Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN .

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha Tuan Haji Azli bin Bohari,


Penolong Kanan Pentadbiran.

Yang dihormati Puan Tun Farina Azlin binti Abdul Aziz,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Nor Azima binti Musanef,


Penolong Kanan Kokurikulum.

Encik Rosli bin Kimin,


Penolong Kanan Petang

Yang diraikan Ustaz Ahmad Fuad bin Abu, guru kaunseling SMK
Rantau Panjang

Yang saya kasihi guru-guru serta rakan-rakan sekalian.


Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

1
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan limpah dan
rahmat-Nya, pada hari ini dapat kita bersama-sama meraikan majlis
perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti.
Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap


perpisahan pasti amat menyedihkan.

Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang
amat kami sayangi. Pada kami, guru kami ini bukan sahaja guru,
tetapi ibarat bapa kami di SMK Rantau Panjang. Beliau seorang yang
tenang, namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab.
Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan tentang Ustaz Ahmad
Fuad.

Beliau bukan sahaja seorang guru kaunseling yang sentiasa


membimbing kami, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas,
malah mementingkan kebajikan murid melebihi dirinya sendiri.
Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat berdedikasi, berhati
murni dan sentiasa memberikan yang terbaik buat muridnya.

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid sesi petang SMK
RANTAU PANJANG merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan
dan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Fuad yang tidak pernah
mengenal erti jemu mendidik, memberi nasihat dan mengorbankan
waktu demi kami, anak muridmu.

2
Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat-Nya
kepada Ustaz Ahamd Fuad. Dipanjangkan usia, diberikan kesihatan
tubuh badan dan sentiasa bahagia disamping keluarga.

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti,
namun yang hilang akan tetap kekal dihati.

Daun gaharu si daun palas,


Alas duduk puteri kayangan,
Jasamu guru tidak terbalas,
Seumur hidup jadi kenangan.

Kalau hendak pergi ke Kangar,


Harum manis boleh dijeling,
Kalau mencari seorang pendengar,
Carilah Ustaz Ahmad Fuad, guru kaunseling.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami untuk guru tercinta,
Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan wabillahi taufiq wal hidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai