Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN ENCIK

MUHAMAD HUSNI BIN HARON ( GURU BESAR SK BAGAN AJAM )

Terima kasih kepada Puan/ Tuan Pengerusi Majlis.. Yang Berusaha Pn. Suhaini
Binti Ishak  Penolong Kanan Pentadbiran. Yang dihormati Pn. Fariza Binti Abu
bakar Guru Penolong Kanan HEM, Yang saya hormati En Norzaini Bin Zainul
Abideen, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Yang diraikan dan disanjungi En.
Muhamad Husni Bin Haron Guru Besar SK Bagan Ajam. Yang saya kasihi guru-
guru serta rakan-rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah
hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha


Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita
bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh
erti pada hari ini. Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW Rasul
penunjuk kebenaran.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan
pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika
bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat
dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru besar
yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami,  guru kami ini iaitu En.
Muhamad Husni Bin Haron bukan sahaja guru, tetapi ibarat bapa kami di SK
Bagan Ajam ini. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan
tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan tentang Cikgu
Husni.  

Beliau bukan sahaja seorang guru besar yang penyayang, melakukan tugas
dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi
dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah,
berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya
bersesuaian dengan moto hidupnya, memberi lebih baik daripada menerima .
Beliaulah sangat mengambil berat akan hal kami, terutamanya hal-hal yang
berkaitan akademik dan pencapaian kami. 

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK Bagan Ajam merakamkan
setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Husni yang
tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami,
anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat
dan peliharaan-Nya kepada Puan Hjh Janatu serta keluarga, dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi
manfaat agama, bangsa dan negara. 

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun
yang hilang akan tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami UTK guru tercinta
Bahagia di dunia hingga ke akhirat
Selamat bertugas di sekolah baru cikgu, terima kasih yang tak terhingga cikgu.

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum


warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai