

Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada Puan
Saleina dan seisi keluarga agar dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama dan bangsa serta beroleh kebahagian
yang tidak berkesudahan di dunia dan akhirat.

Dengan izin, saya bacakan serangkap pantun yang ditujukan khas kepada Puan Saleina.

Pisang emas pisang berangan


Selang seli si pohon ara
Bersara puan terasa kehilangan
Doa kami puan sejahtera

Selamat bersara. Sekian..Wabilahi taufik wal hidayah Wasalam

Sekian ucapan saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai