Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN

PUAN NOR AZURA DAN PUAN RUBIAH.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengerusi Majlis..


.

 Yang diraikan, Pn. Nor Azura bt Kamarudin dan Pn. Rubiah bt Kurdi

 Yang berusaha, Pn. Naseha bt Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan


Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya,

 Yang dihormati, Encik Azrul Fazli bin Azis, Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Rapat Jaya,

 Barisan pentadbir

 Ustaz, ustazah, para guru dan rakan-rakan sekelian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha


Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita
bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti
pada hari ini. Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW Rasul
penunjuk kebenaran.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan
pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama,
pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.
Hari ini, saya mewakili rakan-rakan berasa terharu kerana akan kehilangan dua
orang guru yang amat kami sayangi dan cintai.

Pada kami,  Puan Nor Azura dan Puan Rubiah bukan sahaja guru, tetapi ibarat
ibu kami di Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya ini. Lembut, tenang namun tetap
tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat
digambarkan tentang Puan Nor Azura dan Puan Rubiah.
Puan Nor Azura dan Puan Rubiah bukan sahaja seorang guru yang penyayang
dalam melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan
kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri. Puan Nor Azura dan Puan Rubiah
juga dikenali sebagai guru yang sangat pemurah, berhati murni dan senantiasa
memberikan yang terbaik buat semua murid.

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SEKOLAH KEBANGSAAN


RAPAT JAYA merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada Puan Nor Azura dan Puan Rubiah yang tidak pernah mengenal erti
jemu dalam mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak-anak
muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan
mengurniakan perlindungan kepada Puan Nor Azura dan Puan Rubiah serta
keluarga. Semoga Allah panjangkan usia dan memberikan kesihatan tubuh
badan yang baik buat Puan Nor Azura dan Puan Rubiah.

Benar kata pepatah Melayu, patah tumbuh, hilangkan berganti, namun yang
hilang akan tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami untuk guru tercinta
Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum


warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai