Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN GB HARISSULHA

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha dan diraikan En Mohd Harissulha b. Ismail, Guru Besar SKKF, yang berbahagia Wan
Hussin bin Wan Omar, Yang diPertua PIBG, yang berusaha Puan Azlina binti Awang, Penolong Kanan
Pentadbiran danEncik Khairuzi bin Ngah, Penolong Kanan Kokurikulum. Yang saya kasihi guru-guru
serta rakan-rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana
dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang
sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan
seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai, iaitu Guru Besar, Cikgu Mohd Harissulha bin Ismail
yang berpindah dari sekolah ini.

Pada kami, guru besar kami ini iaitu Cikgu Haris bukan sahaja guru, tetapi ibarat salah seorang bapa
kami di SK Kampung Fikri.. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab.
Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan tentang Cikgu Haris.

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas,
malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang
yang sangat pemurah, berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para muridnya
bersesuaian dengan moto “memberi lebih baik daripada menerima” . Beliaulah sangat mengambil
berat akan hal kami, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan murid dan kemudahan
sekolah.

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK Kampung Fikri merakamkan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Haris yang tidak pernah mengenal jemu
mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T
akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Cikgu Haris serta keluarga, dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa
dan negara.

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, ……namun yang hilang akan
tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami untuk Cikgu Haris tercinta
Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah
hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai